HALAMAN HIBURAN
KAHERAH – Padah muncul berbikini sambil ghairah hadam pisang menerusi satu klip video muzik, seorang penyanyi wanita Mesir dihukum penjara dua tahun oleh sebuah mahkamah tempatan.
Media melaporkan artis pop terkenal itu, Shyma turut dikenakan denda sebanyak 238,100 pound Mesir (kira-kira RM54,500) kerana didakwa atas kesalahan hasutan yang boleh mendorong kepada kejatuhan moral masyarakat.
Penyanyi berusia 21 tahun itu melakukan jenayah akhlak tersebut melalui video muzik berjudul I Have Issues yang memaparkan dia dalam keadaan seksi memakan pisang di dalam sebuah kelas dipenuhi beberapa pelajar lelaki.
Selain buah tersebut, Syhma yang hanya mengenakan pakaian dalam kelihatan menyanyi sambil kunyah epal di hadapan papan hitam seolah-olah aksi goda mengulum batang zakar lelaki atau lazim disebut sebagai seks oral.
Video berkenaan dikutuk keras ramai netizen tempatan sebagai berbaur lucah setelah tular didedahkan akhbar Youm 7 di sini, sekali gus menyaksikan wanita tersebut ditahan oleh pihak polis pada pertengahan bulan lalu.
Sutradara klip itu, Mohammed Gamal, juga dijatuhi hukuman yang sama. Menerusi akaun Facebook miliknya, Shyma bagaimanapun telah memohon maaf setelah teruk dikecam ramai pengguna media sosial tempatan.
“Saya tidak membayangkan ini yang akan terjadi dan saya mendapat kritikan dari semua orang. Sebagai wanita yang mengimpikan sejak usia muda untuk menjadi seorang penyanyi, reaksi sebegini di luar jangkaan,” tulisnya lagi.
Meskipun perlembagaan Mesir kekal sekular di bawah pemerintahan Presiden Abdel Fattah El Sisi, pihak berwajib di negara Arab Islam itu sering menggunakan undang-undang moral untuk menindas ramai artis tidak bermoral.
Pada 2015, mahkamah Mesir memenjarakan seorang penari wanita selama setahun kerana didakwa melakukan hasutan mempromosikan keruntuhan akhlak melalui klip video Let Go of My Hand. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hayim: Malaysia pun apa kurang, spesis negara sekular yang sama.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Bab Hal~Hal kelucahan melampau, abang Lobai mesti up too date. Sambil menyelam minum air. Betul tak abg Lobai.
ReplyDelete