Setiausaha Politik Azmin Dalangi Projek Korek Pasir Anak Saudara MB Selangor ?
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie didakwa mendalangi projek mengorek pasir yang diusahakan oleh anak saudara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sejak dari tahun 2014.
Sebagai orang kanan Azmin, Shuhaimi dikatakan mempunyai pengaruh dalam Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) adalah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor, badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di negeri Selangor.
“Shuhaimi Shafie pegawai khas Azmin Ali Menteri Besar dah ketar lutut ??, ” soal laman ASSUyang merujuk kepada penafian Azmin dalam memberi tender kepada anak saudaranya.
Azmin dilapor Malaysiakini menafikan tuduhan bahawa beliau menganugerahkan tender kepada anak saudaranya, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Azmin menjelaskan bahawa semua tender untuk perlombongan pasir di negeri itu dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Besar Diperbadankan (MBI Inc).
“Pertama dakwaan itu tidak betul. Dasar kerajaan negeri tanah-tanah dimiliki oleh kerajaan negeri, sekiranya ada permohonan untuk aktiviti perlombongan pasir ia akan diuruskan oleh Kumpulan Semester.
“Semua proses tender dijalankan Kumpulan Semester, saya bukan board member (ahli lembaga pengarah) Semester.
“Saya tidak terlibat dalam sebarang keputusan dan saya yakin pegawai Semester mempunyai integriti tinggi dalam memastikan proses itu berjalan dengan telus dan terbuka,”katanya kepada wartawan ketika ditemui di Bandar Baru Bangi.
Terdahulu, SPRM dilapor menahan anak saudara Azmin yang berusia 34 tahun dan tiga yang lain atas tuduhan terlibat dalam perlombongan pasir dan batu di sebuah lokasi di Kajang sejak 2014.
Suspek yang terdiri daripada dua pengarah syarikat perlombongan pasir, seorang pengurus tapak projek dan seorang pekerja agensi pengiklanan, didakwa merasuah pegawai pihak berkuasa tempatan di Kajang untuk tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan yang menyalahi undang-undang itu.
Kesemua lelaki berusia antara 34 tahun dan 67 tahun itu kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6 Disember. SPRM juga membekukan wang RM4 juta daripada akuan bank milik anak saudara Azmin itu. - AIDCNews
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Perintah negeri pun dah jadi isu besar. Bayangkan jika puak Pakatan Tiada Harapan memerintah negara ini. Apa akan berlaku? Siapa cepat kaya? Oleh sebab itu marilah kita undi parti Islam dalam PRU14 sebab parti Islam mempunyai rekod yang bersih.
ReplyDeletePergh... baru anak saudara... tapi yg kena nye parti harapan. Yg direct 90juta kena kat pas...senyap je korang yek. Sebab takde buktikan? Kan kan kan...
ReplyDeleteBila nak saman husam pasal 90jota?
Woi barua dedak roket, mana bukti rasuah RM90 juta? Mengapa Musang Moses tidak buat laporan kepada polis, SPRM dll dan sidang akhbar jika dia mempunyai bukti? Jika setakat buat dakwaan tanpa bukti, aku pun boleh buat dakwaan kepala bapak kau makan rasuah RM300 juta.
DeleteKah Kah Kah..... Wow berasap...... tepat pada sasaran..... siap kepala bapak lagi..... Hantaran semula smash dibuat puak2 barua DAP!
ReplyDelete