BAITULMAQDIS: Seorang wanita Palestin yang didakwa sengaja menyerang seorang tentera Israel di Tebing Barat akhirnya dibebaskan dengan hanya ikat jamin, awal pagi semalam.
Remaja berusia 20 tahun itu, Nour Tamimi, dibebaskan dari sebuah penjara tentera rejim Zionis tersebut selepas hakim di sebuah mahkamah Israel menolak rayuan pendakwa raya tempatan untuk tidak membebaskan beliau.
Media antarabangsa melaporkan bahawa bapanya, Naji Tamimi berkata anaknya sudah dibenarkan pulang ke kampungnya di sini selepas membayar ikat jamin sebanyak 5,000 shekel (RM5,792) dengan seorang penjamin.
Peguam belanya, Gaby Lasky dilaporkan berkata bahawa penjamin tersebut mengesahkan bahawa Nour hanya akan hadir semula pada sesi prosiding mahkamah yang seterusnya dijangka bermula pada 12 Februari nanti.
Gadis itu ditahan 20 Disember lalu, sehari selepas penahanan sepupunya, Ahed Tamimi, 16, apabila video mereka menyerang tentera Israel yang sedang bertugas di kawasan Nabi Salleh, Tebing Barat tular menerusi internet.
Ahed dan ibunya, Nariman Tamimi bagaimanapun kuran bernasib baik apabila masih lagi berada dalam tahanan pihak rejim Zionis. Kepulangan Nour disambut meriah ramai ahli keluarga dan Gabenor Ramallah, Laila Ghanam.
Keluarga Ahed adalah aktivis kuat menentang penjajahan rejim itu di Tebing Barat. Sekeping gambar Ahed ketika kecil yang gigit tangan askar cuba tangkap abangnya menjadi imej simbolik penentangan terhadap kezaliman Israel. –Lapor Agensi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Israel pura-pura baik, bila seorang wanita Palestin yang didakwa sengaja menyerang seorang tentera Israel di Tebing Barat akhirnya dibebaskan dengan hanya ikat jamin, awal pagi semalam.
Sedangkan hakikatnya, Israel yang bangsat tidak ada negeri itu, telah merampas bumi Palastin, membunuh dan menghalau rakyat Palastin dengan bantuan kuasa-kuasa besar dan zalim dunia sejak tahun 1948 lagi..
Lihat sebelum ini..