Saturday, February 11, 2017

Lagi Peluk Islam Di Ceramah Dr Zakir Depan Raja Perlis


Lagi Peluk Islam Di Ceramah Zakir Depan Raja Perlis

ARAU – Penjelasan terperinci mengenai agama Islam oleh pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik pada ceramah di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah membuka hati seorang pelajar warga India untuk memeluk agama Islam.

Pelajar peringkat pengajian doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti awam di negara ini, melafazkan dua kalimah syahadah dibimbing Dr. Zakir sendiri dengan bersaksikan kira-kira 1,000 hadirin di sini, hari ini.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut, R.A. Shivaleela, 40, berkata sebelum ini beliau pernah membaca dan mencari ilmu tentang ajaran Islam melalu beberapa buku dan video di YouTube.
“Tapi kini saya amat tertarik dan berpuas hati dengan penjelasan Dr. Zakir tentang kewujudan Allah,” katanya sambil menyatakan tindakan memeluk Islam dibuat adalah atas kerelaan dirinya sendiri.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut hadir pada ceramah itu.
Hadir sama Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohamad Nazim Mohamad Nor dan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.
Terdahulu, dalam ceramahnya bertajuk “Quran and Modern Science: Conflict or Conciliation” yang berlangsung di Dewan Kecemerlangan UniMAP, Dr. Zakir berkata umat Islam perlu hindari perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merugikan masyarakat Islam.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya hadir bukan untuk menimbulkan fitnah atau menghina mana-mana agama, namun untuk mencari persamaan dan penyatuan,” katanya yang pertama kali berkunjung ke Perlis. – Bernama


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

CheguBard : Surat Terbuka Kepada SPRM & PKR


Surat Terbuka kepada :
Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM)
Ibu Pejabat SPRM
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62007 Putrajaya.
info@sprm.gov.my
YB Rafizi Ramli
Pusat Khidmat Parlimen Pandan,
No. 1-16, Jalan Pandan Prima 2,
Dataran Pandan Prima,
55100 Kuala Lumpur
rafizi.ramli@gmail.com
STATUS ADUAN KEGIATAN RASUAH DALAM PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
7 Febuari 2017 di alamat pejabat saya di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM, Oakland Bussines Centre, Seremban saya telah menerima beberapa dokumen berkaitan korupsi dan salah satu dokumenya dipercayai merupakan salinan penuh laporan Korupsi yang turut melibatkan rasuah seks yang berlaku dalam Pejabat Besar Selangor yang mana laporan ini pernah dibuat oleh YB Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR beberapa bulan lalu.
Pertama sekali surat ini ingin mendapat kepastian dari YB Rafizi Ramli sendiri berkenaan laporan beliau. Apakah status laporan beliau dan kenapa laporan beliau, beliau sendiri seolah senyapkan mengenai pendedahan ini.
Saya sangat yakin laporan yang Rafizi lakukan punya asas dan bukti seperti mana yang sering beliau lakukan sebelum ini. Namun kenapa beliau sendiri senyap dan tidak melakukan pendedahan ? Apa pula tindakan parti mengenai kewujudan korupsi termasuk rasuah seks dalam Pejabat Besar yang dikuasai oleh PKR itu sendiri ? Ramai yang sangat kecewa dengan Rafizi kerana tidak mendedahkan korupsi ini habis habisan seperti yang dia lakukan sebelum ini. Adakah Rafizi melihat korupsi ini punya ‘kasta’ iaitu yang dilakukan musuh perlu dilawan tetapi yang dilakukan orang dalam PKR ia perlu disenyapkan ? Atau Rafizi menerima ugutan dalam parti dan untuk elak tindakan ia terpaksa senyapkan ? atau Rafizi menerima habuan untuk menyenyapkan perkara ini ?
Berdasarkan pengalaman dan maklumat yang saya juga ada , apa yang ada dalam dokumen tersebut ialah hanya sekelumit dari kegiatan korupsi yang berlaku di Selangor.
Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula rakyat sangat menanti apa keputusan laporan korupsi yang dibuat oleh Rafizi ?
Setakat ini tanpa berselindung saya mempunyai keraguan terhadap SPRM. SPRM masih menjadi aparat regim yang memilih kes dalam pendakwaan dan pendedahan dan menjadi agen membersihkan korupsi pihak tertentu yang berkepentingan.
Seperti mana SPRM mendepani kes MO1 begitu juga SPRM mendepani kes aduan korupsi bersangkutan balak Kelantan. SPRM mengundang ketawa bila menyatakan rampasan tunai bernilai ratusan juta di Sabah bersih dari unsur rasuah hanya untuk menghentikan siasatan dari melibatkan pemimpin politik yang kini cuba menjadi jaguh pembangkang di sana supaya terus dalam kawalan. Begitu juga dalam kes melibatkan Azmin ini laporan korupsi yang saya sendiri pernah buat dengan bukti disenyapkan malah menurut maklumat dalaman SPRM siasatan diberi arahan henti hanya kerana memastikan Azmin terus dalam kawalan dan trek skrip yang diberikan. Jika ini fitnah SPRM sila tampil dengan status dan penjelasan terbuka munasabah dengan semua kes disebut itu, malah saya sedia hadir mendengar dan mengutarakan soalan yang timbul.
Ingat dalam kes SkandalAzmin:68054, saya dipecat dua kali oleh PKR dalam masa seminggu dengan salah satunya surat dengan tandatangan yang dipalsukan, Razak Ismail seorang pengadu kes berkenaan kepada SELCAT dipaksa meletakkan jawatan dari tugas Pegawai Khas kepada salah seorang Exco Kerajaan negeri Selangor. Namun korupsi terus dilindungi yang pasti Hutan Simpan Kuala Langat utara musnah digazetkan sebagai kawasan pembangunan Kormersial.
Merujuk semula dokumen aduan ini yang saya yakini diperolehi dari sumber dalaman SPRM sendiri. Apakah tahap siasatan SPRM sendiri, kalau bab rasuah seks boleh lah dikatakan saksi pusing tariktuduhan atas sebab tertentu, tetapi bagaimana pula dengan jumlah pegangan aset yang jelas tidak munasabah ?
Sekian
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SPRM)
salinan kepada semua media dan YB Presiden PKR

Khidmat Haramjadah Seks, 16 Wanita Uzbekistan Ditahan.


SERAMAI 16 wanita Uzbekistan yang disyaki terlibat dalam sindiket pelacuran ditahan bersama tiga lagi warga asing dalam serbuan Jabatan Imigresen di George Town semalam.

GEORGE TOWN – Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan sindiket pelacuran antarabangsa yang menawarkan khidmat haramjadah seks melalui aplikasi WeChat melibatkan 16 wanita warga Uzbekistan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di sini pada pukul 1.30 pagi semalam.
Dalam serbuan itu, turut ditahan ialah dua warga Vietnam, seorang warga Kazakhstan dan tiga lelaki rakyat Malaysia yang bertindak sebagai bapa ayam.
Kesemua yang ditahan dalam Ops Ikrar itu berusia antara 17 hingga 38 tahun.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, sindiket ini didalangi oleh tiga lelaki warga tempatan yang ditahan itu juga didapati mengatur aktiviti tidak bermoral di kediaman tersebut.
Menurutnya, sindiket itu berselindung di sebalik kediaman itu yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan bagi mengaburi mata agensi penguat kuasa manakala hanya pelawat yang dikenali dibenarkan masuk.
“Sindiket ini dipercayai aktif sejak dua bulan lalu dengan menawarkan khidmat seks menerusi aplikasi WeChat dengan bayaran RM240 hingga RM350 di hotel-hotel yang ditetapkan pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya semalam. (IH)


Seramai 19 wanita warga asing dipercayai mangsa pemerdagangan manusia yang ditahan Jabatan Imigresen. Foto Bernama



PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Menteri Kabinet Letak Jawatan, Azmin? Bohong, Tegas Najib.


Hasil carian imej untuk azmin Najib

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam akaun Twitternya pada Jumaat malam mendakwa seorang menteri kanan Kabinet telah meletakkan jawatan.

Menerusi laman Twitter miliknya itu, Azmin telah bertanya benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan? 
Beliau tidak menamakan siapakah menteri yang dimaksudkan itu.

Azmin sebaliknya meminta pengikut Twitter untuk terus mengikuti perkembangan terkini.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam respon segeranya melalui laman Twitter juga berkata, tiada menteri yang meletakkan jawatan.

"Tiada menteri yang memaklumkan kepada saya bahawa dia letak jawatan. 
"Saya anggap Azmin berbohong untuk mencetuskan kekecohan, melainkan beliau boleh mendedahkan namanya," tegas Najib. (IH/mStar)

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Seret Pemimpin DAP Ke Mahkamah..Campur Tangan Dalam Fatwa. -I/Hasyim.

Hasil carian imej untuk guan Eng biadap
Imej yang berkaitan

Oleh Ibnu Hasyim

NAMPAKNYA memang makin jelas DAP tidak menghormati Islam, agama rasmi negara ini seperti Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Apa lagi bila Dewan Ulamak PAS Pusat (Malaysia) mendesak Kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng supaya tidak lagi campur tangan dalam urusan fatwa-fatwa negeri Pulau Pinang.

Sebagaimana yang berlaku sebelum ini melibatkan fatwa penggunaan Kalimah Allah dan lain-lain. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 jelas menuntut fatwa negeri Pulau Pinang terus dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang.

Yakni bukannya kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng terlebih dahulu. Surat rasmi yang dikeluarkan oleh Exco, YB Abdul Malek Abdul Kasim kepada Sahibus Samahah Datuk Haji Hasan Ahmad, Mufti Kerajaan Pulau Pinang yang tersebar di media sosial jelas menunjukkan campur tangan kerajaan terhadap proses pembuatan fatwa melibatkan Kalimah Allah. 

Exco terbabit tidak perlu berbelit menafikan dan berdolak daliK bagi mempertahankan diri dan mempertahankan tindakan salah kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng. Kenyataan bekas Mufti Datuk Haji Hasan dan kenyataan salah seorang jawatankuasa fatwa Datuk Md Salleh Haji Ahmad pada 8 Februari 2017 menyebut ada fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang tidak dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. 

Hal ini berlaku kerana campur tangan politik adalah sesuatu yang berat dan serius. Ia jelas melibatkan campur tangan politik kerajaan DAP dalam proses fatwa yang mungkin tidak sehaluan dengan pendirian kerajaan negeri. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam. 

Campur tangan sebuah kerajaan khususnya yang diketuai oleh bukan Islam terhadap fatwa adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan. Jelas, hal ini tidak dihormati langsung oleh DAP dan pemimpin-pemimpinnya.

Hasil carian imej untuk guan Eng biadap

Oleh itu, saya bersetuju dengan Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat pada Jumaat 10 Februari 2017 menyebutkan,

"Sekiranya dengan hanya memerintah negeri, DAP sudah terlalu berani mencampuri urusan agama Islam, alangkah bahaya sekiranya DAP menjadi sebahagian pemerintah negara (moga Allah jauhkan) sebagaimana impian Pakatan Harapan. 

"Malang sekali, sebahagian orang Islam terpesona dengan lakonan DAP berkaitan Islam." Kata beliau.

Pada saya, DAP semakin biadap, sudah tidak menghormati agama Islam lagi, agama penduduk majoriti di negara ini dan perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah perlu pemimpin-pemimpinnya diseret ke mahkamah? Perlu diajar sedikit supaya pandai menghormati agama lain? 
(IH)



Surat daripada Datuk Malik Abdul Kassim

Sepucuk surat daripada Datuk Malik Abdul Kassim, EXCO Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang kepada Sahibul Samahah Datuk Seri Hassan Ahmad, Mufti Negeri tersebar di media sosial hari ini.
Surat bertarikh 26 Mei 2010 menyatakan Malik selaku EXCO agama melahirkan rasa kesal terhadap Mufti Negeri Pulau Pinang yang mewartakan ajaran Tok Husin Janggut dan kalimah-kalimah suci yang dilarang terhadap bukan Islam diwartakan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pihaknya.
surat
surat1

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Friday, February 10, 2017

Gabungan Pembangkang, Pertemuan Ke 2 Tun M-Anwar, Di Mahkamah.



KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka mahu mengukuhkan gabungan bersama pembangkang.

Dr Mahathir hadir ke Mahkamah Tinggi bagi menemui bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri bagi kes saman fitnah beliau di sini.

Bekas perdana menteri itu menemui Anwar selama kira-kira 40 minit selepas kes itu ditangguhkan. Ia merupakan pertemuan kedua Dr Mahathir dan Anwar semasa menghadiri kes mahkamah.

Hasil carian imej untuk anwar mahkamah

"Kita masih berunding dengan PAS tetapi pada masa ini kita mahu mengukuhkan gabungan. Bersatu (PPBM) akan menyertai gabungan (gabungan Pakatan Harapan)," kata Dr Mahathir.
"Kita juga berbincang mengenai masalah politik yang berlaku di negara ini dan kita bersetuju dalam banyak isu."

Terdahulu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir bagi pendengaran awam. Dr Mahathir tiba di mahkamah pada pukul 11.55 pagi ditemani para penyokongnya dan duduk di bahagian hadapan di galeri awam sebelum mengadakan pertemuan bersama Anwar.

Dr Mahathir melambaikan tangan kepada Anwar yang menyedari kehadirannya semasa mendengar keterangan saksinya, peguam Manjeet Singh Dhillon memberikan hujahan.  (IH/mStar)

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Hijabista Ayana Moon, Mualaf Korea Jadi Duta Butik Di M'sia.

Instafamous Mualaf Korea Dilantik Jadi Duta Butik Di M'sia
Klik sini..




BAGI yang mengikuti perkembangan trend fesyen wanita berhijab atau hijabista, instafamous bernama Ayana Moon mungkin sudah tidak asing lagi.

Gadis dari Korea Selatan menjadi sensasi seluruh dunia selepas mendedahkan kisah uniknya memeluk Islam.......

Peluang Dekati Rakyat, Sambut Tahun Baru Cina..


IPOH: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Perak telah mengadakan program Edaran Buah Limau sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2017 kepada masyarakat cina sekitar Zon Bandaraya Ipoh dan Kampar, 26 Januari lalu.
Bungkusan saguhati yang terkandung buah limau, air mineral, bahulu ikan dan dan Kad Ucapan Tahun Baru diedarkan oleh semua petugas dan AJK Lajnah Kebajikan dan Kemasyrakatan PAS Perak.
Turut serta bersama dalam edaran tersebut, Adun Sungai Rapat, YB Radzi Zainon dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nuh Ahmad dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar Ustaz Sufian Mokhtar serta beberapa pimpinan lain berpeluang menyantuni masyarakat Cina di samping bertanya khabar dan bertukar pendapat.
Penglibatan anak muda juga memberikan pengalaman bermakna antaranya wakil Dewan Pemuda PAS Ipoh barat dan Dewan Pemuda PAS Gopeng yang bersama memberikan kerjasama menjayakan program itu.
Antara lokasi yang sempat dikunjungi Pasaraya TF di Rapat Jaya, Pasar Malam Taman SPPK dan Pekan Kampar. (IH)
  PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Hasil carian imej untuk peluang kerja di korea selatan

Saudi Wakaf 100,000 Pokok Kurma Bantu Anak Yatim


Saudi Wakaf 100,000 Pokok Kurma Bantu Anak Yatim

RIYADH – Gabenor Madinah, Putera Faisal Bin Salman, pada Selasa melancarkan satu program wakaf sebanyak 100,000 pokok kurma bagi membantu anak yatim, lapor portal Arab News.

Ia melibatkan Persatuan Kebajikan Takaful bagi Jagaan Anak Yatim di Madinah yang ketika ini menjaga lebih 8,000 anak yatim, termasuk dalam memberikan sokongan berterusan dari segi kehidupan, kesihatan dan pendidikan.
Putera Faisal merupakan pengerusi lembaga pengarah persatuan itu. Menurut setiausaha agung organisasi tersebut, Abdul Mohsin Al-Harbi, secara purata setiap pokok kurma itu dianggarkan berharga 600 riyal (kira-kira RM710).
Ini termasuk kos asas pokok, nilai tanah dan penjagaannya selama dua tahun sehingga ia matang berbuah seawal usia empat tahun serta mampu mengeluarkan hasil sehingga 176 kilogram setiap kali musim penuaian.


Price-Faisal
GABENOR MADINAH, PUTERA FAISAL BIN SALMAN.

Sebagai tanda sokongan bagi projek itu yang dilancarkan buat julung kalinya, Putera Faisal sendiri membeli 100 batang pokok kurma dan membuka peluang bagi derma yang ingin dihulurkan oleh orang lain dan para dermawan.
Menurut Abdul Mohsin, projek amal itu akan berterusan dan dapat bertahan selama bertahun-tahun bagi membiayai pelbagai inisiatif lain sekali gus mampu untuk membantu ribuan anak yatim, menurut Arab News.
Beliau menambah, projek itu juga hasil kajian dijalankan selama setahun. Kurma ialah tanaman menguntungkan di rantau Asia Barat dan makanan popular dalam kalangan penduduk tempatan. – Agensi

Orang Islam Rohingya Saudara Kristian, kata Pope Francis

pope-francis

BANDAR VATICAN: Pope Francis hari ini mengecam kekejaman terhadap minoriti Rohingya Myanmar, berkata mereka didera dan dibunuh hanya kerana mahu mengamalkan budaya dan agama Islam mereka.



Kenyataan Francis di pertemuan mingguan itu menyusuli laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu lepas yang melaporkan pasukan keselamatan di utara negara itu melakukan pembunuhan besar-besaran, rogol berkumpulan dan membakar kampung.

“Bertahun sudah lamanya mereka menderita, didera, dibunuh hanya kerana mahu mengamalkan budaya dan agama Islam,” kata Francis.
“Mereka dihalau dari Myanmar, berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana tiada siapa mahukan mereka. Tetapi mereka orang yang baik dan aman. Mereka bukan Kristian. Mereka saudara kita,” katanya.

Selepas laporan yang diterbitkan Jumaat lepas, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB Zeid Ra’ad al-Hussein berkata pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi berjanji akan menyiasat dakwaan itu.

Myanmar, sebuah negara majoriti pengikut Buddha, sebelum ini menafikan semua dakwaan pencabulan hak asasi manusia terhadap orang Islam di utara negara itu.

Pope Francis dijangka akan melawat Bangladesh tahun ini.

Saksi yang disebutkan dalam laporan PBB melaporkan “pembunuhan bayi, kanak-kanak, perempuan dan warga emas; menembak orang ramai yang sedang melarikan diri; membakar seluruh kampung; penahanan besar-besaran; pemerkosaan dan keganasan seksual secara tersusun dan besar-besaran; memusnahkan makanan dan sumber makanan secara sengaja”. (IH)


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Hasil carian imej untuk peluang kerja di korea selatan

Jabatan Polis N/York Hina, Buli Polis Bertudung

Danielle Alamrani


NEW YORK – Seorang anggota polis wanita Islam memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan Manhattan mendakwa menjadi mangsa diskriminasi agama, dibuli dan dihina oleh rakan sekerja.

Ini termasuk digelar ‘pelacur Muslim’ malah ada yang cuba merentap tudung dipakainya, menurut NBC News, yang memetik saman yang difailkan Danielle Alamrani, 38, pada 2 Februari lalu.
Mangsa yang menyertai Jabatan Polis New York (NYPD) pada 2006, dan memeluk Islam setahun kemudian, berkata sebaik dia mula memakai tudung, polis lain enggan bekerja dengannya.
Mahkamah diberitahu, pada 2010, seorang sarjan berkata dia berharap Alamrani ‘tidak meletup ketika meronda’ disambut dengan ketawa oleh anggota polis lain. Pada Krismas 2012, dua anggota polis menyerang Alamrani di balai polis dan cuba merentap tudung dipakainya.
“Mereka menjerit ‘pelacur Muslim’ kepadanya dan ‘saya akan tumbuk muka awak’.  Dia juga digelar sebagai pengganas dan Taliban,” menurut laporan dipetik oleh AP.
Alamrani dalam samannya berkata, hampir setiap hari dia diejek bahawa dia tidak sepatutnya menjadi polis, tidak boleh pakai tudung, tiada siapa mahu bekerja dengannya, memalukan NYPD dan tiada siapa sukakannya.
Wanita itu juga mendakwa dihukum dengan ditugaskan pada syif yang tidak siapa mahu, dikurangkan kerja lebih masa, malah dia serta anak-anak pernah ditahan rakan sendiri selama beberapa jam akibat jiran buat aduan bising dari rumahnya.
NYPD yang mempunyai kira-kira 900 anggota uniform beragama Islam daripada 35,000 keseluruhan anggota, sebelum ini mengumumkan untuk mengambil ramai lagi rekrut beragama Islam.
Ia juga melonggarkan syarat membenarkan anggota polis menyimpan jambang kerana faktor agama dan Alamrani ialah seorang daripada dua anggota polis yang memakai tudung. Dia memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Persamaan Hak Pekerja pada Disember 2015 dan diberi kebenaran untuk memfailkan saman itu tiga minggu lalu.
“Dia masih bekerja dan cuba melaksanakan tugasnya sebagai anggota polis,” kata peguamnya Jesse Rose. – Agensi/myMetro Online

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Hasil carian imej untuk peluang kerja di korea selatan

RM90 Juta: PAS Nafi Tuduhan Jahat Husam..



PAS menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat Datuk Husam Musa bahawa PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.  

Fitnah jahat ini adalah sambungan rantaian fitnah yang pernaah dibuat oleh Sarawak Report yang kini dalam tindakan perundangan.

PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report. 

Pihak guaman PAS diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat ini dan mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat. 

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
9 Februari 2017 - 
HARAKAHDAILY 9/2/2017


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Hasil carian imej untuk peluang kerja di korea selatan

Kedah Mahu Ambil Semula Pulau Pinang Jadi Tanahnya

Kedah Mahu Ambil Semula Pulau Pinang Jadi Tanahnya

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah bukan sahaja tidak bersetuju dengan cadangan hendak menjadikan Langkawi sebagai sebahagian Wilayah Persekutuan, malah mahu menebus semula Pulau Pinang.


Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, sebagai `tuan tanah’, kerajaan negeri ada hak bantah penyerapan Langkawi sebagai Wilayah Persekutuan.
“Justeru, kami (kerajaan negeri) bukan saja membantah sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Pulau Langkawi sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan yang baharu.
“Malah akan berusaha mengambil semula Pulau Pinang,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Memorial Tunku Abdul Rahman di Rumah Merdeka di sini, hari ini.
Beliau mengulas cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai sebahagian dari Wilayah Persekutuan.
Mengenai Pulau Pinang, Mohd Rawi berkata, kerajaan negeri akan meminta kerajaan Pusat mengkaji semula harga pajakan yang dibayar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang setiap tahun mengikut harga semasa.
Bayaran pajakan itu ditandatangani melalui Perjanjian Pajakan 1786.
“Cukuplah selama ini kita rugi dan kini ada pihak yang mahu mengambil Pulau Langkawi pula. Bila merdeka, Pulau Pinang dimasukkan sebagai sebuah negeri secara senyap-senyap tanpa mengira perjanjian pajakan yang telah dimeterai dahulu.
“Kalau tidak ada, untuk apa mereka (Pulau Pinang) masih membayar RM10,000 itu setiap tahun dari dahulu sehingga sekarang malah terpaksa dimasukkan ke dalam bajet kerajaan mereka. Seolah-olah ada akujanji berkaitan pajakan ini,” katanya.
Mohd Rawi berkata, kerajaan Kedah telah menghantar surat kepada kerajaan Pusat pada bulan lalu berhubung perkara berkenaan. – BERNAMA


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Hasil carian imej untuk peluang kerja di korea selatan


PBB Lapor Lebih 1,000 Etnik Rohingya Dibunuh

















 REUTERS - SEBUAH keluarga pelarian Rohingya menetap di sebuah kem pelarian sementara di Cox’s Bazar, Bangladesh kelmarin.

COX’S BAZAR, Bangladesh – Lebih 1,000 etnik Islam Rohingya dipercayai terbunuh dalam satu operasi tentera di Myanmar, menurut dua pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kedua-dua pegawai itu terlibat dalam misi membantu pelarian akibat keganasan dan menyifatkan angka kematian lebih tinggi berban­ding dilaporkan sebelum ini.
Mereka yang berkhidmat dengan dua agensi PBB berasingan di sini berkata, hampir 70,000 Rohingya telah melarikan diri sejak beberapa tahun lalu berikutan keganasan yang berlaku di Myanmar.
Malah, golongan etnik berkenaan turut menjelaskan bahawa dunia luar tidak memahami mengenai krisis di negeri Rakhine itu sepenuhnya.
“Terdapat ura-ura yang kini mengatakan terdapat beratus-ratus kematian. Ini bukan angka sebenar, ke­rana hakikatnya melibatkan beribu-ribu orang,” kata seorang pegawai yang enggan dikenali.
Kedua-dua pegawai itu berkata, dalam temu bual secara berasingan dengan memetik kenyataan satu testimoni yang telah dikumpul oleh agensi masing-masing daripada pelarian bahawa sejak empat bulan lalu, jumlah kematian mencecah 1,000 orang.
Sebaliknya, Jurucakap Presiden Myanmar, Aung San Suu Kyi, Zaw Htay berkata, laporan terkini daripada komander tentera bahawa hanya lebih kurang 100 orang terbunuh dalam operasi pemberontakan menentang militan Rohingya yang menyerang pos kawalan polis di sempadan sejak Oktober lalu.
Ditanya mengenai kenya­taan pegawai PBB yang menyifatkan angka kematian sebenarnya mencecah lebih 1,000 orang, beliau berkata: “Angka mereka lebih besar berbanding anggaran kami. Namun, kami perlu menye­mak perkara itu dengan le­bih terperinci.”
Kira-kira 1.1 juta etnik Islam Rohingya majoritinya menetap di barat laut Myanmar, namun malangnya, hak kewarganegaraan mereka dinafikan berikutan penduduk Myanmar yang beragama Buddha menganggap mereka sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh.
Sementara itu, kedua-dua pegawai PBB itu turut me­nyerahkan satu laporan pada Jumaat lalu yang menunjukkan angka pembunuhan secara beramai-ramai dan kes rogol secara berkumpulan oleh tentera Myanmar di barat laut Myanmar sejak beberapa lalu.
Ia dikatakan merupakan satu jenayah kemanusiaan, namun Suu Kyi yang me­nyiasat laporan berkenaan menafikan kesemua dakwaan mengenai pembunuhan, rogol selain tindakan membakar rumah Rohingya. – Reuters
Sementara itu Di Yangon, pelayaran hampir seminggu kapal Nautical Aliya yang membawa Misi FFFM akhirnya berlabuh tepat jam 3.10 petang waktu tempatan (4.40 waktu Malaysia) di Pelabuhan Antarabangsa Thilawa (MITT), di sini. 
Misi ini disertai 184 aktivis dan sukarelawan serta 17 krew kapal bersama 2,300 tan barangan bantuan berupa makanan dan keperluan diri serta perubatan.

Ketika ini sukarelawan dan krew kapal sedang bersiap untuk menurunkan barangan bantuan sebanyak 200 tan beras bersama 10,000 kit kebersihan dan mi segera.

Bantuan itu disalurkan melalui Kerajaan Myanmar yang diwakili Menterinya, Dr Winmyat Aye dan akan dipantau Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Mohd Haniff Abdul Rahman.

Hadir sama Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican dan Ahli Pas Parlimen Bachok, Ustaz Ahmad Marzuky Shaari. 

(IH)


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Hasil carian imej untuk peluang kerja di korea selatan

Bayaran: Jaclyn Victor Dizalimi. Takde Ke Yang Nak Tolong ...

Tak Dapat Bayaran, Jaclyn Victor Alami Tekanan Teruk

HALAMAN HIBURAN

GARA-GARA masih belum menerima baki bayaran Konsert High Note yang berlangsung November lalu, penyanyi Jaclyn Victor mengakui mengalami tekanan yang teruk.

Menurut Jaclyn, akibat susah hati dengan perkara itu dia juga mengalami penurunan berat badan yang mendadak.
“Selepas konsert itu saya sangat tertekan sehingga berat badan turun.
“Sehingga kini, penganjur masih belum melunaskan separuh daripada jumlah bayaran yang dijanjikan,” katanya kepada Harian Metro.
Tak Dapat Bayaran, Jaclyn Victor Alami Tekanan Teruk
Konsert yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur itu turut melibatkan Ziana Zain dan Azlan Typewriter. Terdahulu, Ziana memberitahu sedang dalam perancangan menfailkan saman terhadap penganjur konsert itu, iaitu, DME Entertainment, Segitiga Asia dan CMPagr.
Sementara itu, Jaclyn turut menyatakan hasrat ingin mengikuti tindakan yang diambil Ziana.
“Selepas konsert itu, saya belum berkesempatan menghubungi Ziana. Kalau Ziana mahu saman penganjur, saya juga akan membuat langkah sama.
“Ini bukan soal wang tetapi sakit hati kerana kami sepatutnya menerima baki bayaran sebelum konsert,” katanya.
Berikutan isu ini, Jaclyn berkata, dia akan lebih berhati-hati dan menjadikan pengalaman ini sebagai iktibar untuk dirinya. 

Tak ada ke, mana-mana pihak yang ingin menolong mereka?  (IH)


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Hasil carian imej untuk peluang kerja di korea selatan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails