Saturday, December 02, 2017

Khalid Buat Kejutan Hadir Ke Konvensyen UMNO S'gor


KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat kejutan apabila hadir di Konvensyen Umno Selangor yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.
Mantan Menteri Besar Selangor itu yang mengenakan kemeja batik, dilihat berada di atas pentas bersama-sama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Turut kelihatan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, yang mengumumkan menyertai semula Umno pada 17 September lalu.
Noh sebelum ini mempelawa Abdul Khalid untuk bersama-sama berganding bahu dengan tiga lagi bekas menteri besar daripada Umno yang bertekad menawan kembali Selangor pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, iaitu Muhammad atau Mat Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo.
Abdul Khalid menyertai Umno sekitar 90-an sebelum melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekitar tahun 2000.
Beliau diangkat sebagai Menteri Besar Selangor selepas gabungan PAS-DAP-PKR berjaya menawan negeri berkenaan pada PRU12 (2008).
Bagaimanapun, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, dipecat selepas enam tahun meneraju tampuk pentadbiran negeri termaju berkenaan ekoran pergeseran dengan pemimpin pembangkang lain dan kini bergerak sebagai wakil rakyat Bebas.
Sejak daripada itu, beliau kerap dilihat menghadiri majlis anjuran PAS.
Khalid bagaimanapun bertegas, beliau tidak menyertai parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sungguhpun dilihat mesra PAS – AP
Lihat sebelum ini..

'Kumpulan Suci', Siapa Yang Presiden PAS Tujukan?


Gelaran Kumpulan Suci

INILAH bahasa yang baru diistilahkan dan digunakan untuk memerli atau mengejek ketegasan sesiapa sahaja yang berpegang dengan ajaran Islam yang berdasarkan nas yang qati’e dan thabit di dalam Al-Quran dan Hadis seperti PAS, yang tidak mahu dihanyutkan atau menerima perubahan mengikut selera kumpulan yang dinamakan Islam Liberal dan yang bersekongkol dengannya atau totok bukan Islamnya. 

Mereka mahu menjadikan Islam seperti agama yang ada ortodoks atau ideologi konservatif dengan tujuan untuk memancing undi pilihan raya. Setelah mereka gagal meminda Undang-undang Tubuh PAS (Perlembagaan) dengan mahu meletakkan Majlis Syura Ulamak sekadar menjadi penasihat yang tidak wajib dipatuhi, khususnya dalam perkara hukum yang thabit bercanggah dengan kemahuan akal fikiran manusia, demikian juga mereka termasuk yang menganggap dirinya sangat bijak.


Setelah mereka gagal dalam usaha meminda asas tersebut dan juga gagal mempengaruhi Muktamar PAS dan mengubah kepimpinan mengikut kemahuannya, lalu bertindak keluar daripada PAS dengan dukungan dan sokongan dalang-dalang di belakangnya. Mereka juga gagal menolak PAS dari belakang supaya menyertai BN, di mana mereka juga sangat bernafsu menyertainya dengan cara menggunakan PAS menjadi tangganya, kerana mencari jalan mudah setelah menemui kebuntuan. 

BN pula tidak ada nafsu selera untuk menerima mereka. Sebenarnya PAS hendak dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan bagi pemujaan kemahuan nafsu mereka dengan segala cara yang terdahulu dan diusahakan sehingga kini. Daripada gerakan BERSIH pada namanya dan PAS berundur kerana jenamanya yang diragukan, diikuti pula susulannya menggunakan berbagai pendekatan dan jenama.


Setelah mereka gagal dengan segala umpan, diuar-uarkan PAS yang pelahap mahu menyertai BN, bukannya mereka. Sebenarnya perniagaan politik mereka tidak laris, kerana ditolak BN, ditolak PAS dan ada tanda-tanda awal ditolak rakyat dalam PRU akan datang, Insya Allah.


Apabila mereka merasakan PAS menjadi penghalang kepada mereka untuk ke Putrajaya melalui pintu belakang dan mahu memecahkan pintu hadapan dengan PAS menjadi kapak atau tukulnya, maka PAS tetap menjadi sasaran serangannya melalui lisan dan tulisan, khususnya media sosial di langit terbuka tanpa sempadan yang mudah dipergunakan dan ramai tentera upahannya, walaupun PAS bukan parti kerajaan pusat dan kata mereka PAS sudah lemah, namun dihentam juga habis-habisan.


