Thursday, December 14, 2017

Misteri Hutang Felda, Layakkah BN Terus Memimpin?

Hasil carian imej untuk felda
HUTANG Felda, kini jadi misteri. Sehingga kini, Felda gagal memberi jawapan yang menyakinkan kepada peneroka Felda mengenai dakwaan rekod berkaitan hutang peneroka Felda 2005 hingga 2008 hilang atau gagal dikesan. 

Menurut Naraza Muda, Pegawai Khas Seranta Felda PAS Terengganu,  "Isu ini mulai timbul apabila tiada penyata hutang dibekalkan beberapa tahun kebelakangan ini. Namun tiada tindakan penyelesaian diambil sebaliknya rekod hutang peneroka Felda terus menjadi pertikaian.

"Awal tahun 2016, kami bersama-sama beberapa NGO dan aktivis yang mewakili peneroka Felda, melalui persidangan Kongres Rakyat yang bersidang diseluruh negeri mengesa Felda menyelesaikan penyata hutang peneroka Felda secara terperinci dan holistik. 

"Felda perlu kemukakan penyata hutang terperinci sejak 2005 hingga 2016. Masalah ini mulai timbul apabila Felda menyerahkan urusan pengurusan kebun peneroka kepada Felda Technoplant (FTP). Sejak pengurusan kebun diserahkan pengurusan FTP sekitar tahun 2005 (berbeza-beza antara rancangan, mengikut proses tanam semula) di sinilah bermulanya masalah hutang peneroka Felda selepas mereka telah bebas hutang sebelum ini." Kata beliau melalui HARAKAHDAILY semalam.

Antara NGO yang lantang waktu itu adalah Suara Kedua Generasi Felda (SGK2F) yang diwakili Datuk Zulkifli Nordin, GENERASI, KAF, ANAK  dan beberapa kumpulan aktivis lagi sepakat membawa isu ini dengan cara dan saluran masing-masing. Namun begitu tiada tindakan diambil walaupun mereka menggunakan saluran yang betul. Menurutnya.

Mereka dijanjikan penyelesaian segera hingga isu hutang ini riuh rendah dihampir semua tanah rancangan seluruh negara. Oleh sebab peneroka Felda di seluruh negara hanya diberi penyata keseluruhan hutang kasar,  dengan cetakan ringkas keluar masuk perihal hutang, terutama hutang pembangunan tanam semula kali pertama secara kasar sahaja.

"Ini menyebabkan jumlah yang tertera sampai kepada peneroka Felda menimbulkan kejutan dan menjadi kebimbangan mereka dengan jumlah yang tidak munasabah. Bagi akaun hutang sosial, ia tidak dipertikaikan kerana melibatkan pinjaman yang jelas.  Hutang keseluruhan peneroka Felda sehingga 2016 mencecah RM5 bilion.

"Apabila desakan terhadap Felda kemuncak pertengahan tahun 2016, Pengerusi Felda waktu itu, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad akhirnya akur dan berjanji akan menyelesaikan masalah ini dengan memberi jaminan dan janji semuanya akan dibereskan selewatnya penghujung  september 2016.

"Kenyataan ini turut disiarkan oleh akhbar Sinar Harian pada Selasa 30 Ogos 2016. Bulan demi bulan, tahun 2016 ditinggalkan sehinggalah Isa Samad ditendang dari Felda, isu ini berlarutan sehingga sekarang walaupun tahun 2017 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

"Saya turun dihampir semua tanah rancangan di Terengganu dan juga beberapa wilayah di seluruh negara, mengutip maklumat berdasarkan perjumpaan terus dengan peneroka Felda, boleh saya katakan hanya mereka yang menyerahkan urusan pengurusan kebun mereka kepada FTP sahaja dibelenggu dengan masalah penyata hutang yang tidak munasabah dan penuh misteri ini.

"Kami juga duduk bersama-sama dengan NGO terlibat bertukar-tukar maklumat dan pendapat mencari punca masalah dan merangka jalan penyelesaian terbaik atau menang-menang antara peneroka dan Felda. Kami semua menempuh jalan yang sukar dan berbagai halangan dan cabaran untuk berusan dengan pihak Felda terutama sewaktu zaman Isa Samad yang mengamalkan pentadbiran tutup pintu terhadap NGO dan aktivis yang agak lantang. Felda sendiri ada sekitar 15 NGO yang bernaung di bawahnya namum semua NGO ini terbatas kerana seolah menjadi proksi Kepada Felda sahaja.

Perlanggaran Perjanjian.
Hasil carian imej untuk perlanggara perjanjian felda
Hasil carian imej untuk felda
Hasil carian imej untuk felda
"Yang agak mengejutkan apabila kami menemui satu perlanggaran perjanjian oleh pihak Pengurusan Felda yang menjadi punca segala masalah ini selaian daripada masalah pengurusan FTP itu sendiri. Kami merujuk satu perlanggaran yang nyata dalam terma Perjanjian Tanam Semula Dan Pengurusan Kebun Antara FELDA dan Peneroka Felda.

"Saya merujuk Perkara 14 (h) yang berbunyi : Segala Kos Pengurusan, Kos Operasi, Kos Tanam Semula, Bayaran Sara Hidup dan Pendahuluan hasil termasuk caj perkhidmatan akan ditolak daripada kebun tersebut pada tiap-tiap bulan dalam tahun berkenaan. Penyata perbelanjaan dan pendapatan Kebun tersebut akan disediakan bagi tiap-tiap suku tahun pada tahun tersebut.

"Di baris akhir ayat itu jelas bahawa Felda perlu menyediakan penyata perbelanjaan dan pendapatan setiap tiga bulan sekali atau empat kali setahun agar segala angka hutang semasa dalam tahun itu dapat dikunci kira-kira dan dipersetujui bersama. Bilamana Felda gagal mematuhi perjanjian ini, ia akan merumitkan dan menjadi bertambah rumit jika ia berterusan bertahun-tahun.

"Saya mengambil contoh dakwaan seorang anak peneroka Felda Soeharto Selangor yang mendakwa sejak dari 2005 hingga 2016 beliau tidak pernah menerima sebarang penyata hutang. Kenyataan ini boleh dirujuk dalam satu laporan Khas Sinar Harian melalui ruangan SOROT keluaran Isnin 29 Ogos 2016 muka surat 10.

"Ini belum diambil perkiraan jumlah Metrik Tan penghasilan BTS setiap bulan yang diuruskan oleh FTP berbanding dengan jumlah penghasilan BTS kebun yang diurus sendiri secara individu oleh peneroka. Jika perbandingan purata tahunan kebun yang diurus sendiri berbanding FTP secara perbandingan mudah. Fakta ini sewajar Felda yang keluarkan kerana saya yakin mereka mempunyai data cukup purata tan tahunan BTS seseorang peneroka Felda.

"Jika penghasilan BTS capai sasaran 25tan / Hektar (pokok matang) setahun mustahil Felda tidak boleh memotong kos hutang pembangunan dan operasi tanam semula kebun peneroka ini. Kita akui penghasilan BTS berbeza setiap tanah rancangan berdasarkan beberapa faktor, tetapi kami tidak boleh terima jika ada peneroka Felda direkodkan purata BTS mereka hanya sekitar 2 hingga 5 tan sebulan, berbanding di kebun sebelah yang urus sendiri mampu capai purata tahunan 9 metrik tan sebulan." Menurut Naraza Muda lagi.

Mereka juga mengalu-alukan pihak pengurusan Felda menjemput mereka semua NGO dan aktivis untuk duduk bersama, memberi penjelasan secara baik mengenai isu yang dibangkitkan ini.

Felda adalah sebuah badan yang gah, cemerlang dan menjadi konglomerat perladangan negara, dan punyai aset melebihi RM20 bilion.. Tetapi adalah amat tidak munasabah Felda tiada mekanisma pengurusan hutang yang cekap dan telus. Kepincangan-kepincangan beginilah yang membuatkan rakyat miskin terus tertindas. Itulah kepimpinan BN dalam mentadbir negara.

Layakkah BN terus memerintah negara ini? (IH)


Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails