Saturday, August 26, 2017

Amanat Hadi Bukan Punca Peristiwa Memali-Dr Kamarul Yusoff



Sintok, Kedah: Menurut Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff seperti yang dinukilkan pada laman Facebook beliau, ucapan dasar Presiden PAS, Haji Yusof Rawa antara tahun 1983 ke tahun 1987 telah ditulis oleh Datuk Mohd Nakhaei Ahmad.

Menurut Dr Kamarul Zaman lagi, perkara ini tidak diketahui umum melainkan mereka yang berpeluang membaca Minit-Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tahun-tahun tersebut. Namun begitu, perkara ini didedahkan oleh Datuk Mohd Nakhaei sendiri dalam buku tulisan beliau “Meniti Hari Menuju Senja: Mengimbau Penglibatan Dalam Dakwah Dan Politik”. 

Dalam penulisannya itu, Datuk Mohd Nakhaie menyatakan bahawa, teks-teks ucapan dasar Presiden PAS dalam Muktamar-Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-29, Ke-30, Ke-31, Ke-32 dan Ke-33 pada tahun-tahun 1983, 1984, 1985, 1986 dan 1987 adalah tulisan beliau sendiri. 

“Teks ucapan dasar Haji Yusof yang paling panas nadanya adalah tiga yang terawal, iaitu “Ke Arah Pembebasan Ummah” pada tahun 1983, “Menggempur Pemikiran Asabiyyah” pada tahun 1984 dan “Bertindak Menentang Kezaliman” pada tahun 1985.” 

Dr Kamarul Zaman antara lain menyatakan bahawa terdapat banyak pihak yang cuba mengaitkan ekstrimisme dalam PAS yang seterusnya membawa kepada insiden berdarah Memali pada 19 November 1985 kepada ucapan Dato’ Seri Abdul Hadi pada April 1981. 

“Banyak pihak yang cuba mengaitkan ekstrimisme dalam PAS yang membawa kepada berlakunya Peristiwa Memali pada 19 November 1985 dengan “Amanat Haji Hadi” walhal ia hanyalah ucapan biasa Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada 7 April 1981.” 

Walhalnya, kata beliau, “Ucapan dasar yang disediakan oleh Datuk Mohd Nakhaei pada April 1985 jauh lebih keras dalam meniupkan semangat jihad dan mati syahid kepada ahli PAS.” 

Malah, ucapan dasar itu juga meneruskan kecaman ke atas Kerajaan BN di dalam dua Muktamar Tahunan PAS sebelum ini dengan menyamakan dasar dan tindakannya dengan dasar dan tindakan Fir’aun. 

“Bayangkanlah impak yang diperolehi oleh ahli PAS bila Kerajaan BN disamakan dengan Fir’aun, sudah tentulah mereka akan lebih membara dalam menentangnya,” tegas Dr Kamarul Zaman. 

Dr Kamarul Zaman juga mendedahkan bahawa Datuk Mohd Nakhaei adalah perancang utama kepada usaha menjatuhkan Tan Sri Mohd Asri Muda dari jawatan Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan PAS 1982. (www.menara.my)

Dominan, PAS Tanding 42 DUN, 'Kiamat Kecil' Bagi PAKATAN S'ngor.


Hasil carian imej untuk pakatan hancur

SHAH ALAM - Keputusan untuk bertanding sekurang-kurangnya di 42 kerusi Dun Selangor pada PRU14 termasuk di Kajang dan Bukit Antarabangsa menunjukkan kesediaan Pas Selangor untuk menjadi parti dominan atau 'jantung politik' di negeri itu.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, ia merupakan tindakan bernas dan wajar dilaksanakan Pas memandangkan sebelum ini parti Islam itu hanya dilihat sebagai ‘parti penyapu sampah’.

“Sebelumnya Pas Selangor hanya berkisar soal penyediaan jentera, menaikkan bendera dan memenuhkan ruang tapak ceramah semata-mata. Tapi kini ia tampil dengan cetusan baru dan pelan strategik politik parti itu.

“Ia menunjukkan paluan gendang perang terhadap golongan yang dianggap pengkhianat. Wan Azizah (Dun Kajang) dan Mohamed Azmin (Dun Bukit Antarabangsa) mungkin dilihat sebagai pengkhianat kepada tahaluf siyasi Pas dan Pakatan sebelum ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya, keputusan Pas Selangor itu juga mungkin petanda ‘kiamat kecil’ bagi Pakatan di Selangor. 

“Mungkin ia isyarat jelas kepada PKR bahawa PKR sudah tidak relevan dan petanda kiamat kecil bagi Pakatan di Selangor. 
“Kiamat kepada Pakatan akibat permusuhan yang dilontarkan kepada Pas dengan sokongan mereka kepada Amanah,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Felo Penyelidik, Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia, (UUM MAPAN), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, keputusan Pas Selangor itu tidak mengejutkan kerana mereka yakin untuk mendapat undi majoriti daripada orang Melayu di kedua-dua Dun tersebut.

“Namun, peluang Pas bukan mudah kerana terpaksa berhadapan dengan pengaruh PKR yang berpengaruh di kedua-dua Dun tersebut.
“Namun, kecelaruan yang sedang melanda Pakatan Harapan kini beri kelebihan kepada Pas jika mereka ada perancangan betul dan tepat,” katanya.

Katanya, penekanan Pas terhadap minat mereka di Dun Bukit Antarabangsa, Kajang dan Gombak adalah berasaskan kepada faktor komposisi pengundi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu di ketiga-tiga kawasan tersebut.

“Bukit Antarabangsa dan Kajang merupakan kawasan majoriti penduduk Melayu iaitu sebanyak 56 dan 48 peratus daripada jumlah pengundi pada PRU 13 lalu.
“Pas juga melihat kepada kelemahan Pakatan Harapan pada ketika ini dengan pelbagai isu integriti sebagai peluang untuk mencuba nasib,” katanya.

Semalam, Pas Selangor mengumumkan untuk bertanding sekurang-kurangnya bagi 42 kerusi Dun Selangor pada  PRU14 termasuk kerusi yang disandang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail (Dun Kajang) dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Dun Bukit Antarabangsa).

Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi berkata, ketetapan itu dibuat susulan kenyataan DAP dan Amanah sebelum ini yang dilihat berhasrat meletakkan calon untuk semua kerusi Dun yang ditandingi Pas.

Beliau berkata tindakan parti komponen dalam Pakatan Harapan itu yang menjadi punca tercetusnya pertembungan tiga penjuru bagi kerusi Dun Selangor namun pihaknya tetap bersedia menghadapi kemungkinan berkenaan. (SH)

Kamu Bangga Dengan Gambar Tidak Tutup Aurat Ini?

 Aksi Aaliyah dalam kategori 'Trick' Wanita Terbuka Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Akuatik Putrajaya. Foto oleh WAHIDAH ZAINAL

SUKAN
PUTRAJAYA - Meskipun jaguh ski air Malaysia, Aaliyah Yoong Hanifah mengalami sakit belakang dan demam panas, semua itu tidak menghalang atlet remaja itu mengungguli tangga teratas carta keseluruhan.

Ibu atlet itu, Norzeela Sulaiman berkata, keluarganya hampir mengeluarkannya daripada pertandingan namun anaknya berkeras untuk meneruskannya.

Menyatakan anaknya tidak sihat sejak seminggu lepas dan tidak dapat berlatih berikutan keadaannya itu, Norzeela menjelaskan Institut Sukan Negara (ISN) telah menghantar doktor dan membuat pemeriksaan tetap untuk memastikan keadaan kesihatan anaknya.

"Dia tahu yang dia membawa harapan negara untuk cemerlang dalam sukan itu. Sebab itu kenapa dia tidak mahu berputus asa pada saat akhir," katanya kepada Bernama semasa ditemui di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini, hari ini.

Aaliyah secara keseluruhannya menamatkan pusingan pertama acara tricks, slalom dan jump hari ini dengan mengumpul 2807.57 mata diikuti Nur Alimah Priambodo daripada Indonesia dengan 2038.03 mata. - Bernama
Imej yang berkaitan
AALIYAH (dua dari kiri) diapit kakaknya, Phillipa (kiri) Alex (dua dari kanan) dan bapanya, Hanifah selepas menang emas bagi acara tricks wanita dalam sukan ...

Hasil carian imej untuk jaguh ski air Malaysia, Aaliyah Yoong Hanifah
Hasil carian imej untuk jaguh ski air Malaysia, Aaliyah Yoong Hanifah
Imej yang berkaitan

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Banggakah kamu melihat pakaian jaguh ski air Malaysia, Aaliyah Yoong Hanifah menjadi wakil kerajaan umat Islam Malaysia? Beginikah pakaian 'tidak tutup aurat' Malaysia kononnya negara Islam contoh? 

Ada yang bangga begini, ada yang terasa 'aib'. Terserahlah menurut nilai iman masing-masing.. 

Tuduh Anwar Terima RM300,000 – RM400,000? Gantung Ahli PKR.




KUALA LUMPUR – Bekas ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam secara rasminya digantung keahlian PKR selama dua tahun susulan fitnah dilakukannya terhadap ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keputusan itu dibuat dalam sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Setiausaha Agung.
Dalam surat itu, PKR mendakwa Manikavasagam “memfitnah Anwar menerima wang RM300,000 – RM400,000 daripada Oms Thiyagarajan bagi tujuan untuk tidak mencalonkan diri saudara (sebagai calon Parlimen Kapar).”
Surat itu berkata Manikavsagam membuat ucapan berkenaan di sebuah kuil di Kapar pada 8 April tahun ini.
Bekas wakil rakyat PKR itu memuat-naikkan salinan surat berkenaan di halaman Facebooknya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan mengeluarkan surat tersebut hari ini.- MalaysiaGazette

Harakah Al-Yaqin, Rohingya Lancar Serang Besar-besaran -Reuters

 AP - SEORANG anggota polis sempadan berkawal di sebuah pos polis yang menjadi sasaran serangan pemberontak Rohingya di Buthidaung,Rakhine semalam.



YANGON – Sekurang-kurangnya 59 pemberontak dan 12 anggota pasukan keselamatan terbunuh di negeri Rakhine semalam apabila pemberontak Rohingya menyerang 30 pos polis dan sebuah pangkalan tentera, kata tentera Myanmar.
Pertempuran itu yang masih berterusan di beberapa kawasan, memba­yangkan bahawa konflik di Rakhine semakin merun­cing.
Serangan serupa pada Oktober lalu mendorong operasi pembersihan oleh tentera yang didakwa dicemari kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia.
Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA), kumpulan pemberontak yang sebelum ini dikenali sebagai Harakah Al-Yaqin mendakwa bertanggungjawab melancarkan sera­ngan awal pagi itu. ARSA memberi amaran bahawa lebih banyak serangan akan berlaku.
Pihak berkuasa berkata, seorang askar, seorang anggota imigresen, 10 anggota polis dan 59 pembe­rontak ARSA maut dalam serangan itu.
Namun, dua sumber tentera yang dihubungi agensi berita Reuters memberitahu bahawa angka kematian sebenar adalah lebih besar.
“Pemberontak Rohingya menyerang pos polis di rantau Maungdaw, Rakhine dengan meletupkan bom buatan sendiri dan melakukan serangan te­rancang ke atas beberapa pos polis pada pukul 1 pagi (waktu tempatan),” kata pasukan pemberita kerajaan dalam satu kenya­taan.
Etnik Rohingya tidak mendapat kerakyatan di Myanmar. Mereka dituduh sebagai pendatang tapa izin dari Bangladesh walaupun telah menetap di Rakhine sejak beberapa abad lalu. – Reuters

Perogol: Jel 30 Tahun, Sebat 24 Kali. Bukti Perundangan Gagal?


 Empat sekeluarga dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Samarahan semalam selepas mengaku bersalah melakukan sumbang mahram terhadap dua beradik perempuan.
KOTA SAMARAHAN – Empat sekeluarga terdiri daripada datuk, bapa kandung dan dua bapa saudara yang didakwa merogol dua beradik di sebuah kampung di Serian sejak enam tahun lalu dijatuhi hukuman penjara dan sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai petani masing-masing berumur 57, 42, 26, dan 28 tahun mengaku bersalah di hadapan Hakim Marutin Pagan setelah pertuduhan terhadap mereka dibacakan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan. Dua beradik itu yang dijadikan hamba seks oleh empat ahli keluarga sendiri berusia 14 dan 19 tahun.
Datuk mangsa yang berusia 57 tahun dijatuhi hukuman penjara 25 tahun bagi setiap kesalahan dan 24 kali sebatan setelah dia mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap mangsa berusia 19 tahun dari Januari 2013 hingga Julai 2017.
Hasil carian imej untuk SEBAT DIPENJARA
Hasil carian imej untuk SEBAT DIPENJARA

Hasil carian imej untuk SEBAT DIPENJARA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi bukti, hukum dan perundangan yang ada di Malaysia sekarang gagal mendidik manusia. Jika dilihat dari selepas merdeka hingga sekarang tiada nampak kes-kes jenayah 'made in England' itu makin berkurangan, walaupun hukumannya agak keras. 
Sebat secara zalim dalam penjara dan dikurung 30 tahun tidak boleh keluar cari rezeki, tidak dapat melahirkan sebuah pendidikan dan keinsafan yang wajar. Carilah sistem perundangan alternatif yang lain kalau negara umat Islam ini masih berdegil tidak mahu melaksanakan perundangan Islamnya sendiri.
Tidak yakin dengan hukum Allah, Tuhan yang mencipta agama ini? Lihatlah sejarah dan perlaksanaan perundangan Islam masakini seperti Arab Saudi, terakhir Brunei dan lain-lain.

Ah Long Bergelar Datuk Ditahan, Makin Rendah Moral 'Datuk'?


 China Press - MOHD. Sakri (kanan) menunjukkan pelbagai jenis barang sindiket ah long yang dirampas pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
SEORANG lelaki bergelar Datuk antara 35 individu yang ditahan dalam serbuan di 11 buah lokasi berasingan membabitkan kegiatan dua sindiket pinjaman wang tanpa lesen dan pinjaman tidak wujud sejak dua tahun lalu melibatkan pinjaman sebanyak RM1.6 juta.
Timbalan Pengarah Perisikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Senior Asisten Komisioner Mohd. Sakri Ariffin berkata, Datuk berusia 40 tahun itu yang merupakan salah seorang ketua sindiket berkenaan telah ditahan di Johor.
Beliau berkata, baki 34 orang lagi termasuk seorang kanak-kanak berusia 15 tahun ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kedah. Operasi yang dinamakan Ops Vulture itu dijalankan selama tiga hari dan berakhir kelmarin.
Makin rendahkah moral orang yang dipilih berpangkat Datuk? (IH)

Gangguan Seksual, Mengapa 2/3 Wanita Dibogelkan Di Magribi?




RABAT: Rakaman seorang wanita dibogelkan oleh sekumpulan remaja lelaki dalam sebuah bas Wanita diserang secara seksual dalam bas Rabat Magribi antara yang tersebar luas dipaparkan.  

Satu rakaman video seorang wanita muda diserang secara seksual oleh sekumpulan remaja lelaki dalam sebuah bas di Casablanca mencetuskan kemarahan dan perdebatan di Maghribi. 

Video dimuat naik di media sosial pada Ahad lalu, memaparkan empat remaja lelaki mencabul secara seksual seorang wanita sambil ketawa, mengoyakkan pakaiannya serta menghinanya dalam bahasa Arab. Menurut pihak berkuasa, wanita itu yang mempunyai masalah pembelajaran, dilihat menangis sambil meminta bantuan, namun tiada seorang pun penumpang atau pemandu campur tangan. 



Hal ini berlaku di Malaysia, sama saja?

RABAT: Rakaman seorang wanita dibogelkan oleh sekumpulan remaja lelaki dalam sebuah bas Wanita diserang secara seksual dalam bas Rabat Magribi antara yang tersebar luas dipaparkan.  

Satu rakaman video seorang wanita muda diserang secara seksual oleh sekumpulan remaja lelaki dalam sebuah bas di Casablanca mencetuskan kemarahan dan perdebatan di Maghribi. 

Video dimuat naik di media sosial pada Ahad lalu, memaparkan empat remaja lelaki mencabul secara seksual seorang wanita sambil ketawa, mengoyakkan pakaiannya serta menghinanya dalam bahasa Arab. Menurut pihak berkuasa, wanita itu yang mempunyai masalah pembelajaran, dilihat menangis sambil meminta bantuan, namun tiada seorang pun penumpang atau pemandu campur tangan. 

Gangguan seksual dan penderaan wanita berleluasa di Maghribi dan tinjauan di seluruh negara mendapati, hampir dua pertiga wanita pernah diganggu secara fizikal, psikologi, seksual atau domestik. Awal bulan ini, rakaman video menunjukkan sekumpulan lelaki mengganggu seorang wanita di sebatang jalan di Tangier menimbulkan kekecohan di media. 

Isnin lalu, pihak berkuasa Maghribi berkata, mereka menahan enam remaja lelaki berusia 15 tahun hingga 17 tahun untuk disiasat berhubung kejadian itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gangguan seksual, mengapa 2/3 wanita dibogelkan Di Magribi? Pada saya, adalah kerana manusia tidak ikut peraturan yang ditentukan oleh Pencipta manusia itu sendiri, maka itulah balasannya.. Dia Maha Mengetahui gelagat apa yang Dia Ciptakan. Saya yakin itu selain dari fakto-faktor lain.

Friday, August 25, 2017

Rasuah: Exco P.Pinang Dipanggil Lagi.


Phee-Boon-Poh

GEORGE TOWN: Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh hari ini kembali ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berkenaan kilang pemprosesan penapis karbon di Bukit Mertajam.

Phee ditemani peguamnya, Ramkarpal Singh tiba di ibu pejabat SPRM jam 9.45 pagi tadi. Turut kelihatan ialah anak perempuan Phee.

Jurucakap SPRM di Putrajaya ketika dihubungi berkata, mereka tidak tahu kenapa Phee dipanggil semula dan akan bertanya mengenainya.
Pada 11 Ogos lalu, Phee, 66, disoal siasat SPRM kerana didakwa menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk menerima rasuah di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Adun Sungai Puyu itu dan 2 lelaki lain ditangkap pada hari sama.
Dua lelaki itu ialah bapa berusia 70 tahun dan anaknya berusia 37 tahun yang merupakan pemilik kilang pemprosesan penapis karbon yang dikatakan beroperasi secara haram lebih 10 tahun.

Kilang haram di Sungai Lembu itu diserbu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang 2 minggu lalu kerana menyebabkan pencemaran.
Ketiga-tiga mereka direman 5 hari, tetapi perintah itu dibatalkan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkannya tidak sah.

Bagaimanapun, SPRM masih menyimpan kad pengenalan Phee dan tidak membalas panggilan peguam Phee untuk mengembalikan dokumen itu
FMT

Tragedi Memali, PAS Setuju RCI, Apa Kata Dr M?


KUALA LUMPUR – PAS sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika ditubuhkan untuk menyiasat tragedi Memali yang mengorbankan 14 penduduk kampung dan empat anggota keselamatan.

Lapor  BH Online

Malah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan penubuhan RCI wajar dilaksanakan supaya siasatan telus dan adil dapat dilaksanakan tanpa prejudis.
“Peristiwa Memali adalah mangsa daripada salah laku terhadap Islam oleh pemimpin Islam negara pada masa itu.
“Polis dipaksa bertindak terhadap golongan agama yang terpaksa mempertahankan kesucian Islam yang dihina.
“PAS bersedia memberi kerjasama bila-bila masa bagi menghapuskan fitnah yang boleh merosakkan hubungan kalangan umat Islam dan berlaku adil terhadap semua mangsa peristiwa itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Abdul Hadi menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan selain bersependapat dengan kepemimpinan PAS mengenai cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat peristiwa yang berlaku pada 19 November 1985 itu.
Isu Memali timbul kembali dalam pelbagai forum, termasuk membabitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang tidak menjelaskan perkara sebenar pada perhimpunan di Shah Alam pada 13 Ogos lalu.
Tragedi Memali yang berlaku lebih 30 tahun lalu menyaksikan pertempuran antara penduduk kampung diketuai pemimpin PAS, Ibrahim Libya dengan pasukan keselamatan. Ibrahim dikaitkan dengan ajaran sesat dan keganasan tetapi dakwaan itu dinafikan PAS.  
Sementara itu di Macang BERNAMA melaporkan, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan akan memberinya peluang untuk menjelaskan apa yang berlaku pada peristiwa Memali sekiranya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  mengenainya ditubuhkan. Bekas perdana menteri itu berkata beliau bersedia memberi kerjasama kepada RCI itu bagi mendedahkan kebenaran kepada umum.
“Saya alu-alukan adanya RCI Memali kerana pada masa itu, kita boleh dedah apa yang berlaku. Saya sedia (beri kerjasama) dan saya minta diberi peluang untuk menjelaskan apa yang berlaku lebih 30 tahun dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Pelancaran Pakatan Harapan Kelantan, hari ini.
Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 Nov 1985, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan RCI​​ ​​itu bagi ketahui kebenaran, fakta dan sekiranya ia boleh mendatangkan kebaikan.

Sajat Tarian Gelek Lucah? Apa Yang Patut Bahagian Agama Buat..


HALAMAN HIBURAN

LIHAT berita ini..


ADUHH… Makin tertanya-tanya pula tentang status jantina jutawan kosmetik, Nur Sajat Kamarul Zaman ni.

Kejap dulu mengaku pondan, lepastu kata perempuan tulen kemudian tak lama tu mengaku khunsa dengan dua kemaluan. Bukan nak menyibuk, cuma nama Sajat ni memang dah jadi bualan hangat bibir ke bibir kata orang.
Malam tadi pula, kecoh la juga bila ada satu rakaman video yang menunjukkan seorang ‘wanita’ menari lagu hindustan sambil berpakaian ala-ala heroin Hindustan dalam sebuah majlis makan malam.
Mata netizen ni tajam tau. Walaupun video tu kurang jelas sangat, tapi ada juga yang kata bahawa ‘wanita’ yang sedang asyik gelek tu ialah Sajat! ‘Wanita’ itu mengenakan baju berwarna pink yang mendedahkan pinggang dan buah dadanya yang montok.
Rata-rata yang membuat kajian mengesahkan bahawa penari itu memang Sajat sebab sebelum ni Sajat ada menghafal step tarian lagu tersebut dekat akaun Instagramnya. Alamak, betul ke tu Kak Jat?
Apa yang lagi hot ialah bila ‘wanita’ seksi tersebut dengan beraninya menarik seorang lelaki berbaju belang ke atas pentas. Lelaki kalau dah dapat rezeki depan mata, takkan nak tengok je kan? Jadi bila dia duduk saja dekat atas pentas tu, ‘wanita’ itu telah menggodanya dan duduk di atas riba lelaki tersebut!
Lelaki tu pun apa lagi, dipeluknya penari tu. Amboi dia gatal sungguh ya! Betul ke yang awak peluk tu perempuan?
Bukan tu je, apa yang buatkan satu dewan riuh adalah bila penari tu dengan selamba meletakkan tangan lelaki yang sangat bertuah itu di bahagian dadanya dan sipi-sipi nak kena buah dada dia selama beberapa saat.
Malu dibuatnya bila lelaki tu nampak tersipu malu kerana dia telah mendapat hadiah ‘kucupan mesra’ tanda terima kasih yang cukup bermakna buatnya pada malam itu.
Tapi kalau betul tu Sajat, takkan lah dia terima jemputan menari macam tu? Sajat kan high class? Dan mungkin Sajat pun tak akan buat perkara macam tu sebab ianya akan memalukan diri dia sendiri juga. Atau mungkin itu video lama? Entahlah… Tak berani nak cakap lebih-lebih.
Netizen yang komen pun ramai yang cakap kalau perempuan tulen, takkan berani nak menari macam tu dan buat aksi menggoda sampai macam tu sekali. Yelah, rasa malu tu mesti akan ada kan. Tapi entahlah kita sendiri tak tahu identiti penari tersebut.
Namun, sebenarnya ada satu rakaman video tersebut yang dimuat naik dekat Youtube pada tahun 2013 dan video tersebut merupakan video yang kami maksudkan. Jadi, video itu sudah dirakam pada kira-kira empat tahun yang lalu.  Malang sekali bila video tersebut sudah dibuang dari akaun tersebut.
Tapi kami sendiri tak berani nak sahkan sama ada ‘wanita’ tersebut adalah Sajat atau bukan. Jadi, jangan buat apa-apa tuduhan okay. Bak kata Sajat,#JanganMengata. 
Sumberr MYNEWSHUB.CC

Apa yang patut bahagian agama kerajaan Malaysia buat, demi menjaga kesucian di negara umat Islam ini?

Kembalilah Menurut Islam, Seruan Presiden PAS..

As-syahid Ibrahim Libya.
Hasil carian imej untuk peristiwa mamali
Hasil carian imej untuk peristiwa mamali


FIRMAN Allah:
وَلَئِن سَأَلۡتَهُمۡ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُۚ قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَايَٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَهۡزِءُونَ ٦٥ التوبة
  • “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main. Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?” (Surah At-Taubah: 65)
Menurut Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang pada 3 Zulhijjah 1438 / 25 Ogos 2017 (HARAKAHDAILY 25/8/2017), 

"Al-Quran mendedahkan adanya kalangan manusia yang menjadikan Allah S.W.T, ayat-ayat dan para Rasul-Nya sebagai bahan gurauan sama ada bertujuan menghina atau bergurau untuk berjenaka. 

"Islam mengharamkan perbuatan ini kerana boleh merosakkan iman seseorang sekiranya berdegil dan angkuh, melainkan kerana kejahilannya. Ramai kalangan rakyat masih tidak lupa apabila hukum Islam dan Sunnah Rasulullah S.A.W menjadi bahan gelak ketawa pada satu masa dahulu, seperti kata-kata kalau hukum jenayah Islam dilaksanakan menyebabkan ramai orang yang cacat anggota, Rasulullah S.A.W tidak mencukur janggut kerana di zamannya tidak ada pisau pencukur yang berjenama seperti hari ini dan menutup aurat hanyalah adat orang arab yang kuat nafsu di padang pasir.

"Ada yang lebih ekstrem sehingga menolak hadis secara total, walaupun ianya merupakan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W dalam beramal dengan Al-Quran yang dinaskan di dalam kitab suci itu. Bahagian Agama Islam Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan buku bertajuk “Mustika Hadis” dan terkandung satu bab daripadanya menghuraikan perkara tersebut.

"Hanya kalangan agamawan yang membaca dan mengkaji, serta mempertahankannya memahami perkara tersebut walaupun dikeluarkan oleh JPM dan Kata Pengantar daripada Almarhum Tun Abdul Razak. Adapun yang tidak berminat tanpa peduli, tetapi bercakap juga berkenaan Islam, maka berlakulah salah laku terhadap agama Islam yang mulia.
"Ustaz Ibrahim Mahmod adalah lulusan pengajian tinggi jurusan agama dan pernah bertugas di Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, bukan seorang yang jahil. Beliau tokoh agama yang tidak bersedia menjadi syaitan bisu apabila mendengar dan membaca kenyataan menghina dan bersenda gurau terhadap Islam yang tidak harus bagi ulama mendiamkan diri.

"Mengikut ilmu Maqasid Syariah, salah laku terhadap agama lebih besar daripada salah laku kewangan, kerana Islam meletakkan senarai kewajipan menjaga agama adalah yang pertama, seterusnya adalah menjaga nyawa, akal, keturunan, maruah dan yang terakhir menjaga harta. Semuanya disebut Dharuriyyat, yakni keperluan hidup bagi manusia.

Kembalilah!
Kerana itu Presiden PAS menyeru,  apabila berlaku pertelingkahan dalam urusan agama, tugasnya bukan anggota polis. Sepatutnya pasukan agamawan yang dihantar berhujah mencari kebenaran, bukannya polis. Ini berpandukan firman Allah;
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩ النساء.
  • “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (para pemimpin dan ulama) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” (Surah An-Nisa’: 59) 
Sebenarnya, menurut beliau lagi,


.."penjelasan kitab Mustika Hadis secara ekstrem, tanpa membezakan di antara yang jahil dan keadaan masyarakat yang jauh daripada pendidikan Islam, maka pimpinan PAS pada masa itu menugaskan saya menyediakan kajian bertajuk “Batas-batas Iman dan Kufur” bagi menangani ahli PAS supaya tidak terperangkap dalam isu kafir mengkafir dengan mudah, disebabkan banyaknya kenyataan menghina hukum Islam oleh penganut Islam sendiri.
"Peristiwa Memali adalah mangsa daripada salah laku terhadap Islam oleh pemimpin negara pada masa itu. Polis dipaksa bertindak terhadap golongan agama yang terpaksa mempertahankan kesucian Islam yang dihina.
"Peristiwa yang menyebabkan berlakunya kematian dan tuduhan jenayah atau ajaran sesat, perlu disiasat secara adil dan bebas demi mencari kebenaran bukannya menegakkan kebatilan dan melibatkan semua pihak yang masih hidup.
"Perkara agama Islam pula berada di bawah konsep Raja Berperlembagaan, maka sangat wajar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) supaya siasatan yang bebas dan adil dapat dilaksanakan tanpa prejudis." Jelas beliau lagi.
Maka amatlah wajar, PAS kini mengistiharkan 'bersedia memberi kerjasama bila-bila masa bagi menghapuskan fitnah yang boleh merosakkan hubungan kalangan umat Islam dan berlaku adil terhadap semua mangsa peristiwa itu.' Dan sama-sama mengajak  supaya “Sejahtera Bersama Islam”. Al-hamdulillah!  (IH)

Video: Almarhum ustaz fadzil nor - Isu memali di mainkan oleh umno, bukan pas.


