Wednesday, January 11, 2017

Ujian & Nikmat Dalam Kubur.Kuliah Jumaat Abd Hadi 06 MEI 2016


Hasil carian imej untuk MASJID RUSILA
Video -19/37: Kuliah Jumaat 28 Rejab/06 Mei 2016
Hasil carian imej untuk AZAB DAN NIKMAT DALAM KUBUR


KULIAH JUMAAT 28 REJAB 1437 / 06 MEI 2016


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.
Ikutilah kuliah selanjutnya..

Faiz Subri: Ikon Anak Muda Lakar Sejarah Antarabangsa


 


SUKAN




KUALA LUMPUR: Penerima Anugerah Ikon Anak Muda sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri berjaya mencipta sejarah di peringkat antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 (Jaringan Gol Terbaik) yang berlangsung di Zurich.

Kejayaan itu membuktikan bahawa anak muda mampu menempa nama dalam membawa imej negara ke peringkat antarabangsa bahkan tekad serta azam yang baik pasti akan sentiasa diberikan ganjaran sewajarnya.

Dengan pencapaian tersebut, bakal menjadi dorongan kepada generasi belia agar memanfaatkan usia muda dengan aktiviti dan pekerjaan berkualiti kerana zaman muda akan mendorong kehidupan masa depan.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kerajaan wajar tempatkan beliau sebagai tenaga pengajar di institusi sukan kebangsaan, supaya lahir lebih ramai 'Faiz Subri'. (IH)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

Tuesday, January 10, 2017

Seks Adik-Beradik, Kawan Bapa, Abang Tiri. Kena Belajar Dari Islam..


Hasil carian imej untuk seks kanak

SINGAPURA: Pada tahun 2013, seorang budak lelaki berusia 11 tahun membenarkan adik perempuannya yang berusia lapan tahun melakukan hubungan seks dengannya.





Dia telah mengalami penderaan seksual oleh rakan bapanya ketika berumur tujuh tahun. Abang tirinya turut melakukan perkara yang sama terhadapnya ketika dia berusia 10 tahun.

Ketika bapanya mendapat tahu tentang perbuatan itu dan meminta penjelasannya, dia telah memberitahu apa yang telah berlaku sebelum itu.
Budak itu kini yang berusia 14 tahun juga mendedahkan bahawa abang tiri dan adik perempuannya beberapa kali menggunakan kaki mereka untuk menggosok bahagian sulitnya.
Terkejut dengan apa yang berlaku, bapanya melaporkan perkara itu kepada pihak polis serta Kementerian Pembangunan Sosial dan Pembangunan Keluarga (MSF).

Pada Isnin, abang tirinya yang berusia 25 tahun itu didapati bersalah melakukan serangan seksual liwat di tempat letak kereta di Havelock Road pada 2012, dan dua tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kanak-kanak pada tahun 2013.

Rakan bapanya yang berusia 56 tahun itu, yang telah bekerja dengan bapa mangsa di sebuah gerai roti prata, telah dihukum penjara enam tahun bagi kesalahan itu yang dilakukan antara Disember 2009 dan Januari 2010.
Timbalan Pendakwa Raya Sruthi Boppana berkata siasatan menunjukkan pada tahun 2012, abang tirinya itu membawa mangsa ke tempat letak kereta bertingkat di Havelock Road, di mana dia telah melakukan kesalahan itu di bahagian tangga tanpa kebenaran mangsa.
Budak lelaki itu, yang ketika itu dalam Darjah 4 merahsiakan apa yang telah berlaku kerana tertuduh mengugutnya, menyatakan akan berlaku 'masalah besar 'dalam keluarga' jika dia berbuat demikian.

Pada 20 Jun 2013, kanak-kanak itu yang berada di rumah didatangi saudara tiri lelakinya yang mencekup mulutnya dan membawanya ke sebuah bilik.

Dia membaringkan mangsa atas lantai. Tertuduh kemudian melakukan perbuatan lucah sebelum meletakkan kaki kanak-kanak itu pada bahagian-bahagian sulitnya.

Pada bulan yang sama, tertuduh meminta adik tiri perempuannya untuk pergi ke sebuah bilik dan melakukan perbuatan tidak senonoh yang sama.

Peguam bela G. Dinagaran berkata seorang doktor dari Institut Kesihatan Mental telah menyatakan bahawa tertuduh mengalami kecacatan akal ringan, dan fungsi sosialnya adalah dalam kadar yang amat rendah. -The Straits Times/Asia News Network
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana itu kena belajar dari Islam, cara didik anak lelaki, anak perempuan, berpakaian tutup aurat, dalam rumah bagaimana, luar rumah bagaimana, pergaulan, ibubapa itu sendiri bagaimana dan lain-lain. 
Jadikan Islam sebagai seluruh cara hidup. Bukan cara hidup sekular.

Daily Mirror Mohon Maaf Kepada Presiden PAS..

Hasil carian imej untuk abdul hadi di peringkat antarabangsa

RASANYA berbaloi hari ini kalau saya kongsikan cerita semalam. Alhamdulillah dalam kesempatan yang tidak dirancang, sekali lagi berpeluang berjumpa dengan Ayah Chik secara peribadi. Rasanya dah lama tidak ada kesempatan sebegitu. Walaupun rumah kami selang beberapa meter sahaja, tapi tak sangka berjumpa di negeri orang. Kalau dah jodoh kata orang Zimbabwe.

Saya tak berhasrat untuk cerita bagaimana kami boleh bertemu. Tapi yang lebih penting adalah apa isinya.

Awal pertemuan, kami sembang isu Indonesia, cita-cita dan usaha beliau untuk rantau ini. Besar sungguh harapan beliau. Dari apa yang diceritakan, rantau ini sangat berpotensi untuk bangkit dari pelbagai segi. Namun, ia juga tidak terlepas dari rebutan antara kuasa-kuasa besar.

Lepas satu-satu topik, sampai bab Hamas, bab Qatar dan Syeikh Majid Zindani. Salah satu cerita yang menarik ialah bagaimana cubaan untuk memerangkap beliau bersama kumpulan al-Qaeda tidak lama dahulu. Mujur Allah selamatkan beliau. Kalau tidak, mungkin dah lama dicop sebagai pengganas dan diburu hingga sekarang.

Ringkas cerita, sebelum peristiwa 11 September, Osama Laden telah mengadakan satu perjumpaan dengan menjemput wakil gerakan-gerakan Islam sedunia. Surat jemputan turut sampai kepada Ayah Chik namun beliau tidak melayan jemputan yang tidak dikenali. Walau bagaimanapun, ramai pemimpin gerakan Islam lain hadir tanpa sebarang syak.

Tidak lama selepas perjumpaan itu, berlaku peristiwa 11 September tahun 2001 di Washington. Bagaikan 'skrip' yang telah dihafal, Amerika terus menuduh al-Qaeda dan melancarkan kempen anti teroris dengan mensasarkan al-Qaeda serta Osama sebagai dalang. Gambar perjumpaan itu turut didedahkan di media-media dan semua peserta yang ada dalam gambar diburu sehingga kini atas tuduhan bersekongkol dengan pengganas.

Mungkin kerana Ayah Chik termasuk dalam 'skrip' senarai yang cuba diperangkap melalui surat jemputan terdahulu, pihak media khususnya Daily Mirror terlanjur menyenaraikan gambar Ayah Chik antara mereka yang terlibat dalam peristiwa itu. Akhbar tersebut turut mendakwa Ayah Chik sebagai orang nombor dua al-Qaeda.

Ayah Chik melalui firma guaman Carter Ruck terus menyaman akhbar tersebut. Beliau ke UK untuk menghadiri proses kehakiman. Peguam Daily Mirror telah membuka semua laporan berita dan kenyataan Ayah Chik yang pernah keluar di media untuk mengaitkan beliau dengan tuduhan pengganas. 

Setelah perbicaraan berlaku, ringkas cerita akhirnya Daily Mirror memohon maaf secara terbuka melalui akhbarnya serta membayar pampasan kepada Ayah Chik. Nama beliau berjaya dibersihkan. Namun ramai pemimpin gerakan Islam lain berjaya diperangkap. Antaranya adalah Syeikh Majid Zindani pemimpin parti Islah di Yaman. Kini beliau tinggal di Saudi dan tidak boleh ke mana-mana lagi. Kalau keluar, pasti Amerika akan tuntut dirinya atas tuduhan lama itu.

"Lepas kes itu, Rashid Ghanousi (pemimpin parti an-Nahda Tunisia) kata, sepatutnya Ayah Chik pergi marah Daily Mirror sebab tulis orang nombor dua. Lain kali tulislah nombor satu!" Selorohnya diiringi dekahan tawa. Orang tengah cemas boleh lagi dia buat kelakar.

Ayah Chik ada baca berita mengenai Syeikh Ismael Haniyyeh, Perdana Menteri Palestin wilayah Gaza. Baru-baru ini Saudi jemput beliau mengerjakan umrah (atau haji; syak perawi). Tetapi selepas itu beliau tak disekat dari pulang ke Gaza. Saudi beri pilihan sama ada dia mahu tinggal di sana ataupun Qatar sahaja.

"Tapi kalau dia dah boleh balik Palestin sekarang, tak tahulah" Ujar Ayah Chik menutup kes. 


(Diangkat dari..
Sejam yang berharga bersama Ayah Chik.
*CUBAAN PERANGKAP AL-QAEDA* (BHG 1)
ALANG IBN SHUKRIMUN
HARAKAHDAILY 9/1/2017)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

Halang Maulid Nabi, Tiada Kebebasan Agama Di Myanmar.


ORANG Islam Myanmar meninggalkan dewan YMCA selepas kumpulan nasionalis Buddha menghalang sambutan Maulidur Rasul di Yangon kelmarin. - AFP

YANGON – Kumpulan nasionalis Buddha bertindak menghalang sambutan Maulidur Rasul kelmarin, kata beberapa saksi dan pe­nganjur ketika ketegangan agama memuncak berhubung kempen ketenteraan berdarah terhadap etnik Islam Rohingya di Negeri Rakhine.


Berpuluh-puluh orang yang diketuai beberapa sami Buddha berarak ke bangunan YMCA di Yangon untuk menutup majlis yang diadakan bagi meraikan kelahiran Nabi Muhammad.
“Kami mengadakan sambutan ini sepanjang hidup saya. Perbuatan mereka adalah serangan ke atas kebebasan beragama,” kata Setiausaha Pertubuhan Ulama Islam, Kyaw Nyein.
“Sami-sami ini cuba menghalang majlis berkenaan tanpa menyatakan apa kesalahan kami. Kenapa pihak berkuasa tidak bertindak?,” tambahnya.
Menurut beberapa saksi, sami-sami itu menceroboh sambutan tersebut dan menuntut supaya majlis itu dihentikan.
Pihak polis yang tiba tidak lama kemudian tidak bertindak untuk menghalang kumpulan tersebut.
Penganjur majlis itu, Tin Maung Win berkata, golongan nasionalis Buddha cuba menghasut kebencian terhadap kerajaan yang diterajui parti NLD pimpinan Aung San Suu Kyi. -AFP
Katanya, pelampau-pelampau agama menyokong parti USDP yang disokong tentera dan melihat kerajaan baharu sebagai terlalu berlembut dengan orang Islam. – AFP


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

Suami Isteri Makan Duit Haram, Rasuah.

Hasil carian imej untuk rasuah duit haram Pemberi dan penerima rsuah ke neraka..
ALOR SETAR – Pasangan suami isteri yang merupakan pensyarah di Kolej Komuniti Padang Terap dekat sini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar di sini semalam atas kesalahan menggunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan suapan dalam kontrak pembekalan alat ganti kelengkapan elektrik lima tahun lalu.
 Pasangan suami isteri yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar semalam atas kesalahan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan merupakan pensyarah di Kolej Komuniti Padang Terap ini.
Hakim Zanol Rashid Hussain menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM171,251.25 dan penjara sehari terhadap Mohamad Reduan Hussain, 39, dan isteri­nya pula, Afizah Md. Yusoff, 36, dikenakan bon berkelakuan baik untuk tempoh tiga tahun dengan seorang penjamin.
Zanol Rashid juga memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Bagaimanapun, Mohamad Reduan masih gagal membayar denda tersebut sehingga petang semalam. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu baru hukuman di dunia. Bagi yang percaya kepada Hari Akhirat, di sana pun ada balasannya.(IH)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

Kawasan Sempadan Danok/Bukit Kayu Hitam Tiada Banjir.


 Kompleks Bukit Kayu Hitam Bebas Cikai, tiada apa-apa tempias banjir.
DANOK/BUKIT KAYU HITAM: Walaupun banjir kilat di selatan Thailand mengakibatkan 19 orang terbunuh dan menjejaskan hampir sejuta yang lain sejak hari pertama tahun baru, seperti laporan Pusat Pencegahan Krisis Thailand semalam, namun di kawasan sempadan Malaysia Thai masih tenang seperti biasa, tiada kesan-kesan banjir yang merosakkan.
Wakil IH di Danok melaporkan, aktiviti kehidupan harian berjalan lancar seperti biasa, apa lagi pekan Bukit Kayu Hitam di sebelah Malaysia.
"Seolah-olah di kawasan kami tidak berlaku air bah. " Kata seorang ahli jamaah sebuah surau di sempadan  antara Danok dan Bukit Kau Hitam yang ditemui semalam.. 
"Haa tak dok gapo-gapo. moleh-molek jo.  Kejo mace beso jo.. tak dok air bah." kata seorang pemandu motosikal tambang di pekan Danok sebelah Thai. (IH)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat


Datuk Bekas CEO TEKUN Ini Pula Didakwa Rasuah.

 ABDUL RAHIM (gambar kecil) dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam untuk didakwa atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

SHAH ALAM – Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM36,000 daripada sebuah syarikat pengutip hutang dua tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Datuk Abdul Rahim Hassan, 62, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Hussin.
Tertuduh sebelum itu me­ngangguk faham atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Bagi pertuduhan pertama, Abdul Rahim didakwa melalui sistem pesanan ringkas me­minta suapan wang tunai seba­nyak RM36,000 iaitu 10 peratus daripada hasil kutipan hutang lapuk TEKUN Nasional bagi bulan November 2014 daripada pemilik syarikat Pasadana Sdn. Bhd., Abdul Muhsin Abdul Rahman, 46.
Wang itu sebagai dorongan mempercepatkan proses bayaran tuntutan syarikat Pasadana bagi invois bertarikh 7 Januari 2015 berjumlah RM360,009.08. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 8.30 malam, 13 Januari 2015.(IH)

Fitnah Kubur, Mengacum Melaga-laga. Kuliah Jumaat Abd Hadi 13 Mei 2016.

Hasil carian imej untuk fitnah kubur
Video -18/37: Kuliah Jumaat 06 Syaaban 13 Mei 2016

Hasil carian imej untuk melaga-laga orang ramai


KULIAH JUMAAT 06 SYAABAN 1437/13 MEI 2016


Lihat sebelum ini..

Monday, January 09, 2017

Erdogan Terpilih Sebagai‘Person Of The Year’ Versi Aljazeera



Doha. Para penonton dan pengikut medsos akaun Channel Aljazeera melalui acara khas "Sibaqul Akhbar" Sabtu, (7/1/2017) kelmarin, menobatkan presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menjadi Person of the year mengatasi tokoh dunia lainnya. Seperti dikutip laman egyptwindow, Ahad, (8/1/2017).

Dalam acara itu Erodogan mendapat 40% suara, disusul oleh Omran, kanak-kanak kecil asal Syria dengan 34% suara.

Di kedudukan ketiga diduduki oleh Jurutera perakit pesawat tanpa awak Hamas dari Tunis, Muhammad al-Zuwary dengan 17% suara dan terakhir diduduki oleh PM. Maghribi Abdelilah Benkirane dengan 9% suara.

Proses pemilihan ini melewati tiga kali tahap, bermula seminggu yang lalu. Tahap pertama melaui polling di laman facebook Aljazeera, di mana bergiat facebook diberi peluang memberi cadangan nama siapa yang layak menjadi Person of the year. Dari peringkat awal ini tercatat ada beribu-ribu peserta yang mengambil bahagian.
Hasil carian imej untuk erdogen

Lalu dikumpulkan 10 nama terbanyak yang dicadangkan, kemudian kembali di polling untuk tahap kedua melalui facebook dan laman Aljazeera.

Kemudian masuk ke peringkat ketiga, dengan memilih 4 nama dengan suara tertinggi untuk kemudian kembali dipilih. Polling digelar di laman facebook, twitter dan laman Aljazeera.

Hingga akhirnya terpilih presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sebagai tokoh dengan peroleh suara tertinggi dan ditetapkan sebagai Person of the year. (IH)

Sunday, January 08, 2017

FELDA, Menanti Shahrir? Tapi Sebenarnya Ini...

Hasil carian imej untuk shahrir abdul samad

Pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda yang baharu mengesahkan ada kepincangan yang sangat besar melanda Felda. Kebiasaannya lantikan dibuat sebelum memasuki tahun baharu jika pengerusi yang lama tidak disambung perkhidmatannya yang tamat 31 Disember 2016. Bila pelantikan ini diumumkan melepasi minggu pertama awal tahun baharu, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Lagi pelik dan menghairankan apabila Tan Sri Isa Samad masih lagi dikekalkan menerajui FGV ketika desakan penyingkiran beliau sudah tidak dapat sembunyikan lagi. Tidak pernah peneroka Felda mendesak kerajaan singkirkan Pengerusi Felda sebelum ini. Sampai ada pegawai yang sanggup dipecat dan ada pula yang membuat ugutan terbuka akan meninggalkan Umno jika pimpinan tertinggi Felda tidak berubah sebelum 1 Januari 2017.  Kenapa Perdana Menteri tidak berani memberi tugasan menerajui FGV kepada Tan Sri Shahrir? Jika Shahrir mampu dilihat terbaik menerajui Felda, kenapa masih mengekalkan Isa?

Perkara ini hampir sama bila Isa menyingkirkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif sebelum ini, Datuk Emir Mawani Abdullah dan diganti dengan Datuk Zakaria Arshad , seorang anak peneroka Felda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  FGV. Isa dilihat masih tidak mahu melepaskan FGV. Perdana Menteri juga tidak berani singkirkan Isa. Datuk  Emir Mawani pernah mencetuskan perbalahan terbuka dengan Isa, Presiden FGV waktu itu membuat kenyataan, FGV  memutuskan cadangan pemilikan 37 peratus  saham PT Eagle dibatalkan kerana mendapat bantahan dari pemegang saham FGV.

Selang beberapa hari, Isa menyanggah kenyataan  Mawani, Isa mengatakan FGV tidak batalkan cadangan pemilikan saham PT EHP  tetapi ditangguhkan sementara urusan ini walaupun ada maklumat mengatakan FGV telah membayar ratusan juta sebagai komitmen untuk urusan pemilikan PT Eagle Hight Plantations (PT EHP) . Sebaliknya Isa memaksa Felda Investment Corporation (FIC ) meneruskan rundingan memiliki 37 peratus saham PT EHP anak syarikat Rajawali Group sebuah konglomerat perladangan terbesar Indonesia.

Seolah-olah ada sesuatu kepentingan yang tidak akan dilepaskan Isa sehingga agenda peribadi beliau berjaya disempurnakan. Sebab itu bila tersebar maklumat di kalangan warga Felda, Tan Sri Isa akan terus menerajui Felda untuk beberapa tahun lagi, tentangan terhadap Isa kian melebar dan desakan bertali arus dari pelbagai pihak. Tindakan terbaharu dari kerajaan ini semakin menampakkan kecelaruan yang parah sedang dialami Felda.

Sudah tentunya Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan memberi perhatian kepada barisan kepimpinan pengurusan Felda sebagai langkah pertama. Semua perniagaan teras akan diteliti serta kewangan semasa sebenar Felda akan diberi penekanan sebagai langkah awal beliau memulihkan keyakinan 2 juta warga Felda dan rakyat Malaysia.

Felda yang menjadi pemegang saham terbesar FGV, sudah tentu akan menghadapi kesan besar daripada turun naik saham FGV. Tan Sri Shahrir  juga akan menghadapi jalan sukar untuk memastikan FGV mampu memberi pulangan dan kebaikan kepada Felda selagi Tan Sri Isa masih menduduki kerusi Pengerusi FGV. Langkah Shahrir akan terhalang, apa jua tindakan pengerusi Felda ini akan terencat merujuk perkembangan terkini. Apa yang Tan Shahrir boleh strukturkan hanya pada Felda, tetapi FGV tiada apa yang boleh dibuat, bahkan satu lagi pertembungan pengurusan akan terjadi.

Hampir semua anak syarikat dan aset Felda Holdings sebelum ini sudah diserahkan kepada FGV terutama tanah ladang sawit Felda seluas 360,000 hektar kini milik FGV. Aset ini merupakan 'angsa bertelur emas' bagi Felda kerana mampu memberi pendapatan tunai RM1.2 bilion hingga RM1.8 bilion setiap tahun. Felda banyak menyelesaikan masalah dan membuka pelaburan baru hasil dari kewangan yang kukuh serta urustadbir yang cemerlang sehinggalah Tan Sri Isa dilantik Pengerusi Felda pada 2011.

Koperasi Pemodalan Felda (KPF) yang memiliki 51 peratus saham dalam Felda Holdings telah disingkir oleh Isa Samad dan digantikan Felda Hodings dengan FGV. Sejak dari ini banyak dana Felda dan FGV mulai digunakan untuk membuat pelaburan besar ratusan juta bahkan berbilion ringgit dalam dan luar negara. 

Di sinilah terletaknya cabaran utama pengerusi Felda yang baharu untuk memulihkan Felda dan yang paling utama keyakinan pengundi warga Felda di 317 tanah rancangan di 54 daripada 222 parlimen perlu dikekalkan untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-14. Pada PRU13 yang lalu, 51 kawasan parlimen telah dimenangi Barisan Nasional dan menjadikan kawasan Felda sebagai aset simpanan tetap kerusi Barisan Nasional.

Dengan dilema hutang ratusan ribu ringgit direkodkan kepada akaun peneroka yang sudah bergelar warga emas, pengurusan tanam semula yang banyak masalah, penjagaan ladang oleh Felda Technoplant yang teruk  gagal disembunyikan lagi oleh pengurusan Isa sebelum ini menambahkan lagi tugasan, cabaran pengerusi yang baharu. 

Tempoh parlimen yang ada sekarang hanya berbaki sekitar 2 tahun sahaja, Tan Sri Shahrir Abdul Samad memerlukan satu 'keajiban' untuk  mengembalikan kecemerlangan Felda setelah hampir semua aset sebelum ini sudah menjadi milik FGV. Apakah pemberian durian runtuh RM15,000 setiap seorang peneroka sebelum penyenaraian FGV ke bursa saham sebelum ini akan akan diulangi pengerusi Felda yang baharu sebagai jalan mudah untuk meredakan kemarahan warga Felda?

Sama-sama kita nantikan.

Naraza Muda

Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
8 Januari 2017 / 9 Rabiul Akhir 1438 - HARAKAHDAILY 8/1/2017


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kegagalan Felda seperti yang tersebut di atas sebenarnya adalah kegagalan BN pimpinan Najib, yang gagal meletakkan pimpinan pengurusan Felda kepada yang benar-benar bertanggung jawab. 

Tetapi kalau ditelusuri kesalahan sebenarnya, ialah kerana dasar BN dan kerajaan Malaysia sendiri yang berpegang kepada dasar sekularisme. Fahaman  pemisahan antara aktiviti seluruh kehidupan di dunia dengan negeri di akhirat. Jadi pemimpin-pemimpin yang dipilih, bukan pemimpin yang takut kepada hari akhirat, bahkan menganggap terpisah dengan pembalasan hari akhirat.

Oleh itu, solusi kepada pembersihan Felda bukan sahaja kepada tukar pemimpin tetapi kepada tukar parti yang memerintah. Tukar kepada parti yang berdasarkan agama dan hari akhirar. Kerajaan BN sekarng perlu ditukar atau di'islah'kan. 

Dr M: Buat Haji Guna Duit Curi, Tajaan 1MDB, Haram, Makan Juga.



Jemaah haji di masa depan tidak lagi boleh berpura-pura jahil mengenai wang haram daripada dana yang digunakan untuk menghantar mereka ke Makkah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kalau kamu pergi dan buat haji dengan duit curi, itu macam dah tahu pinggan penuh dengan makanan haram, you makan juga. Tapi kalau tak tahu, okeylah. Tapi sekarang kamu tahu duit ini dicuri," katanya.

Bekas perdana menteri itu akhir bulan lalu berkata jemaah haji tajaan 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan dana daripada sumber yang dicuri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu termasuk daripada kalangan mufti.

Bagaimanapun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu enggan memohon maaf atas kenyataannya.

"Mengapa saya perlu minta maaf? Semua orang yang mengatakan saya salah juga mesti berbuat demikian.
"Mereka kena 'ampu', mereka perlu 'bodek'. Mereka tidak bebas bersuara.
"Bila jadi mufti kerajaan, kena puji la kerajaan," katanya.

Kerajaan telah menaja ibadah haji untuk imam dan ketua kampung melalui Yayasan 1MDB sejak 2011.
Firma pelaburan negara itu menjadi subjek siasatan antarabangsa, termasuk Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika yang memfailkan saman sivil pelucuthakan dan mendakwa lebih AS$ 3.5 bilion disalahgunakan daripada 1MDB.

DOJ juga berkata seorang yang dinamakan Malaysian Offical 1 didakwa menerima AS$ 731 juta daripada wang yang diseleweng daripada 1MDB.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan menyalahgunakan dana berkenaan dan mendakwa ia sebahagian daripada plot menjatuhkannya. (IH)

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

Banjir Makin Buruk Di Thailand Ragut 12 nyawa Di Selatan.


REUTERS - ORANG ramai mengharungi air banjir di Daerah Muang dalam Wilayah Nakhon Si Thammarat, selatan Thailand semalam.

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand mengeluarkan amaran banjir kilat di seluruh selatan negara itu semalam selepas hujan berterusan mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang maut, banyak penerbangan tergendala dan musim pelancongan terjejas.


Hujan yang turun hampir seminggu di sembilan wilayah selatan Thailand mengakibatkan beberapa pulau peranginan seperti Ko Samui dan Phanga digenangi air.
Beribu-ribu pelancong terkandas atau mengalami kelewatan akibat bencana itu.
Kementerian Dalam Negeri Thailand berkata, lapan orang terkorban dan sekurang-kurangnya 120,000 isi rumah di selatan Thailand terjejas dalam banjir kali ini.
Jabatan Meteorologi pula memberi amaran kepada penduduk dan pelancong di selatan Thai semalam bahawa hujan lebat dan banjir kilat diramal berterusan selama dua hari lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemilik rumah penginapan di Ko Samui, Tuula Fitzpatrick berkata, banjir kali ini adalah yang terburuk pernah melanda pulau itu dalam tempoh lebih 10 tahun.
“Kebanyakan pelancong di rumah penginapan kami terkandas selepas penerbangan mereka dibatalkan.
“Saya menetap di sini selama 12 tahun dan tidak pernah melihat banjir seteruk ini,” katanya.
Selain penerbangan, perkhidmatan kereta api di selatan Thai turut tergendala selepas beberapa landasan ditenggelami air banjir.
Lapangan terbang utama di wilayah Nakhon Si Thammarat pula terpaksa ditutup selepas landasannya digenangi banjir, mengakibatkan sekurang-kurangnya 26 penerbangan terjejas.
Hujan lebat berterusan yang berlaku pada tahun ini dikatakan luar biasa kerana turun ketika Thailand mengalami musim kering bermula November lalu.
 REUTERS - BEBERAPA kenderaan meredah banjir yang melanda daerah Muang di wilayah Nakhon Si Thammarat, selatan Thailand kelmarin.
Sementara itu hujan lebat menyebabkan keadaan banjir semakin teruk di selatan Thailand semalam de­ngan jumlah kematian meningkat kepada 12 orang dan ribuan kampung ditenggelami­ air, lapor pihak berkuasa.
Banjir yang setinggi bumbung rumah di beberapa kawasan telah menjejaskan lebih 700,000 orang sejak bermula seminggu lepas, ujar kenya­taan dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Sekurang-kurangnya 12 orang mati, berdasarkan perkiraan oleh kementerian dan pihak berkuasa tempatan dengan air menenggelamkan jalan-jalan raya dan landasan kereta api. (IH melaporkan dari Thailand)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

Dajjal, Dah Ada Atau Belum? Kuliah Jumaat Abd Hadi 6 Januari 2017

Imej yang berkaitan
Video 12/38: Kuliah Jumaat 07 RABIUL AKHIR 1438 / 06 JANUARI 2017

Hasil carian imej untuk dajjal
(Hadis Sahih Shawahid oleh Sheikh Mustafa al 'Adawi dlm Sahih al Musnad, Hadis al Fitan (Jilid: 1991, m/s: 496)  Anas bin Malik RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Tiada suatu negeri pn melainkan akn diinjak oleh Dajjal, kecuali Makkah & Madinah yang tidak. Tiada suatu lorong pn dr lorong-lorong Makkah & Madinah itu, melainkan di situ ada para malaikat yang berbaris rapat utk melindunginya. Kemudian Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir di luar Madinah, lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan & dari goncangan-goncangan itu Allah SWT akan mengeluarkan akan setiap orang kafir & munafik". (Hadis Riwayat Muslim & Bukhari)

KULIAH JUMAAT 07 RABIUL AKHIR 1438 / 06 JANUARI 2017

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.
Ikutilah kuliah selanjutnya