Saturday, October 14, 2017

Ini, 10 Bukti DAP Tolak Islam..

Imej yang berkaitan



Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral 
APABILA
parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1:
Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2:
Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

Bukti 3
: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4:
DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5
: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6
: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7
: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8
: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10:
Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.


(http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/)


Lihat juga artikel ini...
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah/Sarawak memberi maklumat lengkap.


DAP Bantu S/Agama Di PP Lebih Dari UMNO. Porrah!



Sebenarnya DAP dan UMNO sama sahaja, kedua-duanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Malang parti yang kononnya Islam tapi jadi kuda tunggangan DAP.

Kredit:
Muhamad Lan 

Idea Pasaraya Wakaf, Dijangka RM60,000 Sebulan Dapat Sumbangan..




Lajnah Ekonomi, kini di Dungun, Terengganu; Karnival Pemuda Islam Dungun.
Daerah yang akan terbinanya sebuah Pasaraya Wakaf PAS. Bernilai RM 12 juta, akan dibina dengan sumbangan para ahli yang mencintai perjuangan ini. Pasaraya yang akan menyumbang kepada ekonomi PAS sebanyak RM 60,000 sebulan.


Hanya RM 30 dan 100,000 lot dibuka untuk jualan.
Ayuh! Sama-sama kita menyumbang dan merealisasikan projek ini!
Hubungi :

Hakimi (Pengurus Booth Di Dungun) :
010 570 7539

www.wasap.my/60105707539

Hapus Sultan &Negara Republik. Itukah Resume Wan Ji Dilantik G/Eng?


AIDCNews -13/10/17- Benarkah ideologi ketua exco agama Pemuda PKR, Wan Ji Wan Hussin yang mahu menghapuskan kesultanan Melayu dan diganti dengan Negara Republik merupakan resume yang kukuh untuk beliau dilantik sebagai pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini.
Dalam satu rakaman yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini, Wan Ji mengakui beliau mengetuai satu gerakan untuk menghapuskan kesultanan Melayu dan diganti dengan sistem negara Republik yang disasarnya pada tahun 2030.
Wan Ji turut menyifatkan sistem kesultanan negara ini seumpama hukum Islam terhadap babi yang menurutnya lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan.
“Sultan, monarki ini ada baik sikit tetapi mudaratnya banyak. Hukum lebih kurang macam babi juga.
“Habis duit rakyat, mengarahkan sesuka hati, banyak dasar yang agak terbantut kerana faktor sultan, tak lantik Exco, menyusahkan orang, goyang kaki, pembaziran. Baik sikit je kot, nak jaga Melayu je,” ujarnya dalam rakaman itu.

AIDCNews sebelum ini pernah mendedahkan pengakuan bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman yang berkata matlamat utama DAP adalah untuk menghapuskan kesultanan Melayu dan diganti dengan sistem republik.
Kami ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah Republik, macam Singapura. Sebab itulah kami cukup rapat dengan kerajaan Singapura ni. Cukup rapat. Kita ingin menjadikan Malaysia sebuah Negara Republik.
Sistem Raja Berperlembagaan.. Kita akan hapuskan. Lim Kit Siang biasa kata dalam mesyuarat, Raja-raja yang ada di Malaysia ini adalah dari keturunan lanun, perompak dan penjudi. Adakah awak mahu diperintah oleh lanun (raja) dalam negara ini ?, dia tanya.
Tuan-tuan masih ingat tak apa yang berlaku pada 11 April (2012) yang lalu, semasa pertabalan Yang Maha Mulia Duli Yang Dipertuan Agong. Tengok, bagaimanakah mereka menghina dan mencaci Raja.
Kerana apa? Mereka yakin kalau dapat tawan Putrajaya, itulah pertabalan terakhir Agong di bumi Malaysia ni. Lepas ini tak ada dah. Kita akan lantik Presiden. Kita akan turunkan sembilan Raja. Kita akan lantik satu Presiden.
Presiden pertama, memang kita akan bagi kat orang Melayu. Yang pertama sahaja. Lepas yang kedua, seterusnya akan diberi kepada orang Cina dan India. Macam Singapura lah, yang pertama dia bagi kat orang Melayu, lepas itu mana ada dah.
Tengok sejarah Singapura. Yang pertama saja bagi kat orang Melayu, semua Cina-India..Cina-India saja. Itulah perancangan DAP.
Lagu Negaraku dengan bendera Malaysia telah pun diubah suai. Saya dengar sekali lagu negaraku baru di Hotel Paramount Sibu, di ambang pilihan raya negeri Sarawak pada tahun lalu.
Saya dengar, saya lihat bendera Malaysia yang baru sekali. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya melihat dan mendengar. Depa buat di Hotel Paramount, secara tertutup.
Lagu Malaysia baru ni, perkataan Raja tak ada. Beberapa perkataan lain diubah suai. Melodi dan iramanya semuanya sudah lain dah.
Penulis lirik lagu Negaraku adalah orang Selangor berbangsa Cina. Orang Selangor juga dia.
Dan bendera Malaysia untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, di tengah-tengah tu, bintang tak ada bulan tak ada, benda lain yang ada. Warna pun telah ditukar. Tuan-tuan masih ingat tahun lalu, DAP kata bendera Malaysia patut diubah suai.


Tidurlah Hai Rafizi! Akauntan 1/2 Masak. -Sindir Tan Sri Shahrir.



KEMASKINI : Barangkali terkesan dengan sindiran Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad menyifatkannya sebagai akauntan setengah masak, Rafizi Ramli pada Jumaat cuba menegakkan benang basah dengan kenyataan seolah-olah beliau mempunyai cukup bukti mengenai akaun hotel di Bayswater,London
Malah Naib Presiden PKR itu yang juga Ahli Parlimen Pandan mendakwa tidak tidur 48 jam untuk mencari bukti-bukti berkaitan syarikat yang terbabit dengan hotel tersebut serta meminta FELDA menjelaskan mengenai maklumat terbarunya itu.
Berikut jawapan Shahrir berhubung kenyataan terbaru Rafizi mengenai isu tersebut:
“Saya tak tahu samada nak ketawa atau nak menangis bila membaca komen YB Rafizi yang terbaharu terhadap pelaburan FELDA di London.
Kali ini, YB Rafizi berkata dia tidak tidur 48 jam membuat penyelidikan dan penyiasatan termasuk kononnya kaedah “reverse accounting” terhadap akaun FELDA.
“Sebenarnya pada saya, YB Rafizi macam tertidur 3 bulan bukan tidak tidur 48 jam.
“Ini kerana kenyataan terbaharu YB Rafizi semacam dia tidak sedar bahawa tepat 3 bulan dulu, pada 13hb Julai 2017, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyatakan bahawa mereka telah menerima maklumat baharu dan oleh yang demikian akan kembali menyiasat pembelian hotel Grand Plaza Kensington oleh FIC, sebuah syarikat pelaburan milik penuh FELDA.
“Pihak SPRM telah menyatakan kemungkinan besar pembelian hartanah itu dilakukan pada harga melebihi nilai pasaran semasa hingga mengakibatkan kerugian besar kepada FELDA.
“Semenjak kenyataan itu, SPRM telah menahan beberapa orang untuk disoal siasat. Penyiasatan itu tertangguh seketika kerana pihak SPRM perlu ke London juga untuk menyoalsiasat pihak tertentu di kotaraya itu.
“Berbeza dgn SPRM, YB Rafizi telah menyamakan kes pembelian hartanah Kensington ini dengan kes NFC.
“Rafizi juga turut yakin yang Pakatan Harapan akan menang pada PRU 14 dan demikian akan mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri dan pengerusi2 FELDA termasuk saya berasaskan kerja kuatnya tanpa tidur berterusan selama 48 jam.
“Berikutan pengumuman penyiasatan SPRM pada Julai lalu, saya telah menyatakan sokongan saya sebagai Pengerusi FELDA kepada penyiasatan itu dan FELDA akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan penyiasatan tersebut.
“Dalam soal Grand Plaza di Bayswater, YB Rafizi cuba mengujudkan keadaan misteri dgn penyelidikan “setengah masak” atau “half-baked” dengan merujuk kepada hanya sebahagian akaun dan tidak kepada akaun yang sepenuhnya.
“Kali ini pula, kenyataannya mengenai hartanah Kensington jelas menunjukkan tempoh 48 jam beliau menyengkang mata adalah sia-sia sedangkan dia sebenarnya tertidur selama 3 bulan semenjak SPRM memulakan penyiasatan kes pembelian hartanah Kensington.
“Adalah lebih bermanfaat dan berbaloi kepada orang ramai yang menyumbang duit mereka kepada Invoke kalau Rafizi tak tidur semenjak Julai lalu.
“Ini samalah juga seperti keadaan Rafizi tidak sedar yang akaun 2015 FELDA telah disampaikan kepada Parlimen.
“Yang misteri sebenarnya ialah mengapa Rafizi tertidur tiga bulan tapi sanggup tak tidur 48 jam.
“Bagi saya Rafizi juga sudah mudah lupa seperti boss barunya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Invoke beliau tidak sehebat siasatan oleh SPRM.-13/10/2017

Hasil carian imej untuk bangunan felda

Rafizi guna fakta dan rujukan tidak tepat tuduh FELDA - Shahrir
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir Abdul Samad menolak dakwaan Rafizi Ramli bahawa badan berkanun itu membiayai pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di London melalui pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menurut Shahrir, Ahli Parlimen Pandan yang juga merupakan Naib Presiden PKR itu menggunakan fakta dan rujukan yang tidak tepat berhubung pembelian aset tersebut.
"Pada Disember 2009, KWSP telah meluluskan pinjaman berjaminan kerajaan kepada FELDA sebanyak RM6.5 bilion. Tujuan utama pinjaman ini adalah untuk membiayai keperluan program tanam semula peneroka FELDA dan keperluan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) bagi melaksanakan aktiviti pelaburan. Pada masa itu, FGV merupakan sebuah syarikat subsidiari milik penuh FELDA.
"Keputusan untuk mendapatkan pembiayaan daripada KWSP dibuat setelah FELDA meneliti rasional keperluan pembiayaan pada masa itu. FELDA membayar semula
prinsipal dan keuntungan pinjaman KWSP ini mengikut jadual yang ditetapkan oleh KWSP. Pinjaman ini dijadualkan selesai pada tahun 2023," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Grand Plaza Serviced Apartments dibeli melalui hasil penyenaraian FGV pada tahun 2012 dan ia telah  dimaklumkan kepada pihak media pada 12 Februari 2017 dan
mendapat liputan akhbar-akhbar utama.
"Dakwaan Rafizi bahawa FELDA akan kerugian RM38 juta akibat jualan Grand Plaza Serviced Apartments juga tidak tepat kerana pembelian ini menggunakan dana dalaman FELDA (FELDA internal funds) dan tidak menanggung sebarang kos bayaran faedah.
"Rafizi tidak sedar bahawa FELDA merupakan sebuah badan berkanun yang mempunyai sumber pendapatan dan kewangannya sendiri tanpa mendapat pembiayaan kos operasi dari kerajaan persekutuan sejak tahun 1996. Ini bermakna perjalanan operasi FELDA tidak langsung ditanggung oleh pembayar cukai mahupun peneroka," katanya.
Ujar Shahrir, komitmen FELDA sebagai agensi kerajaan diteruskan bagi memastikan kesejahteraan peneroka dan aktiviti tanam semula dilaksanakan mengikut perancangan.
Sementara itu, Shahrir berkata, penjualan pangsapuri merupakan antara inisiatif penyusunan semula aset-aset dan langkah penstrukturan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan FELDA.
Katanya, keputusan itu juga dilakukan susulan keputusan FELDA untuk menjual aset-aset yang tidak berkaitan dengan operasi teras agensi pembangunan itu.
“Saya yakin bahawa penjualan hotel ini sejajar dengan hala tuju FELDA untuk ‘balik asal’ dan akan memberi impak yang positif kepada kewangan FELDA.
“Ini juga dapat membantu FELDA untuk fokus kepada pengurusan ladang peneroka bagi memastikan pendapatan peneroka yang tinggi, sekali gus memastikan kebajikan dan kesejahteraan peneroka terbela,” katanya.
Sehingga kini, terdapat sebanyak 54 pihak yang menyatakan minat untuk membeli Grand Plaza Serviced Apartment dan kini proses penjualan dalam peringkat terakhir meneliti tawaran yang baik dan munasabah.
Tambahnya,dakwaan Rafizi mengenai perbelanjaan “misteri” operasi berjumlah RM80 juta juga berlandaskan fakta yang tidak berasas kerana komponen utama perbelanjaan pentadbiran hotel itu adalah bayaran kadar pajakan tahunan.
Kadar pajakan tersebut merupakan bayaran sewaan yang perlu dibuat oleh FIC Grand Plaza Ltd, iaitu sebuah syarikat yang mengurus perniagaan bagi pihak syarikat induk, Felda Investment Corporation (FIC) UK Properties Sdn Bhd (syarikat cabang pelaburan Felda).-13/10/2017 (AD)

Tinjauan Ceramah PAS &AMANAH, Tanjung Karang/Bagan Serai. Malam Tadi...

Hasil carian imej untuk pas/amanah

Ceramah PAS: Tanjung Karang Malam Tadi...... 
Tahniah Orang Selangor


Jika maklumat mengenai Pas sampai ke semua peringkat akar umbi maka segala fitnah jahat pihak musoh pas daripada kerajaan dan rakan pembangkang akan senang di tepis.... Hasilnya sambutan program PAS meningkat.








Pelancaran Gagasan Sejahtera Peringkat Negeri Selangor di Tanjung Karang.Kehadiran luarbiasa penyokong dan ahli-ahli PAS dan Ikatan serta wakil-wakil NGO.

Terus kan gerak kerja di mana saja dgn apa saja cara ....melihat kepada fenomena sambutan rakyat di mana tempat insyalllah pas akan memimpin selangor pru14 nanti ....

Kredit
Yuusuke Godai 


Ceramah Amanah: Mat Sabu (Presiden AMANAH) 
di Bagan Serai Perak.



Jangan pula ada yang mengatakan gambar ini diambil ketika ceramah belum mula lagi, atau ceramah dah tamat 2 jam berlalu.










Cubaan...Cubaan. Ini bukan cubaan nak perkenakan Mat Sabu INI BETUL-BETUL. Gambar diambil pelbagai sudut nak tuju bertapa ramainya penonton.

Kredit


P/Pinang Takdak Balak Pun Banjir. Mana Profesiaonalnya?

 KEADAAN banjir di Jalan P Ramlee di Georgetown, hari ini. - Foto BERNAMA

GEORGETOWN: Penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Jalan P Ramlee di sini, mula membersihkan kediaman masing-masing selepas air surut, pagi tadi.
Tinjauan BH mendapati, penduduk yang terjejas teruk di sekitar Jalan P Ramlee di sini, mula membersihkan kawasan kediaman masing-masing selepas banjir surut sepenuhnya kira-kira jam 10 pagi.
Penduduk, Yusof Rawana, 63, berkata dia bersyukur apabila banjir kilat kali ini tidak seburuk 29 Oktober lalu, yang menyebabkan banyak peralatan rumahnya rosak.
"Kali ini saya sempat menyelamatkan peralatan dan barangan rumah dengan meletakkannya di tempat tinggi.
"Paras air kali ini tidak seteruk minggu lalu dan tahun ini sahaja sudah lima kali banjir kilat berlaku di kawasan rumah saya," katanya ketika ditemui BH di Jalan P Ramlee, di sini, hari ini.
Kejadian hujan lebat yang berterusan kira-kira enam jam bermula jam 3 pagi tadi, menyebabkan kawasan di Jalan P Ramlee, Jalan Pattani dan Teluk Bahang dinaiki air hingga hampir 0.8 meter.
Cuaca buruk itu menyebabkan tanah runtuh dan pokok tumbang, selain kesesakan lalu lintas di sekitar bandaraya ini, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dulu kata Kelantan banjir kerana proses penebangan balak. Ai, lani PP takdak balak pun banjir juga? Mana yang kononnya profesional sangat. Boleh belah!! Tolenji...

Kuil Sarang Penjenayah? Kemboja Haramkan Filem Hollywood Ini..


Hasil carian imej untuk Kingsman: The Golden Circle
HALAMAN HIBURAN
PHNOM PENH – Filem blockbuster Hollywood Kingsman: The Golden Circle diharamkan di Kemboja berikutan satu babak yang menggambarkan sebuah kuil tersohor di negara itu sebagai sarang penjenayah, kata seorang pegawai hari ini.
Filem sekuel aksi komedi ini mengisahkan sebuah organisasi perisikan British yang bekerjasama dengan Amerika untuk mengesan seorang penyeludup dadah terkenal yang bersembunyi di sebuah kuil di Kemboja.
Pengarah Kementerian Kebudayaan, Jabatan Perfileman, Bok Borak memberitahu AFP, filem yang ‘tidak boleh diterima’ itu diharamkan tayangannya kerana menggunakan nama Kemboja sebagai tempat persembunyian penjenayah.
“Dan apa yang lebih membimbangkan adalah ia menggunakan salah sebuah kuil kami sebagai lokasi menghasilkan dadah dan membunuh manusia dengan kejam. Jadi kami mengharamkan tayangan filem ini di negara kami,” katanya, lapor BH.
Ini bukan kali pertama Kemboja mengharamkan hiburan yang dianggap membahayakan nilai tradisi negara itu.
Sepanjang tempoh dua bulan lalu, kerajaan Kemboja mengharamkan dua filem Hollywood termasuk filem seram ‘Jigsaw’ kerana memaparkan keganasan berlebihan yang dianggap tidak sesuai untuk penonton tempatan.

Tiga pelancong Perancis ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal kerana mengambil gambar bogel satu sama lain di kuil dekat tapak bersejarah ratusan tahun Angkor Wat, di Kemboja.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Menggambarkan sebuah kuil tersohor di negara Kemboja itu sebagai sarang penjenayah, adalah suatu larangan yang wajar. Kerana maruah agama dan tradisi rakyat bagi mereka lebih baik dari mendapat keuntungan wang yang sedikit berbanding keburukan terhadap agamanya.
Lihat juga artikel ini...
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah/Sarawak memberi maklumat lengkap.

Friday, October 13, 2017

Ustaz Wan Ji P/Penerangan KM PP Ditahan Polis Lepas Jumaat.



GEORGETOWN: Wan Ji Wan Husin yang baru dilantik sebagai Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang telah ditahan polis di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang.


Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang Saifuddin Nasution Ismail berkata ustaz muda itu ditangkap selepas sejurus selesai solat Jumaat.

Beliau yang juga ketua biro agama Pemuda PKR (AMK) sebelum itu menyampaikan khutbah Jumaat di masjid sama.

“Kini beliau dibawa ke IPD Seberang Perai Tengah. Belum lagi diketahui alasan penahanan beliau,” kata Saifuddin seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

Tiada maklumat lanjut berkaitan sebab penangkapan itu setakat ini.

“Satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus pihak peguam yang berada bersama beliau mendapat maklumat sahih, mengapa Ustaz Wan Ji ditahan,” katanya lagi.
-na-

Kes Tak Sensitif Kehidupan Majmuk PP. Selesai?


BANGI, 23 Muharram 1439H, Jumaat – Ketika umat Islam sedang mengerjakan solat Isyak di sebuah masjid, sekumpulan penganut agama lain melalui jalan di hadapan masjid berkenaan sambil memukul gendang.
Keadaan itu menimbulkan kemarahan umat Islam di kawasan berkenaan, terutama anak muda yang melihatnya dan menyifatkan perbuatan itu sebagai biadab.
Namun, kepantasan ahli jawatankuasa Masjid Maqbul di Sungai Pinang, Pulau Pinang, malam kelmarin, mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Lalu, isu perarakan oleh kaum Cina sambil memukul gendang ketika umat Islam sedang melakukan solat Isyak di masjid itu diselesaikan secara baik.
Kenyataan ini dikeluarkan menerusi satu klip video yang berdurasi 1 minit 36 saat, menyaksikan permohonan maaf daripada pihak penganjur perarakan berkenaan kepada jawatankuasa dan kariah masjid serta golongan muda di Sungai Pinang berikutan kejadian yang berlaku.
Penganjur juga berjanji bahawa perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.
Menerusi klip video itu, Pengerusi Kariah Masjid Maqbul yang hanya dikenali sebagai Haji Elias menasihati penganjur supaya memastikan perkara ini tidak berulang bagi mengelak timbulnya perselisihan faham dan pergaduhan antara kaum di kampung berkenaan.
“Masyarakat Sungai Pinang ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Saya menasihati supaya perkara ini tidak berulang lagi dan setiap kaum perlu menghormati agama masing-masing agar tidak terjadi pergaduhan,” katanya.
Katanya, orang Melayu menganggap apa yang dilakukan malam kelmarin itu satu perbuatan biadab.
“Kita tak mahu kata biadab.. kita kata tersilap.. bila tersilap kita jangan buat ganggu-gugat lagi di masa-masa akan datang,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kata 'biadap' ditukar dengan kata 'tersilap'. Itu aje?
Berikut adalah klip video berkaitan.
Lihat sebelum ini..

200 Penduduk Islam Lari Bila Sami Hindu Bunuh Penyanyi Muslim..


NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 200 penduduk Islam lari dari perkampungan mereka di barat Rajasthan selepas seorang sami Hindu dan rakannya membunuh penyanyi lagu rakyat Muslim, akhir bulan lalu.
Masalah meletus di perkampungan Dantal berhampiran sempadan India-Pakistan, 27 September lalu apabila seorang sami Hindu menuduh penyanyi lagu rakyat, Ahmad Khan, membuat kesilapan ketika mengalunkan mantera membangkitkan dewi Hindu.
Hasil carian imej untuk samiHindu Bunuh penyanyi Islam
Khan, 45, adalah anggota komuniti Langa Manganiyar, yang menyanyikan lagu keagamaan Hindu dan versi spiritual di kuil serta festival.
Cadangan sami itu supaya mantera diubah menyebabkan berlaku pertengkaran.
Polis berkata, sami itu, Ramesh Suthar dan rakannya kemudian memecahkan alat muzik milik Khan sebelum membunuhnya.
"Berita pembunuhan itu mencetuskan rusuhan antara penganut Hindu dan Muslim yang tinggal bersama selama beberapa generasi," kata pegawai polis kanan, Gaurav Yadav, yang menyiasat kes itu.
Beliau tidak menyatakan bagaimana Khan dibunuh, namun berkata Suthar sudah ditahan. Rakan subahatnya bagaimanapun berjaya melarikan diri.
Pihak berkuasa sudah menghantar pasukan separa tentera ke kawasan itu, namun penduduk Islam, yang bimbang berlaku pertembungan, enggan kembali ke rumah.
"Atas kesalahan kecil, penganut Hindu membunuh saudara lelaki saya. Kami tidak boleh tinggal dalam perkampungan sama lagi," kata sepupu penyanyi itu, Rakha Khan. - REUTERS
Hasil carian imej untuk samiHindu Bunuh penyanyi Islam Malaysia, Patung Hindu Batu Caves..

Melly Matius, Artis Asal Sabah Ini, Cekalkan Hati Memilih Islam.


HALAMAN HIBURAN

VOKALIS kumpulan Sakura Band, Melly Matius mengaku pada awalnya bimbang untuk mendedahkan penghijrahannya kepada Islam, yang dibuatnya beberapa bulan lalu. 

Penyanyi yang berasal dari Sabah itu berkata, dia khuatir dengan reaksi sesetengah masyarakat tentang keputusan yang diambilnya itu. 


"Tidak dinafikan saya khuatir dengan pandangan umum terhadap penghijrahan ini, sebab itulah dirahsiakan dulu sebelum mengumumkannya sempena hari lahir pada 10 Oktober. 

"Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan atas bantuan ibu yang menetap di sini. Saya mendapat sokongan banyak pihak, terutama ahli keluarga dan sahabat handai," katanya yang lebih mesra disapa Mell, seperti dilapor Utusan Online hari ini. 

Ibunya, Nur Batrisyah, 46, yang memeluk Islam sejak tiga tahun lalu juga merupakan pendorong utama baginya untuk turut melakukan penghijrahan, katanya lagi. Kumpulan yang sebelum ini popular dengan lagu Polaroid itu kini rancak mempromosikan singel terbaru berjudul Yakiniku. 


Melly tidak menafikan sebab utama dia memeluk Islam adalah kerana sedang menjalin cinta dengan seorang lelaki Muslim. Namun, dia berkata belum tiba masanya menamatkan status bujang dengan kekasihnya itu yang dikatakan seorang pemain dram kumpulan popular tempatan dalam masa terdekat. 


Apabila tiba jodohnya nanti, dia tidak akan merahsiakannya daripada peminat, katanya lagi. (malaysiakini).



Sekilas Pandangan Bagaimana Cara Masuk Islam:
Bagaimana Cara Masuk Islam?

Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,

Mendapatkan petunjuk untuk masuk islam adalah nikmat besar bagi setiap hamba. Kerana sejatinya, orang yang masuk islam, berarti dia kembali kepada fitrahnya. Fitrah untuk bertuhan satu, fitrah mengikuti utusan tuhan yang terakhir, dan fitrah untuk mengamalkan al-Quran sebagai kitab Tuhan. Lebih dari itu, islam merupakan satu-satunya agama yang akan menyelamatkan manusia dari hukuman neraka.


وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

  • Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima (agama itu), dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (QS. Ali Imran: 85).
Untuk itulah, Allah mengajarkan agar manusia tidak merasa berjasa dengan masuknya dia ke dalam agama islam. Sebaliknya, dia perlu merasa bersyukur kerana Allah telah memberikan hidayah islam kepadanya.


يَمُنُّونَ عَلَيْكَ أَنْ أَسْلَمُوا قُلْ لَا تَمُنُّوا عَلَيَّ إِسْلَامَكُمْ بَلِ اللَّهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلْإِيمَانِ
  • ”Mereka merasa telah berjasa kepadamu (Muhammad) dengan keislaman mereka. Katakanlah: “Janganlah kamu merasa telah berjasa kepadaku dengan keislamanmu. Sebaliknya, Allahlah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan memberi petunjuk untuk kamu kepada keimanan.” (QS. Al-Hujurat: 17)
Oleh kerana itu, untuk dapat masuk islam, caranya sangat mudah. Tidak perlu acara khusus, dan dilakukan tanpa modal. Yang sulit adalah untuk memastikan keikhlasan dan kejujuran hati ketika masuk Islam. 

Berikut beberapa cara masuk islam,

Satu: Ikrar dua kalimat syahadat.
Ikrar syahadat adalah mengucpkan kalimat, 


أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ

ASYHADU ALLAAA ILAAHA ILLALLAAH. WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH…

Ertnya:“Aku bersaksi bahwa Tiada sesembahan yg berhak diibadahi kecuali Allah, dan aku jg bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah”

Catatan: Jika kesulitan untuk mengucapkan dua kalimat ini secara fasih, bisa dipandu oleh orang muslim, dan muallaf cukup mengikuti sebisanya. Selanjutnya diucapkan juga arti dari kalimat tersebut, agar memahami apa yang dia ucapkan.

DuaIkrar ini perlu diucapkan di depan saksi kaum muslimin. 

Jumlah saksi minimal dua orang muslim baik-baik. 

Tujuan saksi adalah agar muallaf ini diakui telah pindah agama oleh masyarakat muslim lainnya. Sehingga selanjutnya, dia disikapi sebagaimana layaknya seorang muslim.

Masuk islam tidak mesti di depan kiyai, habib, ustad, atau tokoh agama lainnya. Kerana bukan syarat diterimanya syahadat, mesti diucapkan di depan tokoh agama. Namun namun di depan saksi dua orang muslim. Dan saksi, tidak perlu tokoh agama.

Hanya dengan melakukan dua hal di atas, berikrar syahadat dan disaksikan muslim yang lain, maka saudara baru muallaf ini telah dinyatakan sebagai muslim yang sah Islamnya. Dia mendapatkan hak dan kewajiban, sebagaimana muslim lainnya.

Selanjutnya, ada beberapa lagi yang perlu dilakukan tambahan..


1. Dianjurkan mandi besar

Dalam madzhab Syafiiyah, dianjurkan bagi orang yang baru saja masuk islam untuk mandi besar, membasahi seluruh badan. Anjuran ini berdasarkan riwayat dari sahabat Qois bin Ashim radhiyallahu ‘anhu, 


أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيدُ الْإِسْلَامَ فَأَمَرَنِي أَنْ أَغْتَسِلَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ
  • Aku mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk masuk islam. Kemudian beliau menyuruhku untuk mandi dengan air dan daun bidara (HR. Abu Daud 355 – shahih) 
Ada juga yang menyebutkan, dianjurkan untuk menggundul rambut. Namun anjuran ini berdasarkan riwayat yang dhaif.

2. Kerjakan Sholat.


Shalat merupakan rukun islam yang kedua setelah syahadat. Kerana itu, setelah muallaf mengikrarkan syahadat, dia berkewajiban menjalankan shalat sebagaimana muslim yang lainnya.


Yang perlu dia lakukan,


1. Jika dia sudah memahami cara shalat dan hafal al-Fatihah serta bacaan shalat yang wajib, maka dia boleh shalat sendiri. Dan jika laki-laki, muallaf selalu diajak untuk jamaah shalat wajib di masjid. Dengan tetap terus mengkaji cara shalat yang sempurna.


2. Jika dia belum memahami cara shalat yang benar, ada 2 yang perlu dia lakukan:

  • Belajar tata cara shalat yang benar, dan menghafal bacaan-bacaan wajib dalam shalat
  • Selama belum boleh shalat dengan sempurna, dia kena bermakmum dengan muslim yang lain ketika shalat, sehingga dapat menjaga keabsahan shalatnya.
3. Khitan

Khitan hukumnya wajib bagi lelaki. Karena khitan bagian dari menjaga fitrah kesucian manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ – أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ – الْخِتَانُ وَالاِسْتِحْدَادُ وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ وَنَتْفُ الإِبْطِ وَقَصُّ الشَّارِب
  • “Fitrah itu ada lima perkara : khitan, mencukur bulu kemaluan, menggunting kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur kumis “ (H.R Muslim 257).
Lebih dari itu, khitan merupakan syiar kaum muslimin, yang juga diikuti oleh kelompok agama yang lain. Kerana itu, muallaf yang baru masuk islam dan dia belum dikhitan, maka disarankan agar segera melakukan khitan.

Hanya saja, jika anjuran untuk khitan ini boleh memberatkan dirinya dan bahkan dapat membuat muallaf lari menjauhi islam, maka anjuran khitan boleh ditunda, sampai dirasa cukup baginya untuk melakukan khitan tanpa paksaan.


4. Syariat Islam lain.



Selanjutnya, muallaf diarahkan untuk mempelajari syariat islam lainnya, yang wajib baginya, seperti tata cara puasa, menjawab salam, mendoakan orang bersin, dan jika dia orang yang mampu, diajari tentang syariat zakat.


Semakin sering belajar, akan semakin membuat seorang muallaf itu makin mencintai agama Islam.

5. Daftar sebagai seorang Islam. 


Akan dapat kemudahan dan keistimewaan sebagai seorang Islam. Demikian, Allahu a’lam.



Lihat juga artikel ini...
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah/Sarawak memberi maklumat lengkap.