Thursday, December 07, 2017

RUU355 Bukan Masalah PAS Lagi, Bola Sekarang Di Kaki UMNO.



PAS menganggap nasib rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 yang belum dibahaskan di parlimen sebagai bukan tanggungjawab pihaknya lagi.


Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tanggungjawab itu kini digalas parti Umno dan speaker Dewan Rakyat.

Mengibaratkan seperti bermain bola sepak menurut beliau, PAS sudah melakukan hantaran, kini bola di kaki Umno untuk menjaringkan gol.

"Banyak orang pertikai, kata PAS kena tipu. Sebenarnya kita dah tendang bola ke kaki Umno, sepatutnya Umno kena tendang masuk gol.
"Jadi bukan masalah PAS lagi, sebab kita dah pass the ball," katanya ringkas kepada media selepas menghadiri mesyuarat exco Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini RUU355 dibentangkan kali ketiga pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada April tahun lalu oleh Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai usul persendirian.

Usul tersebut kemudiannya disokong oleh Anggota Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan.

Pada 17 Oktober lalu, PAS mendesak perbahasan RUU355 diberi ruang pada sidang parlimen kali ini, namun tidak mendapat perhatian speaker. Terdahulu, RUU355 dilaporkan sudah berada dalam senarai ketujuh aturan mesyuarat, namun speaker memaklumkan Dewan Rakyat hanya akan berbahas sehingga aturan keenam sahaja.

Tambah Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan, tanggungjawab PAS untuk bawa RUU355 ke parlimen sudah selesai, selepas ia dibentangkan.

"Kita sudah bentang. Kalau main bola kita sudah pass (hantar) ke kaki Umno, sepatutnya Umno yang jaring gol," ujarnya.


Lihat sebelum ini..

2 comments:

Anonymous said...

Hahaha.RUU 355 diibaratkan seperti main bola pulak. Dah pass bola ,terus keluar padang . Bukan kan lebih tepat lagi kalau di ibaratkan RUU 355 seperti BOHJAN TUA buntingkan anak dara orang , tapi tak mahu bertanggungjawab. Lepas pancut ,blah macam tu aje. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Susu punya sapi, lembu dapat nama..

Nik amar disenaraikan SR makan dedak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails