Catatan : Selepas baca tulisan Tun Mahathir ini anda ingat bagaimana tuduhan Liwat kepada Anwar Ibrahim.. sambil tenung mata ke atas anda akan berkata Tun Mahathir ini... mungkin...
1. Ramai kita telah dengar berkenaan Amanat Hadi. Tetapi ramai yang tidak baca, lebih-lebih lagi menganalisa dan memahami isi kandungan amanat ini.
2. Saya telah siar amanat ini dalam blog saya. Tetapi ada baiknya saya perturunkan amanat ini sekali lagi:
Amanat Haji Hadi
“Saudara-saudara sekalian, percayalah. Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku”.
3. Perkataan-perkataan Hadi dalam amanatnya jelas merupakan hasutan terhadap pengikut-pengikutnya supaya sanggup mati dalam perjuangan menentang pemerintahan UMNO, BN yang didakwa “kafir”.
4. Kerajaan berhak menangkap dan memasukkan dalam tahanan Hadi kerana unsur hasutan dalam amanatnya. Tetapi Hadi mempunyai ramai pengikut yang fanatik yang boleh cetuskan huru-hara dan rusuhan diseluruh negara.
5. Sebab itu Hadi tidak dimasuk ke dalam tahanan.
6. Tetapi antara pengikut fanatik Hadi ialah Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya). Terpengaruh dengan ajaran dan amanat Hadi, Ibrahim merancang untuk menjatuhkan Kerajaan dengan pemberontakan bersenjata. Ia bercadang mengadakan pasukan-pasukan bersenjata ini ditiap-tiap negeri di Malaysia. Bahawa rancangan ini tidak mungkin berjaya tidak dipedulikan.
7. Kerajaan sanggup bertindak terhadap Ibrahim kerana tindakan terhadapnya dipercayai tidak akan mengundang reaksi sebesar tindakan terhadap Hadi. Lagipun jika dibiar, gerakan Ibrahim mungkin menjadi besar dan sukar ditangani oleh pihak berkuasa.
8. Tetapi jangkaan Kerajaan meleset. Persiapan Ibrahim untuk melawan polis sudah sampai ke tahap penggunaan senjata, seperti parang, buluh tajam dan senapang patah.
9. Apabila polis bergerak ke arah rumah Ibrahim, mereka diserang hendap dan empat anggota polis dibunuh dan seorang lagi cedera. Akhirnya polis menyerang balas dan 13 pengikut Ibrahim dan Ibrahim terbunuh.
10. Rusuhan bersenjata oleh Ibrahim dan pengikutnya sehingga sanggup mati ini dipengaruhi oleh hasutan Hadi dan amanatnya. Perkara seperti ini tidak pernah dilakukan oleh orang Melayu selepas merdeka. Ini bukan cara orang-orang Melayu. Kita boleh faham dan terima tindakan seperti ini di zaman British.
Di zaman merdeka polis dapat bendung kegunaan senjata dengan rundingan dan pujukan. Ini telah dilakukan beberapa kali dengan jayanya. Tetapi di Memali amat jelas sikap yang ditunjuk oleh Ibrahim dan pengikutnya dipengaruhi oleh kepercayaan mereka berjihad mengikut ajaran dan amanat Hadi. Mereka percaya kematian mereka adalah syahid.
11. Dengan itu PAS telah menanam yang mati tanpa dimandi dan dikapan.
12. Sesungguhnya amanat Hadi dan ajarannya adalah punca tragedi Memali. Hadi patut kesal kerana dialah yang menyebabkan rusuhan dan kematian polis dan orang awam di Memali.
13. Walaupun PAS telah kafirkan musuh politik mereka lebih awal lagi tetapi tidak ada desakan dan hasutan supaya mereka mengganas dan membunuh dalam usaha mereka untuk kemenangan politik. Hanya Hadi sahaja yang membawa fahaman bahawa pembunuhan musuh politik oleh pengikutnya adalah disuruh oleh agama Islam dan kematian pembunuh adalah syahid.
14. Suruhanjaya Diraja perlu ditubuh. Hadi perlu dihadapkan ke suruhanjaya untuk disoal akan peranannya dan peranan amanatnya. Jika ada orang yang perlu disiasat berkenaan dengan Memali, orangnya ialah Abdul Hadi Awang, pemimpin parti Islam SeMalaysia (PAS).
15. Sekarang Hadi sanggup bekerjasama dengan UMNO dan Kerajaan pimpinan UMNO yang dahulu dikatakan kafir kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.
16. Di satu masa Hadi mendakwa UMNO kafir. Bekerjasama orang kafir menjadikan UMNO kafir.
17. Sekarang, sebelum menolak Amanatnya bahawa UMNO kafir, Hadi menjadi penyokong kuat UMNO, kerana tindakan PAS bertanding dalam PRU 14 akan mengurangkan undi bagi Pakatan Harapan dan memberi kemenangan kepada Najib. PAS sendiri akan kalah.
BLOG
TUN MAHATHIR MOHAMAD
BLOG
TUN MAHATHIR MOHAMAD
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
16 comments:
Islam vs Islam = Trump WIN
Bertindak secara militan serta menyediakan alatan senjata dan terlebih dahulu telah menembak mati beberapa polis, adalah mengikut SOP, polis perlu bertindak balas. Jika mereka tidak memulakan tembakan mengorbankan polis, sudah tentu polis hanya membuat kepungan sahaja, paling serius pun polis sekadar melepaskan gas pemedih mata. Mereka terpengaruh dan berpegang kepada amanat yang menghasut pengikutnya supaya berjuang untuk mati syahid, pinjam kata Najib sahabat Hadi, kepala napak kau. Awat sekarang ni, Hadi begitu manja dengan UMNO? Awatnya, UMNO dan BN telah menukar perlembaagaan penjajahkah? Bila? Kalau perlembagaan itu masih tetap sama, apa pasai Hadi boleh pula bermesra dengan UMNO? Tak jadi kafirkah?
Soal mengkapirkan manusia lain bukan isu kecil lebih lebih lagi tidak ada penarikan balik atau kekesalan.
Ini bukan soal mahathir, hadi atau nik aziz, bukan soal lau lama atau lagu baru, tetapi lebih kepada isu hukum.
Nik aziz sebelum mati sempat memohon maaf. Mohon maaf atas kesalahan yang mana satu?
Kalau melakukan kesalahan kepada nereka yang mati lebih awal darinya, bagaimana?
Kebenaran sesuatu perkara juga tidak bergantung kepada jubah dan serban yang dipakai..
Macai dedak roket menulis komen secara memBABI buta berdasarkan dakwaan Dr M sahaja tanpa menemubual semua mangsa dalam tragedi berdarah. Mengapa Dr M sendiri gagal membentuk suruhanjaya diraja untuk menyiasat tragedi tersebut sedangkan dia berkuasa di waktu tersebut. Ada apa-apakah yang perlu disembunyikan dari pengetahuan rakyat sehingga suruhanjaya diraja gagal ditubuhkan? Bukankah berani benar, takut kerana salah?
Walaunta bengong 5:25pm buta sejarah, tidak tahu bahawa selepas tragedi Memali telah dibentangkan kertas putih di parlimen untuk mengupas dan mengenal pasti perjalanan peristiwa tersebut. Dan dapatannya adalah sama seperti yang Tun Mahathir nyatakan itu. Kalau tak tunjukkan kebengongan kamu di sini, tak bolehkah anon 5:25pm?
Islam yang menetapkan hukum murtad. Orang yang menolak, mempertikai, mempermainkan atau menentang secara lisan, perbuatan atau hati hukum yang telah ditetapkan oleh Al-Qur'an dan Sunnah boleh menyebabkan orang tersebut menjadi murtad. Contoh: Jika seseorang mempertikai, mempermainkan, menolak atau menentang Hudud, orang tersebut boleh menjadi murtad. Parti Islam hanya menerangkan hukum murtad berdasarkan ajaran Islam. Ini bukan bererti parti Islam mengkafirkan orang lain. Masalahnya ialah media arus perdana yang mengkafirkan orang ramai dengan menjadikan parti Islam sebagai kambing hitam supaya orang ramai membenci parti Islam.
Macai bodoh bertingkat 5:37pm mendedahkan kedunguannya sendiri kerana gagal membezakan antara fungsi kertas putih dan fungsu suruhanjaya diraja. Inilah akibat macai makan dedak cap roket yang menjadi makanan babi ternakan.
Woi barua 5:37pm simpanlah sedikit bodoh kamu. Jangan dedahkan semua kebodohan kamu. Memalukan kepala bapak kamu sahaja.
Mengapa Dr M tidak memanggil penyiasat Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk menyiasat tragedi tersebut jika Dr M yakin dia benar? Mengapa tidak jemput pertubuhan antarabangsa hak asasi manusia untuk menyiasat kes ini? Ada apa-apa nak disembunyikan?
Mengapa doktor pakar forensik tidak istiharkan kaliber peluru yang menyebabkan kematian aggota polis? Kenapa tidak diumumkan kepada orang ramai?
Jika pihak berkuasa hanya mahu mengepung orang kampung yang merupakan orang awam yang tidak terlatih dalam bidang ketenteraan atau gerila, mengapa pihak berkuasa menyerbu kampung tersebut? Bukankah ini satu bentuk provokasi di pihak berkuasa?
Bila walaunta memberikan komen, nampak jelas sangat kebengongannya. Punyalah bodoh sampai kesannya tidak boleh berfikir, mabuk pil kudakah? Jika ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja ketika itu, sudah pastilah Hadi mereng pujaan korang tu sudah dikenakan tahanan ISA diatas kesalahan menghasut dan mengancam ketenteraman awam. Sekarang ini pun, jika ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai tragedi Memali, Hadi mereng kaki tuang parlimen itu juga boleh masuk ke dalam. Apalah punya bengong walaunta ni, otak korang kat lutut ka?
Jika suruhan diraja boleh ditubuhkan untuk menyiasat skandal forex, mengapa tidak untuk tragedi Memali? Bukankah nyawa manusia lebih berharga dari wang ringgit? Kalau setakat kertas putih bererti pihak berkuasa yang menyiasat pihak berkuasa maka sudah pasti pihak berkuasa mahu menyembunyikan kesalahan berkuasa dengan menyalahkan mangsa tragedi. Umpama tangan menyiasat kaki sendiri, adilkah? Macai-macai ternakan dedak ultra kiasu seperti macai 7:21 pm hanya pandai memaki hamun jelas macao bangsat ini tidak bertemadun. Mssih berfikir di dalam zaman batu. Memalukan towkay dedak sahaja.
Jika pihak berkecuali diberi kuasa suruhanjaya diraja, mungkin Dr M masuk penjara kerana jenayah terhadap kemanusiaan. Kampung Memali adalah kampung yang aman sebelum pihak berkuasa menceroboh kampung tersebut. Ingatlah semua yang terlibat akan dibicarakan di mahkamah Allah.
Jika Hadi yang amat suka dikencing UMNO itu masih lagi mempertahankan amanat itu tiada yang salah pada pendapatnya, sila lontarkan lagi amanat yang sama dikhalayak umum secara terbuka dalam mana-mana ceramah umum ketika ini, sebabnya sebahagian besar rakyat generasi sekarang tidak sedar wujud amanat tersebut. Jika Hadi tidak ada masa, mana-mana pemimpin PAS pun boleh melakukannya. Dan juga, jika para walaunta totok percaya yakin dengan amanat itu,pun boleh juga tampil di atas pentas dalam mana-mana ceramah umum PAS untuk mengulangi dan menyampaikan amanat tersebut kepada hadirin.
Mana walaunta semua ni, dah 24 jam tiada seekor pun nak respon komen 10:58pm di atas. Tak dapat nak jawab balas ke? Atau memang benar otak kamu kat lutut seperti dikatakan oleh salah satu anon sebelumnya.
Post a Comment