Saturday, October 21, 2017

Siapa PM Pertama Republik Malaysia?



AIDCNews -20/10/17-Tidak mustahil Lim Kit Siang bakal menjadi Perdana Menteri Republik Malaysia yang pertama.
Laman ini berpendapat cadangan Datuk Zaid Ibrahim dan sokongan P. Ramasamy yang mencalonkan Kit Siang menjadi Perdana Menteri adalah relevan dalam suasana politik negara hari ini.
Ia selaras dengan pendedahan bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman sebelum ini.
Perlembagaan negara yang memartabatkan kekuasaan Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertuan Agong juga boleh dipinda sepertimana yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1993.
“Pada tahun itu, Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri dengan BN memperolehi 2/3 kuasa di Dewan Rakyat telah meminda kuasa dan kedudukan raja-raja Melayu.
“Susulan pindaan itu, Dr Mahathir tidak memperlukan perkenan raja-raja dalam mewartakan sesebuah undang-undang yang diluluskan Parlimen.
“Maksudnya, perlembagaan Persekutuan boleh dipinda. Jika Dr Mahathir boleh melucutkan kuasa raja-raja, bermakna Kit Siang boleh melakukan lebih drastik lagi termasuk memansuhkan semua kuasa raja-raja Melayu dan meniadakan Yang Dipertuan Agong. ”
Selanjutnya, sila baca “Kit Siang Jadi PM Pertama Republik Malaysia
Selanjutnya, sila baca “Kit Siang Jadi PM Pertama Republik Malaysia

IKLAN: 
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Video: Terkini. Tun M Di Alor Star -Ceramah PH

Imej yang berkaitan

TERKINI:TUN MAHATHIR (TUN M) #249-ALOR STAR !! 

RAPAT UMUM PAKATAN HARAPAN 

SELAMATKAN MALAYSIA





KDN Minta PPIM, Bukti Wujud 9 'Dragon' Kutip Judi Haram RM5B Sebulan.


Post Pic

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri meminta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menampilkan bukti dakwaan kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini didalangi oleh sembilan ‘dragon’ selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya terbukti dakwaan itu benar.
“Saya minta badan bukan kerajaan seperti ini supaya membuat laporan polis. Saya bimbang akan keselamatan mereka sekiranya benar dakwaan tersebut,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan mengenai pendedahan oleh Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan itu yang turut mendakwa kegiatan tersebut wujud sejak bertahun-tahun lamanya.

Nadzim turut mendakwa sembilan dragon itu mempunyai ‘kuasa’ dalam agensi penguatkuasa di negara ini selain mampu menukarkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu-gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam. (Antarapos)

IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Remaja Jual Dara, Sama Isteri Khiddmat Suami Rasuah.




BEIJING, CHINA - Telefon pintar jenama Apple sangat terkenal dengan kualiti, selain harganya yang mahal. Sebelum ini, ada remaja perempuan yang sanggup menjual sebelah buah pinggangnya demi mendapatkan iPhone. 

Bahkan baru-baru ini juga ada seorang remaja perempuan yang sanggup mengadai kesucian dirinya demi benda yang sama. Dalam laporan World of Buzz, ramai netizen di media sosial China memuat naik iklan di mana mereka sanggup tidur/bersama dengan mana-mana lelaki yang sanggup membeli iPhone model terbaru untuk mereka. 

"Belikan iPhone 8 untuk saya dan awak boleh 'bermain' dengan saya selama tiga hari tanpa menggunakan kondom" dan "Belikan iPhone X untuk saya dan awak boleh bermalam dengan saya selama tiga hari."


Difahamkan, sebahagian dari iklan tersebut adalah benar dan seorang Vlogger dari Beijing yang dikenali sebagai Nana, mengambil keputusan untuk memberi pengajaran kepada salah seorang daripadanya.
Nana yang terkenal dengan video pendedahannya mengenai masalah sosial itu kemudian menghubungi remaja berkenaan, Xiao Chen, 17, yang memuat naik iklan tersebut di mana dia sanggup menjual daranya untuk 20,000 RMB (12,750).




Pada awalnya, Nana menyamar sebagai Setiausaha kepada seorang lelaki kaya dan mengatur pertemuan dengan Xiao Chen. Nana bertanya kepada Xiao Chen, apa tujuan dia menjual daranya itu.  

"Ramai kawan saya yang beli iPhone 8, membuatkan saya juga mahu memilikinya. Tetapi saya tiada duit. Saya dengar ada seorang pelajar perempuan di sekolah saya yang berjaya menjual daranya untuk amaun yang sama. 

“Lagi pun, saya hanya baring saja di situ, kan? Saya cuma perlu bertahan sedikit dan selepas itu semuanya selesai dan saya terima 20,000 RMB dan kami berdua mendapat apa yang kami mahukan. Saya sudah fikir perkara ini masak-masak,” katanya.

Nana terkejut dengan penjelasan Xiao Chen yang sanggup berbuat demikian untuk mendapatkan telefon pintar.

“Awak sanggup buat perkara ini untuk iPhone 8? Awak rasa perkara ini berbaloi ke? Saya ingatkan awak buat perkara ini kerana perlukan duit untuk hal-hal kecemasan,” kata Nana.

Setelah berbicara seketika, akhirnya Nana memaklumkan majikannya akan bertemu dengan Xiao Chen di hotel, keesokkan hari.

Dalam video seterusnya, Xiao Chen bertemu dengan majikan Nana di sebuah bilik hotel dan terus menyerahkan iPhone 8 yang diinginkan oleh remaja berkenaan tanpa mengetahui lelaki itu sebenarnya ada ‘kejutan’ untuk dirinya.

Lelaki itu memaklumkan bahawa ada dua orang rakannya yang akan menyertai mereka sebelum dia memanggil dua orang rakannya yang menunggu di bilik air dengan seorang lelaki yang bersedia merakam ‘aksi mereka’.






Panik dengan keadaan itu, Xiao Chen cuba melarikan diri dan namun dihalang dan ditahan di atas katil sambil menjerit ketakutan. 

Lakonan itu akhirnya berhenti apabila Nana muncul dan remaja itu terus duduk di hujung katil. Dalam masa yang sama Nana terus memarahi remaja terbabit akan kesan dan akibat jika kejadian itu benar-benar berlaku. 


Nana kemudian meminta empat lelaki berkenaan keluar dari bilik sementara dia mahu berbicara dengan remaja berkenaan secara peribadi untuk janga masa yang lama. 

"Awak sepatutnya fikir akan kesan dan akibat dari tindakan awak. Jika tidak, awak akan menyesal di kemudian hari. Apa yang awak buat ini langsung tak berbaloi," katanya. 

Komen Weblog Ibnu HasyimRemaja jual dara buat kerja haram samakah dengan isteri seorang perasuah? Atau isteri itu menjual kemaluannya termasuk makan duit haram macam makan rasuah? Kalau mereka Islam tentu ada batas-batas 'halal-haram' keIslaamannya. 

Tak kira mereka pemimpin negara, pegawai kerajaan atau rakyat jelata, sama saja hukumnya, jika mereka orang Islam.

IKLAN
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Friday, October 20, 2017

Najib Kembalikan Semula LPN! -Petani Menuntut.


Lebih 80 petani, pengilang dan pemborong hari ini berkumpul di depan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya bagi menuntut Datuk Seri Najib Razak mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).


Mereka diwakili oleh Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras Negara (PADI Rescue), Fitri Amir yang mendakwa nasib petani hari ini semakin tertekan akibat peningkatan pelbagai kos dan potongan padi yang tinggi.

Menurut Fitri, LPN yang ditubuhkan pada 1971 amat efisien dalam menjaga hal ehwal dan kepentingan pesawah berbanding Padiberas Nasional Nasional Berhad (BERNAS), syarikat yang mengambilalih peranan LPN sebagai penjaga industri padi dan beras tempatan.


“Setelah BERNAS mengaut laba selama hampir 20 tahun, impak penswastaan padi dan beras wajar dipersoalkan dan dinilai semula. Adakah industri padi dan beras telah berjaya diperkasakan semenjak syarikat konsesi ini mengambil alih sumber makanan asasi negara?


“Tercapaikah hasrat kerajaan untuk memodenkan dan mengimarahkan industri? Berkurangkah beban kewangan kerajaan? Dan terlaksanakah tanggungjawab sosial agenda Bumiputera untuk memartabatkan ekonomi pesawah, pengilang dan pemborong yang 95 peratus terdiri daripada orang Melayu.


“Kami memohon agar LPN ditubuhkan semula dan kali ini fungsinya perlu merentasi rantaian bekalan padi dan beras Bermuda dari benih padi hingga ke pasaran beras,” kata Fitri kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum.


Kumpulan itu yang tiba seawal jam 7.00 pagi turut disertai oleh ADUN Alor Mengkudu, Ahmad Yahaya dan seorang wakil Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).


Mereka yang berhimpun di hadapan pejabat perdana menteri itu turut membawa sepanduk yang bertulis 

"Hapuskan kartel pertanian, kembalikan fungsi LPN”, 
“Datuk Seri Najib tolong bantu kami petani, pengilang dan pemborong Melayu ditindas” dan 
“Kami mahu kerajaan prihatin dan ambil peduli nasib pesawah padi, dan petani Malaysia yang semakin terhimpit dan sengsara”.

Bagi pengilang Musonnef Md Radzi, selepas BERNAS diswastakan pada 1996 dan LPN dibubarkan, pendapatan petani semakin berkurangan berikutan tindakan syarikat itu yang membuat potongan lebih 20 peratus padi bagi setiap tan yang dijual.


“Petani perlu membayar pelbagai kos, termasuk membeli benih padi dengan harga yang tinggi, membayar kos membajak, menuai dan menyelenggara sawah... apabila sampai di BERNAS, padi dipotong dengan potongan yang tinggi sehingga 25 peratus.


“Semua kos itu terlalu membebankan namun sekiranya LPN diwujudkan semula, ramai petani akan memperoleh manfaat kerana peranannya adalah membantu petani semata-mata,” dakwa Musonnef kepada pemberita.

Musonnef berkata, kewujudan semula LPN dijangka akan membantu 26 pengilang beras Melayu di seluruh negara untuk terus bertahan.

Bagi petani, Muhammad Fuad Yaacob, 55, beliau mahu perdana menteri melihat semula hasrat LPN ditubuhkan.


“Saya nak dan bersetuju sangat perdana menteri mengkaji balik dasar-dasar LPN ini supaya petani dapat merasai keuntungan dalam rantaian nilai hari ini dan petani hari ini mahu menjadi tuan padi dan tuan beras.


“Kami tidak mahu jadi pemain yang hanya tabur benih dan akhir sekali bakar jerami yang berlaku pada setiap musim.


“Sekarang ini kita nak jadi tauke dan keuntungan itu dapat semula kepada petani,” katanya.



IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Jutawan Meningkat, Komunis Tak Ikut Agamanya Lagi?



BEIJING  – Jumlah penduduk China yang mencapai taraf jutawan dilaporkan meningkat secara mendadak pada tahun ini.
Menurut portal Asiaone yang memetik laporan berkaitan, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, seramai 1.34 juta penduduk disenaraikan sebagai individu terkaya.
Jumlah tersebut melibatkan pertambahan sebanyak 10.7 peratus atau 130,000 orang berbanding tahun lalu.
Perkara itu dinyatakan menerusi laporan ‘Menuju ke Era Globalisasi: Trend Individu Berpendapatan Tinggi di China 2016’ yang diterbitkan Institut Penyelidikan Hurun serta syarikat perbankan persendirian, China CITIC Bank.
2016 Lahirkan Paling Ramai Jutawan 2016 Lahirkan Paling Ramai Jutawan
China : Hapus Dasar Seorang Anak  China : Hapus Dasar Seorang Anak

Laporan sama menyebut, antara golongan yang tersenarai termasuk ahli perniagaan, golongan profesional atau pekerja ‘berkolar emas’, pelabur hartanah dan pelabur saham.



Dalam laporan itu, seba­nyak 80.3 peratus daripada kalangan jutawan terbabit dikatakan melabur dalam portfolio kewangan luar negara dengan menyasarkan peruntukan aset serta kepelbagaian risiko.
Sebanyak 67.4 peratus lagi mengutamakan perlindungan dan pertambahan aset manakala kira-kira 37.1 peratus pula membuat persediaan awal untuk anak-anak mereka menyambung pengajian di luar negara.
Dari segi trend pelaburan, kebanyakan jutawan di China gemar menjalankan urus niaga melibatkan produk yang stabil pungutan dividennya terma­suk deposit mata wang asing, diikuti oleh perakauan, insu­rans dan saham.
Kebanyakan golongan itu gemar ke luar negara terma­suk untuk tujuan melancong, membeli belah, pendidikan, perniagaan, pelaburan dan per­ubatan kosmetik.
Jutawan-jutawan yang terlibat dengan hartanah pula secara puratanya memiliki sekurang-kurangnya dua kediaman di luar negara dengan 74.9 peratus digunakan untuk tujuan pelaburan manakala 56.4 peratus pula untuk anak-anak.
Jika dibandingkan mengikut wilayah, Guangdong memiliki jumlah jutawan teramai iaitu 240,000 orang dengan nilai aset keseluruhan melebihi 10 juta yuan (RM6.47 juta) diikuti oleh Beijing, Shanghai dan Zhejiang.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah komunis pun sedang terbelah? 

Satu komunis jutawan ala kapitalis yang hidup menyangkul di atas belakang rakyat miskin. Atau  yang hanya tradisional dalam kemiskinan, tak mampu menghirup kebebasan. Ini yang puak-puak komunis dan sosialis di Malaysia banggakan sangat? 

IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Datuk Ahmad Yakob .. Wakaf Tumpat..


Hasil carian imej untuk Menteri Besar DATUK AHMAD YAKOB


Menteri Besar DATUK AHMAD YAKOB... ceramah di Berangan Hujung, TUMPAT, 18 Oktober 2017


NASSURUDDIN DAUD.... 

ceramah di Berangan Hujung, TUMPAT, 18 Oktober 2017


(LIVE) KULIAH PAGI JUMAAT PERDANA MEDAN ILMU- 20 OKT 2017KELANTANTV

Idea Pasaraya Wakaf, Sila Teliti, Menasabahkah?





Lihat; 

IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails