Penerbit buku Fixi memaklumkan membuat tuntutan saman terhadap Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) selepas mendakwa syarikat inisiatif kerajaan itu gagal melunaskan tunggakan hutang mencecah RM105,000.
Dalam satu kenyataan hari ni, Fixi berkata tuntutan dibuat agar KB1M membayar hasil jualan buku terbitannya di rangkaian KB1M sejak tahun lalu berjumlah RM104,930.75.
"Kali terakhir mereka membuat bayaran kepada kami ialah November 2016, lebih setahun lalu.
"Sejak itu kami menghubungi pihak berkenaan beberapa kali tanpa mendapat sebarang jawapan," kata Fixi yang banyak menerbitkan buku bergenre novel dan kumpulan cerpen bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.
KB1M yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada September 2012 bertujuan menjual bahan bacaan bermutu pada harga berpatutan kepada rakyat.
Antara cawangan KB1M adalah di Pusat Trasnformasi Bandar (UTC) Ipoh Perak, UTC Alor Setar Kedah dan UTC Gong Badak Terengganu.
Fixi mendakwa peguamnya telah menghantar surat tuntutan kepada KB1M pada 1 November lalu, tetapi tidak mendapat sebarang maklumbalas.
"Kami tiada pihan selain mengemukakan saman untuk mendapatkan wang hasil jualan buku kami," kata Fixi lagi.

Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
No comments:
Post a Comment