Tuesday, December 05, 2017

Rugi RM31.5B 1990an Dr M Anggap Isu Kecil Aje..


ALAHAI… Bayangkan berapa banyak sekolah, hospital, balai polis, jalan raya dan segala macam prasarana awam kepada rakyat boleh dibuat dengan wang sebesar RM31.5 bilion awal 1990-an.

Dalam bahasa mudah jumlah mega itu menyaksikan dana Petronas terpaksa diguna untuk ganti kehilangan akibat ‘permainan’ tukaran mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) ketika era Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Malangnya adakah patut dalam respons pertama beliau pada rumusan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian forex dialami BNM pada zaman pentabiranya dahulu, Mahathir membuat lawak yang amat tidak kelakar!
Calon bakal perdana menteri paling tua di dunia jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum (PRU) itu dengan selamba senang-senang boleh mendakwa rugi akibat silap spekulasi forex tidak beri kesan pada kewangan negara.
Juga… adakah patut Mahathir mendakwa kononnya jika RCI sedemikian itu diadakan di negara lain, orang ramai akan ketawa kerana laporanya tidak lengkap dan tidak adil kepada beliau dan beberapa kroni kepada dirinya.
Mahathir bahkan menyifatkan isu forex itu ‘sudah selesai’ semasa beliau masih perdana menteri lagi di sebalik asakan ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang di Parlimen yang dakwa nilai kehilangan itu adalah terbesar dalam sejarah dunia!
Soalnya selesai macam mana? Bukankah laporan panel RCI itu dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong mendapati jumlah kerugian diisytiharkan jauh kurang daripada angka sebenar serta sengaja cuba dirahsiakan.
Dalam pada itu banyak lagi persoalan cepumas yang tidak dijelaskan Mahathir sendiri mengikut laporan RCI setebal lebih 400 halaman tersebut dengan hanya memberi jawapan amat lucu: “Saya tidak tahu” dan “Saya tidak ingat.”.
Mahathir memberikan respon pelik berkenaan menerusi laman Facebook petang Selasa yang dilihat penganalisis politik tanah air sebagai cubaan mengalihkan perhatian masyarakat menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017.
Umum maklum pakatan pembangkang diterajuinya kini kucar-kacir apabila bermasalah untuk berdaftar sebagai gabungan formal dan lebih teruk PPBM, parti serpihan ciptaan Mahathir sendiri semakin jelas ditolak rakyat.
Dalam pada itu, sebuah portal propembangkang melaporkan Mahathir membuat tuduhan serius apabila mendakwa laporan RCI bagi siasat kerugian BNM dalam urus niaga forex pada 1990-an dimanipulasi panel suruhanjaya itu.
Pengerusi Pakatan Harapan itu dalam tohmahan terkini berkenaan malah mendakwa tidak semua fakta dimasukkan, termasuk keterangannya, keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
“Mereka memilih-milih apa yang perlu dimasukkan dalam laporan RCI dan ia bertujuan untuk memburuk-burukan nama orang tertentu, termasuk diri saya, supaya tindakan undang-undang kemudian boleh diambil terhadap saya.
“Sebabnya adalah kerana saya memimpin parti lawan. Kalau tak pimpin parti lawan, saya rasa saya selamat,” dalih Mahathir yang berhasrat menyaman RCI itu jika tidak memenuhi tuntutannya pula. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Lihat sebelum ini..



3 comments:

Borhan Sharif said...

Isu FOREX... rakyat tak dibebani.
Isu 1MDB....rakyat dah tenat dibebani... Malah 8.4juta orang dah dijadikan Pengemis BRIM.
NEGARA DIHINA UMPAMA PARIAH DUNIA...

Borhan Sharif said...

Kalau benar MO1 tak terbabit... Cuci nama dengan mengadakan siasatan diraja..... ADA BERANI? INI ISU SEMASA.... DOK SIBOK HAL LAMA APAHAL?
BERFIKIRLAH UNTUK MASA DEPAN.....

Anonymous said...

Mengapa barua ternakan parti kafir harbi roket sibuk menyebarkan fitnah rasuah rm 90 juta tetapi mereka membisu seribu bahasa tentang salah laku kepala bapak ultra kiasu roket dalam skandal banglo terlajak murah, kertas kerja RM300 juta, projek kroni dan bini, jual tanah kerajaan, memusnahkan berpuluh kampung dan gerai Melayu, tanah runtuh, banjir kilat, kematian manusia dll ? Mengapa macai ternakan roket juga berdiam diri tentang skandal Forex? Jawapan: Macai ternakan parti ultra kiasu adalah setaraf lembu dicucuk hidung kerana macai dan lembu makan dedak cap roket. Akibatnya macai bodoh bertingkatdan buta hati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails