Saturday, March 11, 2017

YdP Agung Ke 15 Sultan Muhammad V Berjiwa Rakyat


Sultan Kelantan Sultan Muhammad V (dua, kiri) mengaminkan bacaan doa awal tahun 1438H pada Majlis Bacaan Doa Sempena Akhir Tahun 1437H dan Awal Tahun 1438H serta Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan di Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan (Gambar Fail)

KOTA BHARU, 14 Okt (Bernama) -- Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini bagi menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan dekat di hati penduduk negeri ini.

Merupakan putera sulung Sultan Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, Tengku Muhammad Faris Petra, 47, menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

Sering membahasakan diri baginda sebagai 'kita' ketika bertemu dengan rakyat negeri ini, baginda sering dilihat turun padang bertemu masyarakat termasuk penduduk kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli.

Baginda yang ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985 dilihat lebih gemar mengenakan jubah atau berbaju Melayu atau lebih dikenali di negeri ini sebagai 'baju gumbang', serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat baginda.

Sultan Muhammad V, sebelum ini Timbalan Yang di-Pertuan Agong sejak 12 Dis 2011, turut mencetuskan idea Program Walkathon D'Raja Kelantan sejak 2011 bagi mengeratkan lagi hubungan raja dengan rakyat.

Menerusi Program Walkathon D'Raja Kelantan itu, ribuan rakyat Kelantan daripada pelbagai peringkat umur berpeluang untuk berjalan bersama-sama Sultan Muhammad V dan beberapa kerabat diraja yang lain sejauh 10 km di sekitar bandar Kota Bharu.


Sepanjang laluan, terdapat beberapa 'checkpoint' yang mempersembahkan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti dikir barat, paluan kertuk dan rebana ubi.

Pada 2011, program itu diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records sebagai penyertaan terbesar Walkathon Diraja Malaysia pada tahun berkenaan selepas berjaya mengumpul sebanyak 21,111 peserta.

Program tersebut adalah program amal anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi bagi mendekatkan baginda dengan rakyat, menggalakkan amalan gaya hidup sihat selain menjadi ikon tarikan pelancongan Kelantan.


Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menandatangani plak pada majlis perasmian dan pengurniaan kunci rumah kepada penghuni Desa Alam Shah di Kampung Gong Jenarah, Bukit Awang Mei lepas (Gambar Fail)

Baginda turut tidak ketinggalan menyemai spiritual masyarakat Islam di negeri ini menerusi program 'Qiam With Me' yang diadakan pada setiap Ramadan sejak 2011.

Program tersebut yang diadakan pada pukul 10 malam selepas solat Isyak dan Tarawih, diikuti kuliah agama oleh penceramah jemputan, disusuli Qiamullail sehingga sahur dan solat Subuh berjemaah bersama baginda.

Menerusi program itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan zakat kepada asnaf dan golongan kurang bernasib baik.

Malah, kedua-dua program tersebut - Walkathon D'Raja Kelantan dan Qiam With Me - dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri Kelantan sebagai satu lagi daya tarikan pelancongan yang unik di negeri ini.

Di sebalik populariti baginda sebagai Sultan Kelantan yang sering mendapat liputan meluas pengamal media di negeri itu, kerap kali dalam diam dan tanpa pengetahuan media, baginda berkenan menjengah kehidupan penduduk yang memerlukan pembelaan.

Malah, pernah tersebar sekeping gambar di media sosial baginda membuat rondaan menaiki pacuan empat roda seorang diri selepas bencana banjir besar melanda Kelantan pada 2014.

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Okt 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I di sini, sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.

Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England, sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Sultan Muhammad V, yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), pada masa lapang gemar membaca buku, serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda, kejohanan kuda lasak dan menembak.

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, 42, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 38, dan Tengku Amalin A'ishah Putri, 32.

-- BERNAMA

Lihat sebelum ini..



Sultan Muhammad V berjiwa rakyat

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

M'sia Perlu Tolak Budaya Orientasi Seksual Songsang.. -Dr Rafidah Hanim (USIM)

Hasil carian imej untuk Budaya Orientasi Seksual Songsang.

Oleh 
Dr Rafidah Hanim Mokhtar 
bhrencana@bh.com.my 

Baru-baru ini, akhbar The Huffington Post melaporkan, saluran kartun The Disney Channel menyiarkan aksi bercium sesama jantina dalam rancangan Star vs The Forces of Evil. Gergasi filem Walt Disney pula menerbitkan filem Beauty and The Beast yang memasukkan unsur homoseksualiti. 

Ini disahkan pengarahnya, Bill Condon, yang memberitahu majalah homoseksual Britain, Attitude bahawa filem itu yang terkenal dalam kalangan kanak-kanak, akan buat kali pertama memaparkan watak lelaki homoseksual. Ini nyata usaha besar-besaran pendokong LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender) memaksa agenda biasa gaya hidup ini kepada anak muda dan mentah dengan gaya hidup yang jauh daripada nilai agama Islam. 

Agenda membawa gaya hidup LGBT ini mula dibawa ke arus perdana apabila majalah National Geographic edisi 2017 mempromosinya sebagai trend terkini dan menyatakan lebih 70 pilihan gender boleh 'dipilih' masyarakat global. Pengguna Facebook mempunyai 58 pilihan 'gender' sejak 2014. Kerajaan, khususnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia harus memastikan pengharaman sebarang paparan gaya hidup homoseksual dari kaca TV, media elektronik dan di layar perak. 

Bahkan, pemantauan harus dilakukan ke atas media berbahasa Inggeris, yang terang-terang mempromosinya meskipun jelas bertentangan dengan Islam sebagai agama Persekutuan, dan bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Pantau buku Sebagai contoh, Yasmin Disney dalam ruangan pendapat di Malay Mail Online pada 17 Julai 2014, mengatakan: Yes, I do have a homosexual agenda. 

Begitu juga Kementerian Dalam Negeri harus memantau buku berunsur gaya hidup terlarang yang dikesan memasuki pasaran. Kerajaan juga perlu bertindak tegas kepada badan bukan kerajaan (NGO) berteraskan homoseksualiti dan berobjektif mempromosi gaya hidup LGBT. Kita sudah tiba ke satu peringkat rancangan kegemaran anak kita, dirampas demi membawa agenda LGBT ini jauh ke dalam hati nurani mereka. 

Mematuhi agama pula dianggap mendiskriminasi, sedangkan ia hak asasi baginya. Ini dibuktikan dalam kes seorang pengusaha kedai kek Kristian yang mematuhi perintah agamanya, menolak tempahan kek perkahwinan sejenis di Colorado, Amerika Syarikat, berdepan hukuman penjara. LGBT dari sudut kesihatan Pejuang hak asasi manusia sengaja mendiamkan diri atau menutup mata apabila masalah LGBT diperbincangkan di sudut kesihatan. 

Mereka tidak dapat menafikan bahawa LGBT berkait dengan HIV dan AIDS dan pelbagai masalah sosial lain. Laporan tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2016 bertajuk 'Global AIDS response progress report Malaysia 2016 in ending AIDS by 2030' menyatakan empat golongan direkodkan dalam laporan sebagai golongan paling terkesan dengan epidemik AIDS dan HIV ialah penagih dadah, pelacur wanita, lelaki homoseksual dan transgender (mak nyah). 

Laporan sama mendedahkan kajian sikap atau 'Bio Behavioural Study' menyatakan peningkatan penggunaan arak dan dadah dalam aktiviti seksual kalangan pengamal homoseksual dan transgender menyebabkan mereka gagal guna kondom, menyebabkan kadar jangkitan HIV dan AIDS kekal tinggi. Pada 2012, kajian John Hopkins School of Public Health merumuskan, penetrasi melalui dubur adalah 18 kali lebih berisiko mendapat HIV kerana saluran darah lebih padat di bahagian itu. Pada 2013, 

kumpulan pengkaji yang sama melaporkan dalam jurnal Lancet, daripada kajian terkumpul mengenai transgender, golongan ini adalah 48.8 kali lebih berisiko mendapat jangkitan HIV berbanding golongan dewasa lain. Pada 2016, laporan The Community Based Research Centre for Gay (CBRC) di Kanada menyatakan kadar cubaan membunuh diri daripada kalangan LGBT adalah antara dua hingga 10 kali lebih tinggi daripada heteroseksual. 

Di Belanda, di mana perkahwinan sesama jenis sah di sisi undang-undang, lelaki homoseksual tiga kali mempunyai masalah kawal emosi dan 10 kali lebih berisiko mencederakan diri dalam cubaan membunuh diri. Begitu juga di Sweden yang menikmati keabsahan perkahwinan sejenis sejak 1995, kadar bunuh diri dalam kalangan lelaki mengahwini lelaki adalah tiga kali ganda daripada lelaki yang mengahwini wanita. 

Ini membingungkan komuniti LGBT sendiri kerana ketika kadar penerimaan masyarakat Barat kepada LGBT dilaporkan meningkat daripada 27 peratus pada 1996, kepada 61 peratus pada 2016, kenapa mereka masih dibelenggu dengan pelbagai masalah kesihatan dan kejiwaan? Bagi masyarakat Islam, kita percaya setiap larangan Allah SWT mempunyai tujuan dan maksud kesejahteraan hamba-Nya sendiri. 

Peringatan mengenai bahaya dari sudut kesihatan ini bukan bertujuan mendiskriminasi, bahkan untuk menyedarkan golongan LGBT di Malaysia agar mereka kembali memikirkan apakah tujuan kehidupan, dan mendapatkan bantuan supaya mereka mempunyai kehidupan lebih terfokus. Ibu bapa sewajarnya lebih tegas dalam menapis filem atau kartun yang menjadi tontonan anak-anak, dengan menolak segala kartun berunsur budaya tidak selari dengan ajaran agama. 

Saya menyeru saluran Disney, dan filem keluaran mereka ditolak, sehingga mereka dapat mesej tegas daripada ibu bapa bahawa kita menolak ideologi ini diperkasakan kepada anak kita melalui watak popular kartun. Beralihlah kepada kartun yang sarat dengan mesej kehidupan yang tidak melanggar syariat Islam. 

Kesimpulannya, Malaysia yang mempunyai masyarakat berpegang teguh kepada agama, tatasusila dan keluhuran tinggi, perlu menolak secara keras budaya orientasi seksual songsang dan kecelaruan gender. Tindakan tegas harus diambil sedari awal demi manfaat golongan majoriti dan minoriti LGBT masih boleh dibimbing ke jalan yang benar. Bersifat apologetik dan mengikut naratif pihak yang mengagung-agungkan kebebasan hak individu hanya akan membinasakan masyarakat. 

Penulis adalah Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidikan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

Akta 355, Beranikah DAP Letak Jawatan Di S'gor? -Datuk Seri S Vell Paari



Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S Vell Paari berkata, DAP menunjukkan sikap hipokrit kerana lantang menentang pindaan Akta 355 di khalayak ramai tetapi terus bekerjasama dengan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

"DAP terbukti hipokrit dengan tidak meminta PKR untuk menyatakan pendirian mengenai pindaan akta tersebut. Sehingga hari ini, rakyat tidak tahu sama ada PKR akan menyokong atau menentang pindaan tersebut.

"Katakanlah, jika ahli Parlimen PKR sokong pindaan itu, apakah DAP akan letak jawatan daripada kerajaan negeri Selangor untuk nyatakan tidak puas hati dengan PKR.

"Pasti DAP tidak akan berbuat demikian kerana kepentingan mereka adalah untuk mendapatkan kuasa dengan apa cara jua," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sebelum ini yang mendesak empat pemimpin kanan parti komponen BN meletakkan jawatan sebagai menteri jika kerajaan memberi laluan agar usul pindaan berkenaan dibahaskan di Parlimen.

Pindaan Akta 355 bertujuan meningkatkan had hukuman oleh Mahkamah Syariah kepada penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.

Ia pertama kali dibentangkan Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga presiden PAS dalam bentuk rang undang-undang persendirian dan kini berada pada kedudukan keenam dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat kali ini.

Mengulas lanjut, Vell Paari berkata, desakan Lim itu tidak masuk akal kerana parti yang membentangkan pindaan ini adalah PAS yang mempunyai ikatan dengan DAP menerusi kerajaan negeri Selangor.

"Para pemimpin BN sehingga hari ini menyatakan pendirian yang jelas bahawa tidak mempunyai apa-apa hubungan peringkat parti mengenai kerjasama dengan PAS dalam mana-mana kerajaan negeri," katanya.

Harus dan perlu diingat bahawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang kemaruk kuasa dan ingin
menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya yang lepas menyokong PAS sehingga membawa kepada keadaan hari ini, ujar beliau.

Lagi, 20 Mangsa Warga Asing Eksploitasi Seks Di Ipoh..


Mangsa
IPOH – Unit Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Orang (ATIPSOM) Bukit Aman menyelamatkan 20 wanita warga asing mangsa eksploitasi seks dalam satu operasi di sini Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata kesemua mangsa diselamatkan dalam serbuan di sebuah pusat kesihatan di Jalan Kampar di sini kira-kira pukul 5.45 petang.
Katanya mereka yang diselamatkan terdiri daripada 19 wanita warga Myanmar berbangsa Shan dan seorang wanita Vietnam.
“Dalam serbuan itu, lima lelaki turut ditahan terdiri daripada seorang penjaga pintu bawah; penjaga kaunter, kapten dan dua pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini lewat malam tadi.
Menurut Gan, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM6,670 selain beberapa barangan termasuk 175 kondom; dua ‘walkie talkie’; dua televisyen dan empat telefon bimbit.
Turut dirampas dua perakam kamera litar tertutup; dua alat kawalan jauh pintu rahsia; dua alat kawalan jauh pintu utama; satu lesen perniagaan dan satu mesin pengira, katanya.
Menurut Gan kes disiasat mengikut Seksyen 12 dan 14 ATIPSOM 2007.
Kejayaan unit ATIPSOM itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengucapkan syabas menerusi catatan di akaun Twitternya. – BERNAMA

Rupanya Yang Berpelukan Itu Zairil & Dyana Sofea, Inikah Buktinya?


AIDCNews – 09/03/17 –Penafian Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkenaan ‘lelaki itu’ bukan jalan penyelesaian terbaik, malah lebih menimbulkan kesangsian.
Ini merupakan penafian ketiga yang dilakukan Zairil berkenaan isu-isu yang melanda dirinya.
Zairil selaku Pengarah Eksekutif Penang Institute sebelum ini pernah menafikan badan yang dipimpinnya menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki penyangak matawang antarabangsa, George Soros.
Pendedahan itu dilakukan DC Leak.
Zairil juga menafikan Penang Institute penyebar Islam Liberal sebagaimana yang didakwa oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff.
Penafian Zairil mengenai lelaki yang sedang menari sepertimana dalam rakaman telah menimbulkan rasa sangsi majoriti netizen.
Laman kamikazenews membuat analisis berdasarkan cermin mata, jam tangan, kasut dan rambut yang dipakai pasangan intim itu merumuskan lelaki itu adalah Zairil sendiri bersama teman wanita, Dyana Sofea Mohd Daud.

Friday, March 10, 2017

Abdul Hadi Akan Rasmi Seminar Antarabangsa Rohingya..

ConR2
NAIB Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan merasmikan Satu Seminar Antarabangsa berkaitan isu Rohingya.
Seminar selama tiga itu akan berlangsung dari  14  hingga 16 Mac 2017 dan diadakan di Marriot Hotel, Putrajaya. Program ini anjuran bersama Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), International Federation for Relief & Development (IFRD) dan Yayasan Amal Malaysia.
Menurut Pengerusi, International Conference on Rohingya, Husin Ismail, dalam suatu kenyataan medianya tema bagi seminar ini adalah “THE PLIGHT OF THE ROHINGYAN: SEARCHING FOR SOLUTIONS” dan ia mencakupi konflik yang dialami oleh etnik Rohingya. Seminar ini juga dianjurkan bagi memahami sejarah etnik Rohingya, mencari, mengenalpasti masalah yang timbul seterusnya mencadangkan resolusi dan penyelesaian yang sebaiknya bagi meminimakan masalah yang berlaku.
“Isu Rohingya adalah isu yang semakin kritikal desawarsa ini dengan serangan menggila daripada sami Rakhine Buddhist dan tentera Burma. Ianya juga menjadi sebab utama seminar ini dilakukan bagi meletakkan tekanan kepada masyarakat antarabangsa untuk menghentikan pembersihan etnik terhadap etnik Rohingya.
“Seminar ini akan akan disertai delegasi beberapa NGO tempatan, luar negara, jabatan kerajaan, institusi awam, swasta, tokoh-tokoh politik dan ahli akademik,” nyata beliau lagi.
Penganjur berharap seminar ini dapat menghasilkan beberapa resolosi yang boleh diangkat ke ASEAN dan PBB bagi membela nasib dan masa depan etnik Rohingya di Myanmar. Hasil daripada resolosi ini juga diharap dapat dapat memberi tekanan dan harapan agar kerajaan Mynmar memberi keadilan sewajarnya kepada etnik Rohingya yang juga rakyatnya sendiri.
Majlis Perasmian penutup akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak. – HARAKAHDAILY 10/3/2017

Selingkuh Teresa Kok (DAP) Pula Dibongkar?

Hasil carian imej untuk tresa kok

Daripada Nafi, Kini Teresa Kok Mengaku Terima Dana YAWAS

AIDCNews  – 09/03/17 –Daripada nafi, kini Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok membuat ‘pusingan-U’ apabila mengaku menerima dana di bawah Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang disalurkan melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Teresa mengakui ada menerima kad debit untuk mengeluarkan wang dan diberikan kepada orang ramai di dalam kawasan Parlimennya.
Ia secara tidak langsung menjawab tuduhan yang dibuat oleh Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos di mana beliau menuduh Teresa salah seorang daripada wakil rakyat DAP dari Kuala Lumpur yang menerima dana daripada YAWAS.
“Tentulah semua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) di bawah program SMUE memang guna ATM kad yang diberi kepada kita, bukan saya sahaja semua ADUN yang ada di bawah program SMUE memang ada kad, sudah lama sejak zaman Tan Sri Khalid (Khalid Ibrahim) sampai sekarang,” jawab Teresa semasa ditemui di Parlimen hari ini.
Pengakuan Teresa itu berbeza dengan jawapan sebelum ini di mana beliau menafikan ada menerima wang daripada kerajaan negeri.
Jelas Teresa, Jamal sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku dan hanya cuba mencari masalah dengan kerajaan negeri sehingga membabitkan dirinya dalam hal ini.
“Jamal blur tak tahu apa berlaku, saja nak cari pasal dengan kerajaan negeri Selangor, heret masuk nama saya yang ahli parlimen KL dan masuk yang lain sekali macam semua ini rasuah, kalau memang rasuah berlaku, ingat saya boleh berada di sini?” soalnya merujuk kepada dirinya yang masih menjadi wakil rakyat Seputeh.
Mempertahankan langkah pemberian dana itu, Teresa berkata, terdapat ramai rakyat berasal dari Selangor yang menetap di kawasannya Seputeh.
“Ramai berasal dari Selangor yang duduk di Kuala Lumpur dalam kawasan parlimen saya,” ujarnya lagi.
Jamal sebelum ini juga mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjawab dakwaan transaksi YAWAS berjumlah RM200 juta yang disalurkan kepada ahli parlimen di Kuala Lumpur sedangkan ia wang rakyat Selangor.
Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menutup mulut daripada mengulas isu penyalahgunaan dana YAWAS itu.
“Perkara ini beliau (Jamal) telah laporkan kepada SPRM, perkara ini kita beri ruang kepada SPRM untuk menyiasat dan saya tidak boleh memberi sebarang komen kerana ia masih dalam siasatan,” kata Azmin yang ditemui di Parlimen hari ini.
Azmin berkata, pentadbirannya sedia memberikan kerjasama dengan SPRM untuk memastikan siasatan itu berjalan dengan lancar.
“Kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan siasatan itu berjalan dengan lancar,” katanya.
Beliau juga enggan memberikan komen lanjut mengenai pelantikan pengurus besar YAWAS yang didakwa berstatus muflis.


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.


Bogel Dalam Kempen Calon Presiden Perancis. M'sia Pun?


Bekas penari bogel, Cindy Lee yang mahu bertanding sebagai calon presiden untuk pilihan raya Perancis, telah ditangkap selepas berkempen dalam keadaan separuh bogel. 

Dia ditahan ketika mempromosikan kempen di jalanan. Cindy yang merupakan calon untuk Pleasure Party turut memberikan risalah kepada orang ramai. Ketika berkempen dia hanya memakai seluar nipis dan menutup sedikit payudaranya. 

Polis menahannya kerana menyangka dia adalah aktivis wanita yang radikal. Walaupun Cindy adalah calon rasmi parti itu namun dia bakal dicabar oleh Marine Le Pen, Emmanuel Macron atau Francois Fillon sebagai ketua parti berkenaan. 

Bagi membolehkan nama calon tersenarai dalam kertas undi, seseorang itu perlu mendapat sekurang-kurangnya 500 wakil yang dipilih untuk menaja mereka. Namun sehingga kini, Cindy gagal memperolehi walau satu pun penaja. Pusingan pertama pilihan raya Perancis akan diadakan pada 23 April ini. 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah parti-parti politik di Malaysia jadi seperti itu yakni kempen menggunakan seks atau dah pun berlaku?  Gambar-gambar di bawah ini sebagai bukti-bukti yang menuju ke arah itu?

Hasil carian imej untuk Kempen Calon Presiden Dalam Keadaan Bogel

Hasil carian imej untuk mohd sabu amoi

Selepas Nafi, Muncul Pula Video Kedua Menari Zairil

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



Israel Lulus Undang-Undang Sekat Azan, Macam Di Singapura?

Israel

BAITULMAQDIS – Parlimen Israel memberi kelulusan peringkat awal terhadap dua langkah kontroversi yang bakal mengehadkan laungan azan dari masjid, termasuk larang sama sekali penggunaan pembesar suara sepanjang masa.

Rang undang-undang itu dengan yang keduanya akan mengharamkan penggunaan pembesar suara antara jam 11 malam dan 7 pagi akan dibahaskan lagi dengan tiga lagi bacaan sebelum ia menjadi undang-undang. 

Ia diluluskan pada peringkat awal lewat kelmarin selepas perbahasan hangat antara anggota parti pemerintah dan ahli Parlimen Arab yang sebahagian mereka mengoyakkan salinan rang undang-undang itu serta diusir dari Dewan.

Ia diluluskan 55 anggota menyokong dan 48 menentang selepas perdebatan hangat antara anggota perwakilan.
Anggota Parlimen Arab, Ahmed Tibi yang mengoyak salinan rang undang-undang itu dan dilarang meneruskan perbahasan berkata, undang-undang itu bersifat perkauman dan menegaskan, ia tidak akan berjaya mengekang umat Islam melaungkan azan di masjid.
Penyokong undang-undang itu mendakwa azan, khususnya pada waktu Subuh, mengganggu penduduk yang tinggal berhampiran masjid.
Undang-undang itu jika dikuatkuasakan akan menyaksikan mereka yang melanggarnya didenda sebanyak 10,000 shekel (RM12,000).
Pemimpin Parti Kesatuan Zionis yang berhaluan tengah dan juga bekas menteri luar, Tzipi Livina berkata, rakyat Israel sepatutnya menentang undang-undang itu yang menurutnya hanya menyebarkan kebencian dan meningkatkan ketegangan antara penduduk Islam dan Yahudi.
Kira-kira 20 peratus rakyat Israel keturunan Arab dan beragama Islam. 

Lapor Agensi/myMetro Online.

Macam di Singapura?

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

Naik Matahari Sebelah Barat. Kuliah Jumaat Abd Hadi O3 Mac 2017

Hasil carian imej untuk matahari naik sebelah barat
Hasil carian imej untuk matahari naik sebelah barat
 Tanda Kiamat, Ilmuwan Akui Matahari Akan Terbit dari Barat
Dikutip dari Express, Selasa (22/11/2016), saintis telah memberi amaran bahawa bumi akan menuju sebuah fenomena alam yang tidak biasa. Dianggarkan, kutub bumi akan bertukar dan matahari akan terbit di barat sehingga menunjukkan tanda kiamat.

Mereka juga meramalkan bahawa pertukaran kutub magnet dari utara ke selatan akan beralih benua begitu keras, sehingga akan mencetuskan gempa bumi besar-besaran, perubahan iklim yang cepat, kepupusan, dan kehancuran global. Monika Korte, pengarah saintifik dari Balai Cerap Geomagnetik Niemegk Jerman, mengatakan bahawa pertukaran kutub bumi bukanlah sesuatu yang datang tiba-tiba, melainkan berlaku secara beransur-ansur. 

"Fenomena kutub terbalik tidak berlaku secara tiba-tiba. Hal tersebut berlaku secara beransur-ansur, di mana kutub bumi menjadi semakin lemah," ujarnya.

Terbitnya matahari dari barat juga sudah dipaparkan dalam Al-Quran. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 258 dijelaskan mengenai fenomena matahari dari barat sebagai peringatan bagi orang-orang kafir. 

19. Naik Matahari Sebelah Barat. Kuliah Jumaat Abd Hadi O3 Mac 2017 
KULIAH JUMAAT 04 JAMADIL AKHIR 1438 / 03 MAC 2017

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.
Ikutilah kuliah selanjutnya..

Hijab Untuk Atlet Muslimah Diperkenalkan.. Sesuaikah?


SUKAN

JENAMA sukan terkenal Nike bakal mengeluarkan hijab khas buat atlet wanita Muslim.

Hijab yang diberi nama “Nike Pro Hijab” itu mempunyai rekaan sarungan selapis yang diperbuat daripada fabrik poliester ringan dan didatangkan dalam rona gelap dan neutral.
Lubang-lubang kecil pada fabrik tersebut akan menjadikannya berangin namun masih kekal legap, yang merupakan satu ciri penting bagi wanita yang memakai hijab.
Nike Perkenal Hijab Untuk Atlet Muslimah
Nike Perkenal Hijab Untuk Atlet Muslimah
Menurut Nike, mereka mula menghasilkan hijab itu selepas beberapa orang atlet wanita Muslim mengadu kerana terpaksa memakai hijab tradisional semasa pertandingan.
Proses rekaan mengambil masa 13 bulan dan produk akhir itu akan mula dijual dalam koleksi musim bunga 2018 syarikat tersebut.
Kata Nike lagi, hijab berkenaan sebenarnya sudah pun dipakai oleh atlet luncur ais Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Zahra Lari.
ATLET LUNCUR AIS EMIRIYAH ARAB BERSATU (UAE) ZAHRA LARI MENCUBA NIKE PRO HIJAB DI GELANGGANG MELUNCUR.
“Saya amat teruja dan sedikit terharu apabila melihat Nike mewujudkan prototaip hijab tersebut,” kata Zahra menerusi satu kenyataan rasmi.
“Saya telah mencuba pelbagai jenis hijab semasa pertandingan dan hanya beberapa yang benar-benar dapat membantu persembahan saya.
“Tetapi apabila saya memakai hijab ini dan mencubanya di gelanggang meluncur, saya teruja dengan muatannya dan fabriknya yang begitu ringan.”
Pengenalan hijab ini muncul cuma beberapa minggu selepas sebuah iklan Nike telah mencetuskan kontroversi di rantau Timur Tengah.
Iklan tersebut menonjolkan lima orang atlet wanita profesional yang berasal daripada kawasan-kawasan berbeza di Dunia Arab yang ingin mencapat cita-cita kesukanan mereka sambil diiringi oleh satu suara yang berkata, “Apa yang akan mereka katakan terhadap anda?”
Soalan itu hanyalah satu soalan retorikal yang dihadapi oleh kebanyakan wanita Arab jika mereka cuba ‘keluar’ daripada kebiasaan budaya dan tradisi keturunan mereka.
Video tersebut tular di laman sosial dan ditonton lebih sejuta kali, di samping mencetuskan perdebatan berkenaan mesej yang hendak disampaikan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perhatikan betul-betul, selaras tak dengan kehendak syariat?
(IH)


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

Belia Buddhist M'sia Kecam Usaha Perkasa Mahkamah Syariah

Hasil carian imej untuk Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM)

KUALA LUMPUR – Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM) akan bergandingan bahu dengan parti politik yang menentang usaha meminda Akta 355 bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini.

YBAM dalam satu kenyataan media mendakwa, persatuan itu yang mewakili 270 buah organisasi Buddhis di seluruh Malaysia menyeru seluruh penganut agama Buddha bersuara lantang membantah pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat.
“YBAM akan bersuara bersama dengan wakil rakyat yang membantah pindaan Akta 355 tersebut.
“Pindaan Akta 355 akan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam had hukuman jenayah dan menyebabkan ketidakselarasan perlaksanaan sistem perundangan Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini membentangkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Parlimen.
Usul itu jika diluluskan bakal menambah hukuman yang boleh dikenakan ke atas umat Islam yang melakukan kesalahan syariah termasuk berzina dan minum arak.
Usaha itu bagaimanapun ditentang hebat oleh parti politik yang membarisi Pakatan Harapan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
DAP mendakwa RUU355 merupakan taktik halus PAS untuk memperkenalkan hukum Islam yang kuno, zalim dan menindas di Malaysia.
Manakala PKR dan PAN menyifatkan RUU355 oleh PAS mengelirukan dan mengundang rasa tidak senang bukan Islam di negara ini.
Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang diketahui umum sering bertindak sebagai lidah pakatan dalam isu-isu berkaitan Islam di negara ini turut membantah RUU355 dengan menggunakan hujah agama.
Beliau malah mendakwa kononnya Islam melarang sebarang tangkapan dan hukuman dikenakan ke atas umat Islam yang berzina jika zina itu dilakukan secara bersembunyi seperti dalam rumah yang berkunci.
YBAM seterusnya berkata, pindaan Akta 355 perlu ditentang kerana ia akan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.
Kata YBAM, pindaan Akta 355 tersebut juga menyebabkan hukuman berat dikenalkan ke atas jenayah yang kurang serius.
“Seandainya Akta 355 dipinda, hukuman Hudud yang diusulkan oleh PAS akan dilaksanakan di Malaysia.
“Natijah daripada itu, Malaysia akan beransur-ansur menuju kepada pemerintahan teokratik dan selanjutnya menyebabkan keruntuhan sistem undang-undang dan sistem sekular negara kita,” kata YBAM. – MYNEWSHUB.CC


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails