Thursday, December 21, 2017

Takkan Bersama Pakatan DAP – PAS S'gor


AIDCNews -20/12/17 –Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Ustaz Zamri Zainuldin menegaskan parti Islam di peringkat negeri tidak akan bersama dengan ‘Pakatan DAP’ pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Walaupun beliau tidak menjelaskan maksud ‘Pakatan DAP’ itu, namun dipercayai merujuk kepada Pakatan Harapan (PH), sebuah gabungan parti diketuai DAP yang mengawal tiga parti lain, iaitu PKR, Amanah dan PPBM.
“Oleh sebab itu, kita (PAS) tegaskan kita tidak akan bersama ‘Pakatan DAP’..lebih popular nama sekarang (dipanggil) ‘Pakatan DAP’…”
Lihat sebelum ini..


3 comments:

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP Akan Sambut Kemenangan PAN Dengan Arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

DAH TAK Bersama dap di selangor...belah lah..nape tunggu lagi..


hahahhah..fulus..fulus..fulus..beb!!habis nilai2 agama dicampak ke

Anonymous said...

Hanya hamba abdi DAP melompat bila DAP dikutuk. WTF

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails