Saturday, December 09, 2017

Tawaran Dibatalkan Selepas Ardell Bertudung. Islam Dibawah BN..


 PELAKON Ardell Aryana mengakui beberapa produksi membatalkan tawaran berlakon setelah mengetahui dia kini bertudung.

HALAMAN HIBURAN

Ardell atau nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin, 27, berkata dia tidak berasa kecewa mengenai perkara tersebut kerana percaya ada rezeki lain yang datang.

"Saya sudah empat kali ditolak tawaran berlakon selepas pihak produksi dapat tahu yang saya kini sudah bertudung.
"Mungkin sebab watak yang ditawarkan tidak sesuai. Namun, saya tak rasa sedih atau kecil hati.
"Sebab saya percaya ada rezeki yang lain akan datang dan Alhamdulillah, selepas daripada itu, saya ada menerima beberapa tawaran yang lebih baik," kata Ardell kepada mStar Online.


Ardell memadam gambar tidak bertudung sikit demi sedikit di Instagram.

Ardell diminta mengulas foto-foto dia bertudung dan seakan sudah berhijrah ke arah kebaikkan di laman Instagramnya.

Menurut Ardell, dia menyimpat hasrat untuk melakukan penghijrahan terbesar dalam hidupnya sejak tahun lalu namun terpaksa ditangguh atas urusan kerja.
Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk berhijab pada pertengahan bulan September lalu ketika bercuti seorang diri ke Pulau Bali, Indonesia.




Ardell percaya rezeki dia lebih banyak selepas ini.

"Saya dah lama simpan hasrat nak berhijrah sejak ulang tahun kelahiran mak saya tahun lalau tapi tidak kesampaian.
"Terpaksa ditangguh sebab ada beberapa kontrak drama yang memerlukan saya tidak bertudung.
"Allhamdulillah, saya dapat kekuatan ketika bercuti seorang diri di Bali dan sejak itu saya terus bertudung," ujarnya.

Dalam pada itu, Ardell memberitahu masih ada lagi wanita yang menghantar mesej peribadi di laman Instagram ingin menjadikan dia kekasih. Namun, pelakon wanita ini tidak mengambil peduli perkara berkenaan dan memadam mesej-mesej tersebut.

"Masih ada lagi wanita-wanita yang mesej secara peribadi di laman Instagram nak jadikan saya kekasih mereka.
"Biarpun saya dah bertudung pun masih lagi ada orang anggap saya lesbian. Tapi saya padam sahaja mesej tersebut," kata Ardell.

Terdahulu, Ardell pernah dikaitkan menjalinkan hubungan songsang disebabkan penampilan berambut pendek seperti lelaki.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beginilah gaya pentadbiran hal ehwal Islam dalam negara sekular Barisan Nasioanal dan negara-negara yang sekuncu dengannya..


Lihat sebelum ini..

Alih Isu Penahanan A/Saudara Azmin, Guna Pembantu Khas.



Presiden Pertubuhan Pusat Aduan Rakyat Malaysia (PAR), Datuk A.Chandrakumanan

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Strategik kepada Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong diingatkan supaya tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan berkonspirasi berkaitan isu penahanan anak saudara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru-baru ini.
Presiden Pertubuhan Aduan Rakyat Malaysia (PAR) Datuk A. Chandrakumanan meminta Shao Loong supaya menerima hakikat dan akur dengan penahanan itu daripada terus mengeluarkan kenyataan berkonspirasi mengaitkan Barisan Nasional.
Katanya beliau tidak terkejut dengan kenyataan Shao Loong itu yang mendakwa kebocoran maklumat itu dalam media sosial sebagai konspirasi yang disengajakan.
“Adalah tidak dapat dinafikan bahawa orang ramai mendapat tahu penahanan anak saudara Azmin dalam isu pasir oleh SPRM menerusi media sosial BN.
“Bagaimanapun tindakan Shao Long menggunakan isu penahanan itu sebagai alasan untuk mengecam BN adalah bersifat badut dan cubaan mengalih perhatian awam dari isu tersebut.
“Isunya adalah anak saudara dari keluarga Azmin telah ditahan SPRM dan merampas wang tunai RM4 juta dari kediamannya.
“Soalannya mudah, adakah wang yang disita dari anak saudara Azmin adalah hasil aktiviti haram pasir dan apakah kerajaan negeri turut terlibat dalam hal ini?” soal beliau dalam kenyataan kepada MalaysiaGazette hari ini.
Tambah beliau, Shao Loong perlu akur dengan penahanan itu dan tidak seharusnya menunjukkan sikap cuba menutup isu dengan menuduh pembongkaran isu itu oleh blog dan media sosial pro-UMNO sebelum itu sebagai konspirasi politik.
“PAR percaya SPRM akan menyiasat anak saudara Azmin, wang sitaan dan aktiviti pasir secara haram itu dengan penuh telus dan prosefional dan kerajaan pakatan di Selangor perlu hentikan drama politik dalam kes rasuah ini,” tegasnya lagi.
Shao Loong menuduh kebocoron maklumat kes tangkapan anak saudara Mohamed Azmin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disengajakan.
“Kita kesal kerana pembocoran maklumat secara meluas melalui media sosial sebelum penahanan tersebut dilakukan jelas menggambarkan wujudnya konspirasi jahat untuk memburukkan reputasi Menteri Besar dan Kerajaan Selangor,” dakwa Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong dalam satu kenyataan media hari ini.
Media hari ini melaporkan anak saudara Menteri Besar Selangor dan tiga yang lain ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah aktiviti perlombongan pasir haram.
Mereka dibawa ke Mahkamah Putrajaya pada jam 9.30 pagi oleh SPRM. Majistret Ainna Sherina Saipolamin membenarkan SPRM menahan reman keempat-empat mereka sehingga 6 Disember ini.
Mereka yang ditahan termasuklah dua pengarah syarikat, seorang pengurus tapak dan seorang eksekutif syarikat pengiklanan sedang disiasat di bawah Akta SPRM kerana didakwa merasuah pegawai kerajaan tempatan di Kajang pada 2014 selain wang tunai RM4juta turut disita bersamanya.- MalaysiaGazette
Lihat sebelum ini..


Friday, December 08, 2017

Bekas ADUN, 100 Ahli, Penyokong DAP Keluar Parti.




NIBONG TEBAL – Bekas Adun Jawi, Tan Beng Huat bersama 100 ahli serta penyokong DAP kawasan Nibong Tebal hari ini mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Alternatif Rakyat (PAP).
Beng Huat, yang menjadi Adun selama satu penggal selepas memenangi PRU12, berkata keputusan menyertai PAP dibuat selepas melihat DAP tidak lagi memegang prinsip sosialis demokrat, sebaliknya menjurus kepada satu parti yang dikuasai oleh ‘Dinasti Kekeluargaan’.
“Keadaan berubah setelah DAP menjadi peneraju kerajaan negeri Pulau Pinang selama dua penggal.
“Ideologi yang diperjuangkan oleh mereka selama ini bukan lagi menjadi satu keutamaan bagi parti itu bila mana jasa ahli-ahli veterannya telah mula dilupakan malah lebih menjerumus kepada satu parti yang dikuasai oleh ‘Dinasti Kekeluargaan’,” katanya pada sidang akhbar khas pengumuman itu, di sini hari ini.
Pada sidang akhbar itu, Beng Huat memotong kad keahlian DAP sebagai simbolik keluar parti yang disertainya lebih 10 tahun itu dan beliau turut diumum sebagai Ketua Perhubungan PAP Pulau Pinang.​​​​​​​
Beng Huat mendakwa sikap ego, bongkak dan sombong juga telah mula meresap dalam pentadbiran parti DAP malah turut dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan dilihat semakin kronik apabila rakan sekutu mereka iaitu PKR turut diperlekeh dalam beberapa isu yang melibatkan soal pentadbiran kerajaan negeri.
“Parti DAP bukan lagi sebuah ‘bumbung yang selamat’ bagi kita untuk berteduh dalam jangka masa panjang sekiranya ‘Dinasti Kekeluargaan’ masih dipertahankan. Malah sudah sampai masanya bagi semua pengundi Cina menilai kembali tentang masa depan dan hala tuju generasi kita,” katanya.
Sementara itu, Presiden PAP Zulkifli Mohd Noor yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata lebih ramai lagi anggota DAP dijangka menyertai PAP dan ia akan dilakukan secara berperingkat dari semasa ke semasa.
Beliau berkata dengan pertambahan keanggotaan itu, pihaknya akan menubuhkan lima cawangan di Parlimen Nibong Tebal dalam masa terdekat.
Sementara itu, mengulas mengenai persediaan parti itu menjelang PRU14, Zulkifli berkata PAP menyasarkan untuk bertanding di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“PAP akan cuba bertanding di kesemua 13 kerusi Parlimen dan 40 Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang. PAP ingin menyampaikan mesej parti ini begitu serius untuk memerintah negeri ini secara sendiri atau secara bersama terpulang kepada keputusan PRU14 nanti,” katanya. – BERNAMA
Lihat sebelum ini..


PAU Lulus 'kunci mati’ Jawatan Presiden UMNO &Timbalan.



UMNO kini boleh fokus sepenuhnya untuk berentap dalam pilihanraya umum ke 14.
Ini selepas Perhimpunan Agung UMNO ke 71 yang masuk hari kedua Jumaat ‘ kunci’ jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO untuk pemilihan parti akan datang.

Secara sebulat suara perwakilan di perhimpunan yang berlangsung di Dewan Merdeka PWTC itu meluluskan usul agar jawatan nombor satu yang disandang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan jawatan nombor dua yang bakal disandang oleh Datuk Seri zahid Hamidi tidak dipertandingkan.

Usul berkenaan dibawa oleh wakil Pemuda UMNO Bahagian Rompin,Pahang Datuk Mohamad Sahfri Abdul Aziz.

Sebelum ini perhimpunan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO yang berlangsung Rabu sekata mahu dua jawatan utama itu tidak dipertandingkan.

Zahid kini adalah Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden.

Jawatan Timbalan Presiden kosong kosong sejak tahun lalu ekoran Tan Sri Muhyiddin dipecat dari parti.

Selain Zahid jawatan Naib pula kini disandang oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Kini ada satu kekosongan ekoran pemecatan Datuk Seri Shafie Apdal.

Pemilihan UMNO sepatutnya diadakan tahun lalu namun ditangguhkan hingga selepas pilihanraya umum ke 14 nanti.- 8/12/2017



Lihat sebelum ini..

Ini, Yang Betul-betul Hadir Bantah AS, PAS &PAN Sebentar Tadi..



Yang betul-betul hadir untuk menyatakan bantahan kepada amerika dan sekutunya israel hanyalah #PAS manakala pemimpin dan penyokong #pakatanharPAN hanya mampu meroyan di dalam facebook dan twiteer manakala #UMENO hanya lantang di hadapan penyokong sendiri.









Kredit
Abdul Rahman Yusof 


Parti Islam Baru AMANAH (PAN/IKRAM)


Parti Islam Baru AMANAH (PAN/IKRAM) telah membuat arahan agar semua ahlinya turun untuk protes Isreal di Kedutaan Amerika. Agaknya berapa orang yang hadir?










Sama ramai dengan polis...


Kredit
Kamarul Syazrin





Lihat sebelum ini..

B/Maqdis Dirobek Isytihar Ibu N/Isreal. -Dr Tengku Nazri, K/PAS Ireland




DUNIA telah dikejutkan dengan pengisytiharan Jerusalem atau Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Donald J Trump.
Pengisytiharan secara unilateral ini merupakan satu kebiadaban oleh Donald J Trump tanpa mengambil kira bahawa Baitul Maqdis telah menjadi tanah yang menjadi rebutan 3 agama berabad lama. Tanpa mengendahkan pandangan dari negara-negara lain serta membelakangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Donald J Trump telah menunjukkan lagi keangkuhan dan muka sebenar negara Amerika.
Apa yang sedang berlaku ini telah membuktikan apa yang telah diberitakan oleh Presiden PAS beberapa bulan lalu tentang proses pemetaan semula tanah-tanah umat Islam oleh negara barat yang diketuai oleh negara Amerika adalah terbukti benar.
Kelab PAS Ireland ingin menyeru semua umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap pengisytiharan ini.
Kami menggesa agar semua pemimpin negara umat Islam terutamanya Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Abdul Razak agar segera menyatakan bantahan secara serius dan terbuka lantas memberikan tekanan kepada Donald J Trump untuk menarik semula pengisytiharan ini. Dato' Seri Najib perlu mengadakan sidang tergempar Parlimen dengan segera untuk membincangkan perkara yang sangat penting ini.
Marilah sama-sama kita bermunajat kepada Allah swt agar menyatukan umat Islam seluruh dunia serta bangkit bagi mempertahankan tanah umat Islam dalam satu lagi episod tragis dalam dunia umat Islam.
Dr Tengku Nazri. Presiden Kelab PAS Ireland
Lihat sebelum ini..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails