PUTRAJAYA, 12 Jamadilawal 1439H, Isnin – Setelah berbulan lamanya dikecam pelbagai pihak kerana menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung, 13 hotel di Semenanjung akhirnya bersetuju menarik balik peraturan tersebut.
Memaklumkan perkara itu, Presiden Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohammed Shafie BP Mammal berkata, perkara tersebut disahkan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Datuk Mohd Jeffry Joakim dalam satu mesyuarat khas di Putrajaya, hari ini.
“Alhamdulillah, 13 hotel yang didapati melaksanakan SOP larangan bertudung terhadap pekerja wanita beragama Islam bersetuju menarik balik peraturan tersebut.
“Terima kasih kepada kerajaan kerana mendengar aduan mengenai isu ini dan berharap tindakan tegas akan dilaksanakan terhadap pengusaha hotel yang masih berdegil meneruskan peraturan diskriminasi itu,” katanya seperti dilapor Utusan Online.
Terdahulu, ramai pihak termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengecam hotel yang melaksanakan SOP tersebut serta Persatuan Hotel Malaysia (MAH) atas kenyataan ‘tidak bertanggungjawab’ dan ‘anti-Islam’ mengenai larangan bertudung.
Larangan tudung ini, dilaporkan bukan hanya untuk kakitangan barisan hadapan, tetapi turut melibatkan semua jabatan. Susulan itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kementerian bercadang untuk membentangkan pindaan Akta Kerja 1955 bagi menangani diskriminasi di tempat kerja pada sidang Parlimen akan datang.
Katanya, kementerian sedang meneruskan perbincangan ‘tripartite’ melibatkan pihak majikan, pekerja dan kerajaan untuk memperhalusi cadangan pindaan akta itu. (http://www.ismaweb.net)

Lihat sebelum ini...
No comments:
Post a Comment