Monday, December 18, 2017

Turki Buka Kedutaan Di Baitulmaqdis.


PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan menyuarakan harapan untuk membuka kedutaan Turki ke Palestin di Timur Baitulmaqdis. - Foto EPA 


ISTANBUL: Presiden Recep Tayyip Erdogan menyuarakan harapan untuk membuka kedutaan Turki ke Palestin di Timur Baitulmaqdis, ketika beliau meningkatkan serangan terhadap tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf bandar itu sebagai ibu negara Israel.
Erdogan sebelum ini cuba mengetuai kritikan dunia Islam terhadap tindakan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat itu dengan menganjurkan Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, minggu lalu untuk menggesa dunia mengiktiraf Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.
Timur Baitulmaqdis diduduki Israel selepas ia merampas kawalan terhadap kawasan itu pada perang 1967 dan tindakan terbabit tidak pernah diiktiraf komuniti antarabangsa.
"Oleh kerana ia di bawah penjajahan, kita tidak boleh membuka kedutaan," kata Erdogan dalam ucapan kepada parti pemerintah di bandar Karaman.
"Namun dengan izin Tuhan, kita akan membuka kedutaan di sana," katanya tanpa memberi tempoh tertentu.
Turki juga mempunyai konsulat di Baitulmaqdis. Ankara mempunyai hubungan diplomatik penuh dengan Israel dan seperti negara lain, memiliki kedutaan di Tel Aviv. - AFP
Lihat sebelum ini..

3 comments:

Anonymous said...

Apasal tak buka kedutaan kat Georgetown Penang. Kat situ bersemayam Sheikh Banglo Terlajak Diskaun

Yang Benar

Pakar PANtun
Progressive Inclusive Dan Peduli

Anonymous said...

https://v2.ismaweb.net/2015/12/persoalan-atlet-israel-ungkap-hubungan-baik-dap-rejim-zionis/

Persoalan Atlet Israel Ungkap Hubungan Baik DAP, Rejim Zionis

BANGI, Selasa – Kenyataan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin, berhubung sekatan dikenakan Malaysia ke atas atlet Israel, mengungkap semula persoalan mengenai hubungan akrab parti cauvinis dan rasis itu dengan rejim Zionis.

Walaupun, Zhemin menyesali dan menarik balik kenyataannya, namun ia tidak merungkai persoalan apakah hubungan antara DAP dan rejim Tel Aviv itu?, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Namun, Dr Mohd Zuhdi menyifatkan kenyataan Zhemin itu tidak begitu serius berbanding dakwaan dibuat oleh bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng iaitu Mohamed Razali Abd Rahman, yang tersebar dalam media sejak empat tahun lalu.

“Dakwaan Mohamed Razali mengenai hubungan baik DAP dan Israel itu lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara serta sensitiviti umat Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Mohd Zuhdi berkata, Mohamed Razali mendedahkan tiga dakwaan serius yang sehingga kini tidak pernah dinafikan oleh DAP.

Tiga perkara itu ialah:

1. Pakar perisikan Israel terlibat melatih G17 atau kumpulan seramai 17 pakar strategi DAP diketuai Tony Phua, yang mana Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu;

2. Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu wakil kedutaan Israel dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan itu; dan

3. DAP ditawarkan dana PRU-13 sebanyak AS$300 juta oleh Israel, dan Mohamed Razali juga mendakwa sebuah pangkalan tentera Israel baru akan dibina di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menawan Putrajaya.

Sehubungan itu, Dr Mohd Zuhdi berkata, DAP perlu mendakwa Mohamed Razali di mahkamah jika mahu membersihkan semua tuduhan itu.

Anonymous said...

Orang kematian otak sahaja yang menyokong parti ultra kiasu roket yang sedang menghina agama Islam dan menindas umat Islam di negeri yang diperintah oleh regim roket yang menjadi penyokong rejim pengganas IsraHell.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails