WAJARKAH ratu cantik Miss Iraq, Sarah Idan dan keluarganya dikatakan terpaksa meninggalkan negara berkenaan selepas menimbulkan kemarahan di Baghdad akibat memuat naik gambar swafotonya bersama dengan ratu canti Israel, Adar Gandelsman.
Sarah telah memuat naik gambar swafotonya bersama dengan Adar ketika mereka baru sahaja tiba di Las Vegas untuk acara Miss Universe 2017 pada November lalu.
Dipetik daripada portal Daily Mail Online, akibat kapsyen Idan yang berbunyi “Salam sayang dan keamanan daripada Ratu Cantik Iraq dan Ratu Cantik Israel”, ianya telah mencetuskan kemarahan dan kekecohan di media sosial.
“Foto berkenaan telah membangkitkan kemarahan orang ramai sehingga keluarganya terpaksa keluar daripada Iraq dalam keadaan ketakutan,” kata Gandelsman kepada Israeli TV sewaktu ditemu bual mengenai perjalannya sepanjang dalam program tersebut.
Menurut gadis berusia 20 tahun itu, dia memberitahu bahawa Idan dan keluarganya kini sedang menetap di Amerika Syarikat selepas diancam oleh orang ramai.
Keluarga tersebut juga pernah diugut bunuh dan jika mereka enggan keluar dari Iraq serta memadamkan gambar berkenaan, gelaran Miss Iraq itu akan ditarik semula.
“Mereka telah meninggalkan negara tersebut dalam keadaan ketakutan sehingga keadaan kembali tenang semula,” tambahnya lagi menurut Times of Israel.
Selepas banyak kritikan dan hinaan yang diterima ketika memuat naik gambar tersebut, Idan telah mengeluarkan satu kenyataan yang menjelaskan tujuan utama mereka bergambar bersama serta dalam masa yang sama menyebarkan mesej pendamaian antara dua negara.
“Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang menganggap foto itu menyinggung perasaan rakyat Palestin tetapi ia bukanlah tujuan di sebalik posting itu, ia hanyalah satu panggilan keamanan dan harapan untuk penyelesaian krisis.” tulisnya di ruangan kapsyen gambar tersebut.
Orang ramai telah menganggap bahawa Miss Iraq tersebut tidak menjaga sensitiviti.
Malah, sedia maklum bahawa Iraq dan Israel masih lagi bermusuhan namun kedua-dua peserta itu telah cuba untuk merapatkan jurang dengan cara berswafoto bersama berserta mesej pendamaian tetapi ianya telah membangkitkan rasa tidak puas hati ramai orang.
“Sekiranya kamu seorang Arab yang dihormati, kamu harus membenci Israel selama-lamanya. Palestin adalah kehormatan kita, orang-orang Arab,” kata seorang pengguna Instagram.
“Anda tidak menghormati rakyat yang telah meninggal dunia di bawah pendudukan mereka. Anda Zionis,” kata seorang lagi pengguna
Gambar tersebut mendapat reaksi negatif dalam kalangan netizen di negara yang tidak mengiktiraf Israel kerana konflik perang.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam Islam, orang bukan Islam atau kafir yang baik atau kafir kitabi wajib dilindungi oleh kerajaan Islam. Tetapi orang Islam yang sudah murtad, keluar agama sesudah mengetahui rahsia-rahsia agama, menjadi musuh dalam selimut atau pembelot Islam, wajib diperangi.
Jadi apakah wajar Miss Iraq ini, memuat naik gambar swafotonya bersama dengan ratu cantik Israel, Adar Gandelsman, di saat Iraq dan Israel masih lagi bermusuhan dan berperang? Namun kedua-dua peserta itu konon telah cuba merapatkan jurang dengan cara berswafoto bersama mesej pendamaian..
Begitulah puak-puak selebriti di dunia, dengan mudah diperalatkan oleh musuh Islam supaya jauh dari agama dan perjuangan Islam. Secara tidak sedar mereka bertukar jadi pembelot dan musuh dalaman Islam itu sendiri. Apakah wajar dibiarkan mereka lari ke negeri musuh, atau 'dikatakan terpaksa meninggalkan negara berkenaan selepas menimbulkan kemarahan rakyat di Baghdad'?
Di Malaysia pun ada spesis-spesis begini. Siapa?
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
5 comments:
Sembang la pak lebai pak lebai pas.. Benci israel konon.. Kat tgn hisap rokok Dunhill.. Bangsat!
Dia yang hisap rokok, dia ingat orang lain pun bodoh macam dia..
Bengong berlipat!! Memang dasar jilat juboq lge begitu!
ahli parti syurga dah komen hahaha..walaupun komen yg bodoh.. Boleh la..hahaha
Al-hamdulillah, 'hizbullah' atau' dilebel 'ahli parti syurga'. Baik!
Rupanya dia suka dilebel 'ahli parti neraka, atau ahli parti jilat juboq lge? Walau pun pura-pura nama Islam..
Dia perasan dia cerdik!
Tinta Mohd Yusri,
Komen biarlah berfakta,'Kat tgn hisap rokok Dunhill'. Mana buktinya haram jadah?
Tak tahu dosa fitnah? Islam apa macam tu? Bangsat sesat!
Post a Comment