Saturday, September 16, 2017

PPBM Pecah Lagi, N/Presiden Pula Keluar Parti.


Selepas Pengasas Keluar, Naib Presiden PPBM Pun Sama

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terus dilanda kemelut apabila Naib Presiden, Datuk Hamidah Osman meletak jawatan dan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Ia diumum tidak sampai 24 jam selepas pengasasnya, Anina Saadudin berbuat demikian. Setiausaha Agung, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti bersetuju menerima keputusan itu.
“PPBM menghormati keputusan beliau dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan selama ini,” katanya  dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Terdahulu, Anina mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini kerana meendakwa PPBM tidak lagi menepati prinsip perjuangan ketika diasaskan tahun lalu, sebaliknya berasa diperalatkan demi kepentingan politik individu tertentu dan berlandaskan dasar kronisme.
Beliau mendakwa ia termasuk cara `kejam’ beliau dipecat daripada jawatan Ketua Srikandi, kemudian digugurkan sebagai ahli MPT, selain tidak mendapat jemputan rasmi ke sambutan ulang tahun pertama parti di Muar, Johor pada 9 September lalu.
“Walaupun asalnya parti ini ditubuhkan untuk membela kepentingan rakyat, ia kini tidak lagi mendukung prinsip keadilan, ketelusan dan integriti dalam pentadbiran dan perjuangan,” katanya pada sidang media, di Bangi, hari ini.
Minggu lalu, Anina mendakwa tidak menerima undangan menghadiri sambutan ulang tahun pertama PPBM, namun Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua individu boleh menghadiri majlis itu.
Pada 19 April lalu, bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman, mengumumkan keluar parti bersama 821 ahli parti serpihan itu di seluruh negara.
Ini diikuti pada 25 Ogos lalu apabila 250 ahli parti berkenaan keluar parti di Dungun kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap hala tuju serta perjuangannya.
Anina berkata, keputusan parti perlu mengambil kira suara ahli dan bukan secara unilateral iaitu pemimpin atasan semata-mata.
Beliau mendakwa, tiada individu patut menentukan perjalanan parti dan memberi imuniti kepada mana-mana pemimpin untuk terus menekan, mencantas dan menikam belakang sesiapa saja dalam parti.
Dengan alasan perjuangannya adalah membela rakyat dan bukan individu, Anina berkata, walaupun sudah membuat keputusan meninggalkan parti itu, namun beliau akan terus bercakap benar walaupun tidak disukai orang lain.
“Pesanan Tun (Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad) kepada saya supaya terus bercakap benar walaupun tidak disukai orang lain akan terus saya pegang.
“Walaupun hari ini kata-kata saya tidak disukai oleh Tun sendiri, saya akan terus bersuara untuk kepentingan rakyat, dan bukan untuk kepentingan mana-mana individu,” katanya. – Agensi

MO

7 Remaja Ditahan Bakar Pusat Tahfiz Sebab Dendam Diejek


Kebakaran Pusat Tahfiz

KUALA LUMPUR – Misteri insiden kebakaran tragik di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat di sini Khamis lalu berjaya diselesaikan pihak polis dua hari selepas kejadian itu.

Ia susulan kejayaan penahanan tujuh remaja lelaki Melayu dalam siri tangkapan dari 6 petang Jumaat hingga 2.30 pagi Sabtu kerana disyaki sengaja bakar pusat tahfiz itu yang mengorbankan 21 murid dan dua warden asrama.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh mengesahkan, kes serius itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bunuh yang jika sabit kesalahan di mahkamah, boleh dihukum gantung sampai mati.
Malah kes berat tersebut juga disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan jenayah khianat bakar harta benda secara sengaja yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Amar turut memberi amaran kepada orang awam agar tidak menularkan mesej tidak benar kerana boleh memberi kesan kepada siasatan dan proses mahkamah. Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu MYNEWSHUB difahamkan, suspek paling tua dikenal pasti berusia 19 tahun dan berasal dari Kelantan manakala seorang lagi rakannya juga berumur 17 tahun pula tetapi berasal dari Kuala Lumpur.
Tiga lagi disyaki berusia 16 tahun namun masing-masing seorang lagi suspek berumur 15 tahun dan paling muda ialah 11 tahun. Kesemua mereka disahkan berasal dari sekitar ibu negara, menurut sumber MYNEWSHUB.
Suspek dipercayai melakukan kebakaran akibat balas dendam setelah marah diejek beberapa pelajar tahfiz dan mereka ada merancang untuk memecah masuk asrama pusat itu bagi mencuri telefon bimbit milik penghuninya.
Bagaimanapun pada hari kejadian, mereka mengubah rancangan untuk membakar langsung pusat berkenaan setelah berbincang di sebuah restoran bersebelahan ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Premis itu kebetulan terletak berhampiran pusat tahfiz tersebut. Justeru pada jam 4 pagi, dua suspek berkenaan telah membeli petrol dari sebuah stesen minyak berdekatan yang diisi dalam sebotol air mineral bersaiz besar.
Sekitar pukul 4.30 pagi, mereka berkumpul di padang belakang pusat tahfiz itu namun suspek paling muda yang turut menyaksikan perbuatan tersebut dilaporkan memanjat masuk ke pejabat PPIM untuk tidur kerana keletihan.
Suspek lain bagaimanapun memecah masuk sebuah kiosk bersebelahan pejabat PPIM untuk mencuri dua tong gas setelah mendapati pintu masuk ke bilik asrama berkunci. Barang itu diletakkan menghala ke arah pintu bilik itu.
Seorang suspek pula mengambil tilam dari tingkat bawah dan diletakkan di tingkat tiga bangunan pusat itu sebelum api dinyalakan dengan menggunakan pemetik api. Mereka melarikan diri dengan menaiki motosikal balik ke rumah.
Amar ketika sidang akhbar tergempar di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada Sabtu malam mengesahkan kesemua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah di Jalan Duta untuk perintah reman selama tujuh hari bagi bantu siasatan.
Beliau juga menyatakan bahawa air kencing enam daripada suspek disahkan positif dadah. Ada suspek dikesan pernah memiliki rekod jenayah lampau termasuk curi kenderaan. Antara mereka ada juga tidak lagi bersekolah.
Kes berkenaan ujar Amar masih lagi disiasat polis. Suspek ditangkap hasil maklumat risikan dan bantuan daripada rakaman kamera litar tertutup yang kebetulan terdapat di sekitar pejabat PPIM. – Mynewshub.cc/HAA



Krisis DAP Hingga Kini, Umumkan Wakil Mengundi 2012! -M.Sarawana.

Post Pic

BUTTERWORTH: DAP digesa mengumumkan senarai nama-nama perwakilan beserta nombor kad pengenalan mereka yang layak mengundi dalam pemilihan parti pada 2012 yang menjadi kontroversi parti itu sehingga kini.

Ahli DAP Cawangan Bagan Luar, M. Sarawana mahu pengumuman itu dilakukan di kesemua akhbar pelbagai bahasa.

"Kami sudah mohon DAP (umumkan senarai nama untuk) pemilihan semula anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC). DAP harus umumkan perwakilan yang layak mengundi semasa pemilihan DAP pada 2012," katanya pada sidang medianya semalam.

Pemilihan 2012 itu tidak akan menjadi pertikaian sekiranya senarai itu diberikan mengikut negeri dan cawangan masing-masing bagi memastikan proses pemilihan itu berjalan dengan lancar dan telus.

Sarawana juga mengkritik kepimpinan parti yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dalam menjalankan proses pemilihan itu.

"Kami di peringkat akar umbi tidak mahu sebarang unsur penipuan, pemalsuan dan taktik licik yang boleh mencemar proses pemilihan semula yang bakal diadakan pada 1 Okt ini. Ini penting untuk mempertahankan maruah parti. Kami mahu proses pemilihan semula yang bersih, telus dan adil.

"Anggota-anggota DAP patut berwaspada dengan golongan yang sentiasa memperdaya tipu muslihat mereka kononnya mereka membuat keputusan demi parti tetapi sebenarnya tindak tanduk mereka kelihatan menjurus ke arah mempertahankan kepentingan pihak tertentu," katanya.

Apa yang lebih menghairankan, menurut Sarawana adalah keengganan pemimpin DAP, yang pakar dalam perkara perundangan namun tidak bersuara dan memperbetulkan salah laku dalam parti.

"DAP mempunyai ramai peguam yang selalu berjuang demi individu seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mengapa peguam-peguam DAP ini tidak berjuang untuk membetulkan pemilihan itu.

"Soalan kami apa yang peguam-peguam ini buat demi parti, kami mohon supaya mereka tidak melanggar undang-undang dan memalukan parti. Mereka yang tidak menghormati perlembagaan parti sendiri tidak layak memimpin parti," katanya

Mahu Tahfiz Ditutup, Kurang Ajar..



Sudah ada yang 'celupar' mahu tahfiz ditutup.


BUKAN sekadar komen melampau, malah mereka menghambur kata-kata kesat seolah-olah ibu dan ayah serta pengurusan pusat tahfiz tidak langsung memikirkan keselamatan kepada pelajar mereka setelah melihat insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Keramat pada 14 September lalu.
Lebih dari itu, komen jahat berbaur hasutan dibuat semata-mata menyemarakkan kemarahan, tatkala umat Islam dan rakyat Malaysia bersedih meratapi kejadian syahidnya anak-anak syurga ini dalam satu kejadian kebakaran.
Mereka gagal membaca keterangan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat berhubung punca kejadian yang disahkan bukan kerana litar pintas, sebaliknya berkemungkinan perbuatan khianat pihak tertentu yang mana saksi kejadian menyatakan adanya dua tong gas di luar bangunan yang mencurigakan yang dikatakan menyebabkan kebakaran lebih pantas berlaku.
Kini suara sumbang dikumandangkan lagi mereka yang cukup anti kepada perkembangan sekolah agama, komentar bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin cukup menghiris hati para pencinta agama.
Ingat lagi suatu masa lalu, mereka ini jugalah dizaman Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan kempen tutup sekolah agama rakyat dengan menyekat bantuan SAR ini. Kini suara-suara itu bergema kembali, malah tidak segan silu mereka mendesak sedemikian.
Untuk makluman semua berdasarkan kepada rekod, Yayasan Islam Kelantan (YIK) antara pihak yang memiliki banyak Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama di bawah pengurusannya. Ratusan pelajar cemerlang dihasilkan dari YIK. Yang cemerlang akademiknya, yang cemerlang hafazan Al-Qur'annya.
Ramai yang pasti ingat nama Nik Nur Madihah (21A dalam SPM) dan Siti Fatimah (18A SPM) dari Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. mereka ini anak-anak yang menjadikan al-Quran sebagai rutin harian mereka, apatah lagi setiap pagi sekolah mewajibkan mereka membaca paling tidak dua muka surat Quran.

Ketika ini selepas kejadian kebakaran di Tahfiz Ittifaqiah, musuh-musuh Islam mula mengambil peluang untuk tutup semua pusat pengajian Islam ini. Hari itu dikata, pusat pendidikan Islam melahirkan golongan ekstremis atau pengganas IS, selepas itu dituduh pula guru-guru tahfiz atau ustaz-ustaz kita ini sangat ganas sikapnya akibat sikap melampau dalam menghukum.
Sekarang diguna pula alasan premis yang tidak selamat agar cita-cita mereka untuk menghalang dominasi pemimpin yang faham Islam tercapai, inilah kejahatan mereka dalam merancang menghapuskan golongan pencinta agama, dan mereka yang menjadikan al-Quran pelita hidup.
Apapun kelemahan yang wujud sama ada pengurusan bangunan dan sebagainya (aspek keselamatan), ia perlu diperbaiki. Bukan diambil tindakan tutup atau diharamkan.
Kenapa pula di Pulau Pinang tiba-tiba exconya menyatakan akan menutup pusat tahfiz yang tidak patuhi aspek keselamatan?
Kenapa pula mereka tidak tutup kilang kilang haram, pusat urut haram dan pelbagai premis haram lain yang mengancam keselamatan awam malah memberi kesan kepada masalah sosial selamanya?
Apakah ini hasrat besar pemimpin negeri tersebut dalam agenda kemenangan mereka?
Tidak perlulah berbangga kononnya Pulau Pinang memberi peruntukan kepada sekolah agama andai ada hasrat disebaliknya mahu menutup pusat tahfiz yang sukar mendapat bantuan kerajaan mahupun swasta ini.
Mereka membuka pusat tahfiz demi melihat anak anak Malaysia seawal usia mengenal al Quran dan menjadi pencinta agama, dan seterusnya menjadi insan soleh.
Atau Ketua Menteri Pulau Pinang lupa suatu masa lalu beliau pernah memuji pelajar tahfiz sebagai mereka yang baik dan berdisiplin, atau pujian ketika itu tidak lebih hanya mahu mengutip undi tatkala undi Melayu diperlukan mereka?
Seperkara lagi, mereka yang banyak mencadangkan agar pusat tahfiz ditutup seperti Zainuddin Maidin, persoalannya
Apakah kebakaran di pusat pengajian tinggi termasuk di Universiti Malaya (UM) di Dewan Tunku Canselor, di sekolah-sekolah lain, dan kebakaran di bangunan jabatan kerajaan harus dijadikan alasan untuk tutup sahaja semua khidmat ini?
Mereka yang mencadangkan biarlah rasional dan bukan komen ikut nafsu dan agenda kuffar. – HARAKAHDAILY 16/9/2017

Hospital Terbakar Kenapa Tidak Bising?



USTAZ IDRIS AHMAD 


SEJAK tahun 1990 hingga 2016 sebanyak 19 hospital terbakar di negara ini. Tidak ada pula suara Tan Sri Zainudin Maidin dan rakan-rakan yang seotak dengannya marah kepada hospital. Sudah pasti hospital mempunyai kelengkapan dan piawai yang hebat untuk membolehkan ia beroperasi. Alat pencegahan dan pemantauan  secara regular. Itu pun terbakar juga. Kebakaran  di wad ICU Hospital  Sultanah Aminah Johor  pada  25 Oktober 2016  mengorbankan enam orang.
Apabila berlaku kebakaran di Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah  di Keramat Ujung yang meragut 24 nyawa, macam-macam cercaan yang diberikan oleh manusia yang hatinya busuk. Siapa yang hendak kejadian ini berlaku? Siapa yang hendak hospital terbakar? Pihak sekolah cuba berusaha untuk yang terbaik. Apa yang berlaku di luar kemampuan manusia.
Memanglah sekolah seperti ini tidak mempunyai kelengkapan yang sempurna kerana masalah kewangan. Ia lebih bersifat tanggungjawab sosial sahaja. Bukan bersifat komersial. Yuran rendah, kalau mahal ada pula tuduhan mengatakan ustaz jual agama pula.
 PETANG Jumaat yang pilu ini berakhirlah perjalanan 12 anak-anak syurga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittiqiyah untuk bertemu dengan sang Penciptanya.
Sepatut kerajaan perlu bangga kerana ada lagi masyarakat yang prihatin untuk membangunkan tahfiz seperti ini. Jangan apabila berlaku seperti ini ada segelintir masyarakat seperti Zainudin Maidin naik meroyan marah kepada pihak sekolah.  Otak seperti Zainudin Maidin ini tidak banyak sangat di dalam masyarakat. Ini spesies yang makan dedak terlalu banyak sehingga terlekat di hati.
Kerajaan perlu pantau dan cakna terhadap sekolah seperti ini terutama aspek keselamatan pelajar. Periksa secara berkala. Ambil tindakan segera. Perlu bersifat pro aktif, bukan apabila sudah berlaku baru bunyi macam-macam. Al-fatihah untuk mereka yang terkorban semoga bersama orang yang soleh.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
15 September 17. – HARAKAHDAILY 15/9/2017

211 Tahfiz Terbakar Dalam 5 Tahun, Pembakaran Terancang? Siasatlah..

Imej yang berkaitan

APABILA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) mengeluarkan kenyataan berkenaan kewujudan dua tong gas di pintu masuk pusat Tahfiz Ittifaqiyyah, Kampong Dato’ Keramat yang terbakar semalam dan menyatakan pihak mereka akan turut menyiasat dari sudut perbuatan khianat, netizen mula berkongsi pengalaman dan rasa syak yang sama.

Beberapa orang pelajar dari beberapa buah sekolah tahfiz yang pernah mengalami pengalaman yang sama berkongsi peristiwa bagaimana pusat tahfiz tempat mereka belajar suatu ketika dahulu, cuba dikhianat secara khianat pembakaran dengan modus operandi mencurah petrol dan mencetuskan api pada tengah malam. 


Hasil carian imej untuk tahfix terrbakar
Hasil carian imej untuk tahfix terrbakar

Dengan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang menunjukkan terdapat lebih 211 sekolah tahfiz terbakar dalam tempoh 5 tahun, apa yang merisaukan ialah, kemungkinan bahawa terdapat elemen perbuatan khianat terancang oleh mana-mana individu atau kumpulan ekstrim dengan motif-motif tertentu terlibat dengan perbuatan seumpama ini. 

Pihak berkuasa juga harus mengambil perhatian serius untuk melihat sudut penyiasatan dan tidak menolak untuk menyiasat kejadian lebih 211 kebakaran pusat tahfiz di seluruh negara ini, di bawah kategori perbuatan khianat terancang. Sudah tiba masanya pusat-pusat pengurusan sekolah tahfiz melipatgandakan aspek keselamatan dan kawalan keselamatan supaya kejadian yang sama tidak berulang. 
(www.menara.my)

Banjir P/Pinang: G/Eng Pakai Baju Stail ‘Batman’ Ketika Tiada Hujan..


AIDCNews -15/09/17 –Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan menyindir Ketua Menteri Pulau Pinang yang memakai baju stail ‘Batman’ ketika hujan melanda negeri itu.
“Gua pun banyak pening. Ini Batman atau Zorro ?. Yang di tepi pun pakai biasa biasa sahaja. Masa itu ada hujan kah ?.
“Memang wayang banyak kuat. Kena bagi Grammy Award,”katanya dalam Facebook.
Sementara itu, Azman Haj juga turut menyindir Kerajaan DAP Pulau Pinang berkenaan banjir kilat yang melanda negeri itu hari ini.
“DAP menang katanya rakyat senang, tapi bila dah menang…rakyat kena berenang. Hasrat Penang nak lahirkan ramai atlit renang kot tahun 2020 ni.
“YB Delima RSN Rayer kata “kenapa nak salahkan kerajaan negeri, SALAHKAN TUHAN..”,”sindirnya.

Tun M Habiskan Jutaan RM Jumpa Bush -Dedah Najib. 2 PM Sama?

Tun M sanggup belanja jutaan ringgit jumpa Bush: PM
Najib melambaikan tangan kepada orang ramai sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA setelah mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan United Kingdom. - Foto Bernama


SEPANG- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai hipokrit kerana bekas perdana menteri itu sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit untuk bertemu bekas Presiden Amerika Syarikat pada 2002.

Ketika mendedahkan perkara itu, Najib berkata Dr Mahathir pernah membayar RM7 juta untuk melobi dan berjumpa  George W Bush melalui seorang pelobi yang bermaustatin di Hong Kong.

"Dr Mahathir gunakan arwah Tan Sri Megat Junid (Megat Ayub) sebagai perancang utamanya. Bayaran dibuat melalui kontrak TNB Batu Arang... berjuta-juta dibayar kerana hendak sangat jumpa Bush.

"(Mahathir), Janganlah jadi hipokrit. Tetapi Mahathir tidak mendapat sambutan macam saya dengan Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald J Trump," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 penyokong yang memberi tepukan gemuruh di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Ini.

Para penyokong berkumpul sejak 6 petang bagi melahirkan sokongan dan penghargaan berikutan kejayaan lawatan Najib ke Amerika Syarikat selama tiga hari mulai 11 Sept atas undangan Presiden Trump bersempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Menurut Perdana Menteri, lawatan ke Amerika amat berjaya dan menjelaskan, beliau tidak pergi ke negara kuasa besar itu untuk meminta bersedekah atau melulut, tetapi menyatakan Malaysia telah sampai ke tahap pelaku global.

