Tuesday, December 26, 2017

Menyambut Krismas Di Luar Negara Yang Ada Musim Sejuk..

Krismas kali ini impian kami tercapai! Menyambut perayaan Krismas di negara orang memberi peluang untuk merasai makanan tempatan yang unik - Foto Awani Rangers UMP

MEREKA tidak pernah menyangka impian untuk merayakan Krismas di negara yang ada musim sejuk bakal menjadi kenyataan. 25 Disember 2017, Hari Natal yang pastinya terus diingati dan terpahat kemas di dalam lipatan sejarah Hilary Anak Karim dan Christysterra Johnny.

Dua mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) ini menyambut Krismas buat pertama kalinya di luar negara. Lebih tepat lagi, negara yang ada musim sejuk. 
Hilary Anak Karim dan Christysterra Johnny merupakan antara mahasiswa terlibat yang kini mengikuti program pertukaran pelajar di luar negara dan mereka pada kali ini berada di Universiti Sakarya di Turki.

Hilary berpendapat bahawa pengalaman menyambut Krismas di negara orang kali ini sememangnya pengalaman yang baru untuknya bersama rakan-rakannya.


"Saya juga berpeluang untuk mempelajari tradisi mereka yang menyambut Krismas di sini kerana sudah tentu tradisi di sini berbeza jika dibandingkan di Malaysia. Di Sabah, kami biasanya makan masakan tempatan seperti bosou, bambangan dan tuhau namun di sini kami telah dijamukan dengan makanan tradisional mereka sendiri iaitu dolma, tavuk dan juga baklava," ujar Christysterra apabila dihubungi oleh Awani Rangers UMP melalui panggilan video.

Begitu juga dengan Christysterra, menurutnya, jika beliau berada di Sabah, keluarganya sudah pasti berkumpul di rumah nenek mereka dan dihadiri oleh semua ahli keluarga besar mereka bagi menyambut perayaan ini tidak kiralah saudara dari jauh mahupun dekat.

Hilary, 21, merupakan pelajar tahun tiga dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan Christysterra, 21, pula dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri di UMP.

Di sebalik keghairahan dan keterujaan menyambut Krismas di perantauan, mereka fokus terhadap agenda yang lebih besar untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Antara lain, program pertukaran pelajar menjadi platform untuk mereka melebarkan 'sayap' serta pemikiran, melihat dunia seluas-luasnya untuk melangkah lebih jauh ke hadapan. 

UMP amat menggalakkan para mahasiswa untuk mengikuti program pertukaran pelajar ke luar negara yang berlangsung selama satu semester iaitu enam bulan untuk menimba pengalaman dan bertukar kepakaran dengan mahasiswa luar negara. (AA)



Lihat sebelum ini..

3 comments:

Anonymous said...

Tapi bagi orang PAN snow akan turun di Georgetown di Penang. Dah balaci DAP, segala yg putih bersih dan sejuk tu hanya DAP walaupun ada tercalit skandal banglo terlajak diskaun oleh Abuya Sifoo Al Abu Jahal

Anonymous said...

Hukum mengucapkan Merry Christmas atau seumpamanya adalah haram dan boleh nenyebabkan murtad kerana ucapan tersebut mengiktiraf dan menerima kesesatan agama kafir sedangkan kita semua mengetahui hanya Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah.

Anonymous said...

Pemimpin dan barua parti kuali tidak merasa marah jika pemimpin parti ultra kiasu roket menghina agama Islam dan menindas umat Islam.

Jika orang ramai mengkritik pemimpin parti kafir harbi roket kerana parti perkauman roket menghina agama Islam dan menindas umat Islam, pemimpin-pemimpin parti kuali akan gila meroyan membela boss roket mereka.

Pantang pengampu dan penjilat dicabar! Barua dedak cap roket tidak akan membiarkan towkay dedak cap roket mereka dikritik kerana mereka anggap towkay dedak ini 'suci' walaupun towkay dedak terketar lutut sejak kes banglo terlajak murah dibicarakan di mahkamah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails