Wednesday, December 20, 2017

Penyenyi Aishah Jadi Model 'Keterbukaan' &Modal Politik AMANAH?


HALAMAN HIBURAN

Shah Alam: Parti Amanah Negara (AMANAH) berharap kemenangan Aishah dalam program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada Ahad lepas akan dapat menarik pengundi muda dan atas pagar menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurut Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dalam sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam, AMANAH tidak menolak kemungkinan kemenangan Aisyah dapat membantu meningkatkan imej parti itu. 

“Kita harap aura Aishah dapat tarik pengundi muda dan atas pagar dan insya-Allah sejauh mana Aishah sendiri sanggup menyumbang bersama dalam kempen, kita akan bantu dia sekali, semua orang, saya rasa ada niat melakukan kebaikan.” 
Hasil carian imej untuk aishah

“Jangan kita letak halangan sedangkan niat dia nak buat kebaikan, jadi kita bantu dan kalau dia sanggup untuk bantu dan manfaatkan imej dia sebagai juara GV untuk kempen Pakatan Harapan dan AMANAH,” kata beliau dalam laporan yang dipetik oleh Malaysiakini. 

Dalam pada itu, Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam turut menepis dakwaan bahawa AMANAH adalah parti liberal berikutan keterbukaan parti itu untuk berhibur antara lelaki dan perempuan. Sebaliknya, beliau menegaskan usaha tersebut bagi menunjukkan Islam adalah agama yang sederhana serta rahmat kepada semua. 

Di awal penglibatan Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin dalam dunia politik, beliau telah menyertai PAS dan pernah bertanding sebagai calon Parlimen Jempol pada PRU 2013. Namun pada tahun 2015, Aishah telah menyertai parti serpihan PAS iaitu AMANAH susulan berlaku perpecahan dalaman parti itu. (www.menara.my)


Lihat sebelum ini..

13 comments:

Anonymous said...

Artikel dari blog semuthitam untuk isu yg sama

Tribute kepada Blog SemutHitam

Internet Address

http://semuthitam80.blogspot.my/2017/12/mat-sabu-terpaksa-tumpang-glamer.html

MAT SABU TERPAKSA TUMPANG GLAMER OSTAZAH ECAH!!!

alau dulu, diatas pentas ceramah PAS, bukan main lagi dia buat dakwaan kononnya Kerajaan tidak menghalang 'Maksiat Hiburan' yang berleluasa. Katanya, dunia hiburan ni penuh kemaksiatan.

Maka, kata dia, sebab itu dia menyertai PAS kerana mahu mendedahkan kepincangan Kerajaan yang tidak menghalang kemaksiatan hiburan itu berlaku. Dia cuba nak mentarbiah ahli PAS mengenainya.

Dek kerana popularitinya semakin merundum, dan dia kalah dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, dia mula berubah pendirian sejak menyertai PAN. Dunia hiburan yang penuh maksiat itu kembali dijejaki.

Makanya, dia menghalalkan tindakannya terkinja - kinja diatas pentas hiburan yang pada suatu ketika dahulu didakwa penuh dengan kemaksiatan yang tidak dibendung oleh pihak Kerajaan.

Sejak dia kembali menjejakkan kaki diatas pentas sambil terkinja - kinja tu, adakah dia lupa dengan dakwaan yang pernah dinyatakan sebelum ini? Pernah tak dia kenang kembali apa yang telah diluahkan?

Hari ini, kemenangan yang dikecapi mula dipergunakan oleh pemimpin - pemimpin yang jelas tidak mendapat tempat dikalangan rakyat. Pemimpin - pemimpin terbuang PAN pun datang tumpang glamer.

Mana tidaknya. Pemimpin - pemimpin PAN seperti Mat Sabu, Din Pudu, Khalid Samad dan yang seangkatan dengan mereka juga turut menerima nasib yang sama seperti Si Ostazah Ecah ni.

Mereka tidak diendahkan oleh masyarakat. Populariti mereka semakin merundum. Maka sebab itu diorang mula menghurung populairiti Si Ostazah Ecah ni macam Semut menghurung gula.

Pokok pangkalnya, PAN ni parti yang tidak ada dasar perjuangan yang kukuh. Diorang hanya ibarat kerakap atas batu dan terpaksa menumpang orang lain untuk kekal dalam pentas Politik semasa. Nak harapkan diorang sendiri, memang tak ke mana dah!!!


Anonymous said...

Best laaaaa lepas ni, Mat Sabu jadi pengacara, tapi Aisyah pulak tak boleh nyanyi sebab Mat sabu akan lempar mikrofon selepas berucap dan bertempik.............. MARI KITA LAWANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN

Anonymous said...

Mat Sabu Baling Mikrofon

LINK VIDEO MAT SABU BALING MIKROFON ADA KAT BAWAH NI

https://www.youtube.com/watch?v=5D38ZHGh7Z4

Anonymous said...

Dulu Aisah adalah ahli PAS dan pernah bertanding atas tiket PAS tetepi kalah kerana pengundi tidak mahu PAS.Setelah Aisah tidak bersama PAS maka pemimpin PAS pun mulalah hentam penynyi ini.Sekiranya Aisah masih bersama PAS pastinya penyanyi ini akan di bawa kehulu dan kehilir dalam ceramah PAS.Begitulah adat dan penyakit PAS yang suka berdengki dan tidak menghargai kawan yang telah berjuang bersama-sama mereka.

Anonymous said...

Meroyan walaun-walaun PAS terhadap "janda lama" yang semakin cun...kah kah kah.... tengok payperview merancap sendiri la woiii kah kah kah....

Anonymous said...

PAS Pis Pus kahwin dengan UMNO maka jadilah Parti tahap lembu dan keldai.

Anonymous said...

Err... Begini fael org PAS rupanya. Alhamdullilah... tertunjuk dengan jelas org PAS macam mana.

Anonymous said...

Alhamdullilah... tertunjuk dengan jelas fael org PAS macam mana.

Anonymous said...

Jaga maruah PAS bila berhujah. Jangan disebabkan diri sendiri, parti yang dikaitkan sekali. Ops! Lupa pula Tuang Presideng pernah menuduh orang pasal pil kuda, komunis dll tanpa bukti pulak tu.

Bak kata orang, Presiden kencing berdiri; ahli kencing berlari!

Anonymous said...

Masa awie dijemput dan disambut kat kelantan oleh pemimpin pas agaknya numpangbpopulariti juga ya. Seronok jg kalau dapat lepak2 kat niteclub awie. Itu sernsn kasi simpan dlm kocek

Anonymous said...

Betul222. Mcm juga pas jemput awie siap disambut lg oleh pemimpin pas ya. Hebat2222. Jomnlepak kat nite clib awie pekena air oren n tonik sambil layan lagu jerangkung pakai srban.

Anonymous said...

Woi macai-macai ternakan parti kuali khadam parti ultra kiasu roket.... Nampak sangat parti kuali kamu penganut liberalisme. Kamu semua tidak tahukah suara wanita adalah aurat? Parti kuali dan macai dedak roket bodoh bertingkat membela maksiat.

Puaka Rimba said...

Lobai bangang. Mana kau belajar yg suara wanita itu aurat. Taliban gunung betul kau ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails