Sunday, December 17, 2017

Siapa Mahathir.. Kata Penyanyi M.Nasir 1996 Dulu &Akibatnya.


HALAMAN HIBURAN

Dua patah kata “siapa Mahathir” yang didakwa diucapkan oleh M Nasir pada 1996 telah menyebabkan komposer dan penyanyi terkenal itu digam daripada radio dan televisyen kerana dianggap kurang ajar terhadap perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Lebih 20 tahun kemudian, apabila ditanyakan semula berkenaan kontroversi itu, M Nasir tidak berminat memberikan ulasan.

“Saya tak suka bincang isu ini. Tak mendatangkan hasil,” katanya kepada wartawan selepas program Magnum Opus 40 Tahun M Nasir Kembara ke Solo yang diadakan di Pusat Informasi Pelancongan Malaysia (Matic) di Kuala Lumpur hari ini.

M Nasir sebelum itu diminta mengulas berkenaan pujian Mahathir baru-baru ini kepada golongan artis yang membuat kenyataan yang cenderung dilihat mengkritik kerajaan.

Hasil carian imej untuk m.nasir
Larangan menyiarkan karya

Pada 1996, M Nasir dikatakan tidak dapat hadir latihan sempena Malam Puisi Utusan yang menampilkan Mahathir sebagai tetamu kehormat. M Nasir yang baru mendapat berita kematian ayah mertuanya dan perlu bergegas pulang ke Singapura telah diasak wartawan yang menanyakan alasan beliau tidak hadir.

Anak seni kelahiran Singapura itu menjelaskan bahawa menghadiri pengebumian ayah mertuanya lebih penting kepadanya berbanding acara itu.
Kenyataan M Nasir yang didakwa mengandungi ungkapan "siapa Mahathir" ketika itu telah digembar-gemburkan media meski syarikat naungan beliau BMG telah menghantar surat penafian kepada Utusan Malaysia. 

Pihak M Nasir juga menulis surat kepada Kementerian Penerangan dan Kementerian Dalam Negeri bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung dengan kontroversi itu. Namun timbalan menteri penerangan ketika itu Datuk Seri Suleiman Mohamed telah mengeluarkan larangan agar karya M Nasir tidak dikeudarakan atau disiarkan dan akhirnya menyebabkan konsert komposer itu yang dijadualkan di Kedah dan Selangor pada tahun berkenaan dibatalkan.

Larangan yang dikenakan ke atas M Nasir itu sering dirujuk sebagai peristiwa yang menggambarkan tahap kebebasan bersuara artis pada era pentadbiran Mahathir. (TKO)


Lihat sebelum ini..

11 comments:

Anonymous said...

Bagi PAN biar orang lain dihina jangan DAP dihina

Anonymous said...

http://www.mykmu.net/2016/03/dulu-mahafiraun-kini-mahasuci/


DULU MAHAFIRAUN, KINI MAHASUCI
Adamyan | March 7, 2016

ORANG tanya, apa isu ni brother Mahathir nak kawan pembangkang, lantaklah, bukan dia ahli UMNO, lagipun ini negara demokrasi ma. Penulis kata dia balik, itu ke isunya (demokrasi)?

Ini bukan isu demokrasi lagi dah, ini isu hipkorasi, isu kredebiliti, isu intergriti. Negara ni berpecah dua dulu sebab Mahathir kata sekutu barunya sekarang ni (DAP, Anwar, Kit Siang etc) tak layak jadi kerajaan atas pelbagai sebab yang buruk-buruk belaka, dah hari ini kau kata dia orang semua tu elok sajalah pulak.

18 tahun kau ke hulu ke hilir cakap Anwar buruk, Kit Siang rasis, Mat Sabu mulut jahat, yang tiga musibat ini pun sama, ke hulu ke hilir mengutuk Mahathir juga, alih-alih sekarang tiba tiba semua dah jadi baik, jadi elok?

Apa dah jadi dengan Mahathir ni Mahafiraun dulu? Bukan itu saja, Mahazalim, haprak, kepala taik, semua pun dilabel pada Mahathir. Sekarang dah jadi Mahasuci sebab dia tukar posisi dengan sokong pembangkang? Apa dosa pahala, jahat baik, liwat tak liwat, rasis tak rasis ni ikut posisi politik saja ke?

Jadi macam mana pulak besok kalau di masa depan tiba-tiba Mahathir tukar lagi kata Najib baik pulak? Apakah masa itu semua yang gila menyokong hari ini akan menukar posisi balik semula? Ini semua bukan mustahil, 18 tahun masanya diambil untuk Mahathir tukar lidah kata apa yang dia sebut selama ini pasal Anwar dan Kit Siang adalah salah.

Mahathir mungkin tak hidup lagi 18 tahun lah tapi dalam keadaan sekarang apa pun boleh berlaku.

Yang penting, kalau itu berlaku, apakah masyarakat yang dok maki hamun bagai nak rak hari ini kerana perbezaan tersebut akan berbaik-baik, bersalam-salaman, lets forget and forgive begitu sahaja? Penulis kenal satu orang rakan yang tak bertegur sapa dengan adik beradiknya sampai sekarang kerana perbezaan politik Mahathir-Anwar ni saja, dah berlaga dubor (berbaik baiklah tu) Anwar dengan Mahathir pun, dia masih tak bertegur sapa lagi.

Maka itu kita perlu pilih pemimpin yang betul, pemimpin yang cakapnya sentiasa boleh dipakai dan dipercayai pada setiap masa. Sana salah sikit, sini salah sikit, itu biasalah, mana ada manusia yang sempurna tapi keseluruhan ni yang kita tengok. Apatah lagi, keagungan pemimpin ini dinilai dari sejarahnya, bukan dari keadaan semasanya.

Anonymous said...

Marchivalli menghalalkan cara
PAN pula menghalalkan DAP yg anti Islam

Jeff Hulu Yam
Progressive Inclusive dan Faham

Anonymous said...

Betul tu... Err siapa yang tak hadir Parlimen dan lepas tu menceritakan kos sara hidup tinggi? Pelik, memang pelik... eik?

Anonymous said...

Siapa yang tak sokong RUU355? Bukan ke UMNO? Halal ke? Klu halal, macam mana Amanat Hadi dulu? Dah tak halal?

Anonymous said...

Mengata, menghina, mencabar tentu berbeza dengan mengkritik dan menyatakan pendapat.

Anonymous said...

https://www.aidcnews.wordpress.com/2017/08/05/10-bukti-dap-anti-islam-dr-ridhuan-tee/amp/

10 Bukti DAP Anti Islam -Dr. Ridhuan Tee

AIDCNews -05/08/17 – Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

10 bukti itu adalah seperti berikut :

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,”katanya dalam satu kenyataan.

Anonymous said...

Kalau nak tahu keburukan tanya pada musuh. Kalau nak tahu kebaikan tanya pada kawan...

Anonymous said...

Siapa Ibnu Hasyim.Dah tentu jawapannya lebai PAS yang suka foto seksi dan cerita separuh lucah.Kahhh....kah....kah.....

Anonymous said...

Kenapa anda harus tidak mengundi PAS pada PRU14.
1.Orang PAS menganggap mereka pandai berpolitik,sebab itu mereka tidak mahu PKR,BERSATU,PAN dan DAP.Tetapi mereka CUKUP jinak dengan UMNO dan masih sanggup tak tahu malu berada dalam exco Selangor.
2.RUU355 telah terkubur akibat kebodohan PAS dan aksi wayang UMNO,malangnya DAP yang disalahkan.
3.Haji Hadi bukanlah contoh pemimpin yang baik dan jauh lagi di banding taraf Ulama.Selalu ponteng Parlimen dan fatwa mengkafirkan orang UMNO masih tidak di perbetulkan.Selalu bercakap berputerbelit.
4.Kualait pemimpin PAS merosot setelah ketiadaan TGNA.
5.PAS tidak berminat untuk menumbangkan Najib selaku Lanun Bugis yang telah terbukti makan rasuah,menyalah guna kuasa dan menyusahkan rakyat.
6.Undi PAS adalah undi UMNO.
7.Undi PAS akan menyebabkan Kelantan tidak mendapat Royalti Minyak kerana kerajaan UMNO tentu akan terus berkuasa.Peluang rakyat Kelantan untuk mendapat Royalti minyak adalah cerah sekiranya PAS dan UMNO ditumbangkan.

Anonymous said...

Inilah amanat kepala bapak kafir harbi yang memusuhi agama Islam dan menindas umat Islam. Amanat sesat dan menyesatkan ini disampaikan oleh macai dedak cap roket 9.45 pm.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails