Menurut ahli parlimen Batu itu, laporan itu dianggap mencurigakan kerana beliau tidak tahu siapa sumber yang dipetik, serta apa tujuan sebenar individu itu mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal berita itu.
“Perkara ini tiada dalam pengetahuan saya. Saya tidak tahu siapa sumber itu dan sejauh mana keaslian (laporan) itu,” katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini, hari ini.
PKR menafikan Tun Dr Mahathir Mohamad calon perdana menteri pilihan parti itu. - Foto AstroAWANI / SHAHIR OMAR
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya pada 2008
Namun, laporan itu turut menyebut, persetujuan itu datang dengan syarat, Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dalam tempoh enam hingga 12 bulan gabungan pembangkang itu berkuasa.
Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bermula 2015, atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.
Ditanya sekiranya perkara itu dibincangkan pada mesyuarat biro politik pada 19 Disember lepas, Tian Chua akui ia antara kandungan mesyuarat, namun tiada sebarang persetujuan dicapai.
“Saya tidak tahu apa tujuan sebenar individu yang dikatakan sumber itu. Mungkin hanya untuk memaksa PKR membuat keputusan cepat (mengenai calon perdana menteri),” katanya lagi. (AA)
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
No comments:
Post a Comment