PETALING JAYA: Promosi jualan menggunakan perkataan yang menjurus kepada golongan homoseksual seperti pondan dan gay adalah haram kerana ia bertentangan dengan Islam, kata Tan Sri Harussani Zakaria.
Mufti Perak itu menegaskan bahawa kaedah promosi tersebut dilarang agama walaupun makanan yang dijual adalah halal.
“Itu nama-nama yang tidak baik. Haram. Ia menarik orang ramai ke arah kehidupan pondan dan gay.
“Ia nanti akan mengundang fitnah terutama kepada pembeli-pembeli yang dikatakan suka atau cenderung kepada pondan dan gay,” katanya ketika dihubungi mStar Online baru-baru ini.
Justeru, Harussani menggesa peniaga terbabit menghentikan promosi itu dan segera menukarkan nama makanan atau peniagaan mereka dengan nama-nama yang baik.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perniagaan Nasi Lemak Pondan dan Nasi Lemak Gay yang kini tular sehingga menjadi bualan netizen di media sosial.
Sementara itu, Imam Masjid Negara, Khisamuddin Ismail yang turut berpandangan promosi melambangkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah haram berkata, Islam tidak mengiktiraf pondan dan gay, kerana tidak ada jantina melainkan lelaki dan perempuan.
Khisamuddin berkata, tindakan menjalankan peniagaan tersebut dilihat sebagai usaha untuk mempromosikan LGBT menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
“Jika ia berlarutan, ia akan diterima sebagai sebahagian daripada gaya hidup dan kemudiannya merebak kepada perkara-perkara lain yang tidak baik seperti pergaulan bebas, termasuk penganjuran kelab-kelab gay dan pondan,” katanya.
Selain itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula menyifatkan penggunaan nama pondan dan gay dalam penjualan nasi lemak sebagai sindiran sinis kepada ajaran agama Islam.
“Ia dengan sengaja diketengahkan bagi mempopularkan perkara-perkara yang dilarang dalam hukum agama Islam.
“Walaupun kita mahu menarik perhatian orang ramai dengan cara promosi, tetapi kenapa perlu memilih nama-nama seperti itu? Pilihlah nama-nama baik, yang juga boleh menarik perhatian,” katanya.
Ditanya adakah pihak berkuasa berkaitan perlu mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit, Mohamad Shukri berkata, nasihat dan teguran adalah memadai.
“Tidak perlu tindakan, apa yang lebih utama adalah mengetengahkan pendidikan dan moral kerana kalau benda itu halal sekalipun, tetapi ia tidak baik dari segi moral, ia perlu diberi nasihat untuk memperbetulkannya,” katanya.
Nasi Lemak Pondan dan Nasi Lemak Gay merupakan antara nama-nama yang menjadi strategi peniaga untuk memancing pembeli termasuk Nasi Lemak Anak Dara.
Bagaimanapun, Khisamuddin berkata, Nasi Lemak Anak Dara berbeza kerana ia tidak membawa maksud atau pengaruh yang buruk.
“Ia sekadar nama yang ‘catchy’ untuk menarik perhatian bakal pembeli, tidak bertentangan dengan hukum Islam.
“Tetapi biarlah penjual itu menjalankan perniagaan dengan beradab, jujur dan tidak memakai pakaian menjolok mata yang mendorong kepada perkara tidak baik,” katanya.
PAS telah mendapat kebenaran pihak kerajaan bagi membawa pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 ke persidangan Parlimen kali ini.
Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masa itu akan ditentukan oleh pihak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengikut ‘standing order’ Parlimen.
“Kita mendapat persetujuan untuk bawa pada sidang Parlimen kali ini dan akan dibahas, insya Allah. Itu Speaker (Dewan Rakyat) yang tentukan masa mengikut ‘standing order’ Parlimen selepas urusan kerajaan.
"Walau bagaimanapun, kerajaan boleh beri masa bila-bila masa sahaja,” ujarnya kepada wakil media selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Ketika ditanya, apakah kesan kepada PAS setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) enggan membawa RUU 355 itu ke Parlimen, beliau menegaskan tiada kesan kepada partinya.
Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata sebenarnya pihak kerajaan sendiri bersetuju agar PAS yang membawa ‘private bill’ itu ke Parlimen.
“Tak ada kesan, sebenarnya pihak kerajaan setuju kita bawa ‘private bill’ itu. Ini (RUU 355) kaitan tentang hak orang Islam, kewajiban bersama bagi orang Islam dan tak ada sebab bagi orang bukan Islam untuk campur tangan,” jelasnya dipetik Buletin Online.
Sehubungan itu, beliau menyeru khususnya kepada semua ahli parlimen Islam agar menyokong pindaan RUU Akta 355 tersebut sementara ahli parlimen bukan Islam pula dinasihatkan agar menghormati Perlembagaan.
“Saya seru ahli parlimen Islam khususnya menyokong. Ada pun yang bukan Islam supaya mereka menghormati Perlembagaan. Perlembagaan mengatakan ini hak berkait dengan orang Islam sahaja,” tegasnya.
Beliau turut menafikan PAS ditipu sekali lagi oleh Umno BN dalam isu RUU Akta 355 dan bersedia menghadapi sebarang halangan kerana itu urusan agama.
“Ini (RUu 355) kewajiban bersama orang Islam, macam masjid kerajaan benar untuk kita sembahyang Jumaat di masjid. Itu bukan kerja tipu, kerja agama. Ini urusan agama, bukan kerja menipu.
“Kita akan hadapi halangan-halangan itu dan kita kenal siapa yang menghalangnya, insya Allah,” tegasnya.
Massa Aksi 313 di Jakarta, Jumat (31/03/2017), tuntut Ahok diberhentikan dan ditahan.
JAKARTA: Walaupun Setiausaha Agung Forum Umat Islam (FUI) Muhammad Al-Khaththath ditangkap polis, namun aksi menuntut penangkapan Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) tetap diadakan. Pada Aksi 313 di Jakarta Pusat tersebut, Jumat (31/03/2017), massa menyampaikan kritikannya kepada aparat negara. Sebab, Ahok tak kunjung ditahan walaupun sudah berstatus sebagai terdakwa kasus penistaan agama. Diketahui, Khaththath ditangkap dan telah ditetapkan sebagai suspek atas tuduhan berkaitan permufakatan makar. "Defendan penistaan agama kok bebas berkeliaran ke mana saja ...," demikian salah satu penyampaian tertulis massa melalui poster-poster yang mereka bawa dalam aksi tersebut. "Sebenarnya kalian pejabat atau penjilat? Tangkap dan penjarakan Ahok biang kehancuran bangsa, "bunyi aspirasi lain.
Massa Aksi 313 di Jakarta, Jumat (31/03/2017), tuntut Ahok diberhentikan dan ditahan. [Foto: Rifai] Aksi 313 ini diikuti massa dari pelbagai elemen dari ormas Islam. Pantauan hidayatullah.com, ratusan ribu jamaah sebelum melaksanakan solat Jumaat di Masjid Istiqlal. "Siapa yang lindungi Ahok adalah musuh umat Islam," bunyi sepanduk aspirasi lain yang kelihatan dibawa massa melintasi Jalan Medan Merdeka Timur. Demikian lapor Hidayatullah.com. Sementara menurut Reuters pula..
REUTERS - SEBAHAGIAN daripada umat Islam yang menyertai tunjuk perasaan bagi menuntut pemecatan Gabenor Jakarta di Jakarta, Indonesia semalam.
Polis Indonesia semalam menahan lima individu termasuk pemimpin pembangkang Islam kerana disyaki berkomplot, sebelum protes oleh beribu-ribu umat Islam yang menuntut Gabenor Jakarta beragama Kristian dipecat, kata jurucakap polis.
Ketegangan politik dan agama yang tercetus di republik itu semakin memuncak menjelang pusingan akhir pilihan raya Jakarta pada 19 April ini.
Penyandang jawatan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama yang popular dikenali sebagai Ahok sedang dibicarakan kerana mengeluarkan kata-kata menghina Islam bertanding melawan calon Muslim.
Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono memberitahu media Indonesia bahawa lima orang telah ditahan awal pagi semalam termasuk Muhammad Al-Khaththath iaitu pemimpin Forum Komuniti Islam (FUI) yang juga kumpulan pembangkang kerana menganjurkan perhimpunan tersebut.
“Kami mendakwa mereka kerana berkonspirasi dan berkomplot. Terdapat beberapa penemuan termasuk perancangan untuk memasuki Parlimen Indonesia,” kata Yuwono kepada stesen televisyen TVOne.
Hampir 20,000 penunjuk perasaan berhimpun di Masjid Besar Jakarta semalam ketika polis dan anggota tentera menutup jalan menuju ke istana Presiden di pusat bandar.
Protes umat Islam menyasarkan Ahok, etnik Kristian Cina yang dalam perbicaraan kerana didakwa menghina al-Quran ketika berkempen mengenai bagaimana rakyat perlu mengundi. Dia menafikan dakwaan tersebut.
Perhimpunan semalam merupakan yang terbaharu dalam siri menguji toleransi agama dan etnik di Indonesia.
Ahok dikatakan kekal sebagai calon popular kerana usahanya untuk mengurangkan kerenah birokrasi dan masalah kesesakan kronik dan banjir di Jakarta.
Bagaimanapun, dia berhadapan persaingan sengit dengan lawannya, bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan.
(IH)
PERHATIAN:
Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.
Seorang imam di Singapura yang membacakan doa mengandungi kata-kata kurang sensitif terhadap Yahudi dan penganut Kristian, baru-baru ini memohon maaf di depan beberapa pemimpin agama hari ini, lapor Berita Harian Singapura.
Imam Masjid Jamae Chulia, Nalla Mohamed Abdul Jameel Abdul Malik, 47, itu pada bulan lalu dilaporkan membaca satu doa dalam bahasa Arab yang berkata antara lain, “Tuhan bantu kami menentang Yahudi dan Kristian”. Nalla yang berasal dari Tamil Nadu dalam temu bual bersama akhbar itu hari ini berkata beliau menyesali perbuatannya dan akui doa tambahan itu sebenarnya tidak diambil daripada ayat Al-Quran, tetapi teks lama yang berasal dari kampungnya di India. “Perbuatan saya tidak sejajar dengan etos dan naluri negara muda namun amat hebat ini,” katanya dipetik daripada Berita Harian Singapura. Beliau membuat permohonan maaf itu dalam satu majlis tertutup di hadapan beberapa pemimpin agama termasuk Kristian. Katanya, beliau amat kesal kerana menyebabkan kesulitan, ketegangan dan trauma kepada negara itu. Doanya yang dibuat selepas khutbah itu menjadi viral selepas video rakaman itu dimuat naik oleh Terence Nunis, seorang Muslim, hingga mencetuskan kekecohan dalam masyarakat Islam yang merasakan doa itu terkeluar daripada konteks Islam. Menteri Dalam Negeri dan Undang-undang K. Shanmugam sebelum ini dipetik berkata di Parlimen, polis sedang menyiasat imam itu dan semua pihak terbabit termasuk individu yang merakamkan dan menyebarkan video berkenaan. Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau parti PAP Malaysia berkuasa memerintah negara ini bersama balaci-balacinya, adakah begini juga cara tadbirnya?
KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat pemimpin DAP, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh di Kuchai Lama di sini hari ini.
Pembantu kepada ahli parlimen pembangkang tersebut, Edmund Teoh turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan, lapor portal propembangkang Malaysiakini yang dipetik oleh MalayMail Online.
Siasatan tersebut dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dimasukkan terus ke dalam akaun Teresa untuk diagihkan kepada penerima yang layak oleh kerajaan Selangor.
Skim berkenaan adalah seumpama dana khairat kematian kononnya sebagai menghargai jasa warga emas, tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka.
Ia adalah pemberian percuma daripada pihak kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Harapan kepada kelompok warga emas dan Orang Kelainan Upaya setelah mereka disahkan sebagai meninggal dunia.
Penama yang berdaftar boleh menuntut bayaran dari Pusat Khidmat DUN di tempat mana mereka didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.
Namun portal Free Malaysia Today sebaliknya melaporkan pejabat Teresa diserbu SPRM, dipercayai susulan dakwaan salah guna dana daripada Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) milik kerajaan negeri.
Serbuan tersebut disahkan oleh ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin, yang memberitahu portal itu bahawa ia bertujuan konon untuk menakutkan ramai pemimpin Pakatan Harapan di Selangor.
Dalih beliau lagi, ini disebabkan semua dokumen asal berkaitan dengan Yawas, sekarang dipercayai berada di pejabat tanah dan daerah manakala pejabat Teresa hanya menyimpan salinan akaun sebagai rujukan.
Langkah SPRM itu susulan dakwaan pemimpin sebuah badan bukan kerajaan, Datuk Seri Jamal Md. Yunos baru-baru ini mendakwa dana daripada SMUE dan Yawas diselewengkan oleh pembangkang.
Beliau kemudian membuat laporan di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam dengan menyerahkan beberapa dokumen berkaitan termasuk penyata bank untuk proses siasatan. – Agensi.
PERHATIAN:
Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.
PETALING JAYA: Pengusaha Nasi Lemak Gay yang mencetuskan kontroversi susulan penggunaan perkataan dan bendera yang melambangkan golongan homoseksual itu mendakwa terpaksa menghentikan sementara perniagaannya selepas menerima ugutan disimbah asid.
Hanya mahu dikenali sebagai Adi Yusuf, pemuda berusia 33 tahun itu menerima panggilan berbaur ugutan yang mengancam dirinya akan ditimpa musibah jika masih terus menggunakan nama tersebut untuk mempromosikan jualannya.
Katanya, ugutan daripaa lelaki tidak dikenali itu adalah punca utama perniagaan nasi lemak yang beroperasi di Taman Segar, Cheras terpaksa dihentikan buat sementara.
“Kecam tak kecam atau apa-apa lain, lantaklah. Cuma ugut itu berat untuk saya...kalau nampak depan, muka akan disimbah asid.
“Itu agak menakutkan, memang saya takut,” katanya yang mendedahkan perkara tersebut dalam temuramah pada Khamis.
Ditanya adakah laporan polis dibuat berhubung ugutan tersebut, Adi berkata, dia tidak mahu memperbesarkan perkara itu.
“Bagi saya, lagi saya melayan dan diperbesarkan, lagi bertambah buruk,” katanya.
Pada Khamis, mStar Online melaporkan bahawa operasi gerai Nasi Lemak Gay terpaksa dihentikan sementara selepas menerima pelbagai reaksi dan kecaman.
Adi tampil menjelaskan bahawa Nasi Lemak Gay bukanlah bermaksud lelaki gay atau homoseksual, sebaliknya ia adalah singkatan kepada Gerai Adi Yusuf.
Mengenai lambang bendera Lesbian, Gay, Transgender dan Biseksual (LGBT) yang didakwa terpapar di sepanduk yang digunakannya, Adi berkata, ia sekadar ‘kebetulan’ namun menegaskan sepanduk itu digunakan untuk strategi mempromosikan jualannya.
“Saya tahu bendera itu, tetapi macam yang saya cakap G.A.Y bermakna Gerai Adi Yusuf. Itu yang saya cuba sampaikan.
“Tetapi serius saya tidak bermaksud apa-apa. Saya sekadar mengikut trend terkini untuk melariskan. Tak sangka sampai 'meletup' satu 'Malaya',” katanya.
Adi yang merupakan anak kelahiran Jengka, Pahang itu bagaimanapun memohon maaf sekiranya tindakan tersebut mengundang rasa kurang senang di kalangan masyarakat.
“Memang saya tidak ada niat apa-apa. Maaf kepada mereka yang mengecam saya, yang menyokong saya atau sesiapa sahaja.
Ditanya mengenai status seksualiti berikutan tanggapan netizen bahawa dirinya seorang gay, Adi hanya menjawab ringkas: “Taklah kot.”
Adi masih membuka tempahan meskipun tidak menjual nasi lemak di gerai.
Adi bagaimanapun memberitahu setakat ini dia tidak menerima sebarang mesej yang kurang disenangi daripada lelaki gay.
“Memang tak ada. Tetapi yang kecam pasal gay itu ramai. Yang hendak berkenalan itu tak ada.
“Apa yang saya cuba hendak sampaikan adalah menjual nasi lemak, bukannya saya hendak menjual diri saya,” katanya.
Sehubungan itu, Adi meminta semua pihak supaya tidak berterusan membuat kecaman, sebaliknya memberi peluang kepada dirinya sebagai anak muda untuk mencari rezeki dalam bidang makanan dan minuman (F&B) yang diceburinya sejak berusia 16 tahun.
Bagaimanapun Adi masih belum memutuskan sama ada mahu terus menjual nasi lemak tanpa menggunakan nama Nasi Lemak Gay atau mencari kerja lain dalam bidang F&B.
Kemunculan Nasi Lemak Gay ketika kontroversi Nasi Lemak Pondan belum pun reda, sehingga menjadi tular dan bualan netizen di media sosial.
Selain Nasi Lemak Gay dan Nasi Lemak Pondan, terdapat beberapa gerai nasi lemak yang menggunakan nama lain daripada yang lain sebagai strategi memancing pembeli seperti Nasi Lemak Anak Dara dan Nasi Lemak Spiderman. Lapor mStar.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nama 'pondan' atau 'gay' adalah gambaran pelaku kepada perbuatan 'maksiat'. Lain dengan 'khunsa' yang mempunyai dua alat kelamin. Itu lain hukumnya.
Islam melarang sama sekali bagi golongan yang sememangnya dilahirkan sebagai lelaki contohnya, mengubah kejadian tersebut dengan melakukan pembedahan atau berpakaian seperti perempuan di samping menjalinkan hubungan sejenis.
Allah melarang kita mengubah kejadian-Nya seperti terdapat dalam Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 119 menyebut, mereka yang mengubah kejadian Allah samalah perbuatannya seperti syaitan. Malah bagi mereka yang melakukan hubungan sejenis, ia sama sekali menyalahi fitrah manusia juga makhluk Allah lain.
Malah lebih menambah kebencian lagi bila golongan tertentu cuba 'menghalal'kan perbuatan tersebut sejajar dengan perjuangan LGBT antarabangsa yang merosakkan Islam.
Mungkin perkara-perkara seperti inilah yang mendalangi perlakuan-perlakuan seperti di atas.
Sedikit Penjelasan Tentang Khunsa Dalam Islam
KHUNSA, berasal daripada perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, pengertiannya ialah orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini Allah ciptakan sebagai sebahagian bukti kekuasaan Allah. Mereka mempunyai ciri fizikal dan naluri istimewa sejak lahir.
Dari segi fiqh Islam, golongan khunsa terbahagi kepada dua iaitu khunsa musykil iaitu khunsa yang diragui dan khunsa ghair musykil atau khunsa yang tidak diragui.
Khunsa musykil adalah khunsa yang tidak langsung dapat dipastikan jantinanya kerana mereka dilahirkan tanpa sebarang alat kelamin dan hanya punyai alat untuk membuang air kecil.
Khunsa ghair musykil pula, dapat dipastikan keterampilan mereka sama ada menjurus kepada perempuan atau lelaki melalui tanda-tanda fizikal atau dipastikan jantina secara klinikal.
Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin.
Dalam bahasa Inggeris, khunsa disebut sebagai hermaphrodite. Jumhur ulama menetapkan mereka bersolat Jumaat pada saf ketiga iaitu selepas saf kanak-kanak lelaki dan di hadapan perempuan.
Ini bukan diskriminasi tetapi peraturan dalam Islam. Samalah juga apabila Islam menetapkan saf perempuan paling belakang, ianya bukan bermakna Islam mendiskriminasikan perempuan.
Dalam solat, Imam yang paling hadapan bertanggungjawab dalam sah batalnya solat itu. Lelaki pula adalah golongan yang paling bertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti.
Khunsa diletakkan di barisan ketiga, melambangkan tanggungjawab mereka yang ringan berbanding lelaki bukan khunsa.
Di bawah, kami sertakan satu video penerangan tentang khunsa oleh Ustaz Azhar Idrus.
Islam menerima golongan khunsa musykil (mempunyai dua jantina), bagaimanapun menolak golongan yang mengamalkan gay dan lesbian yang jelas sekali haram di sisi agama.
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad pernah berkata, golongan khunsa musykil tidak meminta dilahirkan begitu kerana ia merupakan kejadian ALLAH buat mereka.
Justeru, tidak ada halangan untuk mereka memilih jantina mana mereka lebih cenderung selepas tempoh masa tertentu atau boleh dibuktikan secara klinikal.
“Kita akan lihat yang mana lebih berfungsi, dan sekiranya mereka ingin membuang salah satu jantina tersebut, ia adalah dibolehkan untuk tujuan kemudahan.
Apa pun, mereka hendaklah mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu, katanya.
Katanya, perkara ini amat serius, di mana pembahagian harta pusaka juga diambil kira mengikut jantina mana yang lebih dominan. Menurutnya dalam mengatasi perkara ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan jantina anak mereka yang mempunyai masalah sebegini.
“Ibu bapa harus memberi penekanan kepada anak mereka. Sekiranya mereka lebih cenderung kepada lelaki, maka lakukan mereka sebagai seorang lelaki. Begitu juga sebaliknya, katanya.
Namun begitu, Islam melarang sama sekali bagi golongan yang sememangnya dilahirkan sebagai lelaki contohnya, mengubah kejadian tersebut dengan melakukan pembedahan atau berpakaian seperti perempuan di samping menjalinkan hubungan sejenis.
“ALLAH melarang kita mengubah kejadian-Nya seperti terdapat dalam Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 119 menyebut, mereka yang mengubah kejadian ALLAH samalah perbuatannya seperti syaitan. Malah bagi mereka yang melakukan hubungan sejenis, ia sama sekali menyalahi fitrah manusia juga makhluk ALLAH lain, tambahnya. (IH)
PERHATIAN:
Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.
Bagaimana PAS menjana Budaya Politik Matang dan Sejahtera sehingga dapat mengemudikan tsunami Islam dalam PRU14 nanti?
Tugasan ini bukan sekadar peranan pemimpin, setiap ahli PAS mesti berusaha untuk mendekati ahli dan penyokong UMNO serta pengundi atas pagar yang mengikut kajian agak besar jumlahnya. Mutakhir ini diberitakan ada tendensi baru dari kalangan mereka untuk menyokong dan seterusnya mengundi PAS. Situasi ini berlaku atas tiga faktor besar.
Pertama, faktor kebobrokan UMNO/BN. Kesnya didominasi oleh kelemahan Najib yang terikut-ikut dengan karenah Rosmah. Kegagalan Najib meningkatkan taraf ekonomi rakyat. GST dan kos sara hidup semakin melemaskan rakyat marhaen. Di samping itu, rakyat bermaklumat melihat bagaimana pemimpin UMNO melekat pada stigma rasuah. Mereka mula sedar politik UMNO adalah politik masuk kantung sendiri.
Kedua, rakyat mula jatuh hormat kepada pendekatan baru PAS melalui Budaya Politik Matang dan Sejahtera. PAS tidak lagi dilihat sebagai pembangkang yang membangkang secara semberono dan berpolitik konfrantasi. PAS yang bersendirian diyakini jujur dan benar dalam memartabatkan Islam apabila sanggup berpisah daripada DAP yang dimateri dalam minda Melayu sebagai pengamal chauvanisme.
Ketiga, Melayu/Islam melihat kalau bukan UMNO/BN, altenatifnya bukan Pakatan Harapan (PH). Walaupun pada peringkat awal golongan dalam UMNO yang meluat dengan Najib-Rosmah meletakkan harapan kepada Mahathir-Muhyiddin, namun apabila PPBM bersetongkol pula dengan DAP melalui PH, maka mereka kembali kecewa. Justeru, demikianlah bertiupnya berita sepoi-sepoi bahasa bahawa kali ini PAS-lah pilihannya.
Senario ini tidak sayugia melunakkan telinga sehingga mendodoi lamunan ahli PAS. Situasi ini hanyalah vitamin dan suplemen yang sewajarnya menjadi sumber motivasi untuk setiap ahli meningkatkan daya juang masing-masing sama ada melalui pengorbanan masa, tenaga, wang, harta, idea dan segala kepakaran.
Kata orang, kalau selangkah lagi ditakdirkan Islam akan menang, takkan sayap yang patah tak berani bertongkatkan paruh. Takkan lutut yang cedera, siku tak boleh dijadikan senjata. Bidalan berpesan, adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. Semua pecinta kemenangan Islam mesti bekerjasama untuk mengukuhkan parti.
Konklusi dan solusinya ialah kemenangan Islam hendaklah diusahakan dengan sedaya upaya. Apatah lagi dijangkakan pada PRU14 ini, tsunami Islam mengambil gilirannya.
Akhirnya, kerana usaha ini mencari redha Allah maka para amilin dan jundullah hendaklah melazimi solat dhuha dan tahajjud. Pastikan helaian al-quran dibuka selalu. Puasa sunat jadi amalan. Zikrullah dan doa kemenangan membasahi lisan.
HALAMAN HIBURAN ARTIS popular Thailand, Nook Suthida rupanya telah menghebohkan dunia hiburan negeri Thai Gajah Putih itu kerana memutuskan menjadi seorang Islam. Lahir di negeri majoriti Buddha, keIslaman Suthida pun menjadi kontroversi di pelbagai media yang ada di Thailand. Walaupun orang-orang di sekitarnya meraskan keberatan, namun Suthida sudah memutuskan untuk masuk Islam. Beliau berkata keputusan tersebut dibuat setelah dirinya melakukan perjalanan ke banyak negara guna mencari agama yang paling sempurna, dan dia menjumpai Islam. Seperti dikutip Mi'raj Islamic News Agency (MINA), wanita cantik ini pun berganti nama jadi Assieh dan mula mendalami agama Islam di sebuah sekolah di Bangkok. "Saya mula melakukan ibadah lima kali sehari secara tepat masa dan mula belajar bahasa Arab agar mampu membaca Al-Quran," kata artis muda popular itu. Muslim di Thailand Majoriti penduduk Thailand adalah bangsa Siam, Cina dan sebahagian kecil bangsa Melayu. Pada masa ini, terdapat kira-kira 7.5 juta orang Islam atau kira-kira 12% daripada jumlah 62.5 juta penduduk Thailand. Umat Islam tertumpu di wilayah-wilayah selatan di Narathiwat, Pattani, Yala dan Satun. Islam dikatakan telah diperkenalkan ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab dan pengembaraan dalam abad ke-13.
Kebanyakan orang Islam Thai adalah keturunan Melayu, mencerminkan warisan bersama budaya wilayah paling selatan Thailand berkongsi dengan Malaysia. Menurut Pejabat Perangkaan Nasional Thailand pada tahun 2007, negara ini mempunyai 3,494 masjid dengan jumlah terbesar (636) di Wilayah Pattani. (IH) Video: Famous Thai actress Nook Suthida converts to Islam
Rakyat Malaysia kahwini pelakon Thai
PERHATIAN:
Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.
SORAK dan gembira mereka yang benci kepada PAS kerana Mesyuarat Majlis Tertinggi BN menolak cadangan kerajaan membawa RUU 355. Ertinya ia kembali kepada Undang-Undang Persendirian yang akan dibawa oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen Marang.
Mereka tuduh PAS kena permain dengan Umno dan Datuk Seri Najib. Kepada PAS tidak ada perkara yang rugi. Siapa bawa pun tidak mengapa, asalkan agenda Islam dapat dilaksanakan. Hatta jika DAP hendak bawa pun PAS akan sokong.
Ini bukan isu yang hendak dipolitikkan. Kalau fikir keuntungan politik daripada awal, PAS tidak akan memperjuangkan perkara ini. Ahli PAS diajar berpolitik untuk bekalan akhirat, bukan sahaja di dunia. Inilah motivasi ahli PAS.
Rakyat boleh menilai itulah kualiti pemimpin Umno mengenai perjuangan mereka untuk memartabatkan Islam di negara ini. Hampir 60 tahun merdeka mereka gagal mendidik rakan-rakan mereka untuk memahami Islam dan menghormati hak orang Islam. Rakyat juga boleh menilai inilah PAS, bukan ia hirau apa yang manusia hendak kata.
Apabila wartawan tanya saya di luar Parlimen pagi tadi, sampai bila PAS hendak memperjuangkan RUU 355 dan syariat Islam. Saya jawab hingga kiamat. Jangan haraplah PAS hendak berundur daripada memperkatakan mengenai Islam.
PAS sudah berjaya memberi kesedaran mengenai kepentingan syariat Islam kepada masyarakat awam termasuk kepada ahli tegar Umno. Semasa perjalanan ke Parlimen tadi saya dipanggil oleh seorang cikgu pencen yang kuat Umno. Dia menunjukkan kepada saya berita mengenai DS Najib yang tidak mahu membawa RUU 355. Beliau dengan nada kesal terhadap berita ini.
Rakyat boleh menilai sikap PAS tidak pernah berubah sejak daripada dulu. Bukan perkara baru berbagai pihak meminta PAS buang sahaja agenda Islam jika mahu maju dalam politik. Perjuangan PAS tidak relevan di dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia. PAS menjawab dengan amalan dan terus istiqamah dengan agenda Islam.
Parti pembangkang mengatakan kerana RUU 355, pembangkang berpecah. Inilah jawapan yang pemimpin Umno bawa ke hulu dan ke hilir sejak dahulu, kerana PAS menyebabkan Melayu berpecah. Sekarang ini dikitar semula oleh parti pembangkang untuk memburukkan PAS, kerana RUU 355 pembangkang berpecah. Malahan berbagai tuduhan yang dilemparkan untuk rosak imej PAS.
Rakyat boleh menilai inilah PAS yang tegas dengan prinsip, lunak dengan pendekatan. Tidak hirau dengan kejian. Biarlah manusia lain tidak suka. Jika RUU 355 pun sudah alergik, yang memang sudah termaktub di dalam undang-undang. Apakah yang hendak diharapkan dalam agenda Islam yang lain?
Ustaz Idris Ahmad Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang 2 Rejab 1438 / 30 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 30/3/2017
Jakarta: Wakil Ketua DPR RI, Fahri Hamzah (gambar) menilai, konsep pembiayaan non-budgeter yang diterapkan Gabenor petahana DKI Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok sangat berbahaya dan terdedah kepada rasuah. Menurutnya, Ahok tidak memahami bahawa pembiayaan, anggaran, atau belanja awam, tidak mengenal sumber pembiayaan non-APBD / APBN. "Dan kemampuan pegawai awam melobi agar pengusaha membiayai kemudahan awam bukan prestasi tapi salah guna kuasa," tulisnya melalui akaun Twitter-nya, Rabu (29/03/2017).
Fahri menjelaskan, dalam meminta pemaju atau swasta untuk membina kemudahan awam, harus melalui pembahasan di DPRD dan masuk dalam APBD. "Bui dan pasal berlapis menanti jika secara sepihak anda bangun infrastruktur awam gunakan dana korporat (syarikat. Red) tanpa perbahasan di Dewan Perwakilan Rakyat Daerah," katanya. Dalam sistem kewangan awam, terangnya, tidak ada satu rupiah pun dana yang diterima atau digunakan tanpa melalui proses politik di DPRD. "Anda boleh saja katakan ini berjaya membuat syarikat swasta membangunkan daerah, tapi tanpa perbahasan di Dewan Perwakilan Rakyat Daerah anda mungkin terima lebih," tegas Fahri.
Bahkan, walaupun seorang kepala daerah adalah orang yang kaya raya, tambahnya, tetap tidak boleh menggunakan wang peribadi untuk membiayai program pemerintahan. Jika ingin membina infastruktur dengan dana peribadi, lanjutnya, maka wang tersebut perlu dimasukkan melalui pos dana geran di APBD. "Rasuah adalah cabang KKN, termasuk kerana tidak ada skim pembiayaan awam dari sumber yang tak dipersetujui dalam APBD," ungkap Presiden Keluarga Alumni KAMMI ini melalui akaun @fahrihamzah.
Fahri menekankan, mungkin dengan menggunakan dana non-budgeter boleh mempercepatkan pembangunan atas nama rakyat. Tetapi wang itu boleh jadi berasal dari sisa sogok perizinan tertentu dan untuk pengimejan sebahagian kecil. (Hidayatullah.com) Lihat juga..