Tuesday, September 19, 2017

Wujud Geng Budak Jahat Di Sesuatu Kampung, Siapa Salah?















Kereta lama di tempat letak kenderaan di Taman Tasik Datuk Keramat turut menjadi lokasi melepas gian tujuh remaja ditahan.

KUALA LUMPUR – Rata-rata penduduk di sekitar Jalan Keramat Hujung di sini mengenali ketujuh-tujuh remaja digelar Geng Budak Jahat Keramat yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes membakar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sehingga meragut nyawa 21 pelajar dan dua gurunya pada Khamis lalu.
Penduduk sekitar memang mengelar kumpulan remaja lelaki itu sebagai Geng Budak Jahat Keramat ekoran sikap mereka yang gemar melepak hampir setiap malam di Taman Tasik Datuk Keramat untuk merokok, menghidu gam dan membuat bising ikut suka hati.
Kedudukan Taman Tasik Datuk Keramat dan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah kira-kira 50 meter.
Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Izwani berkata, dia dan penduduk lain terkejut apabila wajah ketujuh-tujuh remaja yang ditahan polis dan tular di laman sosial itu merupakan individu dikenali mereka dengan gelaran Geng Budak Jahat Keramat.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam kes ini siapa yang bersalah? Adakah kerajaan yang mentadbir negara tidak bersalah? Atau hanya suasana persekitaran yang bersalah, kerajaan tetap tidak bersalah. Bukankah suasana persekitaran itu lahir dari kesan pemerintahan?

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

MCA Beli Tanah RM1 Sekaki Per. Samakah Dengan G/Eng P.Pg?


FullSizeRender (1)
PETALING JAYA, 18 SEPT: MCA didakwa membeli tanah milik kerajaan dengan harga RM1 sekaki persegi di Kampung Chempaka, di sini, dakwa Yeo Bee Yin.
Ahli Dewan Negeri Damansara Utama itu berkata, ia dilakukan pada 2007 ketika Kerajaan Negeri masih diteraju Barisan Nasional (BN).
Katanya, tanah berkenaan yang pada asalnya dizonkan sebagai ‘water body’ juga dijual kepada MCA tanpa perlu membayar premium semasa.
“Kita berasa sangat pelik bagaimana MCA boleh memiliki tanah diklasifikasikan sebagai ‘water body’.
“Betapa beraninya BN melakukan perkara sedemikian, malah mereka juga berani membuat permohonan penukaran zon walaupun Kerajaan Negeri kini diteraju Pakatan,” katanya menerusi Instagram @yeobeeyin.
Bee Yin mendedahkan perkara itu ‘kantoi’ apabila MCA membuat permohonan bagi menukar status ‘water body’ kepada status komersial kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), awal tahun ini.
“BN sangat sakit, rakyat diharap menolak ahli politik yang menyalah guna kuasa untuk mengkayakan mereka dan kroni mereka,” katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa penjualan berkenaan dilakukan menerusi bekas ahli parlimen MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Katanya, tanah itu bernilai sekurang-kurangnya RM400 sekaki persegi dengan nilai keseluruhan RM18 juta namun dijual pada harga RM50,000 sahaja kepada MCA.
“Kami menggesa tanah itu dikembalikan kepada Selangor atau MCA bayar harga semasa tanah berkenaan,” katanya dipetik Malay Mail Online.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beli tanah murah ini, samakah dengan pembelian tanah oleh Lim Guan Eng yang didakwa rasuah di Pulau Pinang, atau Khir Toya di Selangor?
Sama saja perangai puak-puak sekularis dan materialis dalam mentadbir kerajaan, mahu merompak tanah rakyat?
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.


Walau Presiden Melayu Islam, Azan Tak Boleh Guna Pembesar Suara. Menapa?




Captain M – 1. Akhirnya penyusunan perancangan PAP berjaya meletakkan Halimah Yaacob sebagai Presiden Singapura wanita Melayu pertama sejak 47 tahun lalu. Apa yang perlu dibangga dengan Halimah Yaacob? Benarkah beliau layak?benarkah beliau kuat jika ada pertandingan kerana beliau menang tanpa dipilih (tanpa bertanding) dalam Pilihanraya Presiden!
2. Di Malaysia DAP dan PAN begitu gembira sekali dengan pelantikan Halimah. Mereka menggunakan sebagai buah politik menunjukkan Singapura tidak perkauman dan beginilah usaha DAP nanti kalau berkuasa.
Apa yang Rakyat Malaysia perlu tahu!
3. Pilihanraya Presiden kali ini dikhaskan untuk calon-calon sesuatu kaum dan kali ini untuk orang Melayu. Sistem presiden dipilih melalui pilihan raya bermula pada tahun 1993. Syarat utama bertanding calon Presiden ialah jika calon kerajaan mestilah dari jawatan penting kerajaan melebihi 3 tahun.
4. Bagi calon sektor swasta calon perlu menerajui syarikat yang mempunyai SGD $500 juta ekuiti pemegang saham berbanding syarat lama iaitu SGD $100 juta modal berbayar.
5. Sebelum itu Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengumumkan di Parlimen Singapura pilihan raya presiden tahun depan 2017 akan dikhaskan kepada calon Melayu sahaja.
6. Halimah berumur 62 tahun menyertai politik pada 2001 sebelum menjadi menteri pada 2011 dan dilantik sebagai speaker 2 tahun kemudian. Oleh itu Halimah layak bertanding sebagai Presiden Singapura. Apa yang penting ialah Halimah Presiden Singapura yang telah di “Set Up” oleh PAP untuk memenangi kerusi itu tanpa bertanding. Mengapa?
7. Pastinya Lee Hsien Loong dan PAP pasti mahu memastikan Presiden mereka dari kalangan pemimpin yang ‘dilembukan’ mengikut telunjuk PAP. Maka sebab itu tidak hairanlah Lee Hsien Loong yang merupakan Setiausaha Agung PAP selaku ketua parti PAP menerima peletakan jawatan politik Halimah untuk diletakkan sebagai Presiden.
8. Malah PAP telah membuka jalan untuk Halimah menyandang jawatan tertinggi negara itu apabila tahun lalu Parlimen meminda Perlembagaan bagi mengkhaskan pemilihan presiden kali ini hanya untuk calon-calon dari kaum Melayu.
9. Pindaan itu menjelaskan sesuatu Pilihan Raya Presiden hendaklah ‘dikhaskan kepada calon kaum-kaum yang tidak memegang jawatan itu selama lima penggal atau 30 tahun. Tempoh satu penggal ialah enam tahun. Jika tidak ada calon yang layak bagi Pilihan Raya Presiden, maka ia barulah dibuka untuk semua kaum. Sebab itulah Halimah dilantik walaupun Halimah dikatakan bukan Melayu tulen kerana bapanya dari keturunan India Muslim.
10. PAP juga memastikan Halimah menang apabila calon yang bertanding iaitu Farid Khan Kaim Khan Pengerusi Bourbon Offshre Asia dan Mohamad Salleh Marican CEO Second Chance Properties dari sektor swasta tidak layak kerana tidak melepasi kelayakan SGD$ 500 juta pegangan saham dalam syarikat. Nampak cara halus permainan PAP menggunakan pindaan perlembagaan untuk membunuh kelayakan calon Melayu lain. Adakah melayu punya SGD$500 juta di Singapura?. Akhirnya Halimah menang tanpa bertanding.
11. Percayalah selepas sahaja giliran Halimah dari Melayu ini selesai PAP pasti akan meminda perlembagaan semula untuk mengembalikan kepada kaum lain dan kemungkinan syarat dari Swasta SGD$500 juta pegangan saham bakal ditukar!.
12. Itulah jawapan mengapakah kerajaan PAP bersungguh-sungguh mahukan jawatan Presiden republik itu turut disandang oleh orang Melayu. Kalau Melayu jadi Presiden pun mesti apa yang ditentukan oleh mereka bukan sebab Melayu kuat dan boleh bersaing di Singapura. Kuasa defactonya tetap Lee Hsien Loong PM Singapura atau Setiausaha Agung PAP!. Inilah apa yang DAP lakukan di Pulau Pinang dan dulu di Perak.
13. PAP sedang mengurus wayang perkauman dari pertikaian majoriti 74 peratus kaum cina yang mendominasi Singapura.
14. Di Malaysia kalau DAP hendak menganjingkan Melayu inilah apa yang mereka akan buat. Mereka meminda perlembagaan untuk kepentingan mereka. Jadikan Melayu sebagai simbul saja.
15. Jadi apa yang hendak dibangga Halimah Yaacob menjadi Presiden Singapura? Ia hanya mengembalikan Melayu sejak 47 tahun dahulu ketika Yusof Ishak sebagai Presiden pertama yang menjadi alat PAP. Tidak begitu warga Melayu Singapura dan Malaysia?
16. Tidak hairanlah ada warga Singapura membantah Presiden Singapura yang di ‘set up’ ini sebagai merompak suara mereka sehingga membuat hastag #NotMyPresiden


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.


Monday, September 18, 2017

Rampas Kuasa BN S'gor Semalam Seperti Di Perak Gagal, Ini Yang Berlaku!

 Najib (tiga dari kiri) bersama Zahid (dua dari kiri) dan Noh (empat dari kanan) menjulang tangan Muhammad Muhd. Taib selepas diumumkan kembali menyertai UMNO pada sidang akhbar khas di Menara Dato’ Onn, PWTC, Kuala Lumpur semalam.

Mat Taib Kembali Ke UMNO Dari PKR.

KUALA LUMPUR – Selepas hampir lima tahun meninggalkan UMNO, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, 72, kembali menyertai parti keramat itu sekali gus keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengumuman itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu sidang akhbar khas yang diadakan di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
“Saya yakin dan percaya penyertaan semula Muhammad Taib akan mengukuhkan parti. (Kosmo!)
Hasil carian imej untuk Jahabar Sadiq Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Komen Dan Ulasan: Cubaan Rampas Kuasa Di Selangor

Penyertaan semula Muhammad Muhammad Taib ke dalam Umno seharusnya melibatkan lapan Adun PKR bergabung bersama 12 Adun Umno dan 13 Adun PAS serta bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk membentuk barisan 34 Adun bagi membentuk sebuah kerajaan di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 September, 2017. 

Ia sepatutnya lebih daripada sekadar Muhammad Muhammad Taib masuk Umno semula semalam. Beliau sepatutnya membawa bersamanya lapan ahli dewan undangan negeri (Adun) dan menyebabkan pentadbiran Mohamed Azmin Ali tumbang. Namun kerana ada campur tangan daripada pihak berkepentingan yang berkuasa di Selangor, akhirnya, Presiden Umno Najib Razak hanya ada Muhammad seorang untuk muncul pada sidang media yang digembar-geburkan pada pukul 5 petang di Kuala Lumpur. 

Sumber memberitahu The Malaysian Insight rundingan untuk membawa Muhammad, 72, pulang ke pangkuan Umno dan menarik masuk lapan yang yang lain itu diuruskan oleh orang tengah dan bukannya perdana menteri sendiri. 

"Najib dimaklumkan semuanya lancar tetapi apabila beliau tiba, hanya Mat Tyson ada di situ," kata seorang sumber parti kepada The Malaysian Insight, dengan menggunakan nama gelaran popular bekas Menteri Besar Selangor itu.

"Rundingan terbantut kerana ia tersekat di peringkat tertinggi apabila didapati Mat Tyson termasuk dalam rundingan itu," kata seorang sumber lain kepada The Malaysian Insight. 

Perkembangan itu membawa kepada pengumuman yang pendek dan hambar semalam Muhammad kembali ke pangkuan Umno, biarpun kehadiran hampir semua anggota Majlis Tertinggi Umno hadir sama mencetuskan desas-desus serta spekulasi peralihan sebuah kerajaan negeri atau rombakan dalam parti menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Ogos 2018. 

Difahamkan percaturan politik penyertaan semula Muhammad ke dalam Umno melibatkan lapan Adun PKR bergabung bersama 12 Adun Umno dan 13 Adun PAS serta bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk membentuk barisan 34 Adun yang sudah cukup untuk membentuk sebuah kerajaan di Selangor. 

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi. Kenapa lapan Adun PKR itu mahu meninggalkan parti mereka tidak didedahkan, kata sumber Umno yang mengetahui percaturan tersebut. Pemerhati politik berkata langkah membawa Muhammad dan lapan Adun mengulangi episod yang berlaku di Perak pada 2009 ketika mana tiga Adun Pakatan Rakyat (PR) melompat keluar daripada kerajaan yang memerintah dan menyokong Barisan Nasional di DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi. 

Ia menyebabkan kerajaan PR yang mempunyai 28 wakil rakyat tumbang. Sultan Perak kemudian mempelawa BN yang mempunyai 28 Adun untuk membentuk kerajaan negeri setelah ia mempunyai majoriti tipis susulan tindakan tiga Adun yang lompat parti itu. Pemerhati juga berkata langkah Muhammad semalam membayangkan hasrat Najib dan Umno untuk mengguna pakai jalan yang sama seperti di Perak untuk mengalahkan seteru politiknya di Selangor. 

Muhammad empat penggal menjadi wakil rakyat Batang Kali (1982-1999) dan Menteri Besar Selangor antara 1986 hingga 1997 apabila beliau letak jawatan berhubung kes mata wang di Australia. Beliau keluar Umno untuk menyertai PAS pada 2013, empat tahun selepas tidak tersenarai dalam Kabinet Najib pada 2009. Beliau meninggalkan PAS selepas dua tahun dan menyertai PKR pada 2015. Muhammad berbalah dengan Istana Selangor apabila berkahwin secara sulit dengan adinda kepada Sultan sekarang pada 1987 di Thailand. 

Beliau dan puteri Selangor itu, Tengku Puteri Zahariah Sultan Abdul Aziz Shah, kini sudah bercerai. Dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia dua tahun lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyentuh tentang beberapa menteri besar negeri itu tetapi membuat kenyataan yang keras tentang Muhammad. 

"Yang banyak tukar adat ini ialah Muhammad Muhammad Taib. Macam penganugerahan darjah kebesaran tidak lagi melalui Dewan Diraja, tetapi Exco sahaja luluskan terus, bagi darjah kebesaran. 

"Terus terang, saya tidak hormat pada Muhammad Taib. Dia buat kekayaan ketika berada dalam Umno, kemudian masuk PAS. Kemudian apabila PAS kelam kabut, dia keluar dan masuk PKR. Kalau dia masuk mana sekalipun, macam mana hendak hormat sebab dia banyak melompat. 

"Kalau orang tidak ada prinsip jadi pemimpin, memang goyanglah. Kita mesti teguh. Kalau kepercayaan kita betul, periksa dan ulang periksa dan jangan berganjak bila sudah buat keputusan," titah baginda. – 18 September, 2017.

Sekian.

SEBAHAGIAN daripada penduduk Rohingya dari wilayah Rakhine di Myanmar menuju ke sempadan Bangladesh untuk mencari perlindungan susulan keganasan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Myanmar.


Klik di sini..


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

Masih Ada Lagi Pusat Urut Pelacuran. Cuba Siasat Kerana Rasuah?


 MUSTAFAR (kiri) mengetuai operasi bagi menahan wanita warga asing di sebuah kondominium yang dijadikan pusat urut di Seri Alam dekat Johor Bahru malam kelmarin.
JOHOR BAHRU – Sindiket pelacuran di negara ini semakin berani apabila menjadikan kondominium sebagai pusat urut yang turut menawarkan perkhidmatan pelacuran bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, bagaimanapun aktiviti tidak bermoral sindiket terbabit terbongkar apabila pihaknya berjaya menahan seramai 40 wanita warga asing.
Menurutnya, kesemua wanita warga asing itu diberkas dalam Ops Ikrar yang dijalankan sekitar Taman Permas Jaya dan Bandar Seri Alam dekat sini bermula pada pukul 9.30 malam kelmarin.


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

666 Militan, 147 Askar &47 Maut. Perang Di Marawi Tamat?

 REUTERS - SEORANG askar Marin Filipina meronda di kawasan pertempuran di Marawi pada Khamis lalu.

MANILA – Tentera Filipina menawan pusat pe­rintah pemberontak pro-Daesh yang menawan bandar Marawi di Pulau Mindanao, selatan negara itu sejak hampir empat bulan lalu, kata Manila semalam.
Pemberontak itu termasuk kumpulan Maute menjadikan sebuah masjid di Marawi sebagai markas mereka.
Pasukan keselamatan bertempur dari jalan ke jalan dan me­lancarkan serangan udara dalam usaha mengusir militan tersebut dari bandar Marawi.
“Kejayaan besar ini melemahkan lagi kumpulan pengganas tersebut.
“Pihak tentera meneruskan operasi pembersihan dan kami menjangka musuh akan me­nyerahkan lebih banyak kawasan yang ditawan tetapi bukan tanpa pertempuran,” kata ketua angkatan tentera, Je­neral Eduardo Ano dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pihak tentera menawan pusat perintah militan itu dalam operasi yang bermula kelmarin bagi menawan sebuah masjid dan bangunan lain di Marawi.
Timbalan komander pasukan bertindak tentera Filipina di Marawi, Kolonel Romeo Brawner pula berkata, pihak tentera berdepan tentangan paling sengit dalam usaha menawan masjid tersebut.
Kejatuhan pusat perintah militan di Marawi katanya, menandakan pertempuran di bandar utama penduduk Islam itu hampir tamat.
“Penentangan mereka sema­kin lemah,” kata Brawner.
Ratusan pemberontak Islam Maute dan penyokongnya me­ngibarkan bendera Daesh apabila mereka menawan Marawi pada 23 Mei lalu.
Kerajaan berkata, seramai 666 militan, 147 askar dan 47 orang maut awam maut dalam pertempuran itu yang turut memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka. – AFP

"Saya Tak Maafkan.." Kata Ibu Mangsa Kebakaran. Lagi Bukti Kezaliman..












"Saya tak maafkan mereka," kata ibu mangsa kebakaran pusat tahfiz. Ini lagi bukti kezaliman undang-undang buatan manusia di Malaysia..

gambar Bernama.

SEREMBAN, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – “Saya tidak akan maafkan perbuatan mereka yang membakar pusat tahfiz anak saya,” kata Noorazlina Bakry, 36, ibu kepada seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang terkorban dalam kejadian kebakaran pusat itu, Khamis lepas.


“Saya tidak akan maafkan mereka. Banyak lagi perkara yang saya mahu lakukan untuk anak saya, tetapi sekarang sudah tidak sempat lagi. Saya mahukan keadilan untuk anak saya. 


“Hati apa yang sanggup buat macam itu kepada pelajar-pelajar tahfiz,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini.


Anaknya Muhammad Fahmie Abdullah, 11, adalah antara 21 pelajar yang maut dalam kejadian itu. Dua lagi merupakan warden asrama pusat tersebut.

Pihak polis telah memaklumkan tujuh remaja berusia antara 11 hingga 18 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran berkenaan.

Noorazlina berkata, beliau tidak sanggup untuk melihat wajah-wajah yang menyebabkan anaknya terkorban. – Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Saya tak maafkan mereka," kata ibu mangsa kebakaran pusat tahfiz'. Apa hukum ucapan ini dalam Islam?


Jawab: Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,


Ketika seseorang membunuh orang lain dengan sengaja, ada tiga hak yang terlibat di sana, hak Allah, hak korban, dan hak wali (keluarga) korban.

Imam Ibnu al-Qayyim menjelaskan,
التحقيق أن القتل، تتعلق به ثلاثة حقوق، حق لله، وحق للمقتول، وحق للولي
  • “Kesimpulan pembahasan, bahwa pembunuhan berhubungan dengan tiga hak: hal Allah, hak korban (al-maqtul), dan hak wali (keluarga) korban (auliya` al-maqtul). (Dinukil dari Hasyiyah ar-Raudhul Murbi’, Abdurrahman Qosim, 7/165)

Penjelasan Lebih Rinci untuk Masing-masing, sebagai berikut,
Pertama, hak Allah
Membunuh seorang muslim yang terlindungi darahnya, termasuk dosa besar yang sangat Allah murkai. Karena itu, Allah memberikan ancaman sangat keras bagi orang yang membunuh dengan sengaja, diantara firman-Nya,
وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِناً مُّتَعَمِّداً فَجَزَآؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِداً فِيهَا وَغَضِبَ اللّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَاباً عَظِيماً
  • “Barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah jahanam. Ia kekal di dalamnya, Allah murka kepadanya, mengutukinya, serta menyediakan azab yang besar baginya.” (QS. an-Nisa`: 93)

Dalam ayat ini, Allah mengancam keras pelaku pembunuhan dengan sengaja, sampai karena besarnya dosa pembunuhan ini, Allah tidak mensyariatkan adanya kafarat (tebusan).
Kemudian, dalam hadis dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَزَوَالُ الدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللهِ مِنْ قَتْلِ مُسْلِمٍ
  • Lenyapnya dunia lebih ringan bagi Allah dibandingkan pembunuhan terhadap seorang muslim.” (Hr. Nasai 3987, Turmudzi 1395 dan dishahih al-Albani).

Bahkan, Rasulullah saw mengancam orang kafir yang terlindungi darahnya, akan dijauhkan dari surga,
من قتل معاهداً لم يرح رائحة الجنة وإن ريحها ليوجد من مسيرة أربعين عاماً
  • “Barangsiapa yang membunuh orang kafir yang memiliki perjanjian perlindungan (mu’ahad), maka dia tidak akan mencium wangi surga. Sungguh, wangi surga itu tercium sejauh jarak empat puluh tahun.” (HR. Bukhari 3166)

Hubungannya dengan hak Allah, hak ini bisa gugur, jika pelaku secara serius bertaubat, memohon ampun atas dosa besar yang telah dilakukannya.
Kedua, hak korban.
Hak ini tidak boleh digugurkan begitu saja, kerana korban telah meninggal. Sehingga tidak ada jaminan dia memaafkan. Korban akan meminta haknya pada hari kiamat kepada pembunuhnya. Dalam hadis dari Ibnu Mas’ud RAW, Nabi SAW bersabda:
أول ما يقضى بين الناس يوم القيامة في الدماء
  • “Sengketa antar-manusia yang pertama kali diputuskan pada hari kiamat adalah masalah darah.” (HR. Bukhari 6533 dan Muslim 1678)

Dalam dahis lain, dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, beliau pernah mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
يَجِيءُ الْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مُتَعَلِّقٌ بِرَأْسِ صَاحِبِهِ – وفي لفظ : يَجِيءُ مُتَعَلِّقًا بِالْقَاتِلِ تَشْخَبُ أَوْدَاجُهُ دَمًا – يَقُولُ : رَبِّ سَلْ هَذَا لِمَ قَتَلَنِي
  • “Orang yang membunuh dan korban yang dibunuh akan didatangkan pada hari kiamat dengan menenteng kepala temannya (pembunuh) – dalam riwayat lain: Dia (korban) membawa orang yang membunuh, sementara urat lehernya bercucuran darah – dia mengatakan: ‘Ya Allah, tanya orang ini, mengapa dia membunuh saya’.” (HR. Ibnu Majah 2621 dan dishahihkan al-Albani).

Mengingat masih ada hak korban yang tidak mungkin bisa ditunaikan kecuali setelah kiamat, sebagian ulama berpendapat, tidak ada taubat bagi pembunuh. Diantara ulama yang berpendapat demikian adalah Ibnu Abbas, Zaid bin Tsabit, Abu Hurairah RA, Abu Salamah bin Abdurrahman, Qatadah, Ad-Dhahhak, dan Hasan Al-Bashri.
Sementara majoriti ulama mengatakan bahwa pembunuh memiliki hak untuk bertaubat, sebagaimana dosa yang lainnya. Dan inilah pendapat yang kuat, berdasarkan firman Allah,
وَإِنِّي لَغَفَّارٌ لِمَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا ثُمَّ اهْتَدَى
  • ”Sesungguhnnya Aku Maha Pengampun bagi setiap orang yang mau bertaubat dan beramal sholeh, kemudian dia meniti jalan petunjuk.” (QS. Thaha: 82).

Lalu bagaimana dengan hak korban di akhirat? Apakah pahala pembunuh akan diambil di akhirat untuk diberikan kepada korban, ataukah Allah yang akan menanggungnya?
Mengenai hal ini, Imam Ibnu al-Qayyim menjelaskan,
فإذا أسلم القاتل نفسه طوعا إلى الولي، وندما وخوفا من الله، وتاب توبة نصوحا، سقط حق الله بالتوبة، وحق الأولياء بالاستيفاء أو الصلح، أو العفو، وبقي حق المقتول، يعوضه الله يوم القيامة، عن عبده التائب، ويصلح بينه وبينه
  • Apabila pembunuh menyerahkan dirinya kepada wali korban, dia menyesal dan takut kepada Allah, betul-betul bertaubat kepada Allah, maka hak Allah menjadi gugur dengan taubat, hak wali gugur dengan dia menyerahkan diri, berdamai dan memaafkan. Tinggallah hak korban (al-Maqtul). Allah akan memberi ganti haknya pada hari kiamat, dari hamba-Nya yang bertaubat, dan Allah akan memperbaiki hubungan keduanya. (Dinukil dari Hasyiyah ar-Raudhul Murbi’, Abdurrahman Qosim, 7/165)

Ketiga, hak wali korban.
Yang dimaksud wali korban adalah keluarga korban yang menjadi ahli waris.
Dalam kes pembunuhan disengaja, wali korban memiliki tiga pilihan hak,
Pilihan pertama, qisas, nyawa balas nyawa.
Wali korban boleh menuntut hukuman pancung untuk pelaku pembunuhan. Pelaksanaan hukuman ini HANYA boleh dilakukan oleh pemerintah. Allah berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى
  • “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu untuk melaksanakan qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh….” (Qs. al-Baqarah: 178).

Islam memotivasi agar pihak ahli waris korban menggugurkan hukuman qisas bagi pelaku, dengan catatan, apabila pelaku tidak dikenal sebagai orang jelek. Allah ingatkan,
فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاء إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ذَلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ
  • “Barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada yang memberi maaf, dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Rabbmu, dan merupakan suatu rahmat.” (QS. al-Baqarah: 178).

Mengingat qisas tidak boleh dibagi-bagi, sehingga jika ada salah satu diantara ahli waris yang memaafkan si pembunuh agar tidak diqisas, maka hukuman qisas ini menjadi gugur. Selanjutnya, si pembunuh wajib menunaikan pilihan kedua, iaitu diyat. (Fikih Sunah, 2/523).
Pilihan kedua, membayar diyat
Diyat dalam kasus pembunuhan ada 2:
a. Diyat Mukhaffafah (diyat ringan). Diyat ini berlaku untuk pembunuhan tidak sengaja atau semi sengaja.
b. Diyat Mughaladzah (diyat berat). Diyat ini berlaku untuk pembunuhan sengaja, ketika wali korban membebaskan pelaku dari qishas.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَمَنْ قُتِلَ لَهُ قَتِيلٌ فَهُوَ بِخَيْرِ النَّظَرَيْنِ إِمَّا أَنْ يُفْدَى وَإِمَّا أَنْ يُقْتَلَ
  • “Barangsiapa yang menjadi wali korban pembunuhan, maka ia diberi dua pilihan: memilih diyat atau qisas.” (Hr. Bukhari 2434 & Muslim 1355).

Besar diyat mughaladzah menurut madzhab Syafiiyah dan salah satu riwayat dalam madzhab Hambali senilai 100 ekor onta, dengan rincian: 30 onta hiqqah (onta betina dengan usia masuk tahun keempat), 30 onta jadza’ah (onta betina dengan usia masuk tahun kelima), dan 40 onta induk yang sudah pernah beranak satu yang sedang hamil. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyah, 21/51).
Pada dasarnya, diyat dibayarkan dalam bentuk onta. Namun jika tidak memungkinkan untuk membayar dengan onta, diyat bisa dibayarkan dengan uang senilai harga onta dengan kriteria di atas.
Pilihan ketiga, memberikan ampunan tanpa bayaran.
Para ahli waris korban memiliki hak untuk mengampuni pelaku dengan tidak meminta qisas maupun diyat. Dan bentuk pemaafan ini Allah sebut sebagai sedekah bagi keluarga yang memaafkan. Alla berfirman,
فَمَن تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُ
  • “Barangsiapa yang melepaskan (hak qisas)-nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya.” (QS. al-Maidah: 45).

Beda antara qisas dengan diyat ketika digugurkan.
Ketika salah satu ahli waris menggugurkan qisas, maka hukuman qisas menjadi gugur, sekalipun ahli waris yang lain tidak memaafkannya. Karena qisas tidak bisa dibagi.
Berbeda dengan diyat, ketika salah satu ahli waris menggugurkan diyat, kewajiban bayar diyat tidak menjadi gugur seluruhnya, selama masih ada ahli waris lain yang menuntut diyat. Hanya saja, sebagian kewajiban diyat menjadi gugur.
Begitu hebat dan telitinya hukum dalam perundangan Islam, membawa keadilan hak ganjaran bersama-sama. Berbeda dengan undang-undang sekular buatan manusia hanya pemerintah yang dapat ganjaran kebendaan, tetapi bukan keluarga mangsa. Itulah undang-undang ciptaan manusia yang pincang!
Allahu a’lam
Rujukan:
  • Fiqih Sunnah, Sayid Sabiq, Dar Kitab al-Arabi, cet. III, 1397 H.
  • Diktat: Fikih Jinayat, Dr. Yusuf as-Syubili, www.shubily.com
  • Al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah, Kementrian Wakaf Kuwait, 1427 H.
  • Hasyiah ar-Roudh al-Murbi’, Abdurrahman bin Qosim al-Ashimi, cet. I, 1397 H.
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails