TUNIS – Selepas berjaya di Indonesia apabila mahkamah perlembagaan membenarkan amalan zina di negara paling ramai Muslim di dunia itu, kini giliran Tunisia menghancurkan akhlak remajanya.
Media antarabangsa semalam melaporkan negara Islam (? -editor) di rantau Afrika Utara itu berjaya melancarkan stesen radio khas untuk komuniti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) yang pertama di rantau Arab baru-baru ini.
Namun ia bersiaran hanya atas talian dan ditubuhkan hasil inisiatif kumpulan hak asasi LGBT tunggal tempatan iaitu Shams, bertujuan menangani permusuhan yang telah berakar umbi terhadap golongan itu di negara tersebut.
Untuk rekod, amalan terkutuk pernah diamalkan kaum Sodom ketika zaman Nabi Luth AS itu diharamkan secara rasmi oleh kerajaan Tunisia sejak 1913 dan pengamal LGBT boleh dihukum penjara tiga tahun jika sabit bersalah.
“Kami berhasrat menyedarkan rakyat Tunisia, komuniti dunia dan ahli politik tentang homophobia berlaku dalam masyarakat serta memperjuangkan hak kebebasan individu,” dakwa ketua pengarah stesen itu, Bouhdid Belhadi.
BOUHDID BELHADI
Dikenali sebagai Shams Radio, stesen disokong Kedutaan Belanda di sini beroperasi setiap hari dari pagi sehingga tengah malam dengan menyiarkan berita mengenai isu politik, ekonomi dan sosial yang fokus komuniti LGBT.
“Dasar editorial kami adalah untuk membincangkan tentang hak dan kebebasan individu secara umum, tetapi fokusnya adalah untuk golongan LGBT,” kata Bouhdid yang dipetik oleh portal berita terkenal Al-Arabiya.
Ekoran pelancaran stesen amalan dilaknat Allah ini, ia turut mengundang pelbagai reaksi negatif dan kecaman netizen menerusi media sosial, malah Bouhdid menerima lebih 4,000 ancaman atas talian termasuk ugutan bunuh.
Antara penyampai stesen ialah aktivis LGBT ternama iaitu Amina Sboui (gambar atas) atau lebih dikenali sebagai Amina Tyler, 23, yang pernah muncul sebagai wanita Tunisia pertama berbogel menerusi Facebook pada 2013.
Difahamkan, kewujudan aktivis LGBT di Tunisia bermula sejak resolusi Arab Springpada 2011 lalu. Bagaimanapun kedudukan mereka juga tergugat dengan adanya masyarakat Islam konservatif. – Agensi
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
1 comment:
Kemungkaran dan kesesatan akan berleluasa apabila puak munafik liberal dan puak kafir harbi menjadi pemimpin negara.
Menjadi tugas umat Islam untuk menyokong dan mengundi parti Islam dalam PRU14 untuk membentuk kerajaan Islam yang bermoral.
Post a Comment