Thursday, March 23, 2017

Mengapa Turki Bantah AS/Britian Larang Alat Letronik Di Pesawat Turki, Asia Barat &Afrika Utara?


MEVLUT

Turki bantah larangan peralatan elektronik
ANKARA – Turki semalam membantah larangan peralatan elektronik AS melibatkan penerbangan dari lapangan terbang negara itu dan hab serantau lain kerana peratur­an tersebut didakwa menghukum penumpang dan bukannya menangani ancaman keganasan.
“Adalah lebih baik untuk melaksanakan tindakan terhadap mereka yang menjadi ancaman dan bukan menghukum penumpang biasa.
“Sekiranya wujud kebimbangan berkenaan ancaman keselamatan, jabatan-jabatan berkenaan perlu duduk semeja untuk mencari langkah berkesan untuk dilaksanakan,” kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu semasa lawatan beliau ke Washington.
“Usaha ini tidak dapat dilakukan melalui larangan,” tambahnya seperti dilaporkan agensi berita Anadolu.
Britain dan AS kelmarin melarang komputer riba dan tablet dibawa di dalam kabin penumpang melibatkan penerbangan dari Turki, beberapa negara Asia Barat dan Afrika Utara.
Menurut Mevlut, larangan sementara itu sepatutnya diganti dengan langkah efektif dan kekal tetapi beliau tidak mengulas lanjut.
“Kebimbangan AS dan sekutu-sekutu lain juga merupakan kebimbangan kami,” katanya.
Beliau membuat kenyataan itu selepas Menteri Pengangkutan Turki, Ahmet Arslan berkata, Ankara akan me­minta AS membatalkan larang­an tersebut.
Media tempatan melaporkan, Ahmed telah menghantar surat kepada rakan sejawatnya di AS, Elaine Cha untuk menggesa supaya lapangan terbang di Ankara dan Istanbul dikecualikan daripada larangan itu.
“Turki mematuhi undang-undang antarabangsa berhubung isu keselamatan,” katanya. – AFP

AFP - SEORANG penumpang membeli tiket di kaunter Emirates Airline di Los Angeles, California kelmarin.

AS, Britain larang alat elektronik dalam pesawat

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) dan Britain kelmarin melarang peralatan elektronik lebih besar daripada telefon pintar dibawa ke dalam kabin pesawat melibatkan pe­nerbangan dari lapangan terbang di Turki, Asia Barat dan Afrika Utara.
Pihak berkuasa AS berkata, larangan itu susulan kebimbangan bahawa pelampau-pelampau akan menggunakan kaedah ‘inovatif’ untuk menyerang pesawat de­ngan menyembunyikan bahan letupan kecil di dalam peralatan elektronik.
Washington memberi tempoh sehingga hujung minggu ini kepada syarikat pe­nerbangan dari lapan buah negara iaitu Mesir, Jordan, Kuwait, Maghribi, Qatar, Turki, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk memaklumkan kepada penumpang yang menaiki penerbangan ke AS supaya menyimpan komputer riba, tablet dan konsol permainan video mudah alih ke dalam bagasi mereka.
Britain turut menguatkuasakan lara­ngan serupa terhadap syarikat penerbangan enam negara terdiri daripada Turki, Lebanon, Jordan, Mesir, Tunisia dan Arab Saudi.
Syarikat penerbangan AS bagaimanapun dikecualikan daripada larangan tersebut.
Larangan itu perlu dipatuhi oleh penumpang yang menaiki sejumlah 50 penerbangan pada setiap hari dari hab penerbangan di seluruh dunia Arab dan turut melibatkan tiga syarikat penerbangan utama rantau Teluk iaitu Emirates, Etihad serta Qatar Airways.
Selain AS dan Britain, beberapa negara lain dijangka akan melaksanakan larangan serupa.
Setakat semalam, pihak berkuasa Perancis dan Kanada dikatakan sedang mempertimbangkan larangan itu, namun Jerman enggan berbuat demikian.
Pihak berkuasa AS tidak memaklumkan tempoh larangan tersebut tetapi Emirates menyatakan, ia diarah untuk menguatkuasakannya sehingga sekurang-kurang­nya 14 Oktober depan.
Syarikat penerbangan yang gagal mematuhi larangan itu akan hilang hak laluan penerbangan ke AS. – AFP
Komen Weblog Ibnu HasyimMengapa AS/Britian larang alat letronik dari pesawat Turki, Asia Barat  dan Afrika Utara?  Apakah ada rahsia lain disebalik larangan itu? Turki bantah pun, adakah kerana ada rahsia atau bahaya lain dibalik bantahan itu?
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

PAN Hadapi Krisis Identiti &Halatuju?


Hasil carian imej untuk KRISIS IDENTITI DAN HALATUJU PAN
BELUM pun berusia dua tahun parti serpihan, Parti Amanah Negara (PAN) berdepan dengan krisis identiti. Kini semakin ramai ahli dan penyokong parti itu mempersoalkan hala tuju perjuangan.
Dakwaan banyak pihak parti yang muncul kerana dendam dan emosi tidak mampu kekal lama, sekarang semakin jelas kebenarannya.
Terbaru penyokong parti itu di Dun Wakaf Bharu, Tumpat mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepemimpinan PAN.
“Hari ni ambo nak umumkan... ambo keluar dari PAN. Ambo lihat PAN tiada prinsip perjuangan. Pada awal penubuhan ambo diberitahu parti itu akan melawan BN.
“Namun ambo tidak nampak pemimpin PAN serang BN sebaliknya banyak serang PAS. Ambo pula diberitahu PAN akan bertanding di kerusi PAS yang boleh memberi kemenangan mudah kepada BN.
“PAN mahu pertandingan tiga penjuru. Ambo juga tengok PAN tidak konsisten dalam perjuangkan Islam. Mereka membiarkan Siti Kasim menghina Islam,” kata seorang penyokong PAN dikenali Ahmad Shari di laman sosialnya.
Pada statusnya sebelum itu beliau memberitahu 30 ahli PAN di Wakaf Bharu hendak ikhtiar hilang kepercayaan kepada parti terbabit.
Manakala di Rantau Panjang sebelum ini seorang aktivis PAN juga meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Jeli.
Aktivis terbabit sebelum ini mempunyai hubungan rapat dengan Penasihat PAN Kelantan Datuk Husam Musa. – HARAKAHDAILY 23/3/2017
Ahmad Shari
Hasil carian imej untuk KRISIS IDENTITI DAN HALATUJU PAN

Filem Babak Gay, M'sia Ditayang 30 Mac, Rusia Batal 16 Mac..



HALAMAN HIBURAN

PENANTIAN peminat filem di Malaysia akhirnya terjawab apabila filemBeauty and the Beast sah bakal ditayangkan di negara ini bermula 30 Mac, tanpa sebarang pemotongan babak.

Ini sekali gus menamatkan segala kontroversi tayangan filem ini yang sebelum ini tercetus gara-gara terdapat babak gay. Disney dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya memaklumkan, filem itu telah diluluskan dengan pengkelasan PG13.

Seperti mengesahkan perkhabaran gembira itu, Golden Screen Cinemas (GSC) turut memuat naik di laman Twitter berhubung tarikh tayangan baharu filem berkenaan di negara ini.
Terdahulu, Lembaga Penapisan Filem (LPF) memaklumkan pihak mereka akan meluluskan tayangan filem muzikal fantasi itu dengan memotong beberapa babak yang dirasakan tidak sesuai ditonton di Malaysia.
Bagaimanapun, pihak Walt Disney Co pula bertegas enggan sebarang babak dipotong dan tidak kisah sekiranya filem itu tidak dapat ditayangkan di negara ini.

Di Indonesia penyelidik Psikologi Saraf (Neuropsychology), ihshan Gumilar, MA mengatakan filem Filem Beauty and The Beast tayang di pawagam Indonesia telah mempropagandakan watak homoseksual tersirat.

Bila pesan filem disampaikan secara tersirat, lanjutnya, maka itu justru akan masuk ke sub conscious memory (antara alam sedar dan tidak sedar) seseorang.

"Ini (mesej) biasanya akan selalu terus terngiang-ngiang dalam kepala seseorang," jelasnya kepada hidayatullah.com.


Di Rusia, kanak-kanak di bawah usia 16 tahun turut dilarang daripada menonton filem berkenaan. Penggubal undang-undang kebangsaan Vitaly Milonov pada Sabtu lalu meminta Menteri Kebudayaan Vladimir Medinsky menyemak semula filem itu kerana melanggar satu undang-undang kontroversi yang mengharamkan ‘propaganda gay’ kepada mereka yang di bawah umur.

Milonov ialah salah seorang ketua penggubal undang-undang Presiden Vladimir Putin yang ditandatangani pada tahun 2013 walaupun mendapat kutukan antarabangsa.
Bagaimanapun, Rusia pada Selasa menjelaskan filem terbaharu Disney, ‘Beauty and the Beast’ akan ditayangkan di negara itu namun hanya untuk tontonan orang dewasa selepas penggubal undang-undang yang sangat konservatif mendesak filem itu diharamkan tayangannya kerana menampilkan unsur homoseksual.
Seorang jurucakap bagi kementeriaan kebudayaan berkata filem itu dikeluarkan dengan sijil umur 16 tahun ke atas. Milonov berkata yang dia berpuas hati dengan sekatan umur baharu itu. Rusia tidak mengiktiraf homoseksual bermula tahun 1993 dan hanya pada 1999 mengangkat pengelasannya sebagai satu sakit jiwa.
Pengarah filem Bill Condon sebelum ini mendedahkan bahawa filem itu mengandungi adegan gay secara eksklusif yang pertama untuk filem Disney walaupun beberapa pengkritik telah berkata ia tidaklah begitu ketara.
Selain Malaysia yang sebelum ini menunda tayangan filem bergenre romantik klasik itu , pawagam di Alabama, Amerika Syarikat sudah mengesahkan dari awal yang mereka tidak akan menayangkan filem itu. (IH)

Rasuah, 3 Tuduhan. Dari Penyeludup Daun Ketum Pula..


Abdul HALIM (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kangar semalam selepas didakwa atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang penyeludup ketum pada tahun lalu.

KANGAR – Seorang anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini semalam atas tiga pertuduhan meminta dan mene­rima rasuah daripada seorang penyeludup daun ketum pada tahun lalu.
Tertuduh, Abdul Halim Darus, 59, bagaimanapun tidak mengaku salah selepas ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Mengikut pertuduhan pertama, Abdul Halim didakwa menerima suapan sebanyak RM3,000 sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang penyeludup daun ketum ke Thailand di Kampung Me­layu, Jalan Padang Besar kira-kira pukul 3 petang, 7 April 2016.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melalui telah me­minta rasuah sebanyak RM3,000 daripada seorang penyeludup daun ketum ke Thailand melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui nombor telefon miliknya bagi penyeludup itu dikenakan tindakan di Kampung Melayu, Jalan Padang Besar pada pukul 12.24 tengah hari, 4 Mei 2016.
Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,000 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang penyeludup daun ketum ke Thailand di kawasan parkir pejabat Aksem Padang Besar kira-kira pukul 9.50 malam, 6 Mei 2016. (Kosmo!)
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



klik di sini....

4 Maut 40 Cedera, Serangan Di Luar Parlimen Britain.


Keith Palmer terbunuh ditikam seorang lelaki sebelum penyerang mati ditembak pengawal di luar Parlimen di London pada Rabu.

LONDON: Empat maut dan 40 lagi cedera dalam serangan pengganas dekat Jambatan Westminster dan di luar bangunan Parlimen Britain pada Rabu. Salah seorang yang terbunuh adalah anggota polis yang ditikam di luar bangunan Parlimen di London.

Portal Mail Online melaporkan anggota polis, Keith Palmer, 48, ditikam sehingga mati di luar Parlimen oleh seorang pengganas. Insiden yang turut berlaku di jambatan Westminster dekat bangunan Parlimen mengakibatkan tiga terbunuh dan mencederakan 40 yang lain.



Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu merempuh penjalan kaki di jambatan yang sibuk itu sebelum melanggar pagar dekat Big Ben. Menurut saksi, penyerang kemudiannya menceroboh masuk ke kawasan Parlimen sebelum menikam Palmer, yang berkhidmat sebagai polis selama lima tahun.
Penyerang bagaimanapun ditembak pengawal bersenjata sebanyak dua kali dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Palmer meninggal dunia di tempat kejadian. Perdana Menteri Britain, Theresa May yang mengutuk serangan di Westminter berkata, beliau berikrar negara itu tidak pernah tunduk kepada keganasan dan akan memerangi tindakan yang bersifat 'kebencian dan kejahatan' itu. - Mail Online

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

Rasuah. Ini Dia Biang Lindung Pusat Urut Haram?


Muah Pudali (kiri) dan Shah Fitri (kanan) dibawa ke Mahkamah Shah Alam semalam atas pertuduhan menerima rasuah untuk melindungi pusat urut haram pada 2015.

SHAH ALAM – Dua bekas pembantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MSPJ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menerima rasuah bagi melindungi pusat urut haram dua tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh, Shah Fitri Abd. Hali, 30, dan Muah Pudali Shukor, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka yang ketika kejadian berjawatan Pembantu Penguat Kuasa MPSJ dan bertugas di bahagian penguatkuasaan cawangan Zon Puchong didakwa menerima suapan berjumlah RM800 daripada seseorang wanita dikenali sebagai Chris sebagai upah tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Pusat Urut Shui Xian Beauty and Spa yang beroperasi secara haram di Puchong.
Pusat urut berkenaan beroperasi tanpa lesen pusat kecantikan atau perniagaan di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2013.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan restoran Al-Mehraj beralamat No 2, Jalan Puteri 5/2, Bandar Puteri Puchong pada pukul 7.15 malam, 30 Julai 2015. (IH)
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

‘Beli Rumah Dapat Istri’ Di Indonesia. Hanya 6 Saja. Hebat Iklan Ini..


MASIH ingat lagikah anda kisah viral seorang wanita bernama Wina di Yogyakarta, Indonesia  yang menawarkan diri menjadi isteri pada sesiapa yang membeli rumahnya?

Nampaknya idea yang dicetuskan Wina ini turut ditiru oleh sebuah syarikat jualan rumah di sana menerusi iklan poster iaitu ‘Beli rumah dapat istri’.
Iklan yang disifatkan lucu campur sensasi itu lantas menarik perhatian ramai hinggakan heboh diperkatakan netizen. Di Indonesia, bini dieja sebagai ‘istri’, manakala di Malaysia adalah ‘isteri’.
Menerusi iklan itu, turut dinyatakan ‘buruan hanya ada 6 istri’ (tinggal hanya 6 istri). Biar betul? Ternyata itu cuma helah pemaju sahaja. Ini kerana ISTRI yang dimaksudkan dalam iklan itu bukanlah bini.
Sebaliknya, ISTRI membawa kepada singkatan Internet, Sofa, Telefon, Refrigerator (peti ais) dan Ipad.
Tulisan maksud ISTRI itu sebenarnya ada di dalam poster, namun ukurannya lebih kecil. Difahamkan, iklan unik ini sudah pun lama digunakan sejak tahun lalu, dan kini kembali menjadi tular di media sosial.
Melihat pada iklan tersebut, pasti ramai yang tertipu dengan iklan ini bukan?. Tambahan pula, iklan itu turut mempamerkan model wanita cantik.  
Lapor MYNEWSHUB.CC

Wednesday, March 22, 2017

Lagi,Filem 'Beauty and The Beast' Bahayakan Anak-Anak Indonesia Pula.

Hasil carian imej untuk Beauty and The Beast
HALAMAN HIBURAN

Hidayatullah.com -Penyelidik Psikologi Saraf (Neuropsychology), ihshan Gumilar, MA mengatakan filem Filem Beauty and The Beast tayang di pawagam Indonesia telah mempropagandakan watak homoseksual tersirat.

Film Beauty and The Beast Bahayakan Anak-Anak Indonesia
Bila pesan filem disampaikan secara tersirat, lanjutnya, maka itu justru akan masuk ke sub conscious memory (antara alam sedar dan tidak sedar) seseorang.

"Ini (mesej) biasanya akan selalu terus terngiang-ngiang dalam kepala seseorang," jelasnya kepada hidayatullah.com melalui sambungan telefon, Selasa (21/3/2017).

Ia sangat bimbang apabila filem itu ditonton oleh anak-anak. Sebab boleh mengganggu perkembangan dan merosakkan pola pikir mereka.

"Anak lambat laun ketika sampai dia besar mengenali perilaku homoseksual seolah sebagai hal yang normal," katanya.

Pensyarah psikologi ini juga mendedahkan, banyak kes orang setelah menonton filem homoseksual, menjadi homoseksual.

Ia menceritakan, ada mahasiswa yang mengaku kepadanya mempunyai orientasi homoseksual, kerana waktu SD sering menonton filem adegan homoseksual.

Namun, kata ihshan, bukan bermakna anak-anak yang menonton filem Beauty and The Beast hari ini, menjadi homoseksual minggu depan atau bulan depan. Melainkan kesan jangka panjang apabila mereka besar nanti. Oleh itu, ia menyarankan untuk tidak usah menonton filem itu.

Terakhir, ia mengingatkan Lembaga Sensor Film (LSF) untuk memotong adegan filem Beauty and The Beast yang menjurus kepada perilaku homoseksual.

"Kalau tidak, mungkin mereka punya orientasi yang mereka anggap lebih penting daripada menyelamatkan jiwa anak-anak Indonesia," ujarnya. (Andi)


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.


klik di sini....

PAS Pembangkang Unggul, Akan Tanding Semua DUN T'ganu -Subky Latif


PAS akan menjadi pembangkang yang unggul dan dilihat sebagai sebagai parti yang layak bertanding semua kerusi di Terengganu pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).
Tokoh wartawan dan veteran PAS, Haji Subky Abdul Latif berkata, PAS tiada pilihan yang banyak buat masa ini tetapi yakin PAS akan menjadi pembangkang yang kuat, lapor Buletin Online semalam.
“PAS akan menjadi pembangkang yang tunggal yang kuat kerana PAS dengan bersendirian dia dapat mengemukakan pendapatnya.
“Mungkin pada masa ini PAS tidak mendapat kejayaan yang besar, tetapi pada jangka panjangnya PAS akan menjadi kuat,” ujarnya pada sesi temubual dengan Harap TV di Kuala Terengganu, kelmarin.
Beliau berpendapat, adalah ‘membuang masa’ berbincang dengan parti-parti lain kerana mereka tidak bersedia menerima syarat yang dikemukakan PAS.
“Sepatutnya PAS bertanding semua. Dulupun, dua tiga PRU yang lepas sepatutnya, PAS bertanding semua tapi kerana wujudnya Pakatan jadi kita bahagi-bahagikan kerusi.
“Parti-parti yang ada itu memaksa PAS untuk bersedirian, maka pilihan kita tiada. Sepatutnya apabila mereka telah berpecah dengan Umno, mereka mengikut PAS kerana PAS telah ada dasar ‘PAS Ganti Umno’,” jelasnya.

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

Peringatan Kepada Malaysiakini, FMT. -Mufti Wilayah.



KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan hari ini menegur dua buah portal pro pembangkang dan menganggapnya memberi kesan negatif kepada institusi fatwa.
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kedua-dua portal tersebut ialah Malaysiakini dan Free Malaysia Today.

Sambil merujuk kepada laporan Malaysiakini bertajuk Pejabat Mufti: Jangan khalwat dalam teksi, Uber, Grabcar, beliau berpendapat tajuk yang diberikan jelas bercanggah dengan kesimpulan yang dibuat pihaknya.

“Jika hanya melihat tajuk tanpa membaca kandungan, pembaca jelas akan menafsirkan bahawa mufti melarang perbuatan khalwat dalam teksi, Uber, serta GrabCar.

“Ia juga memberi sentimen negatif kepada institusi fatwa yang sering dikaitkan dengan hal-hal yang negatif walaupun ia adalah sebaliknya. Tanpa menafikan saranan berkenaan, kami berpandangan sekiranya pihak Malaysiakini jujur dalam memberi laporan, sewajarnya kesimpulan akhir kami yang mengharuskannya berserta dhawabit yang telah kami sebutkan, lebih wajar dijadikan tajuk utama,” katanya dalam entri media sosialnya malam tadi.

Menurut Zulkifli, tajuk seperti itu memberi persepsi buruk dan perasaan tidak senang pembaca muslim dan non muslim.

“Ini juga mengundang komentar negatif yang boleh mencemarkan kredibiliti dan pendirian Pejabat Mufti yang konsisten membawa gagasan keterbukaan yang berlandaskan syarak serta keharmonian antara kaum dan agama,” katanya lagi.

Justeru, pihaknya menyeru kepada Malaysiakini dan Free Malaysia Today untuk lebih berhati-hati dalam memberikan laporan kerana kebanyakan laporan-laporan berkenaan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini tidak mencerminkan sikap media yang jujur dalam melaporkan sesuatu isu.-MalaysiaGazette


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.


klik di sini....

Bil Elektrik Naik Sejak Mertua Tinggal Bersama... Selengkar Kisah.

Hasil carian imej untuk jasa ibubapa

Bil Elektrik Naik Sejak Mertua Tinggal Bersama – Apa Yang Lelaki Ini Buat Pasti Buat Anda Tersentak..


Jasa ibu bapa tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Hanya sentiasa menghormati, berbakti dan berbuat baik kepada mereka hingga akhir hayat mampu membalas jasa ibu bapa.

Lelaki ini berkongsi cerita bila ibu mertuanya mengambil keputusan untuk tinggal bersamanya. Pesanan dia kepada isteri untuk tidak membebankan ibu dan bersyukur ibu ingin tinggal bersama patut dijadikan teladan.
(Diangkat dari http://www.ohbulan.com/)

Biarlah mak pasang aircond, bil boleh bayar.

Screen Shot 2017-03-21 at 08.18.39

Bil tak seberapa kalau nak banding dengan doa mak.Screen Shot 2017-03-21 at 08.18.57

Semoga kisah ini menjadi tauladan buat kita. Kadang-kadang kita lupa ibu bapa adalah sebuah rahmat yang besar dalam hidup.
Kredit : Mohd Fadli Salleh 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apabila berdepan dengan 2 mungkar yang tidak dapat dielakkan, maka pilihlah mungkar yang lebih ringan. Kalau menggunakan elektrik seperti di atas dianggap membazir dari ibu mertua itu, maka melukai hatinya itu adalah mungkar yang lebih besar lagi..

Maka betullah sikap lelaki itu. Wallahu 'aklam.

Video: Kasih Ibu Bapa




PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



klik di sini....

Tuesday, March 21, 2017

Hina PM: Bekas Ketua DAP Bahagian Direman 4 Hari


Otai DAP Akui LKS Perguna Tun M Untuk Guling BN
KULAI – Bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan, Hew Kuan Yau direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Hew bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dijalankan.
Sebelum itu Hew, 46, yang turut dikenali dengan gelaran ‘Superman’ tiba di Mahkamah Majisret di sini pada 8.20 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu.
Beliau ditemani peguamnya, Chan Kheng Fai serta beberapa lagi anggota DAP termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Shu Qi; ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung; ADUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How dan ADUN Pekan Nanas, Yeo Tung Siong.
Hew ditahan polis di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang kira-kira 1 tengah hari semalam susulan satu laporan polis yang dibuat ke atasnya di sini pada 16 Mac.
Selain penangkapan itu, polis merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan oleh Hew untuk membuat kenyataan berkenaan di Facebook.
Hew didakwa membuat kenyataan tersebut dengan memuat naik poster parodi filem animasi Walt Disney, ‘Beauty and the Beast’ yang disertakan dengan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada 13 Mac. – BERNAMA

Sendi Kekuatan Remaja Muslimah Afghan Diracuni Melalui Hiburan. Begini..

 ARYANA (kiri) dan Zulala memberi satu gaya istimewa.


HALAMAN HIBURAN

DENGAN solekan berwarna gelap di kelopak mata, Zulala Hashemi berdiri megah dengan kasut tumitnya setinggi empat inci untuk menjadi penyanyi.
Gadis berumur 18 tahun itu merupakan calon pertama yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir rancangan muzik televisyen iaitu Afghan Star, di Afghanistan.
Afghan Star adalah salah satu contoh penyebar virus perosak sendi-sendi budaya agama di Afghanistan atau negara-negara sepertinya yang menjadi sasaran serangan bagi mencabut akar umbi kekuatan Islam oleh haramjadah-haramjadah penjajah barat.
Zulala yang berasal dari timur Jalalabad iaitu kubu kuat Taliban dan Negara Islam akan berentap dengan penyanyi rap dalam pusingan akhir tersebut. Pertarungan pada pusingan akhir itu dilihat akan menjadi sesuatu yang menarik sepanjang 12 tahun siaran program popular itu.
Dalam diam-diam, Aryana Saeed yang juga merupakan juri pertandingan dan aktivis wanita memberi sokongan kepada Zulala. Aryana yang dilahirkan di Kabul tetapi tinggal di London (di'brainwach' otaknya) disodor atau diidolakan seperti bintang realiti Amerika Syarikat, Kim Kardashian.
Jadi tidak hairan bila penyebaran 'racun di balik tabir' begini tidak disenangi oleh golongan agama dan ulamak setempat di sana. Contohnya seperti cara berpakaian tidak menutup aurat yang diganti dari pakaian sopan sebelumnya.
“Saya tidak pernah menyembunyikan sokongan kepada wanita yang mempunyai peluang yang sedikit di negara ini.
“Buat julung-julung kalinya, orang ramai telah mengundi seorang gadis yang datang dari wilayah yang agak konservatif di sebuah negara Islam,” katanya.
Afghan Star yang mirip dengan rancangan realiti Amerika Idol telah lama popular di Afghanistan sejak kejatuhan kerajaan Taliban yang mengharamkan muzik liar perosak remaja di negara itu. Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, rancangan itu membolehkan wanita bernyanyi dan menari.
Mengikut rekod program tersebut pada tahun 2008, seorang wanita berjaya mendapat tempat ketiga. Sejak itu, belum ada lagi penyanyi wanita yang berjaya menduduki kedudukan ketujuh atau kelapan.
“Walaupun saya tidak menang, saya akan menjadi penyanyi.
“Saya memakai pakaian tradisional (yang diubah suai tidak menutup aurat) tetapi lagu-lagu yang saya nyanyi mengikut Aryana.
“Saya ingin menyampaikan mesej kepada wanita Afghanistan bahawa mereka mesti (beralasan atau bertopeng) menuntut hak untuk mengembangkan bakat (maksiat) yang dimiliki (penjajah ciptakan),” kata Zulala.
Ketua Tolo TV yang menyiarkan rancangan itu, Massod Sanjer berkata, tiada yang mustahil bagi seorang gadis dari Jalalabad untuk mara ke peringkat akhir.
“Inilah apa yang (penjajah) negara ini perlu sekarang,” katanya.
 ARYANA (dua dari kiri) bersama para juri yang mengadili peserta yang menyertai program muzik Afghan Star.
 DARI kanan: Sayed Jamal, Zulala dan Babak Mohammadi berganding dalam satu persembahan muzik televisyen, Afghan Star di Kabul.
Sebagai langkah keselamatan, produksi Tolo TV terletak dilindungi pintu besi kebal dan dikawal oleh pengawal bersenjata. Ini antara sebabnya, Bandar Afghanistan sering diserang dan dibebaskan. Awal bulan ini sekumpulan lelaki bersenjata telah menyerang tentera di negara itu yang mengorbankan lebih 100 nyawa.
Pesaing Zulala pada peringkat akhir ialah Sayed Jamal Mubarez iaitu seorang penyanyi rap muda dari utara bandar Mazai Sharid. Sayed Jamal telah menutup salun rambutnya selama tiga bulan untuk mengambil bahagian dalam acara itu. Dia telah meminjam sebanyak $8 (RM35) daripada jiran-jirannya untuk menaiki bas ke Kabul.
Mengikut undian, Jamal telah mendahului semua peserta sejak awal pertandingan. Bagaimanapun peluang untuknya menang tetap tipis jika pengundi mengundi mengikut garis etnik di negara itu.
Zulala pula merupakan etnik Pashtun iaitu penduduk majoriti yang dominan di Afghanistan, manakala Sayed Jamal pula etnik Hazara iaitu minoriti yang telah lama dianiaya (kononnya).
“Setiap persembahan saya menggalakkan penonton untuk mengundi bakat bukannya etnik,” kata Omid yang bertindak sebagai penyampai rancangan tersebut.
Hasil carian imej untuk brainwash
Beginilah antara caranya, sendi kekuatan remaja Muslimah Afghan diracuni dan dicabut melalui program hiburan.. Begini juga yang berlaku di Tanah Melayu, tanah airku, pada awal atau hampir kemerdekaan dulu.. (IH)
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



klik di sini....

Jangan Meroyan, PAS Sasar Tawan S'gor. -Nik Abduh.


Hasil carian imej untuk pas tawan Selangor iskandar
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meminta pemimpin Pakatan Harapan tidak meroyan dengan sasaran PAS untuk menguasai Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
Kata beliau, jika Pakatan Harapan berhasrat menawan Kelantan maka tidak salah PAS menetapkan sasaran merampas kerajaan Selangor yang kini ditadbir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Belah sana (Pakatan Harapan) sering cakap nak kalahkan PAS di Kelantan. Akan bertanding di semua kawasan PAS tanding.
“Dah beriya sangat belah sana nak tawan Kelantan, apa pulak salahnya belah sini (PAS) nak ambil Selangor? Belah kita tak apa. Belah orang tak boleh. Kartun lah,” sindirnya dalam satu kenyataan hari ini.
Nik Mohamad Abduh dalam pada itu membidas Pakatan Harapan kerana seolah-olah mahu memaksa PAS bekerjasama dengan mereka.
Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) diketuai parti sekular DAP.
Pakatan Harapan hari ini mengumumkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan turut menyertai gabungan pembangkang itu.
Mahathir menubuhkan PPBM gara-gara berdendam dengan UMNO dan Kerajaan Persekutuan kerana enggan memenuhi beberapa kepentingan peribadinya dalam perniagaan dan politik. – Mynewshub.cc

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails