KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan Selangor yang membayar RM1 juta kepada sebuah syarikat yang memiliki modal berbayar RM2 dipertikaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.
Budiman mendakwa syarikat tersebut, Seni Pusaka Sdn Bhd dibayar oleh kerajaan Selangor untuk menganjurkan program Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau pada 7 hingga 10 Disember lalu, namun tidak mendapat sambutan.
Program tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO bernama Pusaka dan dipercayai ia bukan sebuah persatuan berdaftar, sebaliknya ia menggunakan nama syarikat Seni Pusaka tersebut.
“Terdapat juga dakwaan bahawa NGO Pusaka tersebut bukanlah sebuah persatuan sebaliknya adalah sebuah syarikat sendirian berhad iaitu Seni Pusaka Sdn Bhd.
“Yang lebih menarik perhatian, nama Pengarah dan pemegang saham syarikat yang mempunyai modal berbayar RM2 ini sahaja adalah milik kurator utama bagi Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau ini iaitu Eddin Khoo.
“Adakah ini suatu kebetulan atau sesuatu yang dirancang? Selanjutnya, adakah wang penganjuran festival ini dibayar kepada NGO Pusaka atau syarikat sendirian berhad? Kemusykilan yang memeningkan inilah yang mesti diberi penjelasan oleh kerajaan negeri,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Budiman membidas penganjuran program tersebut yang disifatkan sebagai gagal kerana tidak mendapat sambutan.
“Walaupun sebanyak 30 program diatur sepanjang penganjuran festival, namun hanya beberapa program sahaja yang mendapat sambutan. Hal ini telah melihatkan bagaimana penganjuran festival ini dibuat secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh,” ujarnya. –MalaysiaGazette
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
2 comments:
Ada bukti? Report SPRM macam idola umno selangor - azwan ali.
Pesan pada umno selangor - solat jemaah ikut imam bukan IMAMS
Selama ini macai ternakan parti ultra kiasu roket seperti keluangay mencipta pelbagai dakwaan karut tanpa bukti untuk memfitnah parti Islam dan ulama Islam.
Post a Comment