Saturday, September 02, 2017

Rohinya Dizalimi. Apa Yang Patut Anda Buat? Lihat Ini..


KEZALIMAN, kekejaman serta pembantaian yang menimpa Muslim Rohingya di Myanmar sudah sekian lama berlarutan sehingga ke hari ini. Anak-anak kecil tidak berpakaian dan kelaparan. 
Manakala golongan ibu hanya ada sehelai sepinggang sahaja. Keadaan mereka amat menyedihkan. Bukan itu sahaja, malah pelbagai kezaliman yang lebih dasyat lagi diperlakukan ke atas mereka.
Siapa lagi kalau bukan kita saudara seagama mereka yang dapat membantu mereka. Justeru itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru saudara saudari, Tuan Puan yang dermawan bersama-sama menjayakan Misi Kebajikan dan Kemanusiaan serta 'Tabung Kecemasan Rohingya' . 
Hulurkanlah walaupun sedikit demi Umat Islam.
Allah SWT berfirman:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ
  • Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” ~Surah al-Maidah: 2

Nabi SAW juga bersabda dalam satu riwayat yang dhaif jiddan:

مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ المُسْلِمِينَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ
  • Maksudnya: “Sesiapa yang tidak mengambil tahu urusan orang Muslim, maka bukan dari kalangan mereka.” ~Riwayat al-Tabarani (7/270)
💰 Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Dewan Muslimat PAS Pusat :

🐯 MAYBANK: 5640 2540 0711
📱 SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:
Dr. 'Uyun : 019 - 357 7502*Puan Zurina : 014 - 306 9141

Saudari Zuriati : 019 - 204 9434

Saudari Oyeen : 019 - 590 2381

Nabi SAW bersabda:
اتَّقوا النَّارَ ولو بشقِّ تمرةٍ
  • Maksudnya: “Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” Riwayat al-Bukhari (6540)
Jazakumullah khairan katheera.
FB : https://www.facebook.com/LKKDMPM/
#KamiPrihatin

#SkuadPrihatinDewanMuslimatPAS

#SejahteraBersamaIslam

(IH)

Bangladesh, Sila Buka Sempadan, Turki Sedia Bayar! M'sia?


Turki

GLOBAL 2 SEPT: Turki menggesa Bangladesh membuka pintu sempadannya bagi umat Islam Rohingya yang melarikan diri dari keganasan di negara barat Rakhine Myanmar.

Agensi Berita Turki ANADOLU AGENCY melaporkan Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, Turki sedia membayar perbelanjaan. Beliau berkata demikian semasa acara perayaan Parti AK Eid al-Adha di wilayah Mediterranean Antalya.



“Kami juga menggerakkan Pertubuhan Kerjasama Islam dan kami akan mengadakan sidang kemuncak mengenai Arakan [negeri Rakhine] tahun ini.
“Kita perlu mencari penyelesaian yang menentukan untuk masalah ini,” kata Cavusoglu.

Beliau berkata tidak ada negara Islam lain daripada Turki yang menunjukkan kepekaan terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di negeri Rakhine. 

Cavusoglu juga bercakap di telefon dengan bekas Setiausaha Agung PBB dan ketua Suruhanjaya Penasihat di Rakhine State Kofi Annan pada hari Jumaat, menurut sumber diplomatik yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana sekatan terhadap media.

Keganasan meletus di negara Rakhine Myanmar pada 25 Ogos ketika pasukan keselamatan negara melancarkan operasi terhadap komuniti Rohingya Muslim. Ia mencetuskan kemasukan pelarian baru ke negara jiran Bangladesh, walaupun negara itu menutup sempadannya kepada pelarian.

Dilaporkan kira-kira lebih 40,000 masyarakat Rohingya terpaksa melarikan diri dan kira-kira 400 terkorban dalam konflik terbaru itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim "..tidak ada negara Islam lain daripada Turki yang menunjukkan kepekaan terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di negeri Rakhine..." Benarkah kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu itu? 

Mana suara lantang menteri-menteri negara umat Islam lain di dunia, yang kokoknya berderai-derai termasuk Malaysia? Kokoknya saja berderai-derai tapi ekornya bergelumang najis..


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

Walau Pusingan Azmin, Namun Lihat Amaran Anwar Ini...


Imej yang berkaitan
Oleh Anwar Ibrahim

SAYA telah meneliti kenyataan sdr Rafizi Ramli, Naib Presiden dan ahli-ahli yang melahirkan keresahan kerana corak cadangan kerjasama KEADILAN dengan PAS yang dianggap samar dan berlarutan tanpa dimuktamadkan.

Keadaan sedemikian dianggap mengelirukan dan dikhuatiri akan menjejaskan muafakat Pakatan Harapan. Pimpinan Pakatan Harapan juga telah menjelaskan pendirian menolak kerjasama dengan PAS.

Pimpinan KEADILAN bergerak atas prinsip musyawarah dan harus menangani kegelisahan yang disuarakan dan sentimen umat dengan penuh hikmah.

Namun saya perlu menjelaskan bahawa komitmen KEADILAN teguh dan kukuh bersama Pakatan Harapan sepertimana yang dizahirkan sdri Azizah sejak awal lagi.

Apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru. Pertimbangannya adalah menggembeleng seluruh kekuatan dalam menghadapi UMNO-BN dalam PRU 14.

Garis yang ditetapkan dengan jelas adalah kerjasama tersebut, seandainya berlaku, tetap dalam kerangka komitmen KEADILAN dengan Pakatan Harapan

Sdr Azmin yang diminta menerajui inisiatif ini sedar bahawa yang disarankan adalah strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja. Wajar ditegaskan semula bahawa ikhtiar KEADILAN adalah bagi menjernihkan suasana dan merangkul kekuatan rakyat.

Pertemuan sdri Azizah (Presiden) dan sdr Azmin (Timbalan) dengan Tuan Guru Hj Hadi juga telah mengundang pelbagai reaksi. Saya alu-alukannya dengan maksud menziarah sahabat lama dan bersilaturrahim sambil menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas pemulihan kesihatan beliau.

Hj Hadi juga menerima kami dengan semangat kekeluargaan yang baik. Malangnya, terdapat kecaman dan serangan kasar dari beberapa pimpinan PAS terhadap KEADILAN.

Nasihat saya kepada pimpinan adalah untuk mengenepikannya kerana tumpuan kita adalah terhadap kerakusan dan rasuah pemerintahan UMNO-BN. Saya tidak menghalang sebarang penjelasan dari pimpinan untuk meluruskan kekeliruan yang timbul, termasuk dalam isu RUU 355.

Menyingkap pengalaman saya berbincang dengan pimpinan PAS dan DAP secara berasingan sebelum pembentukan Pakatan Rakyat, perlu diperjelas bahawa ia didasarkan kepada beberapa prinsip yang dipersetujui bersama. Kerumitan dirungkai, walaupun pada peringkat awal dilakukan secara berasingan.

Saya akui keadaan sekarang lebih rumit dan mencabar, kerana PAS telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan. Akan tetapi, hampir dua tahun lalu saya menyarankan KEADILAN tidak semestinya memutuskan hubungan dengan PAS selagi ada kesediaan di pihak PAS untuk meneruskan perbincangan.

Secara konsisten saya telah suarakan pendirian tersebut kepada pimpinan KEADILAN, DAP, BERSATU dan AMANAH. Pimpinan berhak membuat penilaian dari masa ke semasa. Maka saya tidak dapat meremehkan kerisauan yang disuarakan oleh rakan-rakan.

Pertama, kerana timbul persepsi kemungkinan kerjasama PAS dan UMNO, tetapi ura-ura tersebut telah dibantah keras oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Tuan Ibrahim.
Kedua, tempoh yang lama dan berlarutan dianggap akan menjejaskan ikhtiar parti dalam mengemaskini jentera pilihanraya; malah berisiko tinggi seandainya terdapat kejutan!

Ini dapat dihindari seandainya seluruh pimpinan dan jentera KEADILAN bergerak pantas sebagai satu pasukan padu, menyemarakkan gema Reformasi dan agenda perjuangan rakyat, kebebasan dan keperitan hidup mereka.

Kita tidak pernah berganjak dari tekad menentang kezaliman, perkauman dan rasuah. Secara peribadi, memahami semangat demokrasi KEADILAN, saya tidak keberatan jika ingin dikendali Kongres Khas.


Kemusykilan saya adalah keperluannya memandangkan tiada perubahan dasar yang berlaku. Malah dengan kemungkinan PRU 14 diadakan dalam tempoh terdekat, segala keputusan perlu dimuktamadkan segera.

Dengan penjelasan ini, saya mohon pertimbangan dan kerjasama rakan-rakan untuk memberikan sedikit ruang kepada Presiden dan pimpinan untuk memberi penjelasan dan menentukan dasar dan arah selanjutnya selaras dengan pendirian KEADILAN dan muafakat Pakatan Harapan.

Semua tindakan seterusnya harus diadakan menurut saluran parti. Salam Reformasi!

Anwar Ibrahim
2 September 2017

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Walaupun sebelum ini dikatakan pusingan untuk Azmin (lihat Kini Pusingan Untuk Azmin Pula, Rafizi Akan Dising...
tetapi teliti dulu kenyataan ini. Semoga kita akan beroleh pencerahan.

Sarawak Report Gagal Buktikan Najib Bayar Abd Hadi RM90J?




The Third Force – Clare Rewcastle Brown aka Sarawak Report gagal memfailkan pembelaan untuk membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membayar Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebanyak RM90 juta di United Kingdom ( UK ) pada jam 4.00 petang semalam, 30hb Ogos 2017. Beliau memohon kepada Mahkamah untuk tempoh lanjutan masa tetapi Hakim menolak permohonan beliau. Oleh itu, kes tersebut akan di teruskan pada Oktober 2017.
Pada jam 4.00 petang, masa United Kingdom (UK), Ketua Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, gagal mengemukan bukti kepada Mahkamah di London bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menyogok Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebanyak RM90 juta. Kegagalan beliau untuk berbuat demikian melanggar perintah Mahkamah bertarikh 2 Ogos 2017 (lihat di bawah) yang memerlukan beliau untuk memfailkan serta mengemukan pembelaan beliau mengikut tarikh yang ditetapkan.
Imbasan secara ringkasnya, Clare telah disaman di atas artikel terbitan Editorial Sarawak Report yang mendakwa bahawa Najib menyogok Hadi sebanyak RM90 juta untuk mendapatkan faedah politik. Presiden PAS meminta peguam beliau di United Kingdom (UK) untuk menghantar surat kepada Claire sebanyak 3 kali menuntut permohonan maaf ke atas tuduhan palsu tersebut namun tiada satu pun jawapan di terima.
Ia tidak di jawab kerana Clare sememangnya tidak mahu berkerjasama dan tiada bukti yang kukuh di atas tuduhan beliau, mengabaikan surat – surat tersebut dan memberitahu Hakim bahawa dia menerima berpuluh-puluh surat seperti itu, namun tiada yang berakhir dalam gelanggang Mahkamah. Awal hari ini, dia memohon kepada Hakim untuk memberikan lanjutan untuk mengemukakan kes beliau terhadap Hadi tetapi ia ditolak.
Walaupun mempunyai masa yang mencukupi sejak setahun lalu untuk mengumpul bukti-bukti terhadap tuduhan beliau, Clare gagal untuk mengemukannya walau sedikit, bermakna segala dokumen yang di dakwa di miliki olehnya yang mengandungi pelbagai salah laku Najib adalah palsu semata-mata. Hakim mungkin tahu bahawa, maksud saya, jika memang dokumen tersebut tulen, mengapa beliau begitu keberatan untuk mengemukannya? Tidakkah dengan mengemukakan ‘bukti-bukti’ akan meyakinkan Hakim bahawa Najib adalah seorang yang tidak mulia yang mampu merasuah seseorang seperti Hadi ?
Kegagalan beliau untuk berbuat demikian sebenarnya menunjukkan bahawa dia mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokrasi bagi sebuah negara yang berdaulat. Dan sekarang, apabila arus berlawanan dengan kehendaknya, dia cuba untuk mengheret perbicaraan melepasi pilihanraya umum ke-14 dengan memohon lanjutan daripada Hakim. Tetapi Hakim dengan lebih atau kurang memberitahu beliau segalanya sudah berlalu.
Hasilnya, Ketua Pengarang Sarawak Report kini perlu kembali ke Mahkamah pada bulan Oktober, di mana berkemungkinan peguam beliau akan membuat satu lagi percubaan untuk memohon lanjutan. Walau bagaimanapun, pemkembangan ini dijangka akan mencetuskan kegusaran di dalam pakatan pembangkang Malaysia yang diketuai Mahathir yang bersungguh-sungguh menghancurkan Najib berdasarkan artikel-artikel beliau.
Tanggungjawab sekarang terletak kepada Mahathir untuk menjelaskan mengapa Clare gagal mengemukan bukti kukuh sebagai asas untuk serangannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Ketakutan terbesar Mahathir adalah bahawa rakyat Malaysia akan mula melihat kejahatan sebenar beliau dan mempersoalkan jika benar dia memang membayar Clare untuk memburuk-burukkan nama Najib.
Tetapi itulah yang saya telah telah katakan selama ini.
Sebenarnya, sumber-sumber pemberi maklumat dari Amerika Syarikat (AS) telah mengesahkan kepada saya bahawa Mahathir sememangnya menyalurkan jutaan ringgit untuk Clare dalam usaha untuk menjatuhkan Najib melalui “Democratic Thievery” . Bukan sahaja Ketua Pengarang Sarawak Report perlu menafikannya, beliau juga perlu menafikan artikel di mana saya mengatakan beliau berkonspirasi mensabotaj 1MDB dan menghasut Kerajaan China agar berpaling arah terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Adakah saya tidak pernah memberitahu anda bahawa wanita ini sebenarnya terlalu jijik dan kotor?
(aidcnews)

Noorkumalasari & Anita Sarawak: Antara Dedah & Sembunyi.. Aidiladha.


TERPISAH. Noorkumalasari dan adik-beradiknya yang lain telah terpisah dengan Anita Sarawak sejak penghibur itu menghilangkan diri lima tahun lalu.


HALAMAN HIBURAN


Dengan hanya secalit solekan tipis dan penampilan berjubah rona gelap yang sering membalut dirinya sejak meninggalkan pentas seni, aura seorang wanita bernama Noor Kumalasari Mohamed Taib masih boleh dirasai dengan kuat. Ironi, wanita yang kini berusia 61 tahun itu masih cantik. Merupakan bintang filem dan penyanyi popular tahun 80-an itu telah lama mendiamkan diri, malah kerap menolak pelawaan untuk muncul dalam media massa jika tidak punya sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan, Noor tetap menjadi sasaran media.
Itu hakikat yang tidak boleh ditolak Noorkumalasari atau mesra disapa Noor adalah beliau tetap ‘memancing’ perhatian media setiap kali muncul dalam acara hiburan. Justeru, sewaktu beliau hadir pada majlis ulang tahun majalah Wanita yang ke-48 baru-baru ini, Noor didekati. Topik utama yang ditanya adalah tentang kehilangan kakaknya, yang juga diva tersohor negara, Anita Sarawak. Akui Noor, tempoh lima tahun menanggung rindu terhadap Anita yang membawa diri ke Amerika Syarikat (AS), cukup mengubat lukanya apabila mendapat berita bahawa Anita kini berada dalam keadaan yang baik. Khabar gembira itu diperoleh pada Aidilfitri lalu.
Dedah pelantun lagu Mata itu kepada Kosmo!, beliau mendapat panggilan telefon dengan kod AS yang diyakini daripada kakak kesayangannya itu, namun tidak sempat untuk mengangkatnya. Pun begitu, Anita sempat berhubung dengan adik-beradik yang lain dan itu cukup memberikan kelegaan dalam benak hatinya.
“Sudah lima tahun dia membawa diri. Memang saya rindu sangat terhadapnya. Beliau bukan sahaja kakak, malah seorang sahabat dalam industri. Apa yang boleh saya kongsikan, beliau berada dalam keadaan yang baik dan tidak lagi menyanyi.
“Itu yang adik-beradik lain beritahu kepada saya. Kalau saya yang angkat panggilan telefon, memang banyak soalan yang akan ditujukan kepadanya, lantas membuatkan beliau terus lari daripada kami,” ujar Noor membuka bicara.
 SELESA,Pada usia 61 tahun, Noorkumalasari tidak lagi merindui dunia glamor.

Profesional

Melanjutkan bicara tentang diva kesayangan ramai itu, kata Noor, Anita kerap berpindah-randah disebabkan urusan perniagaan hartanah dengan suaminya, Mohammad Mahathir Abdullah.

“Adik saya yang menetap di AS pun sudah banyak kali cuba untuk menjejakinya namun tidak berjaya,” luahnya lagi yang mengaku cuba menghubungi semula talian AS yang menelefonnya namun gagal.

Noor bagaimanapun memberitahu beliau menghormati keputusan pelantun lagu Akhirnya Kini Pasti itu namun baginya, sudah sampai waktunya Anita bersikap profesional dan berhenti menghukum dirinya serta jutaan peminatnya di sini.

“Saya memang tidak bersetuju dengan keputusannya terus menghilang begitu sahaja. Beliau perlu sedar bahawa banyak peminatnya di sini menantikannya. Namanya tinggi dijulang disebabkan peminat dan beliau bikin berjuta-juta duit pun disebabkan peminat.

“Beliau tahu saya banyak berhubung dengan wartawan dan mungkin disebabkan hal itu, beliau tidak mahu bercakap dengan saya. Beliau perlu tahu, ramai orang prihatin dan sayangkan dirinya. Menghilang begitu sahaja membuatkan orang tergantung bagi saya sangat tidak profesional,” getus Noor.

Ditebak persoalan mengatakan Anita kini sudah bertudung dan tidak lagi hidup bersama sebagai suami isteri dengan Mahathir, Noor pantas menafikan hal tersebut.

“Adik-beradik saya yang lain memberitahu mereka masih lagi bersama dan sibuk membangunkan perniagaan di AS. Biarlah apa orang ingin kata kerana yang penting, beliau bahagia dengan pilihan hidupnya sendiri,” kata Noor yang mengakui terluka dengan tindakan Anita yang menghilangkan diri sejak tahun 2014.
Noorkumalasari: Kembali sebagai pelaku seni?
Perbualan terhenti sejenak dan perihal peribadi dirinya mula dirungkai. Tentulah soalan yang paling popular buat bekas aktres itu adalah mengenai tindakannya meninggalkan lapangan hiburan. Adakah tidak terdetik sekelumit rindu dalam hatinya untuk kembali sebagai pelaku seni.
Tanpa berselindung, akui Noor tiada lagi kerinduan untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan, sementelah kehidupannya sekarang lebih tertumpu kepada urusan ukhrawi, keluarga dan tujuh ekor kucing.
“Pada usia sekarang, banyak urusan saya dihabiskan di rumah dan di masjid. Saya tidak rindu berlakon, menyanyi mahupun memperagakan busana kerana sudah cukup puas ketika aktif melakukan perkara tersebut ketika muda.
“Anak-anak saya semua sudah besar. Paling muda pun sudah tamat belajar di kolej. Banyak masa terluang saya habiskan bersama enam orang cucu serta tujuh ekor kucing di rumah,” terangnya yang kali terakhir terlibat dalam bidang lakonan menerusi telefilem berjudul Pintu No. 9 terbitan Astro.

Pakaian ketat/menampakkan tubuh badan.
Sengaja diusik tentang selera fesyennya, Noor yang pernah digelar sebagai ikon fesyen suatu ketika dahulu, mempunyai alasan tersendiri mengapa beliau kini dilihat selesa dan sering tampil mengenakan pakaian berona gelap atau hitam.
“Saya bukan berfesyen ingin meniru gaya pakaian orang Arab. Saya selesa dengan warna hitam dan pada usia sekarang, saya tidak selesa mengenakan busana berona warna-warni. Bagi saya, hitam atau gelap itu klasik.
“Selain itu, saya lebih gemar menggayakan jubah kerana mudah untuk mengambil wuduk.
“Tidak manis kalau usia saya sekarang yang sudah menjangkau 61 tahun, saya masih lagi ingin memakai pakaian ketat-ketat atau menampakkan tubuh badan,” jelas Noor yang popular menerusi filem Adik Manja, Menanti Hari Esok dan Esok Untuk Siapa.
Aidiladha
Diminta mengulas tentang sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, beliau berkata, ia berjalan seperti biasa bersama keluarga.
“Berbeza waktu arwah ibu (Umi Kalthum) masih ada dahulu, kalau datangnya hari raya haji, dia akan menyediakan laksa ikan. Oleh kerana saya tidak makan laksa ikan, jadi dia akan sediakan laksa udang untuk saya.
“Sekarang kita sambut dengan keluarga yang masih ada. Raya haji tahun ini, kakak sulung, Noraini Jaafar, 67, dan adik paling muda, Norjumaatun Mohd. Taib, 56, berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji,” ujarnya.
Selepas pemergian ibunda tercinta, Allahyarham Datin Umi Kalthum pada 24 Julai 2013, Noor sangat merindukan ibunya dan menyesal kerana pada hayatnya, banyak masa terbuang begitu sahaja.
“Sekarang saya betul-betul merindui arwah. Nasihat saya, selagi ada ibu, kasihi dan hargai mereka sementara mereka masih lagi bernafas.

“Kalau sudah tiada nanti, kita sendiri akan menyesal tidak sudah menyedari banyak perkara yang sepatutnya dilakukan semasa mereka masih ada tidak dapat dilakukan. Hanya doa dan ingatan yang mampu saya berikan kepadanya. Insya-Allah,” kata Noor menggulung perbualan. (Diangkat dari Kosmo!)



Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

400 Terkorban. Keganasan Dahsyat Melanda Penduduk Islam Myanmar.


PENDUDUK setempat melihat mayat wanita dan kanak-kanak etnik Rohingya yang terdampar selepas bot mereka terbalik di Teknak, Bangladesh kelmarin.- AP


COX’S BAZAR, Bang­ladesh – Hampir 400 orang mati dalam pertempuran di negeri Rakhine, barat laut Myanmar sejak seminggu lalu, demikian menurut angka rasmi terbaharu, menjadikannya keganasan paling dahsyat melanda penduduk minoriti Islam di Myanmar dalam tempoh beberapa dekad.
Sumber Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kira-kira 38,000 penduduk Rohingya menyeberang masuk ke Bangladesh dari Myanmar, seminggu selepas pemberontak Rohingya menyerang lebih 30 pos polis dan sebuah pangkalan tentera di Rakhine.
Kejadian itu mencetuskan pertempuran dan serangan balas tentera Myanmar.
“Sehingga kelmarin, seramai 38,000 penduduk Rohingya telah masuk ke Bangladesh,” kata jurucakap PBB semalam.
Terdahulu, tentera Myanmar berkata, pihaknya melancarkan operasi pembersihan terhadap ‘pengganas ekstrem’, manakala pasukan keselamatan diarah melindungi orang awam.
Menurut tentera, pertempuran di Rakhine telah mengorbankan kira-kira 370 pemberontak Rohingya, 13 anggota keselamatan, dua pegawai kerajaan dan 14 orang awam.
Namun, penduduk Islam Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh berkata, tentera Myanmar telah membakar kediaman dan melakukan pembunuhan untuk memaksa mereka keluar.
Akhbar tempatan, Global New Light of Myanmar melaporkan bahawa lebih 150 pemberontak Rohingya me­lakukan serangan terbaharu terhadap pasukan keselamatan kelmarin dekat sebuah perkampu­ngan komuniti Hindu. Sebanyak 700 keluarga penganut Hindu telah dipindahkan.
“Empat pengganas turut ditangkap termasuk seorang budak lelaki Ro­hingya berumur 13 tahun,” kata akhbar tersebut. – Reuters

Lebih 20 Pelarian Rohingya Lemas.


 AFP - SEORANG lelaki Bangladesh menyentuh mayat kanak-kanak Rohingya yang ditemui terdampar semalam selepas sebuah bot karam di Sungai Naf.
COX’S BAZAR, Bangladesh – Pasukan pengawal pantai di Bangladesh menemui 17 mayat pelarian Rohingya semalam, kebanyakannya kanak-kanak yang lemas apabila bot mereka terbalik semasa melarikan diri daripada keganasan di Myanmar.
Pertempuran antara pemberontak Rohingya dan pasukan keselamatan di negeri Rakhine memaksa sekurang-kurangnya 18,500 penduduk Rohingya mencari perlindungan di Bangladesh.
Pegawai-pegawai di Bangladesh berkata, semakin ramai penduduk Rohingya cuba menyeberangi Sungai Naf, sempadan semula jadi yang memisahkan Myanmar dan Bangladesh dengan menaiki bot-bot usang.
Namun, ramai antara mereka turut menemui ajal kerana bot yang digunakan tidak mampu bertahan semasa arus deras.
Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) berkata kelmarin bahawa sekurang-kurangnya 18,500 etnik Rohingya menyeberang ke Bangladesh sejak keganasan di negeri Rakhine tercetus enam hari sebelumnya.
Namun, kata IOM lagi, sebahagian pelarian itu tidak sampai ke Bangladesh.
Kelmarin, dua mayat wanita Rohingya dan dua kanak-kanak terdampar di Bangladesh selepas bot mereka terbalik.
Seorang pegawai tempatan, Nurul Amin Rohingya berkata, sebuah lagi bot pelarian Rohingya terbalik dan mengorbankan 17 mangsa.
“Kami menemui 17 mayat yang terdampar pada pagi ini (semalam),” katanya.
Sungai Naf yang memisahkan kedua-dua negara merupakan kawasan yang sempit, namun semakin ramai pelarian Rohingya cuba menyeberangi bahagian sungai yang lebih luas atau menyeberangi laut untuk masuk ke Bangladesh selepas Dhaka mengetatkan kawalan di sempadannya.
Bangladesh menempatkan seramai 400,000 orang Rohingya. Kebanyakan mereka tinggal di kem-kem serba daif dan padat di kawasan pantai dekat Cox’s Bazar. – AFP

Friday, September 01, 2017

Kes Serpihan MH370: Konsul Kehormat M'sia Dibunuh..


Blaine GibsonPETALING JAYA: Seorang pemburu bangkai MH370 mendakwa konsul kehormat Malaysia ke Republik Madagascar yang bertanggungjawab menyerahkan serpihan pesawat Malaysia Airlines itu kepada pihak berkuasa Malaysia, maut akibat dibunuh.
Akhbar Australia, Perth Now memetik Blaine Gibson yang berasal dari Amerika Syarikat sebagai berkata, serpihan baru yang ditemui itu sepatutnya diserahkan kepada Houssenaly Zahid Raza, sebelum dihantar melalui kourier swasta ke Malaysia.
Bagaimanapun, laporan itu mendakwa Houssenaly dibunuh pada 24 Ogos lalu, sebelum beliau sempat menjalankan tugasnya.
“Demi melindungi mereka yang terbabit, kami memutuskan tidak mendedahkan laporan ini sehingga serpihan itu dihantar ke Malaysia dengan selamatnya,” katanya.
Kementerian Luar tahu mengenai kematian Houssenaly. Namun, tiada butiran diberikan mengenai punca kematiannya.
Wisma Putra dalam satu kenyataan Selasa lalu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Houssenaly yang dilantik sebagai konsul kehormat Malaysia ke Madagascar pada Disember 2013 selama 3 tahun.
“Berdasarkan prestasi cemerlang beliau dalam menjaga dan mempromosikan kepentingan Malaysia di negara berkenaan, kerajaan Malaysia memperbaharui kontraknya untuk jawatan sama untuk tempoh 3 tahun lagi sehingga Disember 2019,” kata kementerian itu.
Perth Now melaporkan seorang wakil Independent Group – sebuah pasukan pakar penerbangan dan matematik yang mengikuti perkembangan kehilangan MH370 berkata, masa kematian Houssenaly “mencurigakan” kerana belaiu dijangka pergi ke Kementerian Pengangkutan Madagascar untuk mendapatkan dan menghantar serpihan itu ke Malaysia.
Wakil itu mendakwa pihak berkuasa Malaysia dan Perancis bagaimanapun mendiamkan diri berhubung pembunuhan Houssenaly.
Gibson berkata, serpihan itu masih dalam tangan pihak berkuasa Madagascar, tetapi perancangan baru perlu dibuat untuk menghantar serpihan berkenaan ke Malaysia. (FMT)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

Kini Pusingan Untuk Azmin Pula, Rafizi Akan Disingkir?

Hasil carian imej untuk azmin lawan rafizi
Biro Politik PKR beri amaran kepada Rafizi FMT Reporters

PETALING JAYA: Biro Politik PKR dilaporkan mengambil tindakan disiplin dengan memberi amaran kepada naib presidennya, Rafizi Ramli yang mendedahkan perbalahan dalaman parti itu. Sin Chew Daily memetik sumber sebagai berkata, Biro Politik PKR memutuskan untuk memberi amaran keras secara lisan kepada Rafizi kerana tindakan serta kenyataannya merosakkan nama baik parti itu. 

“Berdasarkan nasihat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, parti hanya memberi amaran lisan kepada Rafizi ketika ini. Jika beliau terus berdegil, tiada orang boleh menjamin beliau tidak akan dipecat kelak,” kata sumber yang dipetik akhbar itu. 

Sabtu lalu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengakui berunding dengan PAS, tetapi mendakwa ia dibuat berdasarkan keputusan parti, bukan atas kapasiti peribadi. Azmin berkata, rundingan itu bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru di Selangor dan meningkatkan peluang kemenangan PKR dan parti pembangkang lain. 

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bagaimanapun menafikan parti itu pernah membuat keputusan yang dikatakan Azmin itu, sebaliknya rundingan pembahagian kerusi hanya membabitkan parti komponen Pakatan Harapan. Susulan itu, Rafizi yang membantah rundingan dengan PAS itu, mendedahkan wujud kemelut serius di kalangan ahli Biro Politik PKR, Selasa lalu. 

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa pemimpin atasan yang menganggotai Biro Politik PKR berkuasa menentukan hala tuju parti sering tidak sealiran, malah keputusan yang dicapai juga tidak dihormati. Katanya, keadaan itu berlaku sejak Anwar dipenjarakan pada Februari 2015. 

Sumber yang dipetik Sin Chew Daily berkata, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin lalu memutuskan tiada kerjasama dengan PAS, tetapi tidak membantah PKR berunding dengan parti Islam itu secara diam-diam. Menurut sumber dalaman PKR, parti itu berpendirian tegas kerana ketua umumnya, Anwar mengarahkan rundingan dengan PAS diteruskan bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“PKR berdepan cabaran bukan sahaja daripada PAS, tetapi juga parti politik lain di Timur Malaysia. Oleh itu, kami akan terus berunding formula satu lawan satu dengan PAS, Parti Sosialis Malaysia dan parti lain di Timur Malaysia. 

“PKR hanya membincangkan formula satu lawan satu dengan PAS. Ini bukan kerjasama politik kerana kami tidak membuat dasar atau manifesto bersama.” 

Sehubungan itu, sumber berkenaan berkata, Anwar melantik Azmin mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan PAS dan pelantikan itu turut mendapatkan persetujuan sebahagian besar ahli Biro Politik PKR. Beliau mendakwa pemimpin yang membantah rundingan itu seperti Rafizi dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong bukan puak Azmin, oleh itu mereka sering menentang tindakan menteri besar Selangor itu, termasuk membantah rundingan berkenaan. 


“Selaku naib presiden dan ahli Biro Politik, sudah setahun Rafizi tidak menghadiri mesyuarat biro itu.” 

Difahamkan, ketika Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lebih 3 minggu lalu, mereka sudah menyuarakan hasrat PKR mahu terus berunding dengan parti Islam itu. 

Rafizi sebelum ini menamakan Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, Xavier Jeyakumar, Dr Shaharuddin Badaruddin, Zuraida Kamaruddin, R Sivarasa, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Fahmi Fadzil antara pemimpin yang menyokong rundingan dengan PAS. 

Manakala Leong, Saifuddin Nasution, Nik Nazmi Nik Ahmad, Datin Paduka Tan Yew Kew, Syed Ibrahim Syed Noh, Datuk Johari Abdul, Sim Tze Tzin dan Fariz Musa menentang rundingan itu. Leong mengumumkan peletakan jawatan dalam Biro Politik, pada Rabu minggu lalu kerana tidak bersetuju dengan rundingan itu. 

Rafizi turut mencadangkan kongres khas diadakan untuk menghentikan kekeliruan di kalangan ahli akar umbi. Sebelum itu Datuk Seri Azmin Ali dikatakan kalah pusingan pertama terpaksa menelan 'pil pahit' selepas kena akur dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).. 

Terpaksa akur dengan keputusan PKR tidak berunding dengan PAS membentuk kerjasama termasuk pembahagian kerusi menjelang PRU14 akan datang. Azmin yang dianggap tersepit kerana menjadi Menteri Besar atas sokongan PAS kena tekan brek atas usaha yang dijalankanya kerana itu saja jalan selamat baginya buat masa itu. 

Kini dikatakan pusingan untuk Azmin pula. (IH)


Gereja Texas Tutup Bantu Mangsa Taufan Harvey, Sedangkan Masjid..



Puluhan Masjid Bantu Mangsa Taufan Harvey Sedangkan ‘Gereja Terbesar’ Texas Tutup Pintu By Wartawan Menara - August 31, 2017 SHARE Facebook Twitter 

HOUSTON: Gereja terbesar dan paling terkemuka di sini, Lakewood Church dikecam hebat oleh orang ramai kerana tindakan pihak pengurusannya untuk menutup gereja daripada memberi bantuan kepada ribuan mangsa banjir Taufan Harvey. 

Salah seorang netizen berkata, “Tidak masuk akal kenapa kamu tidak mahu membuka gereja gergasi kamu untuk menempatkan penduduk-penduduk Houston, bantulah saya untuk faham itu..” 

Senior Pastor Joel Scott Osteen turut menerima kecaman hebat kerana enggan membuka pintu rumah agamnya untuk membantu mangsa-mangsa yang telah terdesak kehilangan tempat tinggal dan sumber untuk meneruskan hidup. 

Rumah agama pendakyah Kristian terkemuka yang khutbahnya ditonton oleh lebih tujuh juta orang setiap minggu oleh para peminatnya dari lebih 100 buah negara itu dilaporkan bernilai lebih kurang USD10 juta. 

“Malulah Joel Osteen,” tweet netizen, “Jesus tentunya akan membuka pintu-pintu dan mengambil berat kepada mereka yang memerlukan.” 

Taufan tersebut dikatakan sebagai yang paling buruk pernah menyerang Amerika Syarikat dalam tempoh 12 tahun, dengan ribuan mangsa kehilangan tempat tinggal. The New York Times melaporkan setakat ini terdapat 30 kematian yang telah dilaporkan. 

Terkini lebih daripada 13,000 penduduk telah diselamatkan dan ditempatkan di pusat-pusat perlindungan sementara. Umat Islam turut menghulurkan tangan dengan membuka pintu puluhan masjid bagi memberi bantuan kemanusiaan dan tempat tinggal sementara kepada mangsa-mangsa taufan ini, termasuklah 21 cawangan Islamic Society of Greater Houston’s. Comments.  (IH)


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails