Saturday, December 16, 2017

Skandal Tanah Sungai Yu, SPRM Serbu Exco S'ngor.


 sabahkini2 – Selaku Exco dilihat tidak menyedari atau membiarkan ahli jawatankuasa itu memilih 175 pemohon yang tidak mematuhi syarat terdiri kalangan ahli keluarga jawatankuasa, pemimpin PKR, orang luar serta mereka yang mempunyai gaji lebih RM3000 ke atas.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan ke pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membantu siasatan berhubung skandal pemberian tanah di Kampung Sungai Yu, Permatang, Tanjong Karang dekat sini kelmarin.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya juga sudah membuka semula kertas siasatan berdasarkan maklumat baharu yang diperolehi.
“Kesemua dokumen yang diambil di Pejabat Daerah dan Tanah sedang diteliti jadi beri kami masa untuk jalankan siasatan.
“Saksi kita sedang panggil dan jika ada pihak yang dirasakan terbabit, SPRM akan buat siasatan lebih mendalam,” katanya.
Beliau ditemui pada sidang media sempena Malam Apresiasi Media SPRM, di sini.
Speaker DUN, Hannah Yeoh mengesahkan sepasukan pegawai daripada SPRM Putrajaya telah datang ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil dokumen itu.
Turut disiasat ialah Exco Selangor YB Ganabatirau A/L Veraman Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Selangor (Adun N48 Kota Alam) yang Ahli Pemilihan Tanah Sungai Yu.
Beliau selaku Exco dilihat tidak menyedari atau membiarkan ahli jawatankuasa itu memilih 175 pemohon yang tidak mematuhi syarat terdiri kalangan ahli keluarga jawatankuasa, pemimpin PKR, orang luar serta mereka yang mempunyai gaji lebih RM3000 ke atas.
Sumber memaklumkan terdapat unsur salah guna kuasa di kalangan pemimpin PKR dan DAP yang menjadi ahli jawatankuasa khas pemilihan tanah itu. SPRM telah mengenal pasti semua senarai nama Ahli Jawatankuasa itu.
Ganabatirau Exco Selangor akan memberikan kerjasama dan memberikan semua dokumen berkaitan kepada SPRM.
Sebagai gimik kepada isu Skandal Sungai Yu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), mengumumkan proses pemberian milikan tanah Kampung Sungai Yu kepada 175 pemohon didapati tidak mematuhi syarat.
Lihat sebelum ini..


`pemberontak’ DAP, ADUN Tanjung Bungah Pula Dihalang Urus Banjir..




PULAU PINANG – Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dihalang daripada mengurus bantuan RM700 kepada mangsa banjir di negeri ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang melarang pula wakil rakyat DAP daripada berbuat demikian.
Kali ini ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu pula menjadi mangsa dan tanggungjawab beliau untuk berbakti kepada penduduk di kawasan diwakilinya itu digantikan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Perkara itu disahkan sendiri Yee Cheu yang sebelum ini dikenali sebagai `pemberontak’ dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana sering mengkritik dan tidak sehaluan dengan dasar serta polisi kerajaan negeri.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas lanjut mengenai halangan itu, Yee Cheu enggan memberikan sebarang maklum balas.

Yee Cheu merupakan wakil rakyat kedua selepas ADUN PKR Kebun Bunga, Cheah Kah Peng yang dilarang menguruskan bantuan banjir RM700 kepada penduduk itu seperti yang diumumkan Kerajaan DAP Pulau Pinang selepas bencana berkenaan 5 November lalu.

Semalam, larangan terhadap Yee Cheu itu turut disahkan Zairil yang juga Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang ketika bercakap kepada portal propembangkang di sini.

Menurut Zairil, keputusan itu dibuat berdasarkan kenyataan Yee Cheu sebelum ini yang secara terbuka mendedahkan akan mempertimbangkan untuk meninggalkan DAP dan bertanding menentang pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, tambah Zairil, keputusan melarang Yee Cheu turun padang menyelaras bantuan banjir untuk penduduk di kawasannya juga berdasarkan prestasi beliau sebagai wakil rakyat yang disifatkan tidak memuaskan.
Ujar beliau, Yee Cheu juga kerap kali sukar dihubungi selain sering tidak hadir dalam program yang dianjurkan kerajaan negeri melibatkan penduduk di kawasan yang diwakilinya.

Sebelum ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang dikritik banyak pihak ekoran keputusan menghalang Kah Peng dmenguruskan bantuan tersebut atas alasan sama iaitu prestasi sebagai wakil rakyat beliau yang tidak memuaskan.

Tindakan itu turut mencetuskan rasa tidak puas hati pemimpin PKR negeri ini yang menyifatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikan demokrasi dan hak penduduk yang memilih Kah Peng sebagai wakil mereka.

Yee Cheu dan Kah Peng sebelum ini dikenali sebagai wakil rakyat kerajaan negeri berhakuan kiri dan kumpulan pemberontak kerana sering tidak sehaluan dan mengkritik Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Lihat sebelum ini..

DAP Tawan Putrajaya, Jika UMNO Kalah 40 Kerusi Perkuda Tun M..




AIDCNews -15/12/17 –DAP yakin dengan bantuan Tun Dr Mahathir Mohamad akan meniupkan gelombang ‘Tsunami Melayu’ yang akan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
“Malaysia akan mempunyai kerajaan baru sekiranya Umno kalah 40 kerusi di Semenanjung Malaysia kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Jika 50 peratus pengundi Melayu memilih HARAPAN, pakatan pembangkang malah akan menubuhkan kerajaan dengan dua per tiga majoriti. Ini adalah realiti,”kata pemikir DAP, Liew Chin Tong dalam satu rencana hari ini.
Chin Tong yang juga ahli Parlimen Kluang merangkap pengerusi DAP Johor menolak pendapat ramai pengkaji politik yang mendakwa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sukar ditendang daripada Putrajaya berasaskan faktor undi deposit daripada Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, hujah itu hujah klise daripada pihak yang buta politik kerana kejayaan PH menawan Putraja bukan bergantung kepada Sabah dan Sarawak tetapi Semenanjung.
Berasaskan premis ‘faktor Semenanjung’ itu, pemikir DAP itu berkeyakinan PH berjaya mengambil alih teraju pemerintahan Putrajaya kerana sebahagian besar kerusi-kerusi Parlimen di Semenanjung di Pantai Barat khususnya di bandar-bandar telah dikuasai oleh pembangkang.
“Masalah paling besar di kalangan yang kononnya cerdik pandai ini adalah mereka suka mengulangi klise yang mereka sendiri tidak faham.
“Dengan itu, mereka cuba menjustifikasikan teori mereka. Mereka melihat Sabah dan Sarawak sebagai agen perubahan dan bukannya Semenanjung.
“Menurut perkiraan saya pula, perubahan di Sarawak tidak ketara kerana gambaran yang diberikan kerajaan Sarawak yang seolah-olah mengamalkan politik pro-autonomi, selain keadaan muka bumi negeri itu.
“Sementara Sabah pula mempunyai situasi yang menarik. Pada PRU 2013, pembangkang cuma menang 3 kerusi parlimen. BN menang beberapa kerusi dengan kurang daripada 50 peratus undi popular yang disebabkan oleh pertembungan lebih daripada dua penjuru.
“Kini dengan kehadiran Datuk Seri Shafie Apdal sebagai pemimpin pembangkang baru di pantai timur, serta mendapat sokongan dari kalangan Kadazan-Dusun-Murut, pembangkang sebenarnya mampu menang sehingga 10 kerusi parlimen.
“Bagaimanapun, pertarungan utama masih lagi di Semenanjung.”
Liew Ching Tong, mastermind revolusi BERSIH, satu projek underground yang menguntungkan DAP pada PRU 12
Pemikir DAP itu juga turut menolak dakwaan ‘pertandingan tiga penjuru’ akan menguntungkan UMNO/BN, sebaliknya ia akan menguntungkan PH.
Tegasnya, jika berlaku ‘pertandingan tiga penjuru’ itu pemenangnya adalah PH dan atas sebab itu dakwanya UMNO/BN sedang berusaha untuk mengelak perkara itu berlaku.
“Saya sebelum ini berhujah bahawa Umno akan mendapati strategi pertembungan tiga penjuru akan menutup peluang Umno berbanding HARAPAN untuk menang di kerusi marginal.
“Di kerusi campuran dengan majoriti Melayu, pengundi bukan Melayu lebih cenderung mengundi calon HARAPAN berbanding Umno atau PAS.
“Tidak mengejutkan sekiranya dalam masa terdekat ini Umno yang akan mengarahkan agar strategi tiga penjuru tidak digunakan. Perdebatan tentang tiga penjuru ketika ini, termasuk di kalangan penyokong pembangkang, sebenarnya hanya membuang masa.
“Jika Umno kalah lebih kurang 40 kerusi ini dengan pertukaran undi yang memihak kepada HARAPAN, semestinya ia akan melahirkan sebuah kerajaan baru.”
Lihat sebelum ini..

Dia Potong Kemaluan Suami, Mengapa?




SEORANG wanita di Republik Dominican ditahan kerana memotong alat kelamin suaminya selepas memberi dadah kepada lelaki itu, mendakwa tidak dilayan dengan baik.

Wanita itu, Johanny Diaz, 28, melakukan jenayah itu di sebuah kabin tempat dia tinggal bersama suaminya, Samuel Ventura Garcia, 44. Daily Mal melaporkan, menurut polis, pasangan itu bergaduh sebelum kejadian, termasuk berkemungkinan mahu berpisah.

Johanny memberitahu, dia memberi dadah kepada suaminya dan ketika lelaki berkenaan tidak sedarkan diri, dia memotong zakar mangsa, semalam. Menurut polis, Samuel dihantar ke Hospital Dr Ricardo Limardo sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta bagi menjalani pembedahan menyambung semua alat kelaminnya.

Difahamkan, doktor menyatakan jika usaha menyambung di hospital berkenaan gagal, mangsa akan dipindahkan ke ke sebuah pusat perubatan di Santiago yang mempunyai kelengkapan lebih moden. (SUARA TV)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dia potong kemaluan suaminya adalah kerana penggunaan 'Dadah'.
Hasil carian imej untuk dadah

Sedikit imbasan mengenai dadah.

Istilah ‘Drug’ dalam Bahasa Inggeris diertikan sebagai 'ubat-ubatan' menurut Kamus Dewan. Sedangkan 'Dadah' diertikan sudah termasuk perkara salahguna. Sepatutnya salahguna drug bukan salahguna dadah.

Jenis-jenisnya..
  1. Opiat -Heroin,morfin,candu dan kodein
  2. Kanabis -Ganja, hashish
  3. Depresan -Sadatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranqualizer.
  4. Stimulan -Jenis amfetamin dan kokain
  5. Halusinogen -Lyseregic acid diethylamide(LSD) meskalin,psilosibi
  6. Designer Drugs -Satu kumpulan analog kepada bahan kimia yang telah terbukti mempunyai kesan farmakologi.
Tidak terdapat hukum atau larangan khusus daripada Al-Quran atau Hadis Rasulullah SAW. Tetapi secara umum, Al-Quran dan Hadis melarang setiap Muslim mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan diri. Dadah dikatakan hanya lahir di akhir tahun 106 dan 107 Hijrah di masa permulaan Kerajaan Tartar.

Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, "Fatwa Al-Syari’iyah" (mukasurat 184), bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah dari Ulamak Hambali.

Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah membuat fatwanya berdasarkan kepada beberapa aspek antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan masyarakat seluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis:
  • Ertinya : "Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram" (Hadis Bukhari dan Muslim)
Dan tiap-tiap benda yang memabukkan walau dari apa jenis sekalipun ianya dinamakan juga "khamar". Ini jelas dalam sebuah Hadis:
  • Ertinya: "Tiap-tiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan tiap- tiap khamar itu hukumnya adalah haram"
Pengertian arak adalah luas termasuklah apa saja benda yang digunakan boleh mengganggu fikiran dan mengeluarkan akal daripada tabiatnya yang sebenar. Dalam hubungan ini, dadah mempunyai pengaruh yang amat keras terhadap perasaan dan akal fikiran penggunanya. Mereka yang menghisap dadah akan lupa kepada dirinya, agamanya, keluarganya, dan dunianya serta tenggelam dalam dunia khayalan. 

Lebih daripada itu, dadah juga akan mengganggu kemurniaan jiwa dan menghancurkan moral, keharmonian keluarga, meruntuhkan ibadah dan melemahkan perasaan untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah SWT, diri, keluarga dan masyarakat. 

Ibn Al Baitar berpendapat bahawa penggunaan dadah sekalipun sekadar satu dirham telah menjadi mabuk, maka apatah lagi penggunaan yang lebih daripada itu yang membawa seseorang itu kepada peringkat hilang pertimbangan akalnya. Bahkan boleh membawa seseorang itu kepada jenayah pembunuhan. 

Ibn Hajar Al Haitami Al Makki berpendapat bahawa penggunaan dadah boleh membawa berbagai-bagai bahaya dan kerosakan dari segi keagamaan dan kemasyarakatan. Al Qurafi dari Ulamak Maliki dan Ibn Taimiyah dari Mazhab Hambali telah mengeluarkan kata sepakat bahawa Ijmak Ulamak tentang hukum haramnya dadah. 

Al Imam Ibn Taimiyah di dalam kitabnya Al-Siasatus-Syariah berkata: 

  • "Sesungguhnya adalah hasyisy (ganja) itu haram dan dihukum dengan had ke atas 
    orang yang menggunakannya sama seperti dengan had ke atas peminum-peminum 
    arak (sebat 40 kali rotan), dari segi lain ia adalah merosakkan akal dan tabiat badan manusia dan ia adalah penghalang daripada ingatan kepada Allah dan ingatan sembahyang dan dia termasuk ke dalam kumpulan sesuatu yang diharamkan oleh Allah dan Rasulnya daripada arak pada lafaz dan maknanya."
Pengharaman dadah bukan sahaja kepada sesiapa yang memakannya malahan juga kepada sesiapa yang berniaga, membuat, mengedar, memunggah dan sebagainya. Sebagai perbidalan, sabda Rasulullah SAW ertinya:
  • "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak dan harganya."
Dan sabdanya lagi:
  • "Allah (S.W.T.) telah laknatkan arak sepuluh perkara, orang yang memerahnya, tempat pemerahan, orang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang 
    ditawarkan kepadanya, orang yang menuangkannya, orang yang menjualnya, orang yang memakan harganya, orang yang membelinya dan prang yang dibelikan 
    kepadanya".
Doktor Ahmad Sayuqi Al-Fanjari di dalam rencananya yang disiarkan oleh Majalah Al-Wayul Islam keluaran Februari 1985 menyebutkan bahawa daripada dalil-dalil yang disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga sebab utamanya ialah:
  1. Dadah menghilangkan akal kerana ianya bukan sahaja membawa kepada mabuk tetapi jugak membawa kepada hilang akal, dari itu ia adalah haram;
  2. Dadah membawa kebinasaan harta benda kerana ianya membawa pengangguran pada permulaannya, dan juga perbelanjaannya lebih besar daripada arak, maka dari itu ia adalah haram; dan
  3. Dadah membawa kepada kebinasaan jiwa kerana ianya menyebabkan si penagih mati lebih awal maka dengan sebab itu adalah haram.
Menggunakan dadah dapat diibaratkan sebagai perbuatan membinasakan dan membunuh diri. Sedangkan Allah SWT di dalam Surah An-Nisa; ayat 29 bermaksud:


  • "Janganlah kamu membunuh diri kamu keranasesungguhnya Allah Maha belas kasihan kepada kamu".
FirmanNya lagi di dalam Surah Al-Baqarah (ayat 195) bermaksud:

  • "Dan jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan".
Menghisap dadah amat merbahaya dan membawa kepada kedurjanaan dan membawa kepada kemurkaan Allah SWT. (S.W.T.). Sabda Nabi daripada riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah bermaksud:

  • "Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya".
Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat yang ke 126 yang diadakan pada 24 Februari 1983, setelah mengimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam telah membuat keputusan berikut:

  • "Sebarang penyalahgunaan, termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya disisi syarak adalah haram, dan dengan itu adalah ditegah sama sekali dan dadah hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak".
Sekian.

Saman K/Buku 1Malaysia, Tuntut RM105,000. Malu Le..

Hasil carian imej untuk Kedai Buku 1Malaysia (KB1M)

Penerbit buku Fixi memaklumkan membuat tuntutan saman terhadap Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) selepas mendakwa syarikat inisiatif kerajaan itu gagal melunaskan tunggakan hutang mencecah RM105,000.


Dalam satu kenyataan hari ni, Fixi berkata tuntutan dibuat agar KB1M membayar hasil jualan buku terbitannya di rangkaian KB1M sejak tahun lalu berjumlah RM104,930.75.

"Kali terakhir mereka membuat bayaran kepada kami ialah November 2016, lebih setahun lalu.
"Sejak itu kami menghubungi pihak berkenaan beberapa kali tanpa mendapat sebarang jawapan," kata Fixi yang banyak menerbitkan buku bergenre novel dan kumpulan cerpen bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

KB1M yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada September 2012 bertujuan menjual bahan bacaan bermutu pada harga berpatutan kepada rakyat.

Antara cawangan KB1M adalah di Pusat Trasnformasi Bandar (UTC) Ipoh Perak, UTC Alor Setar Kedah dan UTC Gong Badak Terengganu.

Fixi mendakwa peguamnya telah menghantar surat tuntutan kepada KB1M pada 1 November lalu, tetapi tidak mendapat sebarang maklumbalas.
"Kami tiada pihan selain mengemukakan saman untuk mendapatkan wang hasil jualan buku kami," kata Fixi lagi.


Lihat sebelum ini..

Menyamar Wanita Solat.. Mencuri -Video.




KUALA NERUS- Terdesak, seorang lelaki sanggup menyamar sebagai jemaah wanita dengan mengenakan telekung dan solat Subuh bersama-sama, sebelum melarikan beg tangan seorang jemaah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu di Masjid Wakaf Tembesu, di sini, jenayah yang dilakukan suspek berkenaan telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan.
Menurut penyelia masjid, Mohd Sukhri Hashim, dalam rakaman CCTV itu suspek yang memakai telekung dilihat memasuki ruang solat wanita dan berpura-pura solat di saf belakang.
“Bagaimanapun, sebaik jemaah wanita sujud selepas selesai bacaan doa Qunut, suspek berkenaan dengan pantas mencapai beg tangan jemaah wanita di saf di hadapannya.
“Suspek yang dipercayai warga tempatan itu kemudian terus melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Myvi bersama seorang lagi rakannya yang menunggu di luar kawasan masjid,” katanya kepada Berita Harian.
Kata Sukhri lagi, ini merupakan kali ketiga insiden seumpama itu berlaku di masjid tersebut.
Kejadian itu menyebabkan mangsa kehilangan anggaran RM1,000 termasuk sebuah telefon bimbit dan wang tunai. Bagaimanapun, mangsa tidak membuat aduan polis.




Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails