Saturday, July 22, 2017

Tak Guna Petik Al-Quran Kalau Macam UMNO/BN, Tak Sokong Syariah.













21 JULAI: Orang seperti Lim Kit Siang tahu membaca al-Quran tetapi menentang ajarannya seperti menolak pelaksanaan hukuman dari kitab suci itu, kata Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Anak kepada presiden PAS itu mengingatkan Kit Siang melalui kenyataannya dilihat kerap membangkang mana-mana pihak yang mahu melaksanakan hukuman tersebut.
“Ramai yang tahu membaca al-Quran tetap menentang ajaran al-Quran. Lim Kit Siang tidak pernah menyesal dan menarik semula kenyataan-kenyataannya yang menyentuh sensitiviti umat Islam.
“Kit Siang membangkang perlaksanaan hukum-hukuman al-Quran di Kelantan dan di Malaysia secara umumnya,” kata Khalil kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan ketua ahli Parlimen DAP itu menyampaikan petikan ayat al-Quran kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang didakwa gagal mengambil tindakan terhadap individu yang dikatakan bersalah dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kit Siang dalam kenyataannya kepada Apandi semalam memetik 2 ayat dari surah al-Baqarah yang menyeru ke arah melawan kepalsuan, dan mengelak daripada melakukan kerosakan di muka bumi.
Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad memuji tindakan pemimpin DAP itu sebagai dakwah yang terbaik.
“Bukan main saya terkejut buat kali pertama Lim Kit Siang mengeluarkan ayat-ayat al-Quran untuk tunjuk kepada Apandi Ali yang mungkin tak pernah baca,” kata bekas perdana menteri itu. (BNBBC)
Komen Weblog Ibnu HasyimTak guna petik ayat Al-Quran kalau macam UMNO/BN, yang tak sokong syariah dan perundangan Islam. Bolehkah ditakrifkan sebagai mereka itu mempermain-mainkan agama?
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

Qunut Nazilah: Doa Binasakan Zionis, Negara Haramjadah Yahudi.


SEMPENA penganjuran Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia), saya menyeru kepada umat Islam untuk membaca Qunut Nazilah selama seminggu dalam solat mereka bagi mendoakan kebinasaan ke atas Zionis-Negara Haram Yahudi dan sekutunya; serta bagi mendoakan keamanan dan keselamatan bagi Masjid Al-Aqsa dan rakyat Palestin.
Penutupan dan sekatan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh Israel sejak minggu lalu yang berlanjutan sehingga sekarang adalah suatu tindakan yang jelas melanggari undang-undang antarabangsa, bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat dan mencabuli hak kebebasan yang sepatutnya dinikmati oleh setiap orang.
Adalah menjadi hak umat Islam untuk memakmurkan Masjid Al-Aqsa sebagaimana penganut Yahudi membuat upacara keagamaan di dalam synagogue dan penganut Kristian beribadat di dalam gereja dengan aman. Tambah-tambah lagi, Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya adalah tapak suci milik umat Islam. Zionis-Negara Haram Yahudi sebenarnya adalah penjajah tanah Palestin yang patut berambus darinya.
”Sejahtera Bersama Islam"
DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Timbalan Pengerusi II
Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat
22 Julai 2017 | 28 Syawal 1438 - HARAKAHDAILY 22/7/2017

'Jangan Sekat Lagu Lucah..' Didik Bebas Yang Terbabas.



Kuala Lumpur – “Tidak perlu kawalan ibu bapa. Mereka (anak-anak) boleh buat keputusan sendiri”. Cadangan tersebut diutarakan oleh Pengerusi Parent Action Group For Education (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim sebagaimana dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today (FMT). 

Komentar tersebut diberikan apabila isu lagu ‘Despacito’ yang dikatakan berunsur lucah disekat oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Azimah turut menambah, 

“Kita telah mengajar anak-anak kita tentang apa yang baik, jadi, perlukah kita mengawal mereka dengan memberitahu mereka lagu apa yang mesti dengar atau tidak?”

“Anak-anak menyanyikan lagu tersebut bukan disebabkan oleh apa yang dimaksudkan, tetapi kerana ia sedap di halwa telinga” katanya lagi. 

Walaupun liriknya berunsur lucah, Noor Azimah Abd Rahim yang turut aktif sebagai Ahli G25 sebelum ini, turut menyatakan bahawa beliau turut menyukai ritma lagu tersebut tetapi bukan pada maksud lagu itu. 

Angkatan Wanita Amanah (AWAN) sebelum ini mengeluarkan kenyataan tegas berkenaan isu lirik lagu lucah dendangan penyanyi dari Puerto Rico, Luis Fonsi yang turut memaparkan rapper Daddy Yankee.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pandangan di atas 'Tidak perlu kawalan ibu bapa. Mereka (anak-anak) boleh buat keputusan sendiri' itu adalah suatu ke'bebas'an yang ter'babas'.' 


Terbabas dari ajaran Islam yang mendidik anak, kadang-kadang oleh kerana pentingnya suruhan itu, maka dibolehkan memukul anak-anak.

Contohnya, lihat sabda Rasulullah SAW

مرو الصبيّ بالصلاة ابن سبع سنين واضربوهم عليها ابن عشر
  • “Perintahkan anak-anak untuk melaksanakan sholat ketika ia berumur tujuh tahun, dan pukullah (bila meninggalkannya) ketika ia sudah berusia sepuluh tahun.” (Shahih Lighairi, HR. Abu Dawud, at-Tirmidzi)

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

Calon Pramugari MAB Perlu Kirim Gambar Seksi?


PETALING JAYA: Syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Berhad (MAB) menafikan pihaknya menerima permohonan kerja melalui kiriman emel, tetapi hanya menjalankan temuduga kru kabin secara 'walk-in'.
Pengurus Luaran dan Media Komunikasi Korporat MAB, Adlina Mohamed Azharuddin berkata, syarikat penerbangan itu turut menyedari tentang sindiket penipuan yang membabitkan MAB menggunakan kiriman emel bertarikh 12 Julai 2017 yang tersebar di internet.
"Tiada perekrutan untuk jawatan kru penerbangan buat masa ini. Kami ingin menasihatkan agar orang awam mengabaikan emel seperti ini.
"MAB melaksanakan proses pengambilan yang ketat dan selari dengan polisi sumber manusia syarikat kami," katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Pihaknya turut menegaskan bahawa MAB tidak memerlukan calon untuk mengirim gambar yang mendedahkan bahagian tubuh mereka.

Kiriman emel palsu yang meminta mangsa mengirimkan gambar seksi untuk proses pengambilan kerja.
Selain itu, MAB menggesa orang awam agar mendapatkan maklumat sahih tentang syarikatnya melalui saluran rasmi iaitu Facebook atau Twitter Malaysia Airlines sekiranya mereka mengesyaki terdapat sebarang bentuk penipuan berlaku.
Sementara itu, satu paparan skrin emel yang meminta calon pramugari mengirim sebanyak 30 keping gambar seksi yang 'formal' dan mendedahkan anggota badan tersebar menerusi aplikasi Whatsapp sejak minggu lalu.
Menurut kandungan emel palsu tersebut, MAB didakwa memerlukan kakitangan seperti seorang model peragaan dan sempurna untuk melayan pelanggan VIP.
"Kami telah melangkau sesi temuduga anda. Tetapi kami memerlukan 30 keping gambar seksi yang formal dan gaya terdedah untuk mengesahkan bentuk badan anda disebabkan empat sesi temuduga yang sudah dilangkau.
"Sila hantarkan salinan sijil pendidikan dan faks kepada saya. Dan kirimkan gambar anda segera," tulis emel palsu tersebut. (mStar)


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

RoS Arah DAP Adakan Pemilihan CEC Baru..


PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tetap dengan keputusannya mengarahkan parti DAP supaya mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang baharu.
Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah, berkata pemilihan semula CEC baharu itu bagi membolehkan perwakilan memilih 20 orang anggota CEC yang sah dan diiktiraf.
“ROS memang tetap dengan keputusan itu, ia kekal dan tidak akan berubah,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Katanya, Isnin lalu, RoS sudah menghantar surat kepada DAP yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC dan diberi tempoh 14 hari untuk memberi maklum balas rasmi kepada pihaknya.
“Arahan itu dikeluarkan berikutan RoS masih belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.
“Yang pastinya, selagi DAP tidak buat pemilihan semula CEC baharu, jawatankuasa tertinggi mereka tidak boleh diiktiraf dan menyebabkan sebarang keputusan yang dibuat tidak sah.
“Jika dalam tempoh 14 hari yang bermula Isnin lalu DAP tetap tidak memberi maklum balas secara rasmi kepada pihak RoS, kita akan ambil tindakan lain berlandaskan Akta Pertubuhan 1966,” katanya yang enggan mengulas lanjut berhubung tindakan lain yang boleh diambil.
Ditanya sama ada RoS bersedia untuk berjumpa dengan DAP, katanya jika DAP mahu sebarang penjelasan lanjut berhubung arahan itu, mereka perlu hantar surat secara bertulis.
“Kita akan jawab secara bertulis. Tiada keperluan untuk jumpa,” katanya.
Selain itu, Mohammad Razin menegaskan RoS menganggap bahawa parti DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang.
“Parti itu masih berdaftar secara sah dengan RoS,” katanya- BH


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

FIC Felda Beli Hotel Di London, 2 Dicekup, Hari Ini (22/7) Di Mahkamah.




Selang kira-kira 24 jam selepas Ketua Persuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad kata ada yang akan ditahan dalam masa terdekat kes belian hotel di Kesington, London oleh Felda Investment Cooperation (FIC),dua orang pengurus kanan syarikat yang urus belian itu ditahan.

Mereka ialah ketua unit harta sebuah syarikat perkhidmatan pos berusia 36 tahun dan pengarah sebuah syarikat perundingan aset berusia 45 tahun yang disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga dalam urusan belian hotel itu.

Mereka  disyaki manipulasi harga hotel berkenaan sehingga FIC membayar jauh lebih tinggi dari harga sepatutnya.

Hotel empat bintang berkenaan dibeli pada harga RM330 juta dalam proses belian yang berjalan antara 2013 dan 2015.

Ada sumber dakwa hotel berkenaan dibeli pada harga RM110 juta lebih mahal dari harga sepatutnya.

Hotel itu mengandongi 62 unit bilik dan dua unit apartmen tiga bilik.
Dzulkifli yang ditemui wartawan selepas atu majlis di Cyberjaya,Rabu sudah beri petanda ada yang akan kena cekup dalam kes itu.

Dua orang itu ditahan di pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 1 tengah Jumaat i ketika mereka hadir memberi keterangan.

Ketika urusan rundingan pembelian hotel itu, mereka adalah ketua penasihat korporat dan pengarah syarikat ejen harta tanah terkenal yang dilantik FIC untuk menguruskan pembelian hotel berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki mengesahkan tangkapan itu.

Katanya kedua-duanya akan dihadapkan ke mahkamah Putrajaya esok, Sabtu bagi permohonan reman membantu siasatan SPRM.- 21/7/2017 (AD)

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

Pertembungan Sengit Lepas Salat Jumaat Di Masjid Al-Aqsa Tadi..


Pertembungan Sengit Lepas Salat Jumaat Di Masjid Al-Aqsa Tadi..

PERTEMBUNGAN tercetus kerana kezaliman ke atas umat Islam Palestin. Pihak Israel memasang pengesan logam di pintu masuk Masjid Al-Aqsa dan sekatan kepada jamaah solat mengikut umur.



Warga Palestin ketika solat Jumaat di luar Kompleks Masjid Al-Aqsa, Jerusalem (21/7).





Selain itu, suasana semakin panas selepas Israel hanya membenarkan lelaki berumur beribadah solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa.




Jahannam Israel Laknatullah!!

Jahannam Israel Laknatullah!!

2 Pemuda Palestin terbunuh bertempur dengan askar Israel selepas solat Jumaat


JERUSALEM, 27 Syawal 1438H, Jumaat – Sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin terbunuh, manakala ramai lagi yang cedera selepas ditembak askar rejim Zionis dalam kekacauan yang tercetus selepas solat Jumaat di kawasan sekitar Masjidil Aqsa, hari ini,
Dalam kejadian pertama, seorang remaja Palestin, Mohammad Sharaf, berusia 18 tahun mati ditembak di Ras al-Amud di timur Jerusalem, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
Seorang lagi warga Palestin juga disahkan terbunuh selepas ditembak oleh askar rejim menggunakan peluru hidup ketika tunjuk perasaan berlaku selepas solat Jumaat.
Polis rejim Zionis turut melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan peluru getah terhadap penunjuk perasaan yang membantah pemasangan alat pengesan logam di pintu masuk Masjidil Aqsa, selain melarang warga Palestin berusia di bawah 50 tahun memasuki tanah suci itu.
Tunjuk perasaan berterusan selama seminggu selepas kejadian dimana tiga pemuda Palestin yang ditembak mati, menyerang dan membunuh dua pegawai polis rejim Israel di luar Masjid Al-Aqsa, Jumaat lalu.
Klip video mengenai pertempuran itu juga menunjukkan polis rejim Zionis memukul mereka yang bersolat Jumaat di sekitar Masjid Al-Aqsa.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 140 warga Palestin lagi cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel di timur Jerusalem dan Tebing Barat. – Agensi

KLIK GAMBAR UNTUK MENYUMBANG
Bersempena musibah yang melanda Masjid Al-Aqsa ini, katanya, Aman Palestin Berhad turut melancarkan Kempen Jom Menyumbang RM50 untuk tujuan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa.
Jom Menyumbang RM50 ini menyasarkan penyertaan sumbangan oleh 1.8 juta rakyat Malaysia, dan akan disalurkan untuk menampung kos sara hidup kepada kumpulan-kumpulan Murabbitin (rakyat Palestin yang mempertahankan Masjid Al-Aqsa), membayar gaji kepada penjaga-penjaga Masjid Al-Aqsa serta menampung pembayaran cukai pintu yang sangat tinggi yang dikenakan oleh pihak Zionis ke atas warga Palestin yang tinggal di sekitar Baitul Maqdis.

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

Takde Ke Cara Untuk Atasi Pakaian Telanjang Begini? Dhabitah Layak..



Hasil carian imej untuk Dhabitah
KUALA LUMPUR: Penerjun meningkat naik negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir acara terjun 3 meter (m) papan anjal individu wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, Hungary, pada Khamis.

Dalam saingan separuh akhir di Duna Arena yang melibatkan 18 peserta itu, Nur Dhabitah menempah tiket ke peringkat akhir selepas berada di kedudukan keenam daripada 18 peserta dengan mengumpul 321.70 mata.

Seorang lagi peserta Malaysia, Ng Yan Yee terlepas peluang beraksi di peringkat akhir dengan hanya 4.35 mata di belakang peserta Afrika Selatan, Julia Vincent selepas mengutip 285.30 mata dan berada di kedudukan ke-13.
Peringkat akhir acara 3m papan anjal individu wanita itu akan berlangsung pada Jumaat dan melibatkan seramai 12 peserta.

Saingan peringkat separuh akhir itu diungguli peserta dari China, Shi Tingmao dan Wang Han selepas masing-masing mengumpul 380.45 dan 354.90 mata.
Kedudukan mereka dicabar dua peserta Kanada, Pamela Ware (338.25 mata) dan Jennifer Abel (337.60 mata) yang berada di kedudukan ketiga dan keempat. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu ramai ulama dan bijakpandai Islam di Malaysia.. Tapi tidak dapat atasi masalah wakil kerajaan umat Islam ke arena sukan yang 'berpakaian tetapi telanjang' begini? Di mana salahnya Na'auzubillahi minzalik.

Friday, July 21, 2017

Strategi Beli 10 MP BN, DAP Guna Tawan PAS & Putrajaya, Didedahkan.


AIDCNews -20/07/17 –Penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) telah dijadikan flatform oleh DAP untuk menguasai parti Islam itu, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.
Ustaz Mokhtar yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang menjelaskan usaha menguasai PAS bermula selepas tahun 2008 apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan rancangan PKR dan DAP mahu membeli 10 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional Di Sarawak bagi mengambil alih Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.
“Kalau berjaya beli 10 orang ini, Pakatan Rakyat pada masa itu (2008) akan memerintah Kerajaan Pusat. Dengan khabarnya, nak beli 10 orang ini dengan RM10 juta setiap seorang.
“Tok Guru Haji Hadi tanya sepatah, ‘kalau sekiranya 10 orang wakil rakyat dari BN masuk dalam PR, adakah ketika itu di Parlimen, Ahli Parlimen yang beragama Islam lebih ramai daripada Ahli Parlimen yang tidak beragama Islam’
“Apabila dikira didapati Wakil Rakyat yang bukan beragama Islam lebih ramai daripada yang beragama Islam, maka Tok Guru Haji Hadi kata ‘tak boleh !’.
“Presiden PAS tidak bersetuju (dengan rancangan itu). Sejak itu, mereka mengambil sikap memusuhi PAS,” dedah Ustaz Mokhtar.
Tambah beliau, sejak dari itu DAP khususnya telah melakukan tiga kaedah untuk melemahkan Presiden PAS dan menguasai parti Islam itu.
“Bila PAS dilihat oleh DAP sebagai bebanan dan penghalang kepada cita-cita mereka, lalu mereka gunakan langkah yang pertama.
“Langkah yang pertama ialah cuba kuasai PAS dan cuba tundukkan PAS di bawah kehendak DAP. Langkah pertama gagal sebab Tok Guru Haji Hadi jadi penghalangnya.”
Jelas Ustaz Mokhtar, DAP telah memfokuskan jawatan Presiden PAS sebagai langkah kedua untuk menguasai parti Islam itu.
“Langkah kedua, tukar Presiden PAS. DAP yang berada di luar PAS (telah) berkempen supaya ahli PAS tukar Presiden. Sebab tukar Presiden, Tok Guru Haji Hadi tak jadi Presiden, maka akan naik yang DAP nak, maka berjayalah dia menguasai PAS.
“Pada masa itu (PAS) bukan setakat jadi kuda, tetapi jadi lembu. DAP nak menglembukan PAS.
“Tapi malang dengan takdir Allah, pada Muktamar ke-61 di Kuala Selangor, bukan menyaksikan Presiden PAS yang tersingkir, tetapi menyaksikan mereka yang menjadi proksi DAP dalam PAS yang disingkir oleh perwakilan.”
Jelas Ustaz Mokhtar lagi, selepas DAP gagal melaksanakan kedua-dua langkah itu, maka langkah terakhir dilakukan dengan menubuhkan parti baharu bagi melawan PAS.
“Langkah ketiga ialah, orang yang berfikiran DAP (dalam PAS) hendaklah keluar daripada PAS dan tubuh sebuah parti, lawan PAS semula.
“Maka itu dinamakan PAN. Sebab itu kalau kita undi PAN, sama seperti kita undi DAP.” 
“Maka itu dinamakan PAN. Sebab itu kalau kita undi PAN, sama seperti kita undi DAP.”


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails