Saturday, March 04, 2017

Kefahaman Islam Asiah Jalil Sama Dengan Siti Kassim?

asiah

Asiah Abd Jalil kakak kepada Ali Abd Jalil, seorang lelaki yang melarikan diri ke luar negara kerana dikehendaki polis berhubung cita-cita mahu menghapuskan raja-raja Melayu di Melaysia membuat analisis persamaan dan perbezaan antara adiknya dengan pendakwah Dr Zakir Naik.

Analisis itu dibuat sebagai justifikasi kenapa dia bersama 18 individu lain yang majoritinya bukan Islam telah menggunakan kuasa mahkamah untuk menghalau Dr Zakir datang ke Malaysia.

Hujah Asiah seperti berikut :

Ramai yang bertanya saya tentang Ali Abd Jalil dan Dr. Zakir Naik. Kedua-dua individu ini terpalit isu berkaitan freedom of speech dan memohon perlindungan dari negara luar.

Persamaan Ali Abd Jalil dan Dr. Zakir Naik ialah :-

1) Kedua-duanya mengamalkan freedom of speech dalam cara dan adab yang salah.
2) Kedua-duanya tidak diterima di negara asal dan terpaksa lari meninggalkan negara.
3) Kedua-duanya berhadapan tindakan mahkamah dalam kes jenayah.

Perbezaan Ali Abd Jalil dan Dr. Zakir Naik ialah :-

1) Ali memohon suaka politik dari kerajaan Sweden mengikut peruntukan undang-undang antarabangsa. Dr. Zakir Naik tidak pernah memohon apa-apa perlindungan politik dari kerajaan Malaysia. Alih-alih allegedly diberi taraf penduduk tetap.

2) Ali tidak pernah disyaki sebagai pengganas dan tidak pernah di-ban oleh mana-mana negara di dunia. Dr. Zakir Naik memiliki puluhan kertas siasatan peringkat antarabangsa yang masih aktif. Beliau telah di-ban oleh 6 negara setakat ini.

3) Perjuangan Ali untuk menghapuskan sistem monarki tidak pernah menyebabkan mana-mana individu terpengaruh untuk menjadi pengganas, suicide bomber, tentera perang, etc. Tetapi perjuangan dakwah Dr. Zakir Naik kononnya untuk mendaulatkan Islam telah mempengaruhi orang tertentu hingga mengakibatkan korban nyawa.

4) Kes jenayah terhadap Ali di bawah Akta Hasutan adalah jenayah di Malaysia, tetapi bukan jenayah di negara luar. Kes jenayah terhadap Dr. Zakir Naik di bawah undang-undang keganasan dan anti-money laundering adalah jenayah di semua negara di seluruh dunia.



siti

Rogol Beramai-ramai, 4 Tentera Sudan Ditahan.


EMPAT tentera Sudan Selatan disyaki memukul dan merogol orang awam dirantai bersama-sama selepas mereka ditangkap di ibu negara Juba. - Foto Reuters 

JUBA: Empat tentera Sudan selatan ditahan berhubung kejadian rogol beramai-ramai membabitkan berpuluh wanita dan seorang remaja di sebuah kampung bulan lalu, kata jurucakap tentera, hari ini. 

Kejadian berlaku di Kubi, kira-kira 40 kilometer di selatan Juba ketika tentera menyerbu sebuah kampung untuk mencari suspek disyaki membunuh jeneral tentera oleh kumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali. Media tempatan melaporkan tentera mengamuk, merogol dan mendera sekurang-kurangnya 11 wanita termasuk seorang gadis berusia 13 tahun. 

"Siasatan sudah selesai dan empat pegawai Tentera Pembebasan Rakyat Sudan (SPLA) sudah ditangkap," kata jurucakap Brigadier Jeneral Lul Ruai Koang. 

Seorang suspek yang ditahan adalah komander yang dituduh melakukan serangan seksual tetapi tidak berdepan tuduhan merogol manakala seorang lagi suspek yang ditangkap, melarikan diri dari pusat tahanan. 

Koang berkata, ketiga-tiga yang dituduh merogol telah dikenal pasti oleh mangsa melalui kawad cam. - AFP


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

Banjir Di Rompin Kembali Buruk

 Remaja Kampung Kurnia, Rompin bermain air banjir dihadapan rumah mereka ketika tinjauan BERNAMA pada Jumaat.


KUANTAN: Banjir di Rompin kembali buruk malam Jumaat apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 125 orang daripada 34 keluarga berbanding 99 orang daripada 28 keluarga petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusof berkata sebuah lagi pusat pemindahan sementara dibuka petang ini iaitu di Balai Raya Kampung Rekoh, selepas Balai Raya Kampung Setajam yang mula beroperasi sejak Khamis.
"Di Kampung Setajam, jumlah mangsa kekal 99 orang daripada 28 keluarga manakala di Kampung Rekoh, seramai 26 mangsa daripada enam keluarga kini ditempatkan di balai raya di situ," katanya.
Bagaimanapun, Zainal mengesahkan setakat ini tiada jalan di Rompin yang ditutup akibat banjir. - BERNAMA 

4.1 Juta Rakyat Malaysia Belum Daftar Mengundi


4.1 Juta Rakyat Malaysia Belum Daftar Mengundi

SHAH ALAM – Sejumlah 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun.
Disebabkan itu, katanya SPR kini mengambil langkah bekerjasama dengan pihak swasta bagi menganjurkan pelbagai program dalam menarik minat rakyat untuk berdaftar sebagai pengundi terutama kepada golongan sasar.
“Berdasarkan statistik terkini itu, kira-kira 45 peratus daripada rakyat Malaysia adalah golongan muda dan lebih empat juta daripadanya tidak berdaftar sebagai pengundi dan ini adalah satu kebimbangan.
“Jika tidak berdaftar sebagai pengundi, tidak guna bercakap di media sosial (berkaitan situasi politik negara), kalau apa yang dicakapkan itu tidak diterjemah dalam bentuk undi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pendaftaran Pengundi di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.
Jelas Mohd Hashim, antara faktor golongan muda tidak berdaftar sebagai pengundi adalah disebabkan mereka tidak memahami kepentingan kuasa rakyat ataupun tidak memiliki kemudahan di sekitar kawasan perumahan khususnya di luar bandar untuk berbuat demikian.
Sehubungan itu beliau berkata kempen selama tiga bulan akan digerakkan untuk mendekati rakyat yang belum berdaftar sehingga ke akar umbi bagi memberi kefahaman mengenai kepentingan menjadi pengundi.
“SPR akan tumpukan di kawasan yang rakyat sukar keluar untuk mendaftar pengundi seperti di luar bandar selain di pusat beli-belah di bandar-bandar utama. Usaha ini bagi memastikan lebih empat juta belum berdaftar itu dapat menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.
Mohd Hashim dalam pada itu meminta pengundi berdaftar supaya lebih serius dalam menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan keluar mengundi semasa pilihan raya diadakan.
Ini kerana katanya, peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya hanya mencapai sehingga 75 peratus dan tidak pernah mencecah 100 peratus atau lebih 90 peratus.
“Sebagai contoh semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, hanya 68 peratus sahaja yang keluar mengundi. Mana lagi baki 22 peratus? Disebabkan itu, kita kena serius dalam hal ini jika mahu menegakkan demokrasi di negara kita,”katanya.
Kempen Pendaftaran Pengundi selama tiga hari di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf itu buat julung kali dianjurkan dengan usahasama dua badan swasta iaitu akhbar Sinar Harian dan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia X Berhad.
Menerusi kempen itu, AirAsia X Berhad menawarkan 1,100 tiket penerbangan percuma ke beberapa destinasi luar negara bagi rakyat yang berdaftar sebagai pengundi. – BERNAMA

Friday, March 03, 2017

Denda Melacur Hanya RM3,000, Pesalah Tidak Serik. -PPMM, PGSM.

KL: SEORANG pelacur mengaku bersalah didenda hanya RM3000. Lepas itu seseorang di belakang pelacur itu membayarnya. Bayar sahaja, sebab malam nanti boleh kerja lagi ganti balik denda itu. Begitu mudahnya kisah pelacur di negara umat Islam Malaysia 

Bahkan Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mengakui hukuman denda yang dikenakan sekarang kepada pesalah jenayah syariah terlalu rendah membuatkan pesalah tidak serik untuk mengulangi kesalahan yang sama, seperti kisah yang disebut di atas.

"Saya rasa apabila denda RM3000 tidak dapat hindar kesalahan sebab boleh buat lagi kerana tauke duduk di belakang. Dia (taukeh) tidak boleh didakwa sebab dia bukan Islam," katanya di dalam Bicara Harakah di MyHarakah Bazaar hari ini.

Tegasnya, peningkatan bidang kuasa Mahkamah Syariah amat perlu bagi memartabatkan undang-undang Islam meliputi akhlak dan iman di kalangan umat Islam.

Sementara itu, seorang lagi penalis Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang juga mengakui denda yang dikenakan tidak akan memberi kesedaran dan kesilapan kepada tauke-tauke yang berada di belakang pesalah.

"Yang datang itu bukan atas kesedaran tetapi mengaku bersalah sebab hendak bayar denda, tidak mahu panjang cerita kerana kadar denda paling tinggi RM5000.

"Kalau mereka mungkin dalam keadaan tidak bersalah atau terperangkap supaya lalukan khalwat dan tahu tidak bersalah tetapi untuk pergi ke proses bicara akan mengambil masa lama dan kos lagi tinggi daripada membayar denda. Lebih baik bayar denda yang rendah dan membuat pengakuan bersalah," ujarnya.

Program Bicara Harakah yang bertajuk Pasca Himpunan 355, Syariah diperkasa rakyat sejahtera turut menjemput Exco Kelantan Datuk Dr Mohamed Fazli Hassan manakala moderatornya adalah Pengarah Institut Kajian Strategik Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof. (IH)

 Pelacur di Malaysia bebas, bayar saja. Pelacur politik lain pula?


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

Kenderaan Tanpa Pemandu, Perlu Disokong! Ciptaan Kumpulan Anak Muda M'sia.


JOM KREATIF

HEBAT! Sekumpulan anak muda tempatan ini mungkin boleh mengubah landskap industri automotif pada masa depan. Atas rasa minat, tahukan terdapat sekumpulan anak muda telah berjaya menghasilkan kereta pandu sendiri? Mengagumkan bukan?

Bermula pada tahun 2013, dua lelaki bernama Muhammad Haziq Faris, 26, dan Khirul Muzzamil, 31, telah betindak membangunkankan sebuah syarikat Reka Studios. Dengan rasa minat mereka kepada penciptaan inovasi, maka terhasilah kenderaan tanpa pemandu.
Benar, fungsinya tidak ubah seperti kereta Tesla ciptaan luar negara yang dijual pada harga mencecah ratusan ribu ringgit. Difahamkan, Reka Studios telah pun menjalankan sesi uji kenderaan tanpa pemandu itu di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dan Melaka.
Memetik KongsiTV, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) REKA, Haziq Faris berkata, perbezaan ketara antara Tesla dan kereta pandu sendiri REKA ialah metod yang digunakan.
“Kalau mahu Tesla, kena beli kereta Tesla. Saya sudah ada kereta, kenapa perlu tambah kereta hanya untuk tidak perlu memandu. Jadi, apa yang membezakan kami (dengan Tesla) adalah apa saja kereta lama atau tiada sistem pandu sendiri, kami boleh letak sistem ini dan tukarkan kepada kereta tanpa pemandu,” katanya.
Selain itu, pasukan REKA memberitahu, teknologi kenderaan ini turut menggunakan sistem komputer yang boleh berfikir dan membuat keputusan tentang apa yang sepatutnya sesebuah kereta itu lakukan.
Sistem itu dikenali sebagai papan pembangunan (development board)Walaupun telah dipandu uji, REKA bagaimanapun berpendapat kenderaan tanpa pemandu rekaan mereka itu masih jauh untuk mengesahkan ia selamat untuk kegunaan pengguna di luar.
“Kami memang sudah buat pandu uji dari Melaka ke Kuala Lumpur. Jadi, macam kami, kami memang yakin. Selama dua bulan diperlukan bagi menyiapkan kereta itu untuk bergerak atas jalan raya,” katanya.
Namun mereka yakin suatu hari nanti dapat membuktikan produk dihasilkan di Malaysia berkualiti tinggi. Difahamkan, pasukan REKA juga tiada penajaan dalam menghasilkan projek kenderaan pandu sendiri ini. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pemerintah atau pihak-pihak tertentu perlu menyokong, untuk mengembangkan ke'kreatif'an mereka!
Lihat..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



Patung Ditutup Aurat, Hormat Raja Salman. Tapi Orangnya Tidak. Mengapa?


Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

JAKARTA — Kunjungan julung kali Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud ke Istana Bogor dekat sini pada Rabu dilaporkan menyebabkan pihak protokol terpaksa menyesuaikan diri.

Salah satunya ialah langkah “mengemas” sejumlah ratusan patung hiasan yang ada di sekitar istana persinggahan Presiden Indonesia seluas 28 hektar tersebut sebagai menghormati sensitiviti pemerintah Islam berkenaan.
Dianggarkan terdapat kira-kira 360 buah patung manusia tanpa busana atau haiwan di kawasan istana yang dibina pada 1744 itu. Ada antaranya ditutup dengan kain manakala sejumlah patung lain ditutup dengan pohon kecil.
Patung seekor singa di halaman belakang Istana Bogor, misalnya dilindungi dengan pokok palma hiasan sementara patung haiwan mitos naga yang juga terletak di belakang istana berkenaan pula ditutup dengan helaian kain.
Beberapa buah patung wanita tanpa pakaian sehingga menampakkan bahagian kemaluan baik yang terletak di luar mahu pun di dalam gedung utama seluas 1.5 hektar tersebut tampak turut ditutupi dengan penggunaan kain putih.
Patung-patung bertelanjang mendedahkan aurat tersebut berada di laluan aktiviti Presiden Joko Widodo dan Raja Salman. Meskipun demikian, bukan semua patung manusia tanpa busana terpaksa ditutupi kain atau pohon.
Raja Arab Saudi ketujuh itu kini dalam rangka lawatan sembilan hari di Indonesia selepas berkunjung ke Malaysia. Baginda dalam program jelajah beberapa negara Asia serta akan ke Brunei, China, Jepun dan Maldives bulan ini.
Berdasarkan pengamatan akhbar berpengaruh tempatan KOMPAS, ada juga patung yang jelas berbogel namun tetap dibiarkan tampil begitu sahaja seadanya. Beberapa patung itu berada di bangunan sayap kanan gedung utama.
Patung berkenaan malah masing-masing berbentuk wanita tanpa busana tetapi pihak pentadbiran Istana Bogor tidak bertindak menutupi aurat patung itu kerana kedudukannya agak tersorok dan terpencil untuk disaksikan.
Bagaimanapun ini bukan pertama kali usaha tersebut dilakukan oleh pihak istana pemerintah Indonesia berkenaan kerana langkah yang dilaksanakan era Jokowi itu pernah dijalankan ketika pentadbiran presiden sebelumnya.
Difahamkan beberapa kali kegiatan di Istana Bogor yang berkaitan dengan acara keagamaan turut menyebabkan banyak patung berbogel ditutup sebagai memelihara sensitiviti pihak berkenaan. – Agensi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Patungnya yang mati ditutup aurat, tapi orangnya yang hidup tidak. Mengapa?
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.


Serangan Besar-besaran Yakjuj-Makjuj. Kuliah Jumaat Abd Hadi 24 Feb 2017.

Hasil carian imej untuk serangan yakjuj-makjuj
Derbent Wall merupakan salah satu tembok yang menghalang Yakjuj Makjuj daripada keluar ke daerah lain. 

18. Serangan Besar-besaran Yakjuj-Makjuj.  Kuliah Jumaat Abd Hadi 24 Feb 2017.
KULIAH JUMAAT 27 JAMADIL AWAL 1438 / 24 FEBRUARI 2017

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.
Ikutilah kuliah selanjutnya..

Ubah Wang Haram RM2.57 Juta, Anak Syarikat Tabung Haji?


PETALING JAYA: Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH Heavy Engineering Bhd (THHE), anak syarikat Tabung Haji, hari ini mengaku tidak bersalah terhadap 5 pertuduhan mengubah wang haram berjumlah RM2.57 juta, 4 tahun lalu.
Pada sebelah pagi, Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, 51, mengaku tidak bersalah terhadap 2 pertuduhan membabitkan RM1 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, selepas ia dibacakan di hadapan hakim Madihah Harullah.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang tunai RM430,000 daripada Pengarah Syarikat Coral Intoil, Mohd Razip Mohammad, hasil aktiviti haram di THHE Fabricators Sdn Bhd, B-23-1, Tower B, Menara UOA Bangsa, antara 2 hingga 4 petang, 27 Jun 2013.
Bagi pertuduhan ke-2, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama dengan menerima wang tunai RM570,000 daripada Pengarah Syarikat RL Offshore Sdn Bhd di Restoran Leaf Dining, No 5-1, Jalan Solaris 1, Solaris Mont Kiara antara 3 petang hingga 4 petang, 1 November 2013.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin.
Selapas itu, Badli Munawir ketika dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam, mengaku tidak bersalah terhadap 3 pertuduhan melibatkan RM1.57 juta.
Untuk 3 pertuduhan itu, dia sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat yang terbabit dalam industri minyak dan gas itu didakwa menerima wang tunai RM400,000, RM570,000 dan RM600,000 daripada Pengarah Syarikat Bicara Sepakat Sdn Bhd, Murhasmee Mukhtar, hasil aktiviti haram.
Tiga perbuatan itu dilakukan di sebuah restoran di Oasis Square, Petaling Jaya, antara 2 Mei hingga 11 September 2013.
Hakim Asmadi Hussin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tanpa cagaran dan penjamin mengikut Seksyen 387 (2) Kanun Prosedur Jenayah serta membenarkan semua kes itu dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Mac ini.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda tidak melebihi RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. #sumber


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

Siti Kassim Dan Hindraf Yang Ekstrem! -Dr. Khairuddin Aman Razali



Siti Kassim Dan Hindraf Yang Ekstrem! - PAS
KUALA LUMPUR – Dewan Ulama PAS Pusat membidas aktivis propembangkang, Siti Kassim dan pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf) kerana mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan Malaysia.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, kedua-dua pihak terbabit bertindak demikian kerana mendakwa kerajaan Malaysia cuba melindungi pendakwah Islam terkemuka, Dr. Zakir Naik.
“Hal ini timbul atas dakwaan kerajaan Malaysia cuba melindungi Dr. Zakir dengan mengemukakan saman ke atas Timbalan Perdana Menteri, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia.
“Tindakan Siti Kassim dan sebuah gerakan Hindu itu melampau dan merupakan satu tindakan ekstrem,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Semalam, Siti yang juga peguam dan Hindraf memfailkan tuntutan mahkamah bagi meminta pihak berkuasa menangkap dan mengusir Dr. Zakir daripada Malaysia serta membatalkan statusnya sebagai seorang pemastautin tetap negara ini.
Mereka turut memohon deklarasi bahawa Dr. Zakir adalah ancaman kepada keselamatan, keharmonian dan perpaduan negara ini.
Dalam dokumen mahkamah itu, mereka mendakwa kononnya Dr. Zakir menggalakkan keganasan dan akan merosakkan perpaduan berbilang kaum dan keamanan di Malaysia.
Kehadiran Dr. Zakir berdakwah di Malaysia mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan pemimpin dan aktivis Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).
Malah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof. Dr. P.Ramasamy merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP pernah dikecam umat Islam negara ini kerana menggelar pendakwah Islam terkenal itu sebagai setan.
Dr. Zakir merupakan seorang pendakwah Islam tersohor di dunia dan pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435H/2013M daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada tahun 2013.
Dalam kebanyakan siri dakwahnya di seluruh negara menyaksikan bukan muslim yang mengikuti ceramahnya mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas berhujah tentang isu agama dengan beliau.
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Dr. Zakir berdakwah di Malaysia tidak perlu menggunakan emosi sebagai tanda protes mereka.
“Tindakan Hindraf dan Siti Kasim tidak kena tempat. Mereka sepatutnya beri ruang kepada wacana ilmu tanpa emosi. Mereka yang menolak wacana ilmu seperti Dr Zakir itulah yang mendorong kepada ketidakharmonian,” kata beliau.
Beliau turut menjelaskan, wacana keharmonian dan keilmuan dan Dr Zakir tidak menyerang pihak tertentu atau agama tertentu.
Katanya, pihak yang tidak berpuas hati perlu bersemuka sendiri dengan Zakir bagi mengutarakan pandangan, bukan melakukan bantahan secara beremosi.


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

Pelajar Islam Universiti Di Montreal Berdepan Ancaman Bom


4,000 pelajar dipindahkan dari kampus di Universiti Concordia yang terletak di pusat bandar, di sini, semalam. - Foto news.nationalpost.com


MONTREAL: Pelajar Islam universiti di sini berdepan ancaman bom yang dipercayai didalangi kumpulan 'underground' chapter of C4.
Susulan tindakan majlis konservatif warga Kanada di universiti itu, lebih 4,000 pelajar terpaksa dipindahkan dari kampus di Universiti Concordia yang terletak di pusat bandar, di sini, pada Rabu.
Kumpulan berkenaan telah menghantar emel kepada pentadbiran universiti dan media tempatan, bagi memberi amaran kepada pelajar Islam.
Dalam amaran itu, kumpulan itu mengancam akan meletupkan bahan letupan buatan sendiri sehari sebelum hari Jumaat, untuk membantah aktiviti pelajar Islam.
"Kini Donald Trump sudah jadi Presiden Amerika Syarikat. Kami tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku kamu lagi.
"Selagi Universiti Concordia tidak menghentikan semua aktiviti keagamaan di kampus, kami memutuskan tindakan lanjut untuk menunjukkan sejauh mana kami bersedia untuk memerangi orang Islam," ikrar kumpulan itu menerusi emel. 
Polis Montreal berkata, mereka sedang menyiasat emel berbentuk ancaman itu, selain memeriksa seluruh kampus tetapi tiada bahan letupan ditemui. 
Sementara itu, jurucakap Universiti Concordia, Christine Mota, berkata tiga bangunan universiti terbabit dikosongkan sebelum tengah hari dan ditutup hingga jam 6 petang (waktu tempatan).
Surat ancaman yang sama turut dihantar kepada Universiti Mcgill yang terletak di kawasan berhampiran, menyebabkan pentadbiran diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tetapi kandungan surat itu tidak menyatakan masa dan tempat kemungkinan berlakunya serangan. - AFP


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

Bongkar Lagi! Ini, Skandal Muhyiddin Pula?



Kes laporan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor terhadap skandal Muhyiddin dengan Nika Gee ni agaknya bukti-bukti yang ada Muhyiddin berjaya melepaskan diri atau tidak? sama-sama lihat. Sama ada dia berjaya atau tidak persepsi tetap akan menghukumnya. Dia pun biadap dengan Tuanku Sultan Johor. Jika dia pakar untuk mengelak tentu dia selamat. Lagipun Mahathir, Mukhriz dan Anina hanya mengintai kejatuhan Muhyiddin.

Captain M -1. Muhyiddin Yassin Presiden PPBM sedang menghadapi krisis moral yang serius. Selepas didedahkan skandal dengan isteri orang oleh Malaysia-today.net. Partinya berhadapan pula skandal seks Anina. Muhyiddin hanya mampu bercuti untuk menutup kisah skandal orang-orangnya. Muhyiddin juga pakar menyembunyikan skandal projek proksi, menantu dan anaknya.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), mendapati fasa pertama bagi projek 1BestariNet gagal dilaksanakan sejak projek tersebut dimulakan  pada tahun 2011. Melanggar kontrak dan projek lambat diserahkan sehingga tempoh ditetapkan. Lebih malang KPM ketika itu atas arahan Muhyiddin Yassin syarikat YTL tidak didenda lewat (LED) sebagaimana syarat kontrak. Hebat Muhyiddin!
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), mendapati fasa pertama bagi projek 1BestariNet gagal dilaksanakan sejak projek tersebut dimulakan
pada tahun 2011. Melanggar kontrak dan projek lambat diserahkan sehingga tempoh ditetapkan. Lebih malang KPM ketika itu atas arahan Muhyiddin Yassin syarikat YTL tidak didenda lewat (LED) sebagaimana syarat kontrak. Hebat Muhyiddin!

2. Itulah kepakaran Muhyiddin Yasin. Dua dekad dia menyembunyikan skandal bersama Nika Gee isteri seorang peguam Stanley Clement Augustin. Namun tidak tertahan lagi apabila didedahkan dalam Akuan Bersumpahnya dalam kes perceraian itu. Hari ini pasti Muhyiddin tidak mampu untuk tidur lena apabila dilaporkan “JAIJ akan panggil Muhyiddin dalam masa terdekat“. Laporan itu menyebut Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIJ, Shaiful Najib Hassan bahawa beliau akan panggil (Muhyiddin) kerana telah menerima beberapa dokumen dan bukti daripada pihak JMM untuk beliau cukup syarat memanggil Tan Sri Muhyiddin.
 Umum mengetahui Muhyiddin tidak pernah melaporkan polis dan menyaman pihak yang menuduhnya.
3. Namun sikap Muhyiddin yang mendengki dan tidak menyabar untuk menjadi PM maka dia menjaja cerita 1MDB yang dia pun mendapat maklumat dalam kabinet (1MDB Fact Sheet). Dia cuba berlagak jujur dalam masa sama banyak juga kes melibatkan pegawai-pegawainya dia tutup begitu sahaja. Kes paling popular tahun 2011 ketika beliau sebagai TPM ialah dakwaan bahawa Setiausaha Sulit Kanannya ada menerima sogokan. Muhyiddin ketika ituberjanji untuk menyiasat kes itu. Namun apa jadi? Masing-masing yang dituduh telah membersihkan namanya. Tak nampak pula Muhyiddin suruh berhenti pegawainya. Muhyiddin sengaja menutup kes itu dan mengekalkan SUSKnya sehingga beliau digugurkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Malah SUSKnya itu dikatakan terus dijaga baik oleh YTL yang mendapat projek BestariNet RM4b.

ISu RM160K ke akaun peribadi  Dato 'Mohd Shukor Abd Manan Setiausaha Sulit Kanan Muhyiddin TPM
ISu RM160K ke akaun peribadi Dato ‘Mohd Shukor Abd Manan Setiausaha Sulit Kanan Muhyiddin TPM

4. Sebut Gerbang Perdana Sdn Bhd rasanya mudah untuk mengetahui pelaksana Jambatan Bengkok yang dibatalkan itu dan menerima pampasan beratus juta dari kerajaan. Malah begitu banyak projek yang syarikat ini perolehi dari kerajaan. Pemiliknya juga Dato ‘Yahya Abd Jalil adalah orang yang sangat dikenali. Pengerusi syarikatnya Tan Sri Razali Ismail tu popular baru-baru ini sejak beliau menjadi Pengerusi SUHAKAM. Jadi tidak perlu kita mengupas panjang siapa dia. Selebihnya anda boleh mencari dalam carian enjin Google. Banyak cerita dan isu. Sangat terkenal!.
5. Yang kita hendak tanya ialah banyak-banyak kisah itu ialah status penyiasatan SPRM kerana kes itu dilapor kepada PDRM dan SPRM pada tahun 2011. Pemilik syarikat Gerbang Perdana yang juga memiliki syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhddidakwa memasukkkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi SUSK Timbalan Perdana Menteri.
6. Antara maklumat yang ada ialah Dato ‘Mohd Shukor Abd Manan telah menerima RM 160,000.00 sehingga Mei 2011. Maklumat yang dipaparkan ketika itu antara lain Dato Mohd Shukor Abd Manan telah menerima wang sebanyak RM 10,000.00 pada 24/01/2011 melalui satu nombor cek 876.183, pada 24/02/2011 melalui satu nombor cek 876.280, pada 28/03/2011 melalui satu nombor cek 876.424, pada 28/04/2011 melalui satu nombor cek 876.543 dan pada 27/05/2011 melalui satu nombor cek 876.666. Semua cek telah ditunaikan dan dimasukkan ke akaun peribadi maybank Dato ‘Mohd Shukor Abd Manan itu. Itu adalah tuduhan ketika itu. Sama ada benar atau tidak, hanya SPRM yang tahu kerana masa itu TPM berkuasa!.Kisah seorang bekas Setiausaha Politiknya rasuah (diangkut wang dalam kereta dan almari) pun ditutup begitu sahaja.
7. Selain itu ialah Resit ATM pada 29/09/2010 (di atas), deposit sebanyak RM 5,000.00 telah dibuat ke akaun peribadi Dato’ Mohd Shukor Abd Manan, nombor akaun 5627-31103-18-8 Maybank melalui tunai Deposti Mesin (CDM) di Jalan 222, Petaling Jaya. Ia satu contoh bukti resit yang ada. Sekali lagi selebihnya bolehlah ditanyakan kepada SPRM tentang nombor cek dan juga transaksi akaun itu.
8. Apa yang kita hendak tunjuk ialah cara Muhyiddin menyelesaikan isu. Tiada kata putus. Pegawainya mungkin diarah atau menjadi mangsa saja. Malah pihak-pihak lain yang terlibat membuat penafian. Muhyiddin hanya membiarkan isu itu beredar sedangkan bukti transaksi ketika itu wujud. Tiada pula beliau bertindak segagah menyelesaikan masalah 1MDB. Sedangkan ia melibatkan isu integriti bukan sahaja pada pegawai tetapi pada dirinya selaku ketua.
9. Seorang lagi bekas pegawai Muhyiddin adalah Setiausaha Politiknya di Kementerian Pendidikan bernama Datuk Dr Marzuki Mohamad yang kembali menjadi Pensyarah Sains Politik di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kerjanya menghasut mahasiswa UIAM anti kerajaan agar menyokong Parti Pribumi Bersatu bosnya Muhyiddin Yasin. Malah beliau tanpa segan dan malu hadir ke program PPBM.
10. Lebih hebat dari itu Dr Marzuki masih dikekalkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Sebelum ini Pengerusi ITBM adalah Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh orang kuat Muhyiddin Yasin keluar dari UMNO dan kini adalah Setiausaha Agung PPBM. Soalan kita kepada YB Dato’ Mahdzir Khaled Menteri Pendidikan bila nak tamatkan Dr Marzuki yang terang-terang parti Bunge? Beri lah peluang pada orang lain pulak! Dah tiada orang BN ke?
11. Pandai tak Muhyiddin melepaskan diri dan anak-anak didiknya sejak dua dekad lalu? Bukan sahaja dia bijak menutup kes tapi meletakkan orangnya sebagai “Musang Berbulu Ayam” dalam UIAM dan ITBM. Selebihnya kita serah pada SPRM dan juga pihak-pihak berkaitan. (

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.