Shen Dong – Ketika Ramadan memasuki 10 hari terakhir, banyak pula dugaan datang kepada umat Islam di Malaysia. Pada awal Ramadhan dulu ada pihak mahu anjur Jerusalem Jubilee dan penghinaan akhbar The Star terhadap umat Islam yang sedang bersolat yang dikaitkan dengan pengganas.
Agenda puak Evangelis ini amat halus dan terancang. Jarumnya sudah menyucuk di merata tempat. Merasuk kumpulan LGBT dan Gay agar menyanggah hukum Al Quran. Juga merebak hingga ke Bazar Ramadhan dengan mengumpan kurma untuk tagih undi politik.
Serta yang lebih bahaya, hingga ke Dewan Negara mempersoalkan pihak yang mahu gagalkan agenda mereka menjadikan Penang sebagai bandar Kristian.
Di Pulau Pinang, dikhabarkan ada usaha untuk menjadikan negeri itu menjadi sebuah bandar Kristian kerana di negeri itu terdapat kumpulan Evangelis Kristian yang kuat serta ada hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.
Ada satu cadangan dibuat pada tahun 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang, Bandar Kristian dan Kristian dijadikan agama rasmi negara Malaysia.
Isu ini dibangkitkan dalam satu sesi perbahasan dalam Dewan Negara di Parlimen apabila seorang Senator lantikan parti DAP, Senator Dr Ariffin SM Omar berpendapat tiada masalah untuk cadangan itu dilaksanakan.
Ia nyata mencetuskan kemarahan orang Islam kerana Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 dengan jelas meletakkan agama Islam sebagai agama bagi persekutuan. Perbuatan ini melanggar Perlembagaan dan mencabar institusi raja yang menjaga kesucian agama dan umat Islam di negara ini.
Kemudian, ada pula majlis berbuka puasa yang diadakan khas untuk golongan yang menyokong Lesbian, Gay, Bisex, Transgender (LGBT) dianjurkan oleh Kempen Pelangi yang diketuai oleh Ketua Organisasi DAPSY Subang, Numan Afifi pada 10 Jun lepas.
Numan Afifi yang juga merupakan Naib Presiden NGO Challengger yang diasaskan oleh Syed Saddiq (Ketua Armada PPBM) menganjurkan majlis buka puasa dengan LGBT itu di pejabat Loyar Burok di Bangsar.
Numan juga berbangga apabila majlis iftar yang dihadiri oleh pengamal budaya songsang yang dilarang oleh Islam itu berjaya diadakan. Sampai begitu sekali kemaruk DAP dan PPBM mahukan undi. Bersekongkol dengan mereka songsang dan jelas mencerca hukum agama.
12 Mei 2017, Bekas Peguam Anwar Ibrahim, Muhammad Afiq Mohamad Noor mendakwa bahawa perbuatan homoseksual tidak salah. Ini kerana menurutnya, tidak terdapat sebarang nas daripada Al-Qur’an mahupun hadith yang ditemui berkenaan hukum hubungan homoseksual.
Hukum yang wujud di dalam Al-Qur’an dan hadith hanyalah hukum untuk perbuatan liwat kata Muhammad Afiq. Inilah kumpulan gay yang diajak buka puasa oleh Melayu yang diperkudakan DAP ini.
Kemudian, kejadian Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong yang dihalau oleh orang ramai kerana mengagihkan kurma di sebuah bazar Ramadan. DAP sengaja buat kontroversi dan provokasi ketika umat Islam sedang berpuasa.
Padahal DAP juga yang halang peniaga bazar Ramadhan itu berniaga di situ pada awalnya. Kurma DAP itu juga dibungkus oleh staff pejabat DAP yang bukan beragama Islam. Orang yang mencetuskan provokasi juga dipercayai adalah orang DAP kerana pada tahun 2014 dia didapati edarkan kurma bagi pihak DAP.
Gerakan Evangelis DAP ini amat bahaya.
Evangelis yang sebenar menyebarkan dakyah Kristian kepada orang ramai khususnya cuba menarik umat Islam untuk murtad dan kemudian memeluk agama Kristian. Evangelis DAP menyebarkan dakyah politik dengan mempergunakan orang Melayu bagi mencapai matlamat mereka.
Senator Melayu dipergunakan dalam Dewan Negara, pemuda DAP Melayu dipergunakan untuk anjur buka puasa bersama gay dan homoseksual dan kurma dijadikan umpan politik oleh ahli parlimen DAP.
Nizar, Zairil, Dyana, Rara sudah pun diperkudakan DAP untuk tembus sokongan Melayu. Kali ini DAP sudah ada parti PAN dan PPBM untuk diperkudakan. Melayu yang dipergunakan ini tidak rasa bersalah dan berdosa langsung pada agama dan bangsa mereka?
Jangan biarkan gerakan Evangelis DAP ini berleluasa. Juga jangan biarkan Melayu terus dipergunakan oleh DAP Evangelis. Rosak bangsa dan agama kerana di masa hadapan. (AIDCNEWS)
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.