SUKAN
SEORANG pemain bola sepak wanita dari Iran telah mengemukakan permohonan suaka politik di Switzerland kerana bimbang dipenjarakan selepas bermain bola bersama lelaki tanpa memakai tudung dan berseluar pendek.
Shiva Amini, 28, ketika itu sedang bercuti di Switzerland pada bulan Mac lalu apabila Persatuan Sukan Iran melihat gambar dia bermain bola itu. Susulan itu dia telah digugurkan daripada pasukan kebangsaan san diharamkan daripada bermain atau menjadi jurulatih di Iran.
Pemakaian tudung adalah mandatori di Iran sejak 1979. Amini yang kini tinggal di Switzerland, bimbang akan ditangkap jika balik ke Iran dan dia juga merasakan hidupnya tidak selamat di sana.
Pemakaian tudung adalah mandatori di Iran sejak 1979. Amini yang kini tinggal di Switzerland, bimbang akan ditangkap jika balik ke Iran dan dia juga merasakan hidupnya tidak selamat di sana.
“Saya tak boleh balik ke Iran. Saya akan ditangkap di lapangan terbang dan akan dipenjarakan,” katanya yang kini menetap di sebuah pusat suaka di Switzerland.
Dia memberitahu pihak berkuasa juga cuba mengesan kedudukannya dengan menyoal keluarganya di Iran. Jelasnya, masalah itu bermula apabila dia memuatnaik gambar perlawanan bola itu di media sosial.
Amini kini bimbang menjadi sasaran dan enggan merisikokan dirinya.
Atas: Menjilat pingat, walaupun terpaksa mendedahkan aurat..
Bawah: Ahli sukan 'negara Islam' (sepatutnya negara umat Islam) Malaysia? Puii!!
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah sepatutnya, dalam mempertahankan agama Islam, pihak berwajib termasuk kerajaan perlu pertahankannya, walaupun di dalam sukan. Orang yang ingkar kepada agama perlu dihukum. Tidak mahu ikut perundangan di Iran terpaksa lari dari Iran.
Di Malaysia, tidak mahu ikut perundangan syariah boleh saman jabatan agama pula. Tahap apa agama di Malaysia ini?

Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
1 comment:
Jika ulama Islam berkata haram mendedahkan aurat di khalayak ramai, puak liberal dan puak kafir harbi pula mahu perserta sukan mendedahkan semua semua semua penonton terangsang untuk mencari kondom. Inilah perbezaan di antara ulama Islam yang menegakkan kebenaran (Islam) dan manusia yang menjadi khadam nafsu serakah .
Maka kita tidak merasa hairan melihat khadam-khadam hawa nafsu serakah ini dan pemimpin mereka menentang ajaran Islam seperti Hudud.
Post a Comment