PULAU PINANG – Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dihalang daripada mengurus bantuan RM700 kepada mangsa banjir di negeri ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang melarang pula wakil rakyat DAP daripada berbuat demikian.
Kali ini ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu pula menjadi mangsa dan tanggungjawab beliau untuk berbakti kepada penduduk di kawasan diwakilinya itu digantikan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.
Perkara itu disahkan sendiri Yee Cheu yang sebelum ini dikenali sebagai `pemberontak’ dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana sering mengkritik dan tidak sehaluan dengan dasar serta polisi kerajaan negeri.
Bagaimanapun ketika diminta mengulas lanjut mengenai halangan itu, Yee Cheu enggan memberikan sebarang maklum balas.
Yee Cheu merupakan wakil rakyat kedua selepas ADUN PKR Kebun Bunga, Cheah Kah Peng yang dilarang menguruskan bantuan banjir RM700 kepada penduduk itu seperti yang diumumkan Kerajaan DAP Pulau Pinang selepas bencana berkenaan 5 November lalu.
Semalam, larangan terhadap Yee Cheu itu turut disahkan Zairil yang juga Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang ketika bercakap kepada portal propembangkang di sini.
Menurut Zairil, keputusan itu dibuat berdasarkan kenyataan Yee Cheu sebelum ini yang secara terbuka mendedahkan akan mempertimbangkan untuk meninggalkan DAP dan bertanding menentang pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Selain itu, tambah Zairil, keputusan melarang Yee Cheu turun padang menyelaras bantuan banjir untuk penduduk di kawasannya juga berdasarkan prestasi beliau sebagai wakil rakyat yang disifatkan tidak memuaskan.
Ujar beliau, Yee Cheu juga kerap kali sukar dihubungi selain sering tidak hadir dalam program yang dianjurkan kerajaan negeri melibatkan penduduk di kawasan yang diwakilinya.
Sebelum ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang dikritik banyak pihak ekoran keputusan menghalang Kah Peng dmenguruskan bantuan tersebut atas alasan sama iaitu prestasi sebagai wakil rakyat beliau yang tidak memuaskan.
Tindakan itu turut mencetuskan rasa tidak puas hati pemimpin PKR negeri ini yang menyifatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikan demokrasi dan hak penduduk yang memilih Kah Peng sebagai wakil mereka.
Yee Cheu dan Kah Peng sebelum ini dikenali sebagai wakil rakyat kerajaan negeri berhakuan kiri dan kumpulan pemberontak kerana sering tidak sehaluan dan mengkritik Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
No comments:
Post a Comment