Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengadakan pertemuan dengan golongan maknyah semalam.
KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri nampaknya lebih mengamalkan pendekatan terbuka termasuk berjumpa sendiri dengan golongan mak nyah.
Semalam, beliau meluangkan masa kira-kira dua jam berjumpa sendiri dengan golongan transgender itu di sekitar Chow Kit di sini.
Sebelum ini, beliau telah menarik perhatian masyarakat apabila bertemu dan duduk berbual dengan pekerja seks dan pengguna dadah.
Pagi tadi dalam laman Facebooknya, Zulkifli memaklumkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan golongan itu bermula pukul 12 tengahari hingga 2 petang.
Antara golongan maknyah yang hadir dalam pertemuan dengan Mufti Wilayah Persekutuan di Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.
Antara golongan maknyah yang hadir dalam pertemuan dengan Mufti Wilayah Persekutuan di Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.
“Alhamdulillah, semalam merupakan sesi suaikenal yang amat bermakna bagi kami. Banyak maklumat baru yang diperoleh bagi memantapkan lagi kajian dalam isu-isu berkaitan.
“Sesungguhnya kami mengasihi kalian semua kerana Allah,” kata Zulkifli dalam laman sosialnya itu. Beliau berkata, program suaikenal itu akan diteruskan dengan program susulan yang diharapkan dapat mendatangkan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
“Sesungguhnya kami mengasihi kalian semua kerana Allah,” kata Zulkifli dalam laman sosialnya itu. Beliau berkata, program suaikenal itu akan diteruskan dengan program susulan yang diharapkan dapat mendatangkan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Mengambil sepotong hadis nabi Muhammad, Zulkifli dalam muatnaiknya itu turut menekankan soal kasih-sayang antara manusia.
“Sabda Nabi bermaksud; “Tidaklah seorang dari kalian sempurna imannya, sehingga dia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang dia cintai untuk dirinya.”
“Terima kasih kepada Elisha Kor Krishnan selaku Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Kesihatan Umum Malaysia (PKKUM) yang memulakan langkah membina jambatan persaudaraan ini. Begitu juga kepada Syed Azmi yang menjadi rakan strategik kami dalam memaknai kehidupan bermasyarakat di Malaysia,” katanya lagi.
Berdasarkan gambar yang dikongsi, antara kegiatan yang dijalankan adalah sembahyang berjemaah serta sesi soal jawab.
Program itu dianjurkan PKKUM dan disertai NGO antaranya Rumah Solehah, Sister in Islam, Rumah Wake, Pertubuhan Amal Firdausi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur.
Aktivis masyarakat, Syed Azmi Alhabshi yang turut bersama program itu pula berkata, perbincangan sekitar pengalaman hidup sebagai transgender di Malaysia.
“Kami berbincang tentang kondom, pekerja seks, kehidupan transgender dan bagaimana stigma memberi kesan kepada mereka,” katanya di Facebook hari ini.
Syed Azmi juga berkongsi pengalamannya ketika sesi solat berjemaah, apabila soalan pertama yang ditanya salah seorang daripada golongan mak nyah ialah; “Solat bahagian lelaki ke perempuan?”
“Beliau (Zulkifli) mendengar semuanya dan selepas makan tengah hari, kami solat Zohor bersama-sama. Beliau kasihkan semua manusia, itulah yang dikatakannya,” kata Syed Azmi lagi.- MalaysiaGazette
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
No comments:
Post a Comment