"Saya beri gambaran bagaimana Trump menerima kedatangan saya. Selepas pertemuan di bilik kabinet, pegawai protokol meminta Trump berjabat tangan dengan saya di luar pejabatnya.
"Trump kata 'Tidak, saya mahu mengiringi beliau ke kereta dan pegawai protokol berkata kereta saya di bawah tanah, dan Trump berkata 'tidak mengapa, beliau kawan saya," kata Najib.

Mengulas lanjut, perdana menteri berkata Presiden Trump menganggap beliau sebagai kawan dan menghormati kepimpinan Barisan Nasional.

"Saya pergi bukan kerana saya tetapi kerana dan untuk Malaysia. Kalau kita ada hubungan baik dengan China dan Arab Saudi, (ini) adalah kerana Malaysia," katanya.

Mengenai kritikan terhadap pembelian pesawat Boeing, Najib berkata beliau hanya menyampaikan keputusan yang dibuat Malaysia Airlines Bhd (MAB), kepada Presiden Trump.
"Secara kebetulan MAB sudah buat keputusan bulan Julai tahun lepas untuk membeli 25 

Boeing 737... Ini keputusan dibuat oleh MAB, saya menyampaikan kepada Trump," katanya.

Perdana menteri berkata kritikan Dr Mahathir terhadap pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika juga bertentangan dengan kenyataan bekas perdana menteri itu sebelum ini yang menggalakkan KWSP membuat pelaburan di luar negara.

"Saya dapat rekod kenyataan Dr Mahathir pada 26 April 2005, dia kata KWSP patut melabur lebih di luar negara supaya penyimpan deposit dapat dividen lebih.

Mengambil contoh pembelian saham Alibaba Group yang disenaraikan di Amerika oleh Khazanah Nasional Bhd, beliau berkata Khazanah mendapat keuntungan US$1 bilion daripada pelaburan tersebut.

Mengulas mengenai isu Rohingya, Najib berkata beliau telah menyebut mengenai isu itu melalui kenyataan rasminya kepada Presiden Trump, selain turut menyampaikan perkara itu kepada Perdana Menteri Britain Theresa May dalam pertemuan di London pada Khamis. - Bernama

Komen weblog Ibnu Hasyim: Sama saja tindakan 2PM itu dalam menghabiskan wang rakyat. Difahamkan perbincangan Najib, Trump hanya 5 minit 58 saat..  Perbincangan yang kononnya hanya melibatkan dua perkara pokok, tak boleh ke diserahkan kepada Duta Besar Malaysia ke AS? 

Sama saja 2 pemimpin UMNO/BN dalam menghabiskan wang rakyat, walaupun yang satu itu sudah cabut lari tinggalkan sarangnya.. Kata periuk belanga hitam, pada hal juboq dua-dua yang hitam.

Lihat sbelum ini...

Stesen K/Api London Diserang 'Pengganas'. 22 Cedera.


ANGGOTA pasukan kecemasan dilihat dekat stesen Parsons Green. - AFP
LONDON – Polis Britain berkata bahawa sebutir bom digunakan dalam letupan di sebuah stesen kereta api metro di London yang mencederakan 22 orang semalam.
Pihak berkuasa menganggap kejadian itu serangan pengganas.
“Kami mendapati letupan berpunca daripada bom buatan sendiri,” kata ketua unit polis antikeganasan, Mark Rowley.
Polis London kini dibantu agensi perisikan dalam negeri, MI5, katanya.
Penumpang sebuah kereta api menuju ke kota raya London bertempiaran lari apabila api membakar sebuah gerabak di stesen kereta api bawah tanah Parsons Green, London Barat pada pukul 8.20 pagi (waktu tempatan).
Beberapa saksi berkata, sebahagian penumpang mengalami melecur dan kecederaan lain akibat rempuhan semasa mereka lari menyelamatkan diri.
Menurut perkhidmatan ambulans London, pihaknya membawa seramai 18 orang ke hospital tetapi tiada mangsa yang parah. Baki mangsa berusaha sendiri untuk mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.
Gambar yang dirakam di lokasi kejadian menunjukkan sebuah baldi putih bersama sebuah beg berada di atas lantai sebuah gerabak kereta api tersebut.
Baldi itu masih terbakar dan terdapat wayar terjuntai daripada perkakasan itu.
“Saya berada di gerabak kedua dari belakang. Saya mendengar desiran kuat. Saya mendongak dan melihat seluruh gerabak terbakar dan api menuju ke arah saya.
“Ramai orang yang jatuh dipijak semasa melarikan diri. Sebilangan penumpang cedera,” kata saksi kejadian, Ola Fa­yankinnu.
Seramai 52 orang terbunuh apabila empat militan meletupkan bom bunuh di tiga buah stesen kereta api bawah tanah dan sebuah stesen bas di London pada tahun 2005. – Reuters

Hujan Renyai-renyai, Agong Lawat Pusat Tahfiz Terbakar.

AGONG TAHFIZ

SHAH ALAM, 15 SEPT: Hujan renyai-renyai tidak menghalang Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V melawat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur yang terbakar dalam satu kejadian semalam.
Al-hamdulillah, baginda yang berpakaian kemeja T hitam dan berseluar putih selamat tiba sebentar tadi. Perkarangan pusat tahfiz itu juga turut dibanjiri orang ramai.
Memetik MalaysiaKini, lawatan selama setengah jam itu baginda turut diberi penerangan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wira Wan Mohd Noor Ibrahim serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun.
Baginda berangkat pulang sebaik sahaja menerima penerangan berhubung insiden tersebut.
Semalam, negara dikejutkan dengan kejadian kebakaran yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 21 pelajar dan dua guru yang juga bertindak sebagai warden pusat tahfiz itu.
Ia merupakan tragedi kedua terburuk, selepas kebakaran di sarama Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah, juga dikenali sebagai Pondok Pak Ya, di Padang Lumat, Yan, Kedah, pada 1989 yang mengorbankan 27 pelajar. (IH)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

Pelajar Ditahan Bantu Siasatan Kebakaran Tahfiz.


Pelajar Ditahan Bantu Siasatan Kebakaran Pusat Tahfiz

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah yang menyelinap keluar dari asrama beberapa jam sebelum kejadian kebakaran berjaya ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Menurut portal Harian Metro yang memetik sumber sebagai berkata, remaja berkenaan kemudian dibawa pihak polis kembali ke lokasi kejadian semalam untuk proses pengumpulan bukti.

Bulatan menunjukkan salah satu daripada tong gas yang ditemui di luar pintu asrama tingkat tiga pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung cetus misteri mengenai punca kebakaran di pusat tahfiz itu.
Tinjauan di lokasi insiden tersebut mendapati remaja berjaket hitam itu tidak dibawa dalam keadaan bergari, sebaliknya diiringi dua pegawai polis dipercayai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Selain memeriksa petunjuk terbaharu iaitu rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV), tumpuan siasatan polis juga adalah keadaan pagar di bahagian tepi dan belakang pusat tahfiz berkenaan.
Pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz tersebut dan Taman Tasik Datuk Keramat didapati mempunyai beberapa kesan potong serta sudah diregangkan pihak tertentu.
Sumber memberitahu akhbar berkenaan, polis yang menjalankan siasatan turut sedang berusaha mengumpulkan segala maklumat bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran misteri pusat tersebut.
“Sejak pagi semalam, beberapa pegawai dan anggota polis meninjau keadaan pagar kawat yang dipercayai boleh menjadi antara laluan keluar dan masuk oleh penceroboh ke dalam pusat tahfiz ini.
“Malah, faktor pelajar cuba ‘curi’ menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi turut diambil kira sebagai membantu dalam melengkapkan proses siasatan,” kata sumber.
Jelasnya, segala bentuk siasatan kes berkenaan akan turut dirujuk berdasarkan kepada hasil siasatan dilakukan oleh Unit Forensik Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Difahamkan pada masa ini semua bentuk siasatan diambil kira selepas wujudnya pelbagai persoalan berhubung punca kejadian yang berlaku selepas pihak polis menafikan punca kebakaran adalah masalah litar pintas.
Orang ramai yang mengunjungi pusat rekreasi Taman Tasik Datuk Keramat juga menghampiri pagar itu dengan harapan ingin mendapatkan kepastian adakah benar berlaku pencerobohan. – HAA


Friday, September 15, 2017

Pengacara JJCM TV3 ‘Hina’ Pengetua Tahfiz Isu Syahid


Pengacara JJCM TV3 'Hina' Pengetua Tahfiz Isu Syahid

KEJADIAN kebakaran menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah di ibu negara semalam adalah insiden yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia.

Tragedi tergempar itu telah mengorbankan 21 pelajar dan dua warden. Manakala, dua pelajar yang terselamat dilaporkan masih dalam keadaan kritikal
Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod dilaporkan telah menyifatkan kematian para pelajar berkenaan sebagai syahid.
Menurutnya lagi, semua mangsa yang terkorban dan cedera dikatakan sanggup meninggalkan ibu bapa, adik beradik serta rakan sepermainan hanya untuk menuntut ilmu agama di pusat tahfiz.
“Budak masih kecil ini, kita anggap mereka mati syahid. Sanggup tinggalkan ibu bapa, masakan air tangan bonda, adik beradik dan masa bermain tinggal di sini semata-mata untuk belajar agama.
“Mereka ini, insya-Allah mati syahid,” kata Muhammad Zahid yang dipetik oleh sebuah portal online. Bagaimanapun, kenyataan tersebut dikatakan tidak disenangi ramai netizen.
Antaranya pengacara TV yang terkenal menerusi program Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman telah menempelak kenyataan tersebut dengan meluahkan rasa kecewa dan amarah di akaun Twitter miliknya.
...............
“Mati syahid? What a bangsat cop out answer. Tell me something I don’t know. Tell me if  you’ve done enough due diligence. Mereka datang untuk belajar, mereka mati kerana cuai,” tulisnya biadab.

Baca: Kes Tahfiz Terbakar – Mufti Seru Umat Islam Berdoa

Difahamkan, Naz, 39, berkata demikian kerana merasakan masih terdapat banyak pusat tahfiz yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) atau mengamalkan langkah keselamatan kecemasan yang betul.
Namun kenyataan ‘keras’ pengacara itu nyata bercanggah dengan kenyataan rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri semalam yang mengesahkan mangsa sebagai mati syahid.
Beliau turut memetik Hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya: “Orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid; mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.” (HR. Abu Daud, no. 3111.).
Sabda Nabi Muhammad SAW itu yang dirujuk Zulkifli jelas menyenaraikan mangsa maut akibat kebakaran juga termasuk ketika menuntut ilmu agama adalah sebagai mati syahid dan isu tersebut bukan perkara baharu.
Mungkin Naz hanya menyentuh aspek SOP bangunan tetapi mempertikaikan status syahid individu yang terbunuh dalam insiden tragik sedemikian menimbulkan persoalan berhubung tahap kefahaman agama Islam dirinya.
Semua maklum, menolak Hadis Rasulullah secara sengaja boleh dianggap sebagai terkeluar akidah Islam apatah lagi mempertikaikan hadis masyhur tersebut. Wallahu a’lam… – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Dr M &Anak Cucu Sokong LGBT Negara Ini?


Demo LGBT Wanita Politik Toksik

AIDCNews -15/09/17 –Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dalam Himpunan Wanita Bantah Politik Toksik di ibu negara Ahad lalu adalah signal menyokong pergerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.
Saiful Torres mendedahkan selain daripada anak negarawan itu, Marina Mahathir yang terkenal penyokong kuat LGBT Malaysia, perhimpunan itu juga dihadiri oleh cucunya yang berperwatakan ‘tomboy’
Kata Saiful Torres :
Atoq madey dan kaum kerabat kong kali kong ….
Cucu atok
Cucu atok tomboy
Cucu atok lgbt
Cucu atok nak demo
Demo halalkan lgbt
Kerang jumpa kerang
Atok..nenek.mama pun tolong sertai demo
Jadi selamat la malaysia…..sekian..cucu atok

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails