KUALA LUMPUR – Mereka tidak mampu angkat senjata melawan tentera rejim Israel, namun seramai 100 kartunis tempatan ada cara tersendiri meluahkan perasaan dalam isu Palestin!
Semalam kumpulan itu berhimpun di Muzium Negara demi menjayakan program Solidariti Baitulmaqdis sebagai manifestasi bantahan terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) mengisytihar kota suci itu sebagai ibu negara Israel.
Pengarah Muzium Negara, Azmi Ismail, berkata program unik terbabit dijayakan pihaknya dengan kerjasama Rumah Kartun Malaysia, bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu berbangkit.
“Kartunis yang hadir ini mahu menyuarakan bantahan masing-masing terhadap tindakan AS menerusi karya masing-masing yang dilakarkan pada dua kanvas yang disediakan Muzium Negara.
“Menerusi karya masing-masing, kita dapat melihat mereka tidak hanya berdiam diri, malah membantah dengan melakar karya berbaur sinis mengenai isu ini,” katanya ketika ditemui pada program itu.
Antara kartunis tanah air terkenal yang mengambil bahagian termasuk Jaafar Taib, Ayie dan Ujang.
Pengerusi Yayasan Kartunis Malaysia, Mohd. Desa Omar, berkata program ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat kemanusiaan dan cinta pada agama.
“Sebagai orang Islam, kita memang wajib memperjuangkan hak kita tidak kira dengan apa cara termasuk melalui karya lukisan.
“Segala karya yang dipamerkan hari ini akan kekal di sini hingga 15 April depan dan mempunyai mesej yang tersirat dalam isu yang sedang hangat dikatakan seluruh dunia.
“Kami ada perancangan untuk membawa karya yang dihasilkan ini bersama kartunis ke bumi Palestin bagi merasakan sendiri keadaan di sana,” katanya.
Kartunis tempatan, Shaari Sulong, lebih kenali sebagai Ayie, berharap program itu dapat menarik minat golongan muda, disamping menyampaikan kepentingan mempertahankan hak Islam.
Sepanjang program sama, pengunjung berpeluang melihat pameran kartun dan membeli komik serta karya kartunis yang dijual di situ. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ingatlah.. Quran surah Al-Ashr
- Demi masa.
- Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di kerugian,
- kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya menta’ati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
- 'nasehat menasehati supaya menta’ati kebenaran
- dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.'
Insya Allah, dan Al-hamdulillah!
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
No comments:
Post a Comment