Apabila peluru fitnah PAS mendapat duit Perdana Menteri sebanyak RM90 juta, yang mereka anggap boleh menembusi pengaruh PAS yang terus mara, Insya Allah. Kini mereka menggunakan bahasa yang zahirnya pujian, tetapi hakikatnya perlian, tanpa mereka sedari betapa mereka buta Al-Quran yang lebih bahaya daripada buta huruf.


Bahasa Al-Quran menamakan perkataan kumpulan suci terhadap para Anbiya A.S.W. dan pengikutnya yang berbaiah dengan setia. Allah mengisahkan Nabi Lut A.S. dan pengikutnya yang menentang jahiliah aqidah dan keruntuhan akhlak melalui Firman-Nya:


وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓاْ أَخۡرِجُوهُم مِّن قَرۡيَتِكُمۡۖ إِنَّهُمۡ أُنَاسٞ يَتَطَهَّرُونَ ٨٢ الأعراف



  • “Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.” (Surah Al-Aaraf: 82)

Firman Allah:

۞فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓاْ أَخۡرِجُوٓاْ ءَالَ لُوطٖ مِّن قَرۡيَتِكُمۡۖ إِنَّهُمۡ أُنَاسٞ يَتَطَهَّرُونَ ٥٦ النمل



  • “Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: Usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci.” (Surah An-Naml: 56)
Kami sangat gembira apabila mereka mengambil perkataan yang dipakai oleh kaum Lut yang terkenal dengan jenis keruntuhan akhlak, sama ada sengaja atau tidak yang terserah kepada Allah.

Kalangan yang memahami Islam yang sebenar tidak meletakkan diri mereka suci, kerana mengetahui bahawa makhluk yang suci ialah para malaikat, para Rasul dan Anbiya A.S. Adapun yang lain termasuk para sahabat R.A, para ulama, para wali dan orang-orang yang beriman tidak boleh melepaskan diri daripada ujian maksiat dan dosa, lalu mereka sentiasa bermuhasabah, membetulkan aqidah, memperbaiki amalan mengikut syariat dan akhlak yang mulia. 


Mereka sentiasa melakukan muhasabah diri, bertaubat, mengikuti setiap dosa dengan istighfar dan menambahkan amal yang soleh dengan sentiasa beristiqamah. Bagi menguatkan istiqamah, diadakan bai’ah. Apabila seorang sahabat bernama Sufian bin Abdullah R.A bertanyakan Rasulullah S.A.W berkenaan dengan Islam yang terang dan nyata sehingga tidak keliru dan tidak bertanya lagi orang lain, khususnya setelah ketiadaan Rasulullah S.A.W, maka Baginda bersabda:
قل آمنت بالله ثم استقم


  • “Katakanlah aku beriman kepada Allah dan terus beristiqamah” (Hadis Sahih)
Terus bersama Islam, dengan beramal apa yang boleh diamalkan dan bercita-cita serta berjuang dengan apa yang tidak boleh diamalkan. Islam yang diambil secara yang sebenar daripada guru yang mursyid, walaupun menghadapi berbagai cabaran dan memakan masa yang panjang dan tidak diketahui penghujungnya.

Percayakan kepada janji Allah di dunia dan di akhirat. Kepercayaan kepada Allah ini tidak cukup dengan pengajian, usrah dan kata-kata, bahkan diikat lagi dengan bai’ah di hadapan Allah, bukannya di hadapan manusia yang menjadi pemimpin, berpandukan firman Allah:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيهِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا ١٠ الفتح

  • “Sesungguhnya orang-orang yang memberi baiah (pengakuan taat setia) kepadamu (wahai Muhammad S.A.W. untuk berjuang menegakkan Islam), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya).” (Surah Al-Fath: 10)
Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan bai’ah (janji setianya), maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dibaiah (dijanjikannya) kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.

Mereka yang berbaiah di hadapan Nabi Muhammad S.A.W ada yang mengerjakan maksiat dan dosa, bukannya suci. Lalu mereka bertaubat dan fadilat berbaiah itu diharapkan menghilangkan dosa dengan meneruskan amal yang soleh dan perjuangan. Menyerah kepada Allah dengan harapan disucikan mereka daripada dosa yang menjadi kepunyaan Allah. 

Ada yang menyelewang menganggap bai’ah hanya cakap manusia yang boleh dipermainkan sewenang-wenangnya, maka hiduplah mereka dengan akibat di dunia sebelum menerima akibat di akhirat. Amalan bai’ah dilakukan oleh para sahabat, tabi’en dan generasi yang menyambung perjuangan Islam yang bertali arus sehingga kini. 

Mereka yang berbaiah itu sangat takut di hadapan Allah, hanya dibatalkan baiah apabila ternyata pemimpinnya menentang hukum Allah yang nyata nasnya daripada Allah dan Rasul, bukan kerana berlainan pendapat dan pendekatannya sahaja kerana konsep ketaatan kepada berjamaah adalah wajib dengan syarat-syaratnya.Mereka bersama Islam di sepanjang zaman tidaklah menganggap diri mereka suci murni daripada dosa dan maksiat kerana Allah berfirman:
فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ ٣٢ النجم

  • “Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.” (Surah An-Najm: 32)
Mungkin mereka itu terpengaruh dengan konsep para sami yang menentukan kesucian kepada manusia. Konsep yang asing daripada Islam. Kumpulan Islam itu mengikat diri dengan baiah, apabila mereka merasa tidak cukup dengan sekadar bergantung kepada pengetahuan untuk meningkatkan ilmu dan mentarbiyah diri, setia kepada jamaahnya dan bertawadu’ mengadap Allah bagi mencari keredaannya sahaja, tanpa mengikat diri dengan baiah. 

Bukan tujuan bai’ah untuk mencari keredaan manusia termasuk menipu, jauh sekali mencari keredaan sesiapa sahaja termasuk yang tidak beriman dan bertujuan semata-mata meramaikan pengikut dan memancing undi kerana mahu menang pilihan raya sahaja.
Sabda Rasulullah S.A.W.
من التمس رضا الله بسخط الناس رضي الله عنه وأرضاه الناس ومن التمس رضا الناس بسخط الله سخط الله عليه وأسخط عنه الناس

  • “Sesiapa yang mencari keredaan Allah walaupun dimarahi manusia tetap mendapat reda Allah dan Allah jadikan manusia meredainya dan barangsiapa yang mencari keredaan manusia dengan menempah murka Allah, nescaya dimurkai Allah dan Allah jadikan manusia memarahinya pada akhirnya” (Hadis Sahih Riwayat Ibnu Hibban)
PAS tidak peduli sama ada menang atau kalah pilihan raya, walaupun hatinya sangat mahukan melihat kemenangan di dunia sebelum kemenangan di akhirat. Namun keyakinannya tetap kepada kemenangan adalah kurniaan Allah apabila memenuhi syarat mencapai keredaan dan hidayah-Nya kepada manusia yang meredai perjuangan Islam ini.

Maka PAS mencari sesiapa yang menerima Islam dan menganutnya atau yang menerima pemerintahan Islam tanpa menganutnya, dengan cara terbuka bukannya bersembunyi tanpa kenyataan yang didegar dan dilihat. Kita mengharapkan kelebihan yang diberi kepada Nabi Lut A.S dan pengikutnya yang diperlikan dengan jenama kaum yang mendakwa dirinya suci. 

Maka alangkah gembiranya ahli PAS yang membaca cerita perjuangan Nabi Lut A.S bersama kaumnya yang beriman yang diberi nama oleh musuhnya dengan kaum yang menganggap diri mereka suci murni. Golongan Al-Sabiqun yang awal menyertai PAS lebih yakin, apabila melihat sendiri nasib mereka yang melanggar baiah dan sumpah menjadi calon dan pemimpin, telah menerima akibat di dunia. Adapun akibatnya di akhirat terserah kepada Allah yang menentukannya.
“Sejahtera Bersama Islam”

DAP Perjuang Ekstremis Cina – Tunku Abdul Aziz


KUALA LUMPUR – Meskipun DAP tidak pernah mengaku secara terbuka menentang orang Melayu namun tindak tanduk pemimpin parti itu jelas mereka sering memperjuangkan budaya ekstremis perkauman dan agama.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, sepanjang berada dalam parti tersebut, beliau dapat melihat sendiri sikap kesemua pemimpin DAP tidak menyenangi orang Melayu.
Katanya, lebih keterlaluan apabila mereka turut tidak menghormati Raja-raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan.
“Ketika Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabalkan sebagai Sultan Kedah, beberapa pemimpin DAP telah dijemput ke istana namun saya tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
“Walau bagaimanapun, Lim Guan Eng berkesempatan hadir tetapi apabila pulang dari majlis tersebut dia seolah-olah memerli sistem pemerintahan beraja negara sebagai golongan feudal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas gesaan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa mahu Kementerian Dalam Negeri menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada bagi memastikan ekstremis perkauman dalam kalangan pemimpin DAP dikenakan hukuman se­timpal atas tindakan mereka.
Sementara itu, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman berkata, gesaan GPMS itu wajar kerana ramai pemimpin DAP memang sering memperlekehkan kaum lain di negara ini.
Kata beliau, malangnya pihak berkuasa seolah-olah pejam sebelah mata dengan perbuatan pemimpin DAP itu kerana tiada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas mereka.
“Kalau sekali tidak mengapa, tetapi berulang kali pemimpin DAP ini menghina orang Me­layu dan menghasut kaum lain membenci pemimpin negara. Contoh terbaru adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang, Nga Kor Ming mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
“Tetapi tiada pula tindakan diambil, seolah-olah pemimpin DAP ini kebal dengan undang-undang negara, sebab itu mereka boleh bertindak sesuka hati termasuk menghina kaum lain,” katanya –UM

Dapatan RCI Forex Selaras Dengan Impian DAP? – Dr Kamarul

Hasil carian imej untuk DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF




Setelah lama menunggu, akhirnya laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap skandal forex Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an, bertajuk “Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Sekitar Tahun 1990-an”, telah dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Laporan setebal 586 muka surat ini dikatakan mencadangkan supaya polis menjalankan siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlakunya jenayah pecah amanah dan/atau penipuan yang mungkin dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selain bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kakitangan BNM, ahli lembaga pengarah BNM dan Jabatan Audit Negara (JAN), dalam menjalankan urusniaga spekulasi forex dan menyembunyikan kerugian forex daripada pengetahuan Kabinet dan Parlimen.

Laporan ini segera mengingatkan saya kepada satu catatan Senator DAP, Dr Ariffin Omar, yang berbunyi: 

“Adalah jelas tanpa apa-apa keraguan Mahathir langsung tidak berminat dengan kebajikan rakyat Malaysia. Mengenepikan projek-projek mega beliau yang memakan belanja berbilion-bilion, skandal-skandal kewangan dan ekonomi sewaktu pemerintahan beliau adalah sebetulnya bersifat jenayah. Siapa boleh lupa skandal BMF, Mamingco, lonjakan Timah besar dan tentunya penggunaan rizab-rizab asing negara sebagai bahan-bahan perjudian di dalam spekulasi mata wang. Di mana-mana negara lain di mana kedaulatan undang-undang adalah amat penting beliau sepatutnya berada dalam penjara. Hanya di Malaysia beliau boleh terlepas dengan perbuatan-perbuatan keji begini.”

(Catatan asal Dr Ariffin Omar adalah berbunyi: “It is clear beyond any doubt the Mahathir is not interested in the welfare of the Malaysian people at all. Leaving aside his grandiose projects which costs billions, the financial and economic scandals during his watch is truly criminal. Who can forget the BMF scandal, Mamingco, the great Tin caper and of course using the country’s foreign reserves as gambling chips in currency speculation. In any other country where the rule of law is paramount he should be in prison. Only in Malaysia can he get away with such dastardly deeds.”)

Mungkin sahaja Dr Ariffin Omar adalah di antara mereka yang bergembira dengan dapatan RCI forex yang meminta Tun Dr Mahathir disiasat secara rasmi ini kerana ia adalah selaras dengan penegasan beliau sebelum ini bahawa di mana-mana negara lain di mana kedaulatan undang-undang adalah amat penting Tun Dr Mahathir sepatutnya berada dalam penjara.

Hasil carian imej untuk DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).


Lihat sebelum ini..

SU Politik Azmin Ketar Lutut? Curi Pasir, Syarikat Milik Penuh MB Terlibat?


Setiausaha Politik Azmin Dalangi Projek Korek Pasir Anak Saudara MB Selangor ?

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie didakwa mendalangi projek mengorek pasir yang diusahakan oleh anak saudara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sejak dari tahun 2014.

Sebagai orang kanan Azmin, Shuhaimi dikatakan mempunyai pengaruh dalam Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) adalah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor, badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di negeri Selangor.

“Shuhaimi Shafie pegawai khas Azmin Ali Menteri Besar dah ketar lutut ??, ” soal laman ASSUyang merujuk kepada penafian Azmin dalam memberi tender kepada anak saudaranya.

Azmin dilapor Malaysiakini menafikan tuduhan bahawa beliau menganugerahkan tender kepada anak saudaranya, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Azmin menjelaskan bahawa semua tender untuk perlombongan pasir di negeri itu dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Besar Diperbadankan (MBI Inc).

“Pertama dakwaan itu tidak betul. Dasar kerajaan negeri tanah-tanah dimiliki oleh kerajaan negeri, sekiranya ada permohonan untuk aktiviti perlombongan pasir ia akan diuruskan oleh Kumpulan Semester.
“Semua proses tender dijalankan Kumpulan Semester, saya bukan board member (ahli lembaga pengarah) Semester.
“Saya tidak terlibat dalam sebarang keputusan dan saya yakin pegawai Semester mempunyai integriti tinggi dalam memastikan proses itu berjalan dengan telus dan terbuka,”katanya kepada wartawan ketika ditemui di Bandar Baru Bangi.

Terdahulu, SPRM dilapor menahan anak saudara Azmin yang berusia 34 tahun dan tiga yang lain atas tuduhan terlibat dalam perlombongan pasir dan batu di sebuah lokasi di Kajang sejak 2014.

Suspek yang terdiri daripada dua pengarah syarikat perlombongan pasir, seorang pengurus tapak projek dan seorang pekerja agensi pengiklanan, didakwa merasuah pegawai pihak berkuasa tempatan di Kajang untuk tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan yang menyalahi undang-undang itu.

Kesemua lelaki berusia antara 34 tahun dan 67 tahun itu kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6 Disember. SPRM juga membekukan wang RM4 juta daripada akuan bank milik anak saudara Azmin itu. - AIDCNews

Lihat sebelum ini..


K'tan Lahirkan Pemain Tutup Aurat. M'sia Bila Lagi?


SUKAN


KELANTAN bakal menjadi pasukan kedua wajibkan semua pemain menutup aurat apabila beraksi saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, peraturan terbaru itu bagi menggalakkan pemain lebih bertanggungjawab terhadap pematuhan syariah apabila terbabit dalam aktiviti sukan. 
    
“Bagi memastikan hasrat ini tercapai, penaja jersi Kelantan musim depan, Al-Ikhsan akan bertanggungjawab menyediakan pakaian menutup aurat termasuk kepada pemain import nanti.


“Ini  salah satu pembaharuan  pasukan dan saya fikir apabila tampil dengan imej patuh syariah selepas ini, ia jadi kebanggaan bukan sahaja pemain tetapi negeri ini,” katanya, semalam.

Sebelum ini, kelab bola sepak Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar raya Islam – Urus setia Belia dan Sukan (MPKB-BRI UBeS) FC yang beraksi Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi pasukan pertama di negara ini mempraktikkan dasar patuh syariah itu.

Bibi Ramjani berkata, selain skuad senior  kempen Liga Super, peraturan itu tidak terkecuali diguna pakai pasukan Piala Belia, Piala Presiden selain skuad futsal lelaki dan wanita Kelantan.

Bibi Ramjani turut umumkan, The Red Warriors mendapat tajaan syarikat pelancongan, Al-Quds Travel Sdn BHD selepas Al-Ikhsan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagi pihak Malaysia bila lagi? Masih biarkan rakyat dalam kedosaan dan ketelanjangan?


Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails