Kuala Lumpur: Gerakan Radikal Republic of Atheist wajib dihalang bagi mengelakkan “core sensitivity” ini terus disentuh supaya isu ateis ini tidak lagi juara di mata masyarakat dan diambil kesempatan oleh pihak yang sengaja mencari populariti murahan,” kata Presiden Kebangsaan Sahabat YADIM, Muhammad Danial Muhammad Anuar.
Menurutnya, Gerakan Republic of Atheist yang dilihat berbentuk radikal ini sebenarnya secara senyap mencabar perlembagaan pada aspek moral dan ketenteraman awam pada Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan iaitu mengganggu gugat akidah umat Islam dan Senarai Negeri Jadual Kesembilan antara lain, menyebabkan suasana tidak harmoni dan perpecahan di kalangan masyarakat awam di bawah seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan dan cubaan menghasut di bawah Akta Hasutan 1948.
Katanya, perkara ini sama sekali menunjukkan ateis ini bercanggah dengan Perlembagaan dan Sahabat YADIM sekeras-kerasnya menentang fahaman ateisme ini. Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara ini dan berharap pihak yang bertanggungjawab yang lebih berautoriti seperti mufti-mufti, institusi kerajaan dan pihak berkuasa untuk bersama menentang dan membanteras fahaman ateis ini secara serius dan tegas.
Menurutnya lagi, mana-mana institusi politik seperti UMNO, PAS, AMANAH dan yang lain-lain perlulah bekerjasama atas nama dan dasar Taawun ‘Ala Birr wa Taqwa bagi membasmi fahaman ateis yang tiada bertuhan.
“Bersama kita tegakkan akidah yang benar dan sejahtera di Malaysia dan menolak fahaman yang bercanggah dengan syar’i seterusnya bertentangan dengan Perlembagaan negara.”
Muhammad Danial berkata, apa yang kita perlu faham bahawa isu ateisme ini berpunca daripada dua perkara iaitu
- kepercayaan peribadi berasaskan rujukan fikiran semata
- dan semangat perlembagaan yang menekankan konsep keagamaan.”
Menurutnya, agama membawa maksud kepercayaan kepada Tuhan atau dewa atau yang dianggap berkuasa sedangkan Atheism,
- “A” bermaksud tanpa dan
- “theism” adalah agama (istilah dari Greek).
Justeru, menyentuh yang terkandung dalam Perlembagaan mengenai keagamaan, ia sinonim dengan alasan penghakiman Chief Justice Warren Burger yang menyebut
“Only beliefs rooted in religion are given special protection to the exercise of religion”.
“Right to propagate atau hak untuk dakyah jelas sekali termaktub sebagai doktrin yang mengancam dan kenyataan ini perlu difahami sekali lagi dengan konsep Islam agama rasmi, agama lain bebas untuk diamalkan tetapi tidak boleh disebarkan,” katanya.
Menurutnya, sahabat YADIM seratus peratus menentang ateis ini kerana jelas ateisme bukanlah suatu agama selain bertentangan dengan Perlembagaan negara, maka rakyat Malaysia wajib menolak fahaman ateis dan umat Islam mesti berpegang teguh pada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Read more at: https://www.menara.my/gerakan-radikal-republic-of-atheist-wajib-dihalang-presiden-sahabat-yadim/
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
1 comment:
Kepada semua atheis yang menolak Allah, sila berambus keluar dari Msia kerana Perlembagaan Persekutuan menyatakan negara ini untuk orang beragama sahaja.
Post a Comment