Saturday, May 13, 2017

Hon Kereta Ketika Sembahyang Jumaat. -Abd Hadi

Imej yang berkaitan
Firman Allah:
﴿وَلَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٖۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرۡجِعُهُمۡ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ١٠٨﴾ [الأنعام: 108]

  • “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan”[Surah al-An’am: 108]
Inilah petunjuk Al-Quran kepada penganut Islam yang beriman kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya apabila bersama penganut agama lain yang juga percaya kepada Tuhan dengan bahasa masing-masing tetapi melantik tuhan-tuhan yang lain daripada Allah mengikut kepercayaan mereka. Walaupun mengikut kepercayaan penganut Islam adalah sesat dan dosa paling besar, namun Islam mewajibkan konsep tiada paksaan dalam beragama dan wajib memberi hak beragama yang wajib dilindungi.
Ayat Al-Quran tersebut menunjukkan bahawa Islam menetapkan sempadan menjaga sensitiviti dalam hubungan dengan penganut agama lain, sehingga dilarang memaki tuhan-tuhan yang dipuja oleh penganut agama lain dihadapan mereka sehingga menyebabkan mereka boleh mencela Allah Tuhan Yang Maha Esa yang juga menjadi kepercayaan semua manusia mengikut nalurinya. Allah berfirman:
﴿وَلَئِن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُۚ قُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِۚ بَلۡ أَكۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ٢٥﴾ [لقمان: 25]

  • “Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).”[Surah Luqman: 25]
Peristiwa membunyikan hon keretanya ketika sembahyang jumaat di Johor menunjukkan bahawa perlunya masyarakat berbagai agama menjaga sensitiviti ini. Bukan sahaja penganut Islam, termasuk juga penganut agama lain terhadap yang tidak seagama dengannya.
Perkara yang berlaku secara sepontan menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu kerana kepentingan dirinya tanpa mengira orang ramai dikelilingnya, dalam masa yang sama berlakulah juga tindak balas secara spontan tanpa dapat dikawal. Hal yang seperti ini boleh mencetuskan ketegangan dengan segera.
Kehidupan bermasyarakat madani mewajibkan dijaga hubungan di antara satu sama lain walaupun berbeza agama, bangsa dan budaya, kerana titik persamaan dalam kehidupan bermasyarakat dalam banyak aspek perlu dijaga terlebih dahulu dengan keharmonian bagi kehidupan manusia yang lebih luas lapangannya di atas muka bumi yang wajib dimakmurkan bersama, mestilah juga saling mengerti dalam perkara yang berbeza.

Sejarah menunjukkan betapa penganut Islam menunjukkan sikap damai tersebut apabila berkuasa memerintah negara, yang sangat berbeza dengan agama lain apabila berkuasa terhadap penganut tidak seagama dengannya. Inilah petunjuk Al-Quran. Firman Allah:
﴿وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ٤٠﴾ [الحج: 40]

  • “Kalaulah Allah tidak mendorong sesetengah manusia menentang pencerobohan sesetengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), sembahyang-sembahyang dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” [Surah al-Hajj: 40]
Sejarah menunjukkan seringkali berlakunya ketegangan sesama manusia apabila adanya perbezaan khususnya dalam beragama, bahkan dalam satu agama yang berbeza mazhab. Namun Islam mewajibkan konsep damai tanpa paksaan. Inilah yang menjadikan masyarakat majoriti Islam boleh bersama bukan Islam yang berada ditengah-tengah mereka, keadaan yang sangat berbeza apabila segelintir penganut Islam berada ditengah majoriti bukan Islam.
Bahkan Islam memberi perlindungan kepada bukan Islam yang dizalimi dinegaranya. Mengikut firman Allah:
﴿وَإِنۡ أَحَدٞ مِّنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٱسۡتَجَارَكَ فَأَجِرۡهُ حَتَّىٰ يَسۡمَعَ كَلَٰمَ ٱللَّهِ ثُمَّ أَبۡلِغۡهُ مَأۡمَنَهُۥۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡلَمُونَ٦﴾ [التوبة: 6]

  • “Dan jika seseorang dari kaum musyrik (bukan Islam) meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang dia beroleh aman. Perintah yang tersebut adalah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).” [Surah at-Taubah: 6]
Ini menunjukkan Islam mendahului Piagam Geneva dan undang-undang antarabangsa terhadap pelarian daripada negara lain.
Apabila pihak bukan Islam pula menceroboh terhadap penganut Islam, maka Allah mengharamkan tindakan melampau. Firman Allah:
﴿وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ١٩٠﴾ [البقرة: 190]

  • “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 190]
Firman Allah:
فَمَنِ ٱعۡتَدَىٰ عَلَيۡكُمۡ فَٱعۡتَدُواْ عَلَيۡهِ بِمِثۡلِ مَا ٱعۡتَدَىٰ عَلَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ١٩٤﴾ [البقرة: 194]

  • “Barangsiapa yang menceroboh kamu, maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohannya terhadapmu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah, bahawa Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” [Surah al-Baqarah: 194]
Tegasnya, Islam juga melarang penganutnya bertindak secara melampau yang boleh menjadikan keadaan yang lebih buruk dan besar mudaratnya, sehingga luas lapangan kesannya. Bukan sahaja wajib ditangani oleh pihak yang berkuasa dan pemimpin masyarakat yang disebut Uli Al-Amri (para pemimpin dan ulama), bahkan diwajibkan menjaga perasaan diri masing-masing daripada tindakan melampau terhadap pihak lain, walaupun telah berlaku melampau terhadapnya dengan Firman Allah juga:
﴿وَإِنۡ عَاقَبۡتُمۡ فَعَاقِبُواْ بِمِثۡلِ مَا عُوقِبۡتُم بِهِۦۖ وَلَئِن صَبَرۡتُمۡ لَهُوَ خَيۡرٞ لِّلصَّٰبِرِينَ١٢٦ وَٱصۡبِرۡ وَمَا صَبۡرُكَ إِلَّا بِٱللَّهِۚ وَلَا تَحۡزَنۡ عَلَيۡهِمۡ وَلَا تَكُ فِي ضَيۡقٖ مِّمَّا يَمۡكُرُونَ١٢٧ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَواْ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحۡسِنُونَ١٢٨﴾ [النحل: 126-128]

  • “Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (126) Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. (127) Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.(128)” [Surah An-Nahl: 126-128]
Apa yang sepatutnya diberi perhatian adalah apabila orang melakukan ketelanjuran membunyikan hon meminta maaf dan kalangan Islam pula memaafkannya. Melakukan sifat yang dipuji Allah:
﴿ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ١٣٤﴾ [آل عمران: 134]


  • “Orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;” [Surah Ali-Imran: 134]
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Hasil carian imej untuk pas aHadi
"Iban, bukan Islam banyak sokong PAS di Sebuyau, Sarawak..."
Bertarikh: 16 Syaaban 1438H / 13 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 13/5/2017


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Umno Relevan Kerana Ada 3 M. -Idris Ahmad


DS Najib menggariskan empat faktor Umno sentiasa bertambah kukuh, 
Pertama Umno tidak pernah meninggalkan asas perjuangan parti iaitu berpaksikan Islam, Melayu Bumiputera dan negara Malaysia.
Kedua, Umno meletakkan perjuangan parti untuk kepentingan seluruh rakyat dari dahulu hingga sekarang. Umno  berjuang bukan untuk ahli bahkan semua rakyat tanpa mengira latar belakang.
Ketiga, Umno sentiasa relevan mengikut peredaran zaman dan..
keempat, Umno mempunyai wawasan serta tindakan yang kolektif bersama komponen Barisan Nasional.
Apakah masih ada faktor ini di dalam Umno. Apakah benar umno memperjuangkan Islam yang syumul seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW sama ada dari segi percakapan atau amalan. Di manakah tokoh-tokoh agama Umno yang boleh memberi teguran kepada pemimpin Umno dan menjadi kata putus dalam soal agama.
Apakah teguran mereka diambil kira. Tokoh-tokoh agama seperti Tan Sri Yusuf Noor, Datuk Abdullah Mohd Zin, Dr Masitah Ibrahim, Ust Mohd Nor Idris, Ustaz Mustafa Taib dan ramai lagi. Apakah peranan mereka hanya untuk membaca doa semata-mata. Ia berbeza dengan PAS, yang telah meletakkan Majlis Syura Ulamak sebagai rujukan hukum berpolitik dan bernegara.
Mengenai asas kedua yang mengatakan umno mementingkan kepentingan rakyat. Sudah menjadi rahsia umum, umno gagal memberi keselesaan kepada rayat. Kehidupan rakyat semakin tertekan. Kualiti hidup rakyat semakin menurun. Rakyat tertekan dengan  kos sara hidup yang meningkat.
Penguatkuasa GST dan penarikan subsidi telah memberi tekanan hidup kepada rakyat pendapatan rendah. Harga rumah melabung, kos pengangkutan meningkat apakah pemimpin umno boleh mendakwa perjuanganya telah mementingkan rakyat? Apakah dengan pemberian BRIM, pemimpin umno boleh anggap ini sebagai air mutlak suci lagi menyucikan terhadap penderitaan rakyat?
Apakah Umno masih relevan mengikut peredaran zaman. Umno sudah tidak relevan untuk generasi muda. Mereka hanya ikut-ikut sahaja bersama Umno. Ideologi perjuangan sudah tidak tidak ada seperti generasi awal. Perjuangan dengan Umno hanya sebagai batu loncatan untuk hendak mendapat projek sahaja, bukan untuk menegakkan idealisma perjuangan. Oleh itu generasi muda yang terdedah dengan maklumat tidak bersama Umno, walaupun ibu bapa mereka penyokong tegar Umno.
Terakhir, DS Najib mengatakan Umno hebat kerana ia mempunyai wawasan dan tindakan secara kolektif bersama dengan rakan komponen BN. Tetapi rakyat umum melihat, perjuangan Umno hari ini sudah kehilangan jati diri yang banyak mengalah kepada rakan komponen, akhirnya  untung jangka pendek tetapi merugikan jangka panjang.
Sebenarnya Umno relevan kerana ada 3 M, (wang, media dan jentera kerajaan), bukan kerana ideologi dan kekuatan jati diri.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
15 Syaban 1438/ 12 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 12/5/2017

Azmin Minta 3 Exco PAS Lepas Jawatan, Namun...


PETALING JAYA: Tiga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor telah diminta oleh Datuk Seri Azmin Ali supaya melepaskan jawatan masing-masing sebagai ahli exco kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor membuat permintaan mengejutkan itu semasa mesyuarat selama satu jam dengan Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Pesuruhjaya PAS negeri yang baharu, Sallehen Mukhyi juga hadir dalam mesyuarat tersebut.

Namun, Azmin telah memberi jaminan bahawa PAS masih boleh kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri selaras dengan mandat kemenangannya pada pilihan raya umum 2013.

Difahamkan, wakil PAS akan terus menikmati peruntukan pembangunan negeri, kekal sebagai ahli majlis perbandaran dan jawatankuasa kampung.
Azmin memanggil mesyuarat itu berikutan keputusan Majlis Syura PAS pada Khamis menamatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Beliau menerima tekanan daripada rakan-rakan Pakatan Harapan untuk memutuskan hubungan dengan PAS kerana tidak masuk akal untuk mereka 'tinggal serumah' selepas parti itu mengumumkan 'perceraian'.

Difahamkan bahawa wakil-wakil PAS terkejut dengan permintaan menteri besar dan mereka mahu berbincang dengan parti sebelum tampil dengan satu keputusan.

Turut difahamkan, pemimpin-pemimpin PAS telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan mesyuarat pimpinan tertinggi parti akan dipanggil tidak lama lagi.

Langkah 'luar jangkaan' oleh Azmin itu telah mengejutkan pimpinan PAS kerana parti itu tidak mempunyai rancangan untuk melepaskan mana-mana jawatan dalam kerajaan negeri walaupun Majlis Syura telah membuat keputusan mengenai hubungan mereka yang boleh diibaratkan sebagai 'cerai talak tiga'.

Dalam mesyuarat itu, Sallehen, yang baru-baru ini mengambil alih jawatan daripada Iskandar sebagai ketua pesuruhjaya PAS negeri, menjelaskan bahawa dasar tahaluf siyasi itu akan digantikan dengan konsep taawun, satu kerjasama untuk manfaat rakyat dan negara.

Sallehen berkata konsep taawun akan membolehkan PAS menjalankan tugasnya dalam kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, difahamkan Azmin tidak berminat dengan penjelasan itu yang difikirkan tidak akan diterima baik orang masyarakat umum di Selangor.

Sumber PAS berkata mesyuarat antara Azmin dan wakil-wakil PAS berlangsung dengan baik walaupun menteri besar melahirkan rasa kesal dengan keputusan Majlis Syura untuk menamatkan hubungan antara dua parti.

Alasan yang diberikan termasuklah kegagalan PKR untuk menyokong agenda Islam PAS, termasuk isu RUU355 dan serangan pemimpin PKR terhadap kepimpinan PAS.

Sebab-sebab lain adalah, PKR sedang merancang untuk bekerjasama dengan parti lain untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam pilihan raya kecil lalu.

Azmin bertemu media selepas mesyuarat itu tetapi enggan mengulas mengenai butiran perbincangan kecuali menyatakan kekecewaannya dengan keputusan Majlis Syura dan mengatakan bahawa beliau akan memberi taklimat kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang dalam perjalanan pulang dari New York.

Azmin kemudian memberitahu The Star bahawa kestabilan kerajaan negeri adalah paling utama, dan beliau perlu mengkaji situasi sebelum membuat keputusan muktamad.

"Saya telah melakukan segala yang mungkin dari segi kemanusiaan, melalui perbincangan dan rundingan tetapi mereka telah menutup pintu. Kesabaran ada hadnya," katanya.

Walaupun sedang berdepan krisis, Azmin dan ahli-ahli exco negeri PAS dilihat berbual secara baik pada satu majlis di Rawang.

Azmin kemudian memberitahu pemberita bahawa PKR bersedia untuk bertanding menentang PAS dalam pilihan raya umum.  

Lapor mStar. (IH)



Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Memegang, Meraba, Pelukcium, Mintaurut Dari Guru Kepada 5 Murid..


'MEMEGANG, meraba bahagian sulit, memeluk, mencium dan meminta diurut beberapa bahagian badan antara perbuatan jijik dilakukan lelaki itu.' 

Itulah perbuatan jijik seorang guru lelaki berusia 29 tahun terhadap tujuh murid perempuan sekolah agama di Bangi, sejak empat tahun lalu terbongkar, selepas dia ditahan polis, kelmarin.

Lapor Harian Metro hari ini.

Lelaki yang ditahan di sekolah itu direman sehingga Isnin ini. Sumber berkata, pada mulanya seorang daripada tujuh murid itu yang berusia 12 tahun mengadu kepada bapanya sebelum membuat laporan polis, kelmarin.

Katanya, keluarga kepada enam murid lain yang turut menjadi mangsa guru itu kemudian melaporkannya kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.


"Memegang, meraba bahagian sulit, memeluk, mencium dan meminta diurut beberapa bahagian badan antara perbuatan jijik dilakukan lelaki itu.
"Mangsa takut mendedahkan apa yang berlaku kerana takut diapa-apakan oleh lelaki itu dan malu," katanya.
Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan Seksyen 377D kerana melanggar kesopanan. (IH)


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Friday, May 12, 2017

Pesta Tangkap Ikan, Adun Wakaf Baru..

PESTA menimba, menangkap ikan sambil berkelah rakyat di lubuk ikan Jal Kecik di sini meriah dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.
Ia diadakan dengan penglibatan golongan belia dan veteran yang sekaligus mampu mengeratkan hubungan silaturahim.
Adun Wakaf Baru, Dato' Che Abdullah Mat Nawi berkata program sempena cuti am itu  dihadiri kira-kira 1,000 penduduk.
Menurutnya, menimba dan menangkap ikan merupakan sebahagian kaedah generasi lama untuk mendapatkan lauk paut yang boleh dijadikan contoh kepada anak muda.
"Semua lapisan masyarakat daripada usia tujuh hingga 60 tahun mengambil bahagian dalam pesta ini yang mendapat sambutan bukan sahaja warga tempat bahkan dari luar.
"Ada dari Kota Bharu dan Pasir Mas hadir bagi melihat sendiri cara tradisional menangkap ikan sambil berkelah bersama keluarga," katanya.
Program yang bermula seawal jam tujuh pagi itu katanya lagi, ikan yang ditangkap dimasak secara gotong-royong oleh penduduk untuk jamuan makan.
Jelasnya, kerjasama  diberikan sangat baik dan perjalanan program yang dirancang sejak lima hari lalu itu berlangsung  lancar dalam cuaca mendung.
Beliau turut menyatakan hasrat untuk menjadikan program itu sebagai acara tahunan bagi membolehkan golongan belia menghayati amalan tradisi itu. – HARAKAHDAILY 10/5/2017

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Bom Pasar Raya Pattani, PAS Kecam.


 REUTERS - Pekerja penyelamat berada di lokasi pengeboman di luar sebuah pasar raya di Pattani
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam tragedi pengeboman pasar raya di daerah Muang, Selatan Thailand yang melibatkan kecederaan 69 orang awam termasuk tiga orang parah. Suspek yang dikenal pasti telah menaiki trak pikap yang membawa bom untuk diletupkan di pintu hadapan pasar raya.
PAS berpegang kepada dasar Islam mewajibkan memelihara keselamatan orang awam yang tidak terlibat dengan krisis. Bahkan dalam keadaan krisis sekalipun, Islam tidak membenarkan tindakan melampau sehingga merosakkan kepentingan awam dan menjejaskan imej Islam itu sendiri.
Islam menjamin keamanan bukan sahaja dikawasan orang Islam, bahkan dikawasan bukan Islam termasuk diplomat asing yang dijamin keselamatan oleh hukum Islam.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Dr Kamarul Zaman Jawab Tim Presiden Amanah..


Hasil carian imej untuk pas amanah
KOTA BHARU - Kritikan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub, kononnya Pas tidak demokratik sekadar menelanjangkan sifat Amanah yang jauh berbeza dari sudut keislamannya dengan Pas.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, dakwaan Salahuddin ini juga secara tidak langsung mendedahkan kelemahan perjuangan Amanah berbanding Pas.

“Para pemimpin Amanah, termasuk Salahuddin, sering melaungkan bahawa Amanah adalah parti yang memperjuangkan Islam sebenar berbanding perjuangan para pemimpin Pas yang dikatakan sudah terpesong dari landasan Islam.
"Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas Perlembagaan Pas dan Amanah membuktikan bahawa Perlembagaan Pas jauh lebih Islamik berbanding Perlembagaan Amanah, termasuk dalam isu pembuatan keputusan oleh Muktamar Tahunan,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, bahawa Pas tidak demokratik kerana keputusan Muktamar Tahunan Pas masih dirujukkan kepada Majlis Syura Ulamak.

Menurutnya, ia tidak seperti Perlembagaan Amanah yang hanya menjadikan Konvensyen Nasional mempunyai kuasa tertinggi parti tertakluk kepada peruntukan di dalam perlembagaan itu, Perlembagaan Pas masih ada sekatan lain.

Malah, mengikut Perlembagaan Pas, kekuasaan Muktamar Tahunan adalah tertakluk kepada hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan Pas, iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijmak Ulamak dan Qias yang terang dan nyata.

“Sebab itulah maka keputusan Muktamar Tahunan Pas, termasuk dalam isu pemutusan tahaluf siyasi dengan PKR, masih perlu dirujukkan kepada Majlis Syura Ulamak bagi memastikan ia selari dengan hukum itu.

“Bila Perlembagaan Pas meletakkan Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijmak Ulamak dan Qias yang terang dan nyata sebagai hukum tertinggi manakala Perlembagaan Amanah tidak mempunyainya jelaslah Pas lebih Islamik,” katanya.

Tambah penganalisis politik itu lagi, malang bila Salahuddin yang begitu lama berkecimpung dalam Pas, termasuk menjadi Ketua Pemuda dari 2003 ke 2009 dan Naib Presiden dari 2009 ke 2015, tidak faham Perlembagaan Pas.

“Benar seperti disebut oleh Salahuddin, Perlembagaan Pas menyatakan kekuasaan Pas adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan, tetapi pelik jika beliau tidak tahu kekuasaan ini adalah tertakluk kepada peruntukan disebutkan.
“Salahuddin patut lebih rasional serta tidak membiarkan dirinya dipengaruhi oleh emosi kebencian atau kemarahan bila memperkatakan mengenai sesuatu perkara yang membabitkan parti yang pernah dianggotainya itu.

“Jika Salahuddin mahu bercakap mengenai soal Pas kononnya tidak demokratik, pemimpin Pas juga boleh mempertikaikan prosedur pemilihan pemimpin tertinggi Amanah yang tidak demokratik seumpama prosedur DAP.

“Ini kerana Perlembagaan Amanah memperuntukkan bahawa Presiden, Timbalan Presiden dan tidak lebih daripada tiga orang Naib Presidennya tidak dipilih secara terus oleh perwakilan di dalam Konvensyen Nasional.

“Sebaliknya, mereka dipilih oleh dan dari kalangan 26 Ahli Jawatankuasa Kepimpinan Kebangsaan yang dipilih oleh perwakilan bersama-sama Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Wanita Muda dan 14 Pengerusi Negeri,” katanya. (SH)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Menagih Kasih K'jaan S'gor, PAS Atau PAN?


Hasil carian imej untuk pas atau pan
DAKWAAN Timbalan Presiden PAN, Salahudin Ayub bahawa PAS masih terhegeh-hegeh dan menagih kasih dengan kerajaan Selangor menyerlahkan sikap gelojoh dan gila kuasa parti tersebut.
Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzwan menegaskan pimpinan PAN juga tidak hormat dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan mereka khususnya yang berada di Selangor.
Beliau yang juga Adun Gombak Setia berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Azmin Ali telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS kekal dalam kerajaan berdasarkan mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU ke-13.
Tambah beliau ia juga tiada desakan di Selangor untuk PAS keluar dari kerajaan negeri.
"Sebaliknya PAN yang menunjukkan sikap kecewanya dengan kenyataan sedemikian. Siapa yang sebenarnya terhegeh-hegeh dan menelan air liur...?" soalnya.
Beliau turut menegaskan tidak timbul soal PAS menagih kasih pada sesiapa sebaliknya PAS bekerja dalam kerajaan dengan sikap saling hormat-menghormati antara tiga parti.
Katanya, kesepakatan dan kerjasama antara tiga parti DAP, PKR dan PAS dalam kerajaan negeri telah dipakati sejak tahun 2008 dan dibaharui pada tahun 2013. – HARAKAHDAILY 11/5/2017

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Tahaluf Dengan PKR. 2+2=4. Tapi 2+2= 5 Atau 3 ?? -Subky Latif

SUBKY LATIF
KEPUTUSAN sebelah pihak PAS memutuskan tahaluf dengan PKR yang Muktamar 63 parti itu di Kota Sarang Semut 30 April lalu lihat hukumnya harus.
       
Muktamar sebagai pembuat dasar tertinggi dalam parti adalah  wajib. Tidak dapat tiada mesti dijalankan tetapi muktamar itu pula menyerahkan muktamadnya kepada Majlis Syura Ulamak.
       
MSU tentunya tidak akan melanggar keputusan muktamar. Tidak salah MSU membuat keputusan lain kerana muktamar telah memberi  kepercayaan kepadanya. Ia boleh buat keputusan lain – tolak, terima atau tawakuf.
      
Apabila ia diserahkan kepada MSU, selagi MSU belum membuat keputusan, maka logik hukumnya ia sudah jadi harus. Sesuatu yang harus tidak mestinya dilaksanakan. Ia boleh laksana dan boleh tidak laksana. Ia boleh tangguhkan kepada suatu masa yang difikirkan sesuai. Apa jua yang MSU putuskan adalah sesuai dengan mandat yang muktamar beri kepadanya.
      
Semasa Muktamar membuat keputusan itu ia tidak menyatakan berkuatkuasa serta merta. Tidak ada tempoh dinyatakan bila ia dimulakan. 
      
Ketika rencana ini dibuat, MSU belum mengadakan mesyuarat. Ketika ia tersiar mungkin keputusan sudah dibuat. Sebelum MSU membuat keputusan, maka tidak wajar mana-mana pihak mendahuluinya. Berilah kepada kebijaksasnaan TG Hashim Jasin, Mursyidul Am membuat apa yang terbaik untuk parti itu. TG Presiden dan Ketua Dewan Ulamak pun tidak mengenakan tekanan kepadanya.
     
Membatalkan tahaluf dengan PKR itu tidak sama dengan membatalkannya dengan DAP. Dengan DAP tiada perbahasan dan pelaksanannya dibuat serta mereta. Dengan PKR dibentangkan kepada Muktamar dan perwakilian diminta mengundi sekalipun Pengerusi Tetap tidak bertanya siapa yang menentang.
      
Yang muktamar putuskan itu adalah keputusan politik. Sifir politik tidak seperti sifir matematik. Sifir matematik dua campur dua jadi empat. Sifir politik, dua campur dua belum tentu empat. Ia boleh jadi lima atau tiga.
      
Sebagai keputusan politik, kerana ia dalam rangka berpolitik matang demi kesejahteraan semua, ia  tidak memberi tarikh akhir kepada tahaluf itu. Ia boleh dilaksanakan sekarang dan boleh dilaksanakan bila-bila masa sebelum Dun dan Parlimen dibubarkan.
      
Setakat ini sama ada  MSU membuat keputusan atau tidak membuat  keputusan,  tamat tahaluf itu adalah bermula dalam PRU14 nanti.
      
Jika ia cenderung untuk mengakhirinya pada PRU itu, ia adalah untuk memberi peluang kepada PKR membuat persediaan untuk menghadapi PRU itu tanpa PAS. PAS tidak letakkan PKR dalam keadaan terperangkap. Ia diberi masa yang  cukup untuk membuat apa yang terbaik untuknya dan apa yang terbaik untuk  rakyat Selangor sebelum Dun dibubarkan.
      
Kerana Datuk Azmin Ali itu jadi Menteri Besar adalah politik PAS yang semua orang tidak faham masa itu dan sekarang, maka PAS tidak mahu susahkan Menteri Besar yang ia turut naikkan.
       
Jika Azmin gantikan mana-mana Exco PAS dengan parti lain dalam kerabat Pakatan Harapannya, maka bermulalah pelaksanaan Muktamar itu serta merta. Jika PKR tolak PAS daripada kerajaan Selangor sekarang, maka boleh dikira yang memutuskan tahaluf itu adalah PKR, bukan keputusan muktamad dari Muktamar PAS.
      
Azmin banyak membuat reaksi politik yang bijak dan tidak membenci PAS. Dan PJ PAS Selangor yang baru YB Sallehen Mukhyi berdiplomasi seadanya mahu terus menghulur tangan kepada PKR Selangor bagi memelihara kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU 13 dulu.
      
Banyaklah yang meracau dengan politik matang dan sejahtera PAS dengan keputusan harusnya itu. – HARAKAHDAILY 11/5/2017

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

ADUN DAP Warga Australia Dilucut, Bakal PRK Pujut.


KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini melucutkan kelayakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr. Ting Tiong Choon sebagai wakil rakyat DAP yang dipilih.

Menurut portal tempatan, ketika mengumumkan pelucutan berkenaan, Yang Dipertua DUN, Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nassar berkata, 70 ADUN mengundi menyokong manakala 10 lagi ADUN mengundi menentang.
Usul pelucutan ADUN Pujut tersebut dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan. Keputusan itu berkuat kuasa serta merta .
Berdasarkan perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak menyatakan bahawa mana-mana orang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai ADUN.
Dengan pengumuman itu, Speaker DUN bakal membawa notis kekosongan kerusi N.74 tersebut kepada pihak ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya untuk pewartaan dan proses pilihan raya kecil (PRK) di situ.
Kes Tiong Choon, 51, menarik perhatian ramai ekoran calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hii King Chiong memfailkan petisyen pilihan raya memohon mahkamah mengumumkan kemenangan sebagai batal dan tidak sah.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan susulan keraguan pelbagai pihak yang mendakwa Tiong Choon masih lagi sebagai warga Australia, berdaftar pengundi di sana sekali gus hilang kelayakan sebagai calon.
Dalam pertandingan empat penjuru pada  7 Mei tahun lalu, wakil DAP itu menang dengan 8,899 undi menewaskan BN yang meraih 7,140 undi, manakala Jofri  Jaraiee (PAS) 413 undi, diikuti Fong Pau Teck (Bebas) hanya 375 undi.
Pujut dalam Parlimen Miri ada 26,202 pengundi terdiri daripada 70.4 peratus kaum Cina, Melayu dan Melanau (17.9 peratus), Iban (7.5 peratus), Orang Ulu (1.8 peratus), Bidayuh (0.6 peratus) serta lain-lain (1.6 peratus).
Ini merupakan PRK kedua selepas Pilihan Raya Sarawak tahun lalu apabila sebelum ini kerusi N.01 Tanjong Datu pada 18 Februari ekoran penyandangnya yang juga bekas ketua menteri, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia.
Pada PRK itu, balu allahyarham, Puan Sri Jamilah Anu (BN) menewaskan calon Parti Reformasi Negeri Sarawak, Johnny Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru, Rapelson Richard Hamit. – Agensi

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Bertembakan Kerana Seks..


Pesalah seks
TRENTON – Seorang lelaki New Jersey menyerah diri kepada polis selepas mengurung diri dalam rumah selama 35 jam dan berbalas tembakan dengan penguat kuasa undang-undang.
Tyleeb Reese, 35, muncul dari rumah di Trenton tanpa memakai baju kira-kira jam 5 petang waktu tempatan.
Dia menghubungi polis Trenton 20 minit sebelum itu untuk memberitahu ingin menyerah diri.
Polis berkata, Reese mula melepaskan tembakan apabila pasukan petugas khas Marshal Amerika Syarikat cuba menyerahkan waran kepadanya. Seorang lelaki, Robert Powell, 56, terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan itu.
Tiga sherif Daerah Mercer cedera ringan dalam kejadian itu dan dirawat di hospital.
Reese mempunyai rekod sabitan mengadakan hubungan seksual dengan golongan bawah umur dan pihak berkuasa berkata, waran dikeluarkan kerana dia gagal mendaftar sebagai pesalah seks. – AP

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Yakjuj-Makjuj, Menurut Syed Qutb. Kuliah Jumaat Abd Hadi 17 Feb 2017

Hasil carian imej untuk syed quthub

17. Yakjuj-Makjuj, Menurut Syed Qutb. Kuliah Jumaat Abd Hadi 17 Feb 2017
(Maaf rakaman ini agak kurang memuaskan, tapi hanya inilah yang ada.)

KULIAH JUMAAT 20 JAMADIL AWAL 1438 / 17 FEBRUARI 2017


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.
Ikutilah kuliah selanjutnya..

Terowong Loji Pembuat Bom Atom Nuklear AS Runtuh.


AFP - GAMBAR fail bertarikh 21 Mac 2011 menunjukkan sebahagian daripada tapak nuklear di Hanford, Washington.


LOS ANGELES – Beribu-ribu pekerja di sebuah loji nuklear di Washington diarah mencari perlindungan kelmarin selepas sebahagian daripada sebuah terowong simpanan yang dipenuhi bahan toksik runtuh, namun tiada kebocoran radioaktif dikesan.
Pekerja di Tapak Nuklear Handford yang terletak kira-kira 275 kilometer ke tenggara Seattle itu diminta mencari perlindungan dan menahan diri daripada makan serta minum.
Beberapa pegawai persekutuan berkata, tiada kebocoran radioaktif berlaku selepas terowong setinggi 6 meter yang mengandungi gerabak dipenuhi dengan peralatan tercemar radioaktif itu runtuh.
Seorang jurucakap di Jabatan Tenaga berkata, hampir 5,000 kakitangan berada di tapak berkenaan ketika kejadian.
Menjelang petang kelmarin, sebahagian pekerja dibenarkan pulang ke rumah masing-masing ketika pasukan petugas bersedia untuk mengisi lubang yang runtuh dengan pasir.
Tapak nuklear Hanford yang bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada Singapura digunakan untuk menghasilkan plutonium untuk membuat bom atom yang digugurkan semasa Perang Dunia Kedua.
Reaktor nuklear terakhirnya ditutup pada tahun 1987. Sebanyak 8,000 pekerja bertugas untuk membersihkan sisa radioaktif di tapak berkenaan.
Kerja pembersihan itu dijangka menelan kos lebih AS$100 bilion (RM434 bilion) dan dijangka selesai pada tahun 2060. – AFP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails