Saturday, March 18, 2017

Ini Beza Politik Non Muslim.. Politik Islam Bawa Ke Akhirat


Hasil carian imej untuk politik islam
ALLAH berfirman:
وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠ ٦٧ رَبَّنَآ ءَاتِهِمۡ ضِعۡفَيۡنِ مِنَ ٱلۡعَذَابِ وَٱلۡعَنۡهُمۡ لَعۡنٗا كَبِيرٗا ٦٨ الأحزاب.
  • 67. “Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”.”
  • 68. “Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”.(Al-Ahzab: 67-68)


Al-Quran melaporkan betapa pemimpin dan pengikut yang sesat di dunia menerima akibat di Hari Kiamat.
Allah berfirman menyatakan secara terperinci:
فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ ٧  وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ ٨  الزلزلة.
  • 7. “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah (paling halus), nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).”
  • 8. “Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihatnya juga.” (Al-Zalzalah: 7-8)


Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada setiap orang beriman kepada Allah dan firman-Nya, menegaskan bahawa semua urusan kehidupan manusia yang berakal dan mukallaf; bukan sahaja ibadat dalam hubungan dengan Allah, begitu juga hubungan dengan manusia dan alam sekeliling, dalam semua perkara sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-sebesarnya ada perhitungan dosa dan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W:
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إلاَّ ظِلُّهُ : إمَامٌ عَادِلٌ ، وَشَابٌّ نَشَأ في عِبَادَةِ الله - عز وجل - ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ ، وَرَجُلاَنِ تَحَابّا في اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيهِ وتَفَرَّقَا عَلَيهِ ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأةٌ ذَاتُ حُسْنٍ وَجَمَالٍ ، فَقَالَ : إنِّي أخَافُ الله ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ، فَأخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ الله خَالِياً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ .
مُتَّفَقٌ عَلَيهِ . رياض الصالحين للنووي 1/ 242.
  • “Tujuh jenis manusia yang dinaungi Allah di bawah lindungan-Nya pada hari (kiamat) yang tiada perlindungan lagi melainkan perlindungan Allah sahaja. Pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa bergantung ke masjid, dua orang yang berkasih sayang (persaudaraan) kerana Allah; bertemu kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, seorang yang diajak oleh perempuan bangsawan dan rupawan supaya mengerjakan maksiat lalu dia menolaknya dengan menegaskan saya takutkan Allah, seorang yang dermawan secara senyap sehingga kemurahannya laksana apa yang disumbangkan oleh tangan kanannya tidak disedari oleh tangan kirinya dan seorang yang berzikir (ingat kepada Allah) dengan khusyuk bersendirian di tempat yang sunyi sehingga berlinang matanya (kerana kehebatan Allah).”


Disebut yang pertama ialah pemimpin adil mengikut perkiraan Allah. Menunjukkan betapa kedudukan pemimpin negara dari segi fadilatnya pada Hari Kiamat. Khususnya urusan politik memimpin negara dan segala isinya yang menjadi amanah paling besar dari segi pelaksanaan dan perjuangannya. Amanah itu bukan pada nama dan perkataannya sahaja. Secara khusus ialah melaksanakan konsep adil terhadap semua.
Perhitungan adil itu mengikut hukum Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan ajaran RasulNya S.A.W dihuraikan oleh firman Allah:
۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩ النساء.
  • 58. “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
  • 59. “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang mengendalikan urusan) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada  Allah (Al-Quran) dan  Rasul-Nya (ajaran-Nya) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” (An-Nisa’:58-59)


Kesimpulannya:
1- Ayat ini menunjukkan betapa amanah politik adil terhadap seluruh manusia adalah tanggungjawab terbesar daripada perintah Allah.
2- Perintah Allah itu terkandung daripada Kitab Allah (Al-Quran) dan ajaran Rasulullah S.A.W.
3- Adapun mereka yang mengendalikannya ialah para ulama yang mewarisi ajaran tersebut secara amanah ilmu dan para pemimpin (umara) yang berkuasa menunaikan amanah melaksanakan hukum Allah dengan adil.
4- Seterusnya dikaitkan dengan beriman kepada Hari Akhirat. Bahawa semua amalan akan dikira baik dan jahat, serta balasannya.
Perlembagaan PAS menegaskan hukum tertinggi berkonsepkan seperti tersebut. Bagi memeliharanya, maka ditubuhkan Majlis Syura Ulamak yang bersifat pemutus muktamad dalam perkara nas dan ijtihad. Ada pun pelaksanaannya dan jenteranya di bawah Dewan Harian PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan segala cabangnya mengikut tugas dan peranan masing-masing.
PAS terus beristiqamah sehingga sampai ke wawasannya dari dunia sehingga hari akhirat, bukan sekadar Wawasan 2020 dan kemenangan pilihan raya besar atau kecil sahaja.
Hasil carian imej untuk politik islam
Hasil carian imej untuk politik islam
Hasil carian imej untuk politik islam
Konseb Kemenangan
Maka konsep kemenangan bagi PAS Ialah:
Kemenangan terbesarnya ialah kemenangan akhirat yang kekal abadi disamping percaya adanya kemenangan di dunia. Apabila terdapat pihak yang menerima untuk melaksanakan cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS, maka ia berlakunya dengan tiga keadaan:
Pertama: Adanya pihak lain yang bersedia menyambut tawaran Islam yang wajib didukung bersama dan dipertahankan seperti Rasulullah S.A.W mengekalkan Raja Habasyah, Bahrain, Musqat dan Oman yang menerima Islam. Maka PAS wajib mendukung, menerima dan bersama mereka yang menerima Islam yang sempurna.  
Kedua: Kumpulan Islam menolong kerajaan yang adil atau menjadi penasihat kepada kerajaan yang zalim dengan penuh kesabaran, berpandukan firman Allah:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢  المائدة.
  • 2. “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Al-Maidah:2)


Ketiga: Seterusnya Kumpulan Islam mengambil alih kerajaan yang menolak Islam dan menentangnya, seperti Empayar Rom Timur (Byzantin) dan Parsi yang ditentang dan dijatuhkan.
Konsep kemenangan ini berpandukan janji Allah di dalam Al-Quran:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣ الصف .
  • 10. “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”
  • 11. “Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah (Islam) dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
  • 12. “(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn’. Itulah kemenangan yang besar.”
  • 13. “Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” (As-Soff:10-13)


Inilah ‘Road Map’ yang menjadi panduan kepada PAS dan seluruh mereka yang berada di dalam wadahnya. Hanya mereka yang beriman dan budiman terhadap ‘Road Map’ ini meneruskan perjuangan sehingga akhir hayat. Adapun mereka yang mempunyai pandangan lain pasti akan meninggalkan PAS secara rela hatinya sendiri atau dipaksa campak keluar daripada PAS.
Adapun pelaksanaannya, kita diajar supaya bertafaqquh (memahami) dasar, konsep dan cara beramal mengikut dua landasan.
Thawabit: Ketetapan Allah dan Rasul dalam perkara dasar, matlamat dan konsep naluri yang tidak boleh dipinda dan diubah dalam semua realiti dan situasi.
Mutaghayyirat: Perkara yang mengalami perubahan dari segi realiti, situasi dan strategi mengikut ruang dan sempadan konsep umum yang banyak dan luas.
PAS tetap memilih konsep demokrasi aman dan damai, serta  Politik Matang dan Sejahtera dengan hikmah.
Tegasnya, Islam wajib memimpin dan adil terhadap masyarakat majmuk dengan mengajak umat Islam berjuang bersama termasuk kalangan bukan Islam. Juga dengan syarat menolak konsep yang menafikan kepimpinan Islam atau Liberal Oportunis yang mencari kemenangan mi segera atau cauvinis yang boleh mengacau kehidupan sendiri, walaupun perjuangannya untuk kepentingan kaum sendiri tanpa berpijak di bumi Malaysia ini yang bermasyarakat majmuk.  
Allah telah menetapkan jaminan terhadap bukan Islam sehingga dikaitkan dengan konsep takwa:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة .
  • 8. “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan).” (Al-Maidah:8)


“Inilah Penyelesaian Kita”  menurut Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. (IH)


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



Rasuah Jatuhkan Wanita Paling Berkuasa Korea Selatan.















PARK Geun-hye melambai tangan sambil meninggalkan Parlimen.

DALAM tempoh dua minggu berturut-turut lelaki itu berdiri di Gwanghwamoon, pusat bandar Seoul.
“Saya berdiri bersama lebih sejuta rakyat di negara ini yang berkumpul untuk menuntut pemecatan Presiden Park Geun-hye. Saya pernah melihat agenda sama sebelum ini tetapi pada kali ini, saya diselubungi perasaan sedih yang terlalu mendalam.
“Bayangkan, ufuk pandangan 360 darjah anda dipenuhi dengan penunjuk perasaan,” ujar penulis buku Without You, There Is No Us: Undercover Among the Sons of North Korea’s Elite, Suki Kim.
Tambahnya, protes di Korea Selatan selalunya tidak berlaku dalam keadaan aman. Pada tahun 1960, seorang pelajar telah dibunuh oleh pihak polis semasa protes antikerajaan, yang kemudiannya menyebabkan 100,000 pelajar berarak ke Rumah Biru untuk menjatuhkan autokratik Lee Syng-man (juga dikenali sebagai Syngman Rhee).
Perkara sama berulang apabila dua penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan polis selepas Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memecat Geun-hye pada 10 Mac baru-baru ini.
Penyelewengan
Seorang daripada yang mati itu ialah lelaki tua yang cedera di kepala sementara kematian kedua masih disiasat.
Kejadian itu berlaku apabila Geun-hye, 65, pemimpin wanita pertama Korea Selatan yang dipilih secara demokratik dipecat dan didakwa di Parlimen kerana skandal rasuah. Skandal berkenaan telah membuatkan berjuta rakyat di Korea Selatan berang.
Menurut portal The Guardian, Oktober lalu Geun-hye mengakui bahawa dirinya memberi akses kepada Choi Soon-sil untuk mengedit pidato-pidato kenegaraannya walhal, Soon-sil tidak memiliki jawatan atau kebenaran rasmi untuk melakukan itu.
“Geun-hye juga melakukan penyelewengan kekuasaan dengan membiarkan sahabatnya ikut campur dalam urusan pemerintah, termasuk memilih pejabat dan membentuk kebajikan.
“Malah, didakwa memaksa konglomerat-konglomerat Korea Selatan untuk memberi sejumlah wang kepada yayasan milik Soon-sil yang digunakan untuk kepentingan peribadi.
“Menurut tuduhan, Soon-sil menerima wang hingga 70 juta dolar Amerika dan salah satunya daripada Samsung,” kata seorang sumber.
Geun-hye bersahabat dengan Soon-sil selama empat dekad. Soon-sil ialah anak seorang pemimpin persekutuan Kristian Korea Selatan yang bernama Church of Eternal Life.
Soon-sil dipercayai banyak mempengaruhi Geun-hye. Pengaruh Soon-sil meliputi ekonomi, luar negeri dan sehingga pertahanan. Menurut media setempat, Soon-sil bahkan berperanan sebagai guru spiritual kepada Geun-hye sejak ayahnya meninggal dunia empat dekad lalu.
Sejak pintu skandal itu terkuak, semakin ramai warga Korea Selatan yang keluar melakukan demonstrasi menuntut Geun-hye mengundurkan diri dan dipenjarakan. Ia merupakan demonstrasi terbesar dalam sejarah Korea Selatan.
Mati dibunuh


PERTEMUAN hubungan dua hala antara bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Geun-hye pada Oktober 2015.



Geun-hye dilahirkan di Daegu, Korea Selatan. Beliau merupakan anak sulung kepada pasangan Park Chung-hee dan Yuk Young-soo. Dia mempunyai seorang adik lelaki, Park Ji-man dan adik perempuan, Park Guen-ryeong.
Bapanya merupakan Presiden Korea Selatan yang ketiga bermula dari tahun 1963 hingga 1979. Kisah peribadi Geun-hye boleh diklasifikasikan sebagai luar biasa kerana membesar tanpa ibu bapa.
Ibunya, Young-soo, mati dibunuh pada tahun 1974 oleh penyokong Korea Utara atau mungkin juga ejen negara itu yang bertindak atas arahan dari Pyongyang. Pada ketika itu, Geun-hye baru berusia 22 tahun.
Lebih tragis, lima tahun selepas itu bapanya yang merupakan seorang anggota tentera berkuasa juga individu penting yang membawa Korea Selatan ke arah perindustrian moden mati dibunuh oleh ketua perisikan ketika sedang minum.
Anak yatim piatu akibat keganasan politik itu kemudian menyertai politik dengan penuh onak duri tanpa bantuan orang tua. Malah, dia juga hampir menjadi mangsa bunuh selepas hampir dikelar semasa menghadiri mesyuarat awam.
Bangkit
Memenangi jawatan tertinggi dalam Pilihan Raya tahun 2012, Geun-hye yang fasih berbahasa Inggeris dengan lancar berkata, “Semasa saya berusia 22 tahun, saya mengambil alih tugas sebagai pemangku Wanita Pertama negara. Itu adalah kerana saya mempunyai tanggungjawab untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan akibat kematian ibu saya di tangan pengganas Korea Utara.
“Apabila saya terfikir yang saya telah kehilangan semua harapan, saya termenung dan memilih untuk bangkit di atas penderitaan dan kesakitan yang telah saya harungi,” tutur graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dari Universiti Sogang, Seoul, Korea Selatan.
Sepanjang pemerintahannya sejak tahun 2013, wanita itu tidak hanya duduk dalam kepompong politik semata-mata. Pada tahun sama, beliau telah ke Beijing, China dan berbahasa Mandarin dengan wakil pemimpin. Media tempatan melaporkan, Geun-hye belajar Mandarin sendiri.
“Seperti yang anda tahu, Geun-hye tidak minum arak atau bermain golf, oleh itu dia mempunyai banyak masa untuk belajar bahasa asing sebelum masuk ke pejabat. Dia juga boleh berbahasa Inggeris dengan baik,” lapor media tempatan itu.
Pada tahun 2013 dan 2014 beliau disenaraikan dalam majalah Forbes sebagai 100 wanita paling berkuasa di dunia. Pada tahun 2014 dia menduduki tangga ke-46 daripada 100 pencalonan berkenaan.
Walaupun begitu, Hakim Lee Jung-mi yang mengetuai panel hakim berpendapat, Geun-hye te­lah melanggar Perlembagaan dan Undang-Undang sepanjang penggal perkhidmatannya meskipun terdapat ban­tahan daripada Ahli-Ahli Parlimen dan media.
“Kami mengumumkan ke­pu­tusan secara sebulat suara semua hakim. Kami memecat defendan, Presiden Park (Geun-hye).
“Pemecatan beliau akan memberi manfaat besar bagi melindungi Perlembagaan. Oleh yang demikian, kami menyingkirkan Presiden,” katanya semasa mengumumkan keputusan itu yang disiarkan secara lang­sung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan.
Hasil kajian baru-baru ini juga menunjukkan lebih 70 peratus rakyat Korea Selatan menyokong pendakwaan ke atasnya. Perdana Menteri, Hwang Kyo-ahn yang dilantik memangku tugas presiden akan kekal memegang jawatan itu sehingga pilihan raya yang dijangka diadakan pada 9 Mei 2017.
Sementara itu, di Pyongyang, media Korea Utara menyambut baik keputusan mahkamah itu dengan menyifatkan Geun-hye sebagai penjenayah.
Selepas Geun-hye diusir dari Blue-House perhimpunan protes bertukar menjadi meriah dengan beribu-ribu masyarakat sanggup berada dalam keadaan cuaca beku untuk mendengar pengisytiharan kemenangan kuasa rakyat. Perhimpunan tersebut diterangi cahaya lilin, laungan muzik dan pertunjukan bunga api.
Kim Hye-in yang sudah berada di lokasi demonstrasi sejak enam hari lalu berkata, pemecataan berkenaan hanya merupakan langkah pertama. Kenyataan itu dipersetujui oleh seorang pemilik kafe kopi, Kim In-sook.
“Geun-hye perlu dibicarakan, dia perlu dimasukkan ke dalam penjara,” katanya sambil mengedarkan kopi percuma kepada penunjuk perasaan. (Kosmo!)

Pesalah Judi Sabung Ayam Non-Muslim Pilih Sebat Islam Di Aceh ..

Hasil carian imej untuk sabung ayam di aceh
 Tiga orang pelaku judi sabung ayam di Banda Aceh menjalani hukuman cambuk (sebat), Jumaat (6/11/2015). Ini hukuman cambukpertama setelah disahkannya ..

Berita hukuman sebat bagi dua penyabung ayam yang beragama Buddha di Aceh, ditangani oleh Kepala Dinas Syariat Islam Aceh, Dr Munawwar Abd Jalil, MA.

Lapor Hidayatullah.Com

Imej yang berkaitan

Hasil carian imej untuk sabung ayam di aceh


Penyabung Ayam Non-Muslim di Aceh Memilih Dihukum dengan Syariat Islam
Pengumuman soal penerapan hukum syariat Islam di Kota Langsa, Aceh. Dokumentasi Mei 2015.

Ia menegaskan, hukuman tersebut berlaku kerana pelaku memilih dihukum dengan syariat Islam. Dalam syariat Islam, jelasnya, sabung ayam termasuk pertaruhan dan pelakunya dihukum sebat.

Ia melanjutkan, non-Muslim di Aceh berhak memilih dihukum dengan syariat Islam atau undang-undang positif. Kalau penyabung ayam itu memilih undang-undang positif, maka dipenjara. Namun kalau memilih syariat Islam, maka disebat. Dan setelah itu bebas.

"Dia (penyabung ayam) pilih hukum sebat," katanya kepada hidayatullah.com melalui sambungan telefon, Jumaat (17/03/2017).
(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.




Nama Melayu/Islam Didakwa Terlibat Terlibat Sindiket Pelacuran ..



ANGOTA polis membawa Khairul Azzuar (depan, kiri) dan Mohyuddin (kanan) untuk didakwa atas tuduhan terlibat dalam sindiket pelacuran di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Seorang siswazah perubatan dan seorang pekerja hotel sekali lagi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 23 pertuduhan melibatkan diri dalam sindiket pelacuran membabitkan lima wanita menerusi aplikasi WeChat sejak dua tahun lalu.
Khairul Azzuar Yusuff, 28, dan Mohyuddin Ahmad Fajarudin, 23, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.
Mengikut pertuduhan, Khairul Azzuar yang merupakan siswazah perubatan dari sebuah universiti di Mesir dan Mohyuddin didakwa menjadi orang tengah dan hidup daripada aktiviti persundalan lima mangsa yang berusia antara 19  hingga 22 tahun termasuk seorang wanita warga Indonesia.
Khairul Azzuar dan Mohyuddin berhadapan 10 dan empat pertuduhan mengikut Seksyen 372(1)(f) Kanun Keseksaan ke­rana menjadi orang tengah bagi aktiviti persundalan ke atas beberapa mangsa yang sama.  Kedua-dua lelaki itu juga didakwa atas empat dan lima pertuduhan hidup hasil aktiviti persundalan mengikut Seksyen 372A(1) akta yang sama.
Semua kesalahan itu memperuntukkan penjara maksimum 15 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan. (IH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nama Melayu/Islam dari negara umat Islam terlibat dalam bisnes lendir pelacuran? Kenapa jadi begitu, di mana salahnya?
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



Kit Siang Alami Sakit Jiwa & Fikiran. -Ahmad Amzad Hashim


Hasil carian imej untuk lim kit siang

KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan seluruh umat Islam bahawa DAP sedang memperalatkan segelintir pemimpin politik beragama Islam di negara ini untuk mencapai impiannya sejak sekian lama untuk memerintah Malaysia
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, pemimpin politik beragama Islam terbabit sanggup diperkudakan oleh DAP gara-gara mendapat tawaran keduniaan oleh parti cauvanis itu.
“DAP kelihatan semakin bertindak semberono dan melampaui kewajaran. Semua angkara kelakuan politik sendiri yang gopoh, ego dan rakus umpama senjata makan tuan.
“Durjana paling besar DAP kerana menyinggung hal ehwal berkaitan Islam dengan semarak keangkuhan dan memperalatkan segelintir pemimpin Islam yang diperkudakan tawaran keduniaan. Juga sikap memaksa pihak lain tunduk kepada kehendak mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
DAP ketika ini mengetuai Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN)
Hasil carian imej untuk lim kit siang
Parti itu menandatangani perjanjian kerjasama politik dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengetuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini.
Malah, Mahathir kelmarin mengumumkan PPBM yang dipimpin bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai Pakatan Harapan.
Mahathir keluar daripada UMNO dua tahun lalu dan menubuhkan PPBM gara-gara berdendam dengan kerajaan Persekutuan yang enggan memenuhi kepentingan perniagaan dan politiknya.
Ahmad Amzad dalam pada itu mengingatkan semua pihak bahawa DAP sememangnya mengidam jawatan nombor dua negara (Timbalan Perdana Menteri).
Justeru, katanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengalami sakit jiwa dan fikiran apabila PAS menolak pelawaan kerjasama oleh DAP yang bertujuan turut memperkudakan PAS.
Kata beliau, penolakan itu menyebabkan Kit Siang mahu menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau turut mengingatkan semua pihak bahawa PAN yang kononnya parti Islam dalam Pakatan Harapan sebenarnya khadam kepada DAP.
“Kit Siang resah momokan kreptokrasinya tidak dimamah rakyat Malaysia. Lebih sengsara melihat kejayaan besar penganjuran Himpunan Menyokong RUU Pindaan Akta 355 (H355) di Padang Merbok,” katanya. 
Lapor MYNEWSHUB.CC

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



Anwar, PH Mampu Rampas Negara. K/Siang, Pluralisme Asas Pemerintahan...


KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan hanya mampu melonjakkan sedikit sokongan kepada gabungan parti pembangkang.
Beliau dalam satu perutusan dari dalam Penjara Sungai Buloh malah menegaskan bahawa Pakatan Harapan masih mampu mempertahankan prestasi yang dicapai pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Bagaimanapun, Anwar berpandangan sedikit lonjakan sokongan yang bakal diperoleh oleh Pakatan Harapan hasil daripada penyertaaan PPBM itu boleh membantu pakatan pembangkang merampas pemerintahan negara ini.
Justeru, beliau berpandangan Pakatan Harapan wajar menyegerakan rundingan dengan PPBM walaupun parti itu diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab memecat, memfitnah dan memenjarakan beliau pada tahun 1998.
“Dalam keadaan di mana Pakatan Harapan dapat mempertahankan prestasi yang dicapai pada PRU-13 yang lalu, yang diperlukan untuk menukar kerajaan hanyalah sedikit lonjakkan sokongan kepada Pakatan Harapan,” katanya dalam perutusan yang disiarkan Biro Komunikasi PKR hari ini.
Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara kerana meliwat lelaki lain bagaimanapun mengingatkan semua pihak dalam Pakatan Harapan bahawa kehadiran PPBM dalam Pakatan Harapan perlu sealiran serta memantapkan agenda reformasi yang diperkenalkannya.
Isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR pada 15 Mac lalu mengingatkan Mahathir bahawa Pakatan Harapan yang turut dibarisi DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) memperjuangkan agenda reformasi.
“Kesatuan politik Pakatan Harapan ini dibina atas semangat perjuangan reformasi. Perjuangan reformasi demi menyelamatkan Malaysia adalah perjuangan Pakatan Harapan. Nilai-nilai permuafakatan adalah nilai yang diangkat dan dipegang teguh oleh Pakatan Harapan,” tegas Wan Azizah.
Isteri Anwar seterusnya mengingatkan semua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Harapan bahawa kemampuan pakatan pembangkang menyaingi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum sebelum ini kerana kepimpinan suaminya.
Mahathir baru-baru ini memaklumkan PPBM akan menyertai Pakatan Harapan dan akan membuat beberapa pembaharuan ke atas Pakatan Harapan.
Pengumuman Mahathir itu disambut baik pemimpin Pakatan Harapan Pro-Mahathir seperti Timbalan Presiden PKR, Datuk Mohamed Azmin Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.
Mahathir keluar daripada UMNO dua tahun lalu dan menubuhkan PPBM kerana dipercayai berdendam dengan kerajaan Persekutuan yang enggan memenuhi kepentingan peribadinya dalam urusan perniagaan dan politik.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam pula membayangkan pluralisme akan menjadi asas kepada pemerintahan Malaysia jika Pakatan Harapan memenangi PRU14.
Malah, pemimpin veteran DAP itu tanpa berselindung menegaskan pluralisme adalah kekuatan Malaysia yang perlu diterima oleh seluruh rakyat termasuk penganut agama Islam.
Ramai cendiakawan Islam negara ini sejak berpuluh tahun lalu melahirkan kebimbangan terhadap hasrat kelompok tertentu mahu menerapkan semangat pluralisme di Malaysia.
Ia ekoran dasar pluralisme akan turut menyebarkan fahaman bahawa semua agama adalah sama maka kebenaran (hak) tidak hanya dalam Islam tetapi agama-agama lain juga. 
Demikian Lapor MYNEWSHUBB.CC
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.




Minah Motor: Filem Sampah, Kering Idea, Datangkan Pengaruh Buruk?

Netizen Anggap Filem Minah Motor Sebagai Sampah

HALAMAN HIBURAN 


BELUM pun lagi ditayangkan di mana-mana pawagam, filem baharu arahan pengarah terkenal; Ahmad Idham Ahmad Nadzzri mengundang kritikan pedas daripada netizen tempatan.

Seorang pengguna laman mikro Twitter; dengan rujukan nama Faisal Anwar @lati0s_ ada berkongsi sekeping gambar poster filem Minah Motor arahan Ahmad Idham.
Menerusi status yang dikongsi itu, Faisal seolah-olah bengang dengan hasil karya pelakon dan sutradara terkenal itu yang dirasakan sebagai sampah kerana cuba mengangkat taraf golongan Minah rempit.
“Hari-hari dok cakap pandai dekat twitter, taik lembu hybrid babi hutan ni ka hasil usaha keras pelakon ‘senior’ @Ahmad_Idham?,” tulisnya sebagai mengulas filem tersebut.
Luahan itu ‘disampaikan’ Faisal kerana dia berasa kecewa dengan Ahmad Idham yang seolah-olah ‘hanya mampu’ menghasilkan filem seperti itu sedangkan di status-status Twitternya banyak mengetengahkan isu-isu semasa dan dilihat seperti seorang selebriti yang sedang membela nasib warga tempatan yang ‘tertindas.’
Kehebatan kandungan Tweet Ahmad Idham tidak dapat dilihat dalam jenis filem yang dihasilkan.
Selain Faisal, beberapa pengguna laman Twitter lain turut mengecam filem terbaharu karya Pengarah Terbaik dalam Anugerah Skrin 2003 dan kini berusia 43 tahun itu.
Netizen Anggap Filem Minah Motor Sebagai Sampah
Pengguna Twitter RASHIDANASOFFICIAL‏ @acbyacid melabel Ahamd Idham sebagai pengarah yang sudah kekeringan idea apabila tampil dengan filem disifatkan sebagai mendatangkan pengaruh buruk kepada masyarakat.
Namun berbeza pula dengan Adib Khalid @adibkhld yang menasihatkan sutradara terkenal itu untuk memanfaatkan bakat dan kelebihan yang dimiliki untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat melalui filem-filem yang dihasilkan.
Netizen Anggap Filem Minah Motor Sebagai Sampah
Untuk rekod, filem Minah Motor itu diterajui oleh Dayana Roza sebagai tonggak utamanya bergandingan dengan Ariz Lufias yang merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan penyanyi Forteen.
Menerusi laman Instagram milik Ahmad Idham, filem baharunya itu akan menemui penonton pada tahun ini namun tarikh sebenar tayangannya belum didedahkan lagi.
Sebelum Minah Motor, Ahmad Idham pernah menerbitkan sebuah filem berjudulMat Motor Otai pada tahun lalu yang turut menampilkan Dayana dengan memegang watak sampingan sebagai minah motor.
Secara tidak langsung, filem Minah Motor turut dianggap sebagai kesinambungan kepada watak Dayana menerusi filem Mat Motor Otai
Lapor MYNEWSHUB.CC


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



Friday, March 17, 2017

Kit Siang, Jaga Ahli Sendiri Dari Pancing Ahli PAS -Mohd Khairuddin


PAS Selangor membidas kenyataan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang mahu menawan ahli-ahli PAS untuk menang pilihan raya umum tanpa Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Setiausaha PAS, Mohd Khairuddin Othman menegaskan, PAS Selangor menasihati agar Lim Kit Siang tidak perlu bersusah payah untuk "memancing" ahli-ahli PAS di Selangor.
Ini kerana kata beliau, ahli-ahli PAS seluruh negara khasnya di Selangor tetap setia dengan kepimpinan dan parti yang ada.
"Lebih baik beliau memberi tumpuan kepada ahli DAP yang keluar meninggalkan DAP dari membuang masa memujuk ahli PAS," tegasnya.
Beliau yang juga Adun Paya Jaras menegaskan, bukan sahaja ahli PAS yang tetap setia kepada parti, malah orang yang menyokong Umno juga mula memberi harapan kepada PAS.
Begitu juga masyarakat Tionghua yang masih kekal menyokong perjuangan PAS, tegasnya.
"Masyarakat Malaysia khususnya Melayu akan menolak mana-mana pakatan yang di dominasi oleh DAP seperti Pakatan Harapan. Ini realiti sebenar," tegas beliau.
Beliau mempersoalkan, "Kalau ahli kita (PAS) tidak memilih PAN (Amanah), apakah mereka akan memilih DAP?"
Sehubungan itu tegas beliau, PAS Selangor tetap memberi fokus berhadapan dengan Umno dan tetap akan bertanding di semua kerusi yang PAS tanding selama ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang membuat kenyataan pembangkang boleh menang pilihan raya umum akan datang tanpa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang jika mereka mampu menawan penyokong akar umbi PAS. 

Beliau berkata demikian dalam sesi teh tarik bersama belia di Subang Jaya, baru-baru ini. 

Lapor HARAKAHDAILY 17/3/2017

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails