Monday, January 08, 2018

50,000 Pekerja Diberhentikan Pada 2018, Apa Tindakan Atasi?



PIHAK kerajaan digesa supaya melihat secara serius terhadap tren pemberhentian pekerja yang semakin meningkat sejak 2015.  Laporan berita bahawa dijangka 50,000 pekerja akan diberhentikan pada 2018 sangat mencemaskan kerana dalam sebuah negara yang bergantung kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, tren ini boleh menjejaskan kualiti hidup rakyat.
Demikian dinyatakan oleh Mohd Azmi Abdul Hamid Presiden Teras Pengupayaan Melayu, bercakap mewakili TERAS (Pengupayaan Melayu) dan Mapim (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) melalui HARAKAHDAILY 7/1/2018 semalam.
Menurut beliau, laporan yang disiar dalam akhbar tempatan kelmarin melaporkan Pengarah Eksekutif Persukutuan Majikan Malaysia menyatakan sektor perbankan, insurans, pembinaan dan peruncitan juga dijangka mengalami pengurangan pekerja.
"Kami menggesa pihak kerajaan meneliti tren ini dengan terperinci agar suatu perancangan menukar kebergantungan kepada pekerja luar dikurangkan bagi memastikan rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan yang lebih luas. Sementara itu pelbagai skim melindungi kebajikan pekerja hendaklah dinilai semula agar majikan tidak sewenang-wenangnya membuang pekerja tanpa melihat nasib mereka.
"Kami menyarankan supaya sektor pertanian diberi lonjakan baru terutama dalam sektor makanan agar ia dapat menyerap pekerja mencari pendapatan yang terjamin.
"Kami juga melihat pengangguran graduan tempatan juga suatu tren yang perlu diperhatikan. Meningkatkan kemahiran dan kemampuan menjadi usahawan yang berjaya perlu diusahakan. Pelbagai institusi kemahiran teknikal dan vokasional masih belum dapat melahirkan usahawan yang mencukupi dalam kalangan graduan universiti.
"Skim gaji minimum, sistem insurans pekerja, cuti bersalin serta pasaran pekerja yang tidak kompetitif adalah faktor yang perlu diberi perhatian. Akan tetapi kebajikan dan perlindungan pekerja tidak boleh dikompromi supaya pekerja tidak boleh dieksploitasi dengan mudah.
"Kami menyeru pihak kerajaan meneliti isu ekonomi negara yang berkait dengan soal menerima terlalu ramai pekerja luar. Daripada lebih 6 juta pekerja swasta, pekerja asing nampaknya mendominasi pasaran pekerja. Ini menandakan tren bekalan pekerja dari luar jauh lebih besar dari pekerja di dalam negara sendiri.
"Tren sektor pembuatan semakim malap sepatutnya sudah dapat dikesan. Pihak kerajaan perlu lebih proaktif melihat tren global ekonomi dunia." Jelas beliau.
Akhirnya beliau juga mencadangkan, "Kami masih berpendapat ekonomi negara yang terlalu bergantung kepada FDI (pelaburan langsung asing) perlu dinilai semula. Kini pembukaan pelaburan kepada negara luar dalam sektor hartanah juga bakal melihat profil pekerja luar akan terus meningkat di dalam negara ini." (IH)
 Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

2 comments:

Anonymous said...

Jgn risau,jumpa hadi pasti dpt kerja baru

Anonymous said...

Jangan risau, jumpa sifu kafir harbi roket pasti dapat kerja macai menjaja fitnah untuk memfitnah ulama Islam dan parti Islam. Hujung bulan dapat bekalan dedak cap roket. Bila macai mati, sifu membakar wang neraka untuk bekalan macai dalam kubur. Kubur bawah bukit tepi jalan. Ok?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails