HARI ini kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan terpaksa membatal pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi pemohonan visa umrah. Kata Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS, melalui HARAKAHDAILY 16/12/2017 semalam.
Beliau terus bertanya, "Apakah batal buat selama-lamanya atau kerana pilihan raya sudah dekat? Adakah syarikat yang telah dijanjikan untuk faraid sesama mereka boleh batal begitu sahaja? Apakah pampasan tidak diberikan kepada syarikat yang telah bersedia untuk menahan ‘bubu’ untuk jamaah yang hendak mengerjakan haji? Alasan perkenal sistem kerana hendak mengatasi masalah penipuan agensi umrah.
"Malaysia ini pelik. Kemuka masalah, maka ada peluang bisnes. Contohnya untuk atasi minyak diseludup, maka hapus subsidi. Elak pencemaran karbon, maka tol mesti dinaikkan. Tepatlah GST merupakan cukai pukat sorong. Ikan bilis hingga ikan paus semua dia sapu. Bukan sahaja orang miskin malahan golongan OKU pun kena. Bukan sahaja yang bergaji besar, malahan OKU dan orang miskin penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 sebulan pun kena GST.
"Semangatnya rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah, maka peluang untuk mendapat wang segera diperkenalkan. Berapa jumlah bayaran yang diperoleh syarikat itu jika kita mengambil kira 290,000 jemaah mengerjakan umrah dalam setahun? RM26.129 juta. Daripada jumlah itu RM1.479 juta adalah GST, insurans (RM11.6 juta)." Jelas beliau lagi.

Antara saranan bernas Naib Presiden PAS itu, "Sepatutnya tugas kerajaan untuk memudahkan rakyat, bukan menyusahkan rakyat. Rakyat bayar gaji mahal kepada menteri, untuk fikir macam mana untuk menyenangkan rakyat bukan untuk menyusahkan rakyat." (IH)
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
No comments:
Post a Comment