(IH)

E-Buku IH-117: Di Persisiran Kepulauan Sumatera.

E-Buku IH-117: Di Persisiran Kepulauan Sumatera.
E-Buku IH-117: Di Persisiran Kepulauan Sumatera.

Si Cantik Jadi Rebutan, Natuna M'sia Punya? -Ibnu Hasyim

Imej yang berkaitan
Gugusan kepulauan ini disengketakan Cina dengan sejumlah negara, terutama Vietnam dan Filiphina, lainnya Malaysia, ...

CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM

SAYA terus telusuri keindahan Nusantara yang tak ada habisnya.. Sampai kepada Pulau Natuna, adalah salah satu pulau milik Indonesia yang indah alam dan kaya sumbernya. Pulau yang sempat terancam dituntut hak miliknya oleh negara kuasa besar Cina ini, memiliki keindahan yang belum banyak tereksplore lagi.


Tidak hanya memiliki keindahan alam atau tubuh badan yang memikat, tetapi juga Pulau Natuna bagaikan 'anak jutawan' yang mengandung kekayaan terpemdam melimpah ruah seperti pasir kuarsa, gas alam, dan minyak bumi. Selain itu wilayah perairan Kepulauan Natuna juga berada pada jalur pelayaran Internasional. 


Kerana itu disebutkan si cantik ini terus jadi rebutan.




keindahan pulau natuna, keindahan alam pulau natuna

Kepulauan Natuna.


Hasil carian imej untuk keindahan natuna



Kabupaten atau Regency Natuna, Provinsi Kepulauan Riau yang terletak di tengah Laut Cina Selatan merupakan sumber konflik kedaulatan Republik Indonesia. Presiden Joko Widodo pernah mengkritik peta Republik Rakyat China yang termasuk wilayah gas alam yang kaya di wilayahnya.

Natuna terdiri daripada tujuh pulau, dengan Ibukota Ranai. Pada tahun 1597, Kepulauan Natuna sebenarnya masuk ke dalam wilayah Kerajaan Pattani dan Kerajaan Johor di Malaysia. Tetapi pada abad ke-19, Kesultanan Riau menjadi penguasa pulau itu di lorong strategik perkapalan antarabangsa.


Setelah kemerdekaan Indonesia, delegasi dari Riau bergabung dengan kedaulatan republik yang berpusat di Republik di Jawa. Pada 18 Mei 1956, Indonesia secara rasmi mendaftarkan kepulauan itu sebagai wilayahnya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


China Juga Menuntut

Hasil carian imej untuk Gugusan kepulauan ini disengketakan Cina dengan sejumlah negara, terutama Vietnam dan Filiphina, lainnya Malaysia, ...

Jurnal Diplomat pada 2 Oktober 2014 telah meramalkan konflik terbuka antara China dan Indonesia akan muncul lambat laun. Penganalisis politik Victor Robert Lee berkata, Natuna pada awal abad ke-20 cukup banyak penduduk China. Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, terutamanya selepas dikawal secara rasmi oleh Indonesia, Melayu dan Jawa menjadi dominan.

Victor mendakwa mempunyai bukti, bahawa terdapat permintaan rasmi warga China di Natuna ke RRC yang dilampirkan pulau itu. "Selepas konfrontasi Malaysia-Indonesia, diikuti oleh sentimen anti-China di rantau ini, bilangan warganegara China di Natuna turun daripada 5,000-6,000 kepada hanya 1,000," tulisnya. 


Muncul selentingan, penduduk China yang masih memegang hubungan dengan Presiden China Deng Xiaoping pada dekad 80-an. "Ada permintaan kepada Deng untuk menyokong China.


Malaysia Juga Mahu? 

Kepulauan Natuna adalah gugusan kepulauan yang berselerakan di tengah-tengah Laut China Selatan yang memisahkan Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Ia terletak lebih kurang 450km di utara pulau Singapura. Pulau terbesar di dalam gugusan kepulauan Natuna adalah Pulau Serindit atau nama lainnya, Pulau Bunguran.


Nama antarabangsa yang diiktiraf bagi Pulau Bunguran ialah ‘Natuna’. Walaupun dikatakan terpencil, Kepulauan Natuna terletak di kawasan laluan utama perdagangan antara Asia Timur dan Asia Barat. Berpusatkan kota Ranai sebagai ibu negerinya, Kepulauan Natuna terdiri daripada 272 buah pulau yang terletak di barat laut Pulau Borneo. 


Mungkin terdapat sebahagian daripada kita yang bertanya; kenapakah kepulauan Natuna yang terletak di tengah-tengah Malaysia, bukan milik Malaysia?


Sehingga tahun 2010, dianggarkan penduduk di Kabupaten Natuna adalah sebanyak 69,003 orang, yang terdiri daripada 35,741 orang lelaki dan 33,262 perempuan. Lebih kurang 85% penduduk di sana 85.27% adalah berketurunan Melayu dan selainnya adalah berketurunan Jawa, Sumatera dan Cina.


Bahasa pertuturan utama adalah Bahasa Melayu dielek negeri Terengganu dan Islam adalah agama utama penduduk di Kabupaten Natuna. Dari satu segi sejarah Kepulauan Natuna tidak dapat dipisahkan dari pengaruh negeri-negeri di Tanah Melayu. Pemerintahan di Natuna dikatakan bermula pada tahun 1597 yang didirikan hasil gabungan penghijrahan kaum bangsawan Patani dan Johor.


Pada sekitar kurun ke-16 iaitu selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis, kerajaan Patani dan Johor muncul sebagai kuasa baru di rantau Tanah Melayu. Kuasa dan pengaruh kesultanan Patani dikatakan lebih tertumpu di kawasan utara merangkumi negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Menara (Narathiwat) dan Jala (Yala) sebelum dijajah Siam pada kurun ke-18.


Manakala Kesultanan Johor pula menguasai kawasan selatan yang terdiri daripada negeri Pahang, sebahagian pantai timur Sumatera dan kepulauan Riau. Susur galur pemerintahan Patani di Natuna bermula apabila salah seorang puteri berketurunan pemerintah asal Natuna bernama Puteri Wan Seri Bulan yang telah berkahwin dengan Datuk Bendahara Lingkai al-Fathani, seorang kerabat diRaja Patani.


Zuriat dari pasangan ini telah menjadi Datuk Kaya yang memegang teraju pemerintahan Natuna. Selain dari itu, antara pemerintah yang terkenal ialah Wan Muhammad al-Fathani yang berketurunan Orang Kaya Aling. Baginda, yang juga digelar Orang Kaya Perdana Mahkota telah berhubung dengan pihak Inggeris pada tahun 1848.






Perhubungan berlaku apabila Penguasa Tentera Inggeris bagi negeri-negeri Selat di Tanah Melayu, Leftenan Kolonel Butterworth menghadiahkan sebuah meriam tembaga atas jasa baginda memberi bantuan kepada sebuah kapal mi Inggeris yang pecah di sekitar pulau Natuna pada 25 Januari 1848. Ini jelas menunjukkan bahawa kepulauan tersebut mempunyai hubungan yang lebih erat dengan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu. Apa lagi jika dibandingkan dengan kerajaan-kerajaan dari kepulauan Indonesia ataupun pihak penjajah Belanda yang berpusat di Batavia atau Jakarta. 


Kepulauan Melayu atau Nusantara adalah gugusan kepulauan yang terbesar di dunia dan Pulau Natuna terletak di kawasan ini. Sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi, iaitu bermula dari kurun ke-7 Masihi, kerajaan-kerajaan Melayu sangat aktif dalam bidang perdagangan. Kota-kota Melayu menjadi pusat pelabuhan penting adalah seperti Palembang, Melaka, Kotaraja atau Aceh, Patani dan Brunei. 


Namun, kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu dan kekayaan sumber-sumber alam kepulauan Melayu ini telah mengundang minat penjajah Barat untuk datang menguasai rantau ini..  Kerajaan Melaka adalah kerajaan yang pertama jatuh ke tangan penguasa Portugis pada tahun 1511. Melaka kemudiannya dikuasai oleh Belanda pada tahun 1641 sementara Bengkulu, yang terletak di Pulau Sumatera, dikuasai Inggeris pada tahun 1685. 


Perlumbaan dalam mengembangkan kuasa dan pengaruh British dan Belanda di Kepulauan Melayu telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara kedua-dua kuasa penjajah tersebut. Bagi menamatkan bibit-bibit konflik dan mengekalkan hubungan baik British-Belanda, Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 (Perjanjian 1824) telah dimetarai. Perjanjian ini telah membahagikan ‘Dunia Melayu’ di mana kedua kuasa tersebut secara sewenang-wenangnya melakarkan ‘peta kekuasaan’ masing-masing. 


Penyamun atau perampas tanah membuat perjanjian membahagikan rampasan mereka. Artikel 10 Perjanjian ini berbunyi ‘Kota Melaka diserahkan kepada Raja Inggeris, manakala Raja Belanda dan rakyatnya tidak akan menubuhkan sebarang penempatan di Singapura dan Semenanjung Melaka (Semenanjung Melayu)’. Begitu bunyinya. Artikel 9 Perjanjian 1824 mengiktiraf pengaruh Belanda di Pulau Sumatera dan pulau-pulau di selatan pulau Singapura. 


Dengan termeterainya perjanjian ini, pihak British tidak akan membuka penempatan di pulau-pulau di selatan Singapura dan Belanda juga tidak akan membuka penempatan di Semenanjung Melayu. Perjanjian 1824 ini telah menjarah sempadan di kepulauan Melayu dan kesannya kekal sehingga ke hari ini.


Natuna Di Mana?


Secara umum, boleh dikatakan bahawa Perjanjian 1824 tidak meletakkan kepulauan Natuna dengan jelas sama ada di bawah pengaruh Inggeris atau Belanda. Tetapi, Perjanjian 1824 ada mengatakan yang Belanda tidak akan menubuhkan penempatan di utara pulau Singapura dan Semenanjung Melayu yang diiktiraf sebagai wilayah British. Wilayah Belanda adalah di pulau Sumatera dan pulau-pulau di selatan pulau Singapura. 


Dari sudut geografi, Kepulauan Natuna bukanlah gugusan kepulauan yang terletak di selatan pulau Singapura. Kepulauan Natuna telah dimasukkan sebagai salah sebuah wilayah di dalam Republik Indonesia berdasarkan Surat Keputusan Delegasi Republik Indonesia, Provinsi Sumatera Tengah bertarikh 18 Mei 1956. Kabupaten Natuna telah ditubuhkan di dalam Provinsi Kepulauan Riau berdasarkan Undang-undang No. 53 Tahun 1999 yang telah dikuatkuasakan pada 12 Oktober 1999.


Namun, jika dilihat pada peta Asia Tenggara, jelas menunjukkan bahawa Kepuluan Natuna secara semulajadinya terletak sejajar dengan lokasi negeri Terengganu, sekiranya garis lurus dilukis dari pesisir negeri berkenaan ke arah timur. Sempadan Indonesia jelas melengkung ke atas dan bukanlah dalam satu garisan yang lurus.


Kepulauan Natuna menjadi salah satu aset utama dalam menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara kepulauan terbesar di dunia. Dalam melukis garis kepulauan bagi membentuk perairan kepulauan, satu garis melengkung telah dilukis dari Pulau Bintan ke arah utara menyambung Kepulauan Anambas dan seterusnya Kepulauan Natuna sebelum garis ini melengkung ke bawah untuk bersambung dengan provinsi Kalimantan Barat.


Jadi, Natuna tidak banyak kaitan dengan Indonesia. Kepulauan Natuna berbeza dengan tanah jajahan Belanda yang lain di Indonesia seperti Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Nusa Tenggara, Makassar dan Papua. Wilayah-wilayah ini yang menjadi milik Indonesia yang mewarisinya daripada bekas penjajahnya, Belanda apabila Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945.


Konsep yang wujud di dalam undang-undang antarabangsa ini dipanggil utti possideti juris. Semasa Perjanjian 1824 dibuat, kepulauan Natuna masih lagi di bawah pengaruh kesultanan Melayu menerusi pemerintahan Baginda Wan Muhammad al-Fathani. Juga, Perjanjian 1824 tidak secara jelas meletakkan kepulauan Natuna di bawah pengaruh Belanda. Malah, sekiranya Perjanjian 1824 diteliti, Belanda tidak berhak membuka penempatan di mana-mana kawasan di utara pulau Singapura yang jelas berada di dalam kawasan pengaruh British.


Secara logiknya, memandangkan kepulauan Natuna masih berada di dalam wilayah lingkup kerajaan Johor saat Perjanjian 1824 ditandantangani, ianya patut berada di bawah pengaruh British, yang menjadi penaung bagi kesultanan Johor pada ketika itu. Oleh itu, mungkin timbul hujah yang mengatakan kepulauan Natuna sepatutnya berada bersama Malaysia apabila kesultanan Johor merdeka di dalam Persekutuan Malaya pada tahun 1957 menerusi konsep utti possideti juris.


Natuna Terlepas Dari Malaysia


Indonesia secara rasmi memasukkan kepulauan Natuna sebagai wilayahnya pada tahun 1956, setahun sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan dan 6 tahun sebelum berlakunya Konfrontasi Malaysia dengan Indonesia. Tanah Melayu pada ketika itu masih lagi diperintah British dan belum lagi menjadi sebuah negara berdaulat bagi menuntut ketuanan ke atas kepulauan Natuna. 


Walaupun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan menjadi Malaysia pada tahun 1963, Konfrontasi Malaysia-Indonesia yang berlaku pada tahun 1962-1966 berkemungkinan telah mengalih pandangan pemerintah Malaysia pada ketika itu yang lebih menumpukan untuk menamatkan konflik dengan Indonesia.


Manakala Indonesia pula memerlukan kepulauan Natuna supaya garis kepulauan dapat dilukis menghubungkan pulau-pulau di dalam Indonesia bagi mencipta sebuah lingkungan laut kepulauan bagi memenuhi hasratnya menjadi sebuah negara kepulauan (Archipelagic State) berdasarkan undang-undang laut antarabangsa.


Makanya, besar kemungkinan, atas dasar ingin menamatkan konfrantasi dan berbaik-baik dengan jiran serumpun, isu tuntutan kedaulatan ke atas kepulauan Natuna mungkin tidak menjadi keutamaan pemerintah Malaysia pada ketika itu. Sehingga kini, Malaysia mengiktiraf kedudukan kepulauan Natuna sebagai sebuah wilayah dalam negara kepulauan republik Indonesia.


Di bawah konsep undang-undang antarabangsa, sesebuah wilayah itu boleh diperolehi oleh sesebuah kerajaan atau kuasa pemerintah melalui empat cara iaitu perluasan wilayah melalui cara semulajadi (accretion), penyerahan wilayah (cession), penjajahan, dan effective occupation ataupun prescription.


Prescription merujuk kepada tindakan sebuah negara yang mezahirkan kedaulatan dengan cara mengamalkan penguasaan ke atas wilayah tertentu tanpa dibantah oleh negara-negara lain. Berdasarkan fakta ini, boleh dikatakan bahawa Indonesia telah menguasai Pulau Natuna selama 56 tahun tanpa bantahan dari Malaysia sejak tahun 1956.


Oleh yang demikian, adalah sukar untuk ketika ini bagi Malaysia menuntut hak kedaulatan ke atas kepulauan Natuna walaupun berdasarkan fakta geografi dan sejarah, kepulauan Natuna memang mempunyai pertalian yang kuat dengan negeri-negeri di Semenanjung Melayu.


Fakta-fakta sejarah di atas jelas menunjukkan kepulauan Natuna mempunyai perkaitan yang lebih jelas dan kukuh dengan negeri-negeri Tanah Melayu berbanding kerajaan-kerajaan awal di kepulauan Indonesia. Tetapi, tiada tuntutan konsisten pernah dilakukan oleh Malaysia dan kependudukan Indonesia di kepulauan Natuna tidak pernah dibantah oleh Malaysia.


Kedaulatan Indonesia ke atasnya telah mencipta ruang lingkup wilayah Indonesia yang membelah Malaysia kepada dua bahagian. Sehingga kini, kepulauan Natuna kekal sebagai sebuah wilayah Indonesia walaupun yang secara geografinya, kedudukan kepulauan tersebut lebih sejajar dengan kedudukan Malaysia.


Mungkin Malaysia terlalu baik, membiarkan Natuna di ambil orang tidak dituntut. Bahkan sanggup berputih mata melihat Pulau Batu Putih dirampas Singapura, padahal dari sudut sejarah Singapura itu sendiri milik Persekutuan Tanah Melayu.


Itulah Natuna, walaupun cantik tetapi sudah menjadi milik orang.. kata rakyat Malaysia.


Video: RAGAM INDONESIA - NATUNA PERMATA DI UJUNG UTARA INDONESIA 



Video: Keindahan Islam di Pulau Natuna

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails