BANGI, 18 Rabiulawal 1439H, Khamis – Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytihar Baitulmaqdis ibu negara Israel sudah mencemarkan kesucian bumi Al-Quds, sekaligus mencabar kesabaran umat Islam, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau yang juga Naib Presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS) berkata, keberanian Trump ini disusuli selepas kejayaan Amerika-Zionis mencampuri urusan negara-negara Arab.
“Khususnya kejayaan mengikat Arab Saudi sebagai rakan karibnya, melalui strategi mengapi-apikan semangat perkauman dan mazhab sehingga berjaya menimbulkan kekacauan dan huru-hara di Asia Barat.
“Situasi ini lagi membenarkan rahsia pemetaan dunia baru yang sedang berjalan supaya negara-negara Islam disibukkan dengan peperangan sesama sendiri, sehingga mengabaikan perjuangan pembebasan Palestin dan Baitulmaqdis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Justeru katanya, PAS mengajak kepada semua umat Islam tanpa mengira kaum, mazhab dan fahaman politik untuk bersatu menentang pengisytiharan Trump ini.
“PAS mengharapkan Perdana Menteri menghantar surat bantahan kepada Rumah Putih dan memanggil segera Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan rakyat Malaysia,” katanya.
Sehubungan itu PAS juga sudah mengarahkan semua ahli untuk hadir himpunan aman membebaskan Baitulmaqdis di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur dan di setiap negeri masing-masing pada esok, 8 Disember.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
8 comments:
Elok hadi warning najib..tarik balik bantuan ekonomi kepada america dan berhenti main golf bersama Trump.
Ada le sukit rasa jantannya.
Setakat perhimpunan aman nak tunjuk PAS Islam, macam dah basi.
Bentang RUU355 pun ponteng, tunduk pada umno, ada hati nak lawan Israel????
Jangan pula siapa yang tak hadir perhimpunan aman anjuran PAS kalau mati tanam di jerat cina.
Chip lobai dah bagi isyarat, ayuh lobai2 Kita sebagai kerajaan Islam berjihad melawan zionist laknatullah...Inilah masanya taawun dgn lobai wasatiyah ahjibor Kita realisasikan
Jgn kecam sangat. Trump tu member najib tau.. nanti najib marah sama awk. Terus kena potong bekalan dedak
Ibnu Hasyim baik engko nasihat kepada Haji Hadi supaya jangan kuatkan suara dan hentam Donal Trump takut nanti di kena Penampar Bugis,maklumlah Donal Trump ni kamcing dengan Najib.Kah...kah....kah....
Semua macai ternakan parti ultrakiasu kafir harbi roket di atas menulis komen longkang untuk menghina dan memfitnah ulama Islam dan parti Islam kerana ulama Islam dan parti Islam menentang rejim pengganas Israel. Macai-macai roket ini adalah talibarut rejim pengganas Israel kerana selama ini pemimpin-pemimpin parti ultrakiasu roket mendapat latihan, khidmat nasihat , arahan, bantuan kewangan dan material, sokongan moral dll dari rejim pengganas Israel. Maka tidak hairanlah pelacur-pelacur rejim Israel ini menyokong rejim Israel merompak, menindas dan membunuh umat Islam di Palestin. Bahkan anjing-anjing Israel ini merayakan jubilee Israel di negara ini.
Mohd Razali bekas pemimpin parti kafir harbi ultra kiasu telah mendedahkan racangan jahat parti kafir harbi ultra kiasu untuk menindas agama Islam dan umat Islam di negara ini dan menjadikan negara ini republik Kristian dengan nasihat dan arahan Israel.
Kah,kah,kah..
Post a Comment