Thursday, December 14, 2017

M'sia Rosak Lebih Teruk Jika Tun M Kembali Jadi PM -Dr Zuhdi


KUALA LUMPUR: Usaha gabungan pakatan pembangkang diterajui DAP memberi mandat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Perdana Menteri jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), didakwa akan menjerumuskan negara pada kerosakan lebih teruk.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata pemilihan bekas Perdana Menteri itu sekali lagi sukar diterima orang yang waras.
Katanya, kerosakan yang dibuat melalui dasar dan amalan sepanjang 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir hingga hari ini masih membebankan rakyat.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, pelbagai usaha pembetulan semula dilakukan pada zaman pemerintahan dua Perdana Menteri selepas Dr Mahathir, juga oleh kerajaan negeri yang pernah dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, masih belum berupaya membaiki kerosakan itu.
"Selama 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir, beliau memperkenalkan dasar dan amalan pemerintahan yang merugikan negara dan rakyat.
"Ketika pemerintahan Dr Mahathir, beliau melakukan pemusatan kuasa yang cukup jelas dengan menjadikan kuasa Perdana Menteri begitu besar sehingga berlaku campur tangan terhadap Institusi Kehakiman dan Legislatif.
"Malah, beliau sebagai Perdana Menteri berjaya menghakis kuasa Raja-raja Melayu melalui dua pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1983 dan 1993," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zuhdi berkata, Dr Mahathir juga menghakis dasar dan amalan berkaitan dengan federalisme sehingga melanggar perjanjian dengan kerajaan negeri seperti dalam isu yang berkaitan dengan royalti petroleum.
"Sekiranya Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi, diyakini beliau akan menjadi lebih kuku besi daripada sebelum ini.
"Di dalam aspek ekonomi pula, Dr Mahathir memperkenalkan dasar dan amalan yang banyak merugikan negara dan rakyat.
"Akibat daripada dasar dan amalan itu menyebabkan rakyat menanggung bebannya sehingga hari ini, seperti kenaikan kos sara hidup, hutang isi rumah terus meningkat dan jurang kaya-miskin yang melebar," katanya.
Beliau berkata, satu daripada dasar yang diperkenalkan Dr Mahathir yang semakin kelihatan kegagalannya ialah Dasar Penswastaan yang menyebabkan rakyat sehingga hari ini menanggung kenaikan kadar tol, tarif elektrik dan air yang tinggi, bebanan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan lain-lain.
Selain itu, katanya terdapat beberapa lagi dasar dan amalan zaman pemerintahan Dr Mahathir yang membebankan rakyat seperti penggalakan pemilikan kenderaan peribadi, peminggiran sektor pertanian, dan penyuburan peranan orang tengah.
"Ketika pemerintahan Dr Mahathir juga, rakyat turut menghadapi pelbagai kesan buruk dalam aspek sosial. Salah satu perkembangan sosial yang tidak sihat semasa pemerintahan beliau ialah mengurangkan peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menentukan rupa bentuk bangsa dan jati diri rakyat Malaysia.
"Beliau memperkenalkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara langsung menghakis peranan bahasa Kebangsaan dalam pendidikan.
"Di zaman Dr Mahathir juga, berlakunya liberalisasi pendidikan tinggi sehingga bahasa Kebangsaan semakin terpinggir di peringkat pendidikan tinggi.
"Selain itu, tidak dapat dilihat kejayaan Dr Mahathir ketika pemerintahannya dari segi pengukuhan perpaduan kaum, pembasmian penyalahgunaan dadah, pengurangan jenayah dan lain-lain," katanya.
Mohd Zuhdi berkata, berdasarkan sebab dinyatakan, PPP berpendirian usaha gabungan pakatan pembangkang untuk menyerahkan semula mandat kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya menang PRU-14 akan menyebabkan negara dan rakyat terus terjerumus dengan kerosakan politik, ekonomi dan sosial. (BH)
Lihat sebelum ini..

6 comments:

Puaka Rimba said...

Bila mencapai waktu Senja , Bebayang Umno membuka kata mula bicara.Hehehekikikihahahakahkahkah

ikan said...

kalau bawah PIGS apa jadi ea. ponteng lagi tak

Anonymous said...

Dr Zuhdi mapuki ni dapat ijazah doktor dari lubang jubur lembu ke atau melalui prasarana kerajaan yang rosak era mahathir..tanya je.

Mat Bon said...

Betul Dr Zuhdi, apala sangat 1mbd ini berbanding dengan segala apa yang Tun lakukan. Terima la hakikat kenaikan harga minyak, kejatuhan Ringgit, gst dan semua ini adalah ketentuan dari Allah. Mari la kita bersyukur dan meredakan kesusahan hidup sekarang untuk kebaikan bangsa kita dan Islam. 1mdb banyak membantu rakyat. Bersatulah PAS dengan 40 kerusi bersama BN. Cina di MCA, Gerakan dan India di MIC, PPP tu semua tak kafir macam DAP. Sama-samalah kita lancarkan 2mdb dan 3mdb untuk terus majukan negara.

Anonymous said...

Dr Zuhdi banyak dapat dedak dari UMNO jadi sampai kiamatpun ia tetap menanganggap Pahlawan Bugis@lanun Bugis sebagai PM Malaysia yang terbaik.

Anonymous said...

malaysia lagi jahanam melingkup kalau PAS atau Hj Hadi jd perdana menteri.presiden PAS pil kuda tamat tempoh ni layak jd ketua kampung je...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails