KUALA LUMPUR: Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor menggempur empat daerah dalam Ops Noda, malam tadi.
Dalam serbuan serentak bermula kira-kira pada jam 8.30 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota D7 Selangor menyerbu dan memeriksa enam premis pusat urut serta dua premis pusat hiburan di Petaling Jaya, Gombak, Kuala Selangor dan Serdang.
Premis hiburan yang diserbu adalah di kawasan Puchong dan Kuala Selangor manakala premis pusat urut di Subang Jaya, Selayang dan Kota Damansara.
Seramai 50 orang ditahan membabitkan enam lelaki dan 44 wanita atas pelbagai kesalahan.
Antara premis hiburan yang diperiksa polis dalam Ops Noda di sekitar Selangor, malam tadi. - Foto Ihsan PDRM
Daripada 44 wanita yang ditahan, 24 adalah warga Vietnam, 11 warga Thailand, masing-masing empat dari Indonesia dan Kemboja sementara seorang dari China yang bekerja sebagai tukang urut dan pelayan pelanggan (GRO).
Empat lelaki warga tempatan yang ditahan membabitkan penjaga premis dan dua pelanggan warga Bangladesh.
Turut dirampas dalam serbuan itu, peralatan mengurut dan alat hiburan serta wang tunai berjumlah RM1,366.
Hasil pemeriksaan, enam premis memiliki lesen perniagaan manakala dua premis tidak memiliki lesen.
Semua yang ditahan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 serta Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Tahniah pihak berwajib. (IH)
Lihat sebelum ini..
5 comments:
Susara Magda Love, kamu ini mengajak orang berjudi dan meramal nasib ya? Kamu tahu bahawa itu perbuatan yang salah? Teruk perangai kamu.
KAMI PAN MEMBANTAH SEKERAS KERASNYA. MAKSIAT ADALAH GAYA HIDUP LIBERAL DAN SEKULAR SEPERTI YG DIAJAR OLEH SIFOO PULAU PINANG KAMI.
http://v2.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/
“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”
BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.
Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).
Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.
Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.
“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.
Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.
“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.
“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.
MUNGKIN BAGI PAN YG MENGAMALKAN AJARAN LIBERAL SEKULAR ALA SIFOO SEKULAR, LBGT TU BUKAN MAKSIAT
https://grandmarquis.wordpress.com/2014/07/13/antara-mujahid-dan-lgbt/
Antara Mujahid dan LGBT
Mujahid sebagai pemuka utama orang Islam yang berlatar belakang agama dalam MKPN beria-ia mempertahankan golongan LGBT.
Kata Mujahid
“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina.
Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya.
Ini saya perlu jelaskan tidak ada kena mengena langsung dengan mengiktiraf LGBT tetapi ia hanya mengatakan bahawa seseorang tidak boleh didiskriminasikan atas kecenderungan seksual.
Saya sebagai orang Islam tidak mungkin saya mengatakan LGBT bagus, tetapi itu bukan bermakna saya menindas dia.
Itu dua benda yang berbeza, saya rasa dalam Islam pun benda itu diakur (tidak betul).
Saya tidak suka dia (pengamal LGBT) tetapi saya kena pertahankan hak dia. Ya kamu gay, saya tak suka akan perkara itu tetapi ia tidak betul jika kamu diberhentikan (kerja) kerana perkara itu,” katanya.- Mkini.
Banyak sangat kecelaruan dalam hujah beliau.
Kata beliau
“Ini saya perlu jelaskan tidak ada kena mengena langsung dengan mengiktiraf LGBT tetapi ia hanya mengatakan bahawa seseorang tidak boleh didiskriminasikan atas kecenderungan seksual.”
Persoalan pertama,
Katakan kecenderungan seseorang itu ialah homoseksual, lesbian, pedophile (seks dengan kanak-kanak), bestiality (kecenderungan seks dengan binatang), jadi adakah atas kefahaman Mujahid, kita tidak boleh mendiskriminasikan kecenderungan seksual sedemikian?
Mungkin nanti ada yang kata, oh cuma homoseksual dan lesbian aje, tapi tidak pada pedophile and bestiality. Masalahnya ialah atas dasar apa untuk menghalangnya sedangkan itu semua termasuk dalam kecenderungan seksual?
Persoalan kedua,
Dalam Quran, Allah S.W.T. menghukum kaum Lut disebabkan kecenderungan seksual mereka terhadap homoseksual. Jadi apakah Al-Quran salah dalam menghukum manusia atas kecenderungan seksual mereka?
Persoalan ketiga
Sekiranya diterima saranan Mujahid, jadi seorang cikgu boleh secara terbuka menyatakan kecenderungan seksualnya (homoseksual atapun pedophile) dan beliau tidak boleh dibuang kerja atas kecenderungan seksual beliau. Jadi anda semua bayangkan anak anak anda di duduk disekolah yang diajar oleh seorang cikgu yang secara terbuka mengaku sebagai pedophile.
Hakikatnya segala saranan LGBT ini tidak ada kena mengena dengan gender. Sekian lama kita biasa bekerja dengan golongan mak nyah. Disekolah, universiti, tempat kerja, malah ada yang menjadi pesonality tv. Tidak ada masalah. Tidak ada diskriminasi dari segi perundangan dan peluang, walaupun mungkin diskriminasi berlaku dalam aspek sosial. Jadi dakwaan Mujahid dalam diskriminasi gender adalah satu kepalsuan.
Yang sebenarnya tuntutan LGBT adalah sama seperti gerakan gerakan LGBT di barat yang mana mereka mahu menuntuk persamaan hak dari segi pengiktirafan status perkahwinan dan juga hak untuk secara terbuka menyatakan orentasi seksual mereka.
Amat malang hari ini kita lihat orang seperti Mujahid, seorang anak ulama dan ahli politik PAS menjadi pemuka bagi meneruskan agenda LGBT. Mujahid sepatutnya bermuhasabah diri dan jangan terlalu ingin sangat menagih pujian dari golognan sekular tidak bertuhan yang hanya ciplak segala yang dibuat oleh polopor ideologi human right dan LGBT dari barat.
ITULAH PAN KALAU BAB2 UGAMA DAN BANGSA ITULAH SAMPAH. YANG BENAR HANYALAH DAP SAHAJA.
GEMBIRA BETUL PAN DAPAT BERTANDING 23 KERUSI PARLIMEN. DR HATTA TAK DAPAT BERTANDING DI TITIWANGSA.
ITULAH BERTAPA MEREKA BERSYUKUR KEPADA ABUYA PENANG. BIAR MUKA DICIRIT ASALKAN ABUYA PENANG HAPPY DAN SEJAHTERA. CUBA TANYA ABANG MIKE SELFIE. ADAKAH JAWAPAN MIKE SELIFE "UIIIIII CUKOP SANGAT LAH TU. PALING BAYEKKK TAK DAPAT BERTANDING LANGSUNG.'
AYOYOOOO AYAPAN AYAPAN
Post a Comment