HALAMAN HIBURAN
SUMPAH seseorang hanya sah jika ia melalui proses mahkamah dengan empat kali bersumpah diikuti sekali sumpah laknat selain ia bukan untuk tontonan awam.
Pendakwah bebas, Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kaedah memegang Al-Quran juga kurang tepat kerana bersumpah dengan cara itu bukanlah satu keperluan.
"Nabi Muhammad SAW bersabda; Barangsiapa yang ingin bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau (jika tidak), hendaklah dia diam sahaja (tidak bersumpah) (Riwayat Al-Bukhari).
"Apa-apa pun, kita tidak mahu, kaedah memegang Al-Quran ketika bersumpah menjadi trend masyarakat dan menimbulkan salah faham sehingga ada yang merasakan ia adalah kaedah sebenar pelaksanaan sumpah li’an," jelas kepada mStar Online pada Rabu.
Pada Isnin lalu, penyanyi era 80-an, Norshila Amin, 53, dan anaknya, Nurrul Admiena Norrizan, 33, melafazkan sumpah laknat bagi menyangkal fitnah berhubung dakwaan dia menipu wang milik lapan selebriti ketika menyertai festival di Brunei pada April lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Norshila Amin Angkat Sumpah Laknat Isu Tipu Duit Artis
Pada sidang media itu, Norshila memberitahu dia melafazkan sumpah itu bagi menafikan dakwaan pelakon Lana Nodin yang didakwa antara pihak yang menyebarkan fitnah itu sehingga mendatangkan malu kepadanya dan keluarga.
Pergaduhan Norshila dan Lana menjadi tular apabila isu itu dikongsi pengacara Roslan Shah di Facebook miliknya.
Kemelut di antara mereka tercetus apabila Norshila dikatakan menendang troli milik Lana ketika berniaga di sebuah tapak perniagaan di Singapura sebelum berlaku pergaduhan mulut sehingga timbul isu berkaitan menipu wang artis lain.
Susulan itu, Norshila membuat laporan polis terhadap Roslan pada 3 Disember lalu diikuti Lana keesokan harinya di Balai Polis Seramban 2.
Menjelaskan lebih lanjut, Dr Zaharuddin berkata, sebarang tindakan mewujudkan sumpah laknat dalam hal mengesahkan penipuan atau dusta dalam tansaksi perniagaan adalah satu tindakan salah dalam urusan agama dan ia tidak dibenarkan oleh Islam.
"Ia ditegah oleh seluruh para ulama berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak kerana ia menyebabkan seseorang itu secara bebas melakukan sumpah tanpa sebarang asas atau sandaran dalil.
"Dalam kes yang dirujuk tersebut, sumpah laknat yang dilakukan walaupun dengan nama Allah, ia tidak sah kerana sumpah laknat atau li'an hanya wujud untuk urusan suami-isteri yang menuduh isteri pasangan mereka berzina sebagaimana wujud dalam peruntukan di dalam Al-Quran, surah an-Nur ayat 6-8," katanya.
Sementara itu, Dr Zaharuddin berkata, sumpah yang dikira terpakai dan sah dalam kes melibatkan Norshila adalah hanya sumpah biasa dan bukan sumpah laknat.
Sumpah biasa dalam kes tersebut dianggap sah apabila dimulakan dengan lafaz “wabillahi, wattallahi” atau salah satu antara lafaz tersebut juga sudah mencukupi.
"Namun sumpah biasa ini sepatutnya hanya dilakukan sesudah 'bayyinah' atau bukti yang diiktiraf oleh syarak dikemukan oleh pihak yang menuduh.
"Apakah bayyinah ini? Jika belum ada bukti kuat, maka tidak perlu menolak dengan cara sumpahan kerana ia dikira hal kecil dan tiada kukuh," jelasnya lagi.
Tambah Zaharuddin lagi, bagi mereka yang yakin dizalimi namun tidak mampu bertindak disebabkan tidak mempunyai wang ke mahkamah, diragui atau apa-apa alasan boleh menggunakan doa musnah ke atas pemfitnah, pembuli dan penzalim.
Namun katanya, seseorang itu mesti benar-benar dizalimi dari prespektif Islam dan bukannya mengikut nafsu kerana jika tidak, dibimbangi kemusnahan akan kembali kepadanya kelak.
"Menurut Fiqh Islam, adalah baik untuk dimaafkan serta bersabar apabila dizalimi atau harus juga berdoa kemusnahan seperti buta atau mati selain diserahkan urusan kepada Allah untuk memberi balasan.
"Seorang wanita ('Arwa bt Uwais) mendakwa sebahagian tanah miliknya telah diceroboh dan dirampas oleh seorang sahabat besar yang termasuk dalam sepuluh yang dijanjikan Syurga oleh Baginda Nabi SAW. iaitu Sa'id bin Zaid R.A, padahal ia memang milik Sa'id akhirnya Sa'id mengalah dan membuat doa khusus untuk penzalim dan perampas serta penipu seperti wanita terbabit.
"Doanya berbunyi, Ya Allah kira benar wanita ini menipu maka butakanlah matanya dan jadikan kuburunya (mati) di dalam rumahnya. (Hadis dan kisah ini dalam Syarah Sahih Muslim oleh Imam Al-Nawawi).
"Tidak lama selepas itu, doa Sa'id makbul dan wanita itu telah buta, kemudian dia mengakui bahawa doa Sai'd telah mengenai dirinya, selepas itu, sesudah dia keluar dari qada hajat, dan berjalan ke perigi di rumahnya, dia telah terjatuh ke dalam perigi lalu mati. Semua doa Sa'id telah makbul," ujarnya.
http://www.mstar.com.my
"Nabi Muhammad SAW bersabda; Barangsiapa yang ingin bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau (jika tidak), hendaklah dia diam sahaja (tidak bersumpah) (Riwayat Al-Bukhari).
"Apa-apa pun, kita tidak mahu, kaedah memegang Al-Quran ketika bersumpah menjadi trend masyarakat dan menimbulkan salah faham sehingga ada yang merasakan ia adalah kaedah sebenar pelaksanaan sumpah li’an," jelas kepada mStar Online pada Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: Norshila Amin Angkat Sumpah Laknat Isu Tipu Duit Artis
Norshila mahu membersihkan namanya daripada difitnah.
Pergaduhan Norshila dan Lana menjadi tular apabila isu itu dikongsi pengacara Roslan Shah di Facebook miliknya.
Kemelut di antara mereka tercetus apabila Norshila dikatakan menendang troli milik Lana ketika berniaga di sebuah tapak perniagaan di Singapura sebelum berlaku pergaduhan mulut sehingga timbul isu berkaitan menipu wang artis lain.
Susulan itu, Norshila membuat laporan polis terhadap Roslan pada 3 Disember lalu diikuti Lana keesokan harinya di Balai Polis Seramban 2.
Menjelaskan lebih lanjut, Dr Zaharuddin berkata, sebarang tindakan mewujudkan sumpah laknat dalam hal mengesahkan penipuan atau dusta dalam tansaksi perniagaan adalah satu tindakan salah dalam urusan agama dan ia tidak dibenarkan oleh Islam.
"Ia ditegah oleh seluruh para ulama berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak kerana ia menyebabkan seseorang itu secara bebas melakukan sumpah tanpa sebarang asas atau sandaran dalil.
Pendakwah bebas, Dr Zaharuddin Abdul Rahman.
Sementara itu, Dr Zaharuddin berkata, sumpah yang dikira terpakai dan sah dalam kes melibatkan Norshila adalah hanya sumpah biasa dan bukan sumpah laknat.
Sumpah biasa dalam kes tersebut dianggap sah apabila dimulakan dengan lafaz “wabillahi, wattallahi” atau salah satu antara lafaz tersebut juga sudah mencukupi.
"Namun sumpah biasa ini sepatutnya hanya dilakukan sesudah 'bayyinah' atau bukti yang diiktiraf oleh syarak dikemukan oleh pihak yang menuduh.
"Apakah bayyinah ini? Jika belum ada bukti kuat, maka tidak perlu menolak dengan cara sumpahan kerana ia dikira hal kecil dan tiada kukuh," jelasnya lagi.
Tambah Zaharuddin lagi, bagi mereka yang yakin dizalimi namun tidak mampu bertindak disebabkan tidak mempunyai wang ke mahkamah, diragui atau apa-apa alasan boleh menggunakan doa musnah ke atas pemfitnah, pembuli dan penzalim.
Lana Nodin.
"Menurut Fiqh Islam, adalah baik untuk dimaafkan serta bersabar apabila dizalimi atau harus juga berdoa kemusnahan seperti buta atau mati selain diserahkan urusan kepada Allah untuk memberi balasan.
"Seorang wanita ('Arwa bt Uwais) mendakwa sebahagian tanah miliknya telah diceroboh dan dirampas oleh seorang sahabat besar yang termasuk dalam sepuluh yang dijanjikan Syurga oleh Baginda Nabi SAW. iaitu Sa'id bin Zaid R.A, padahal ia memang milik Sa'id akhirnya Sa'id mengalah dan membuat doa khusus untuk penzalim dan perampas serta penipu seperti wanita terbabit.
"Doanya berbunyi, Ya Allah kira benar wanita ini menipu maka butakanlah matanya dan jadikan kuburunya (mati) di dalam rumahnya. (Hadis dan kisah ini dalam Syarah Sahih Muslim oleh Imam Al-Nawawi).
"Tidak lama selepas itu, doa Sa'id makbul dan wanita itu telah buta, kemudian dia mengakui bahawa doa Sai'd telah mengenai dirinya, selepas itu, sesudah dia keluar dari qada hajat, dan berjalan ke perigi di rumahnya, dia telah terjatuh ke dalam perigi lalu mati. Semua doa Sa'id telah makbul," ujarnya.
http://www.mstar.com.my
No comments:
Post a Comment