Tuesday, January 02, 2018

6 Pasangan Nyaris Zina Dicekup Khalwat..


6 Pasangan Nyaris Zina Lepas Bayar Hotel Bajet Ikut Jam

JOHOR BAHRU – Pasangan kekasih yang daftar di hotel bajet atas nama orang lain, antara dicekup kerana disyaki berkhalwat dalam serbuan di Taman Daya dan Taman Mount Austin, awal pagi tadi.

Menurut laporan media tempatan, mereka mendaftar masuk dengan bayaran penginapan serendah RM50 bagi dua jam dan nyaris berzina apabila sempat ditahan dalam operasi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Lelaki tempatan berusia 22 tahun itu ditahan bersama pasangannya, wanita tempatan berusia 23 tahun kira-kira pukul 12.10 tengah malam Isnin, dalam operasi Ambang Tahun Baharu yang dijalankan jabatan berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAINJ, Mohd. Hafiz Abdul Rahman, berkata pasangan itu antara hasil serbuan 20 anggota penguat kuasa JAINJ yang menahan enam lelaki dan enam wanita, termasuk lapan warga asing.
Katanya, hotel bajet bersubahat dengan menggalakkan penginapan mengikut jam dan tidak berdaftar, sekali gus menyumbang kepada kegiatan yang tidak bermoral untuk pasangan dapat melampiaskan nafsu batin mereka.
“Hotel bajet ini dikesan cuba bersekongkol dengan memberikan harga penginapan yang murah, mahu mengaut keuntungan segera sehingga sanggup melakukan apa saja bagi mendapatkan pelanggan.
“Kebanyakan yang ditahan ialah warga asing. Mereka yang sepatutnya datang ke negara ini untuk kerja, seharusnya perlu hormati undang-undang yang dikuatkuasakan di Johor, terutama undang-undang syariah,” katanya.
Mohd. Hafiz berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas operasi Ambang Tahun Baharu 2018 di Balai Polis Taman Setia Indah, di sini pada Isnin. Mereka yang ditahan itu berusia antara 19 hingga 36 tahun
Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997, kerana khalwat yang bawa hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Taman Setia Indah, dekat sini untuk laporan, sebelum dibawa ke pejabat Bahagian Penguat Kuasa JAINJ bagi tindakan lanjut. – Agensi/Mynewshub.cc
*Video bawah sekadar hiasan…

  

Lihat sebelum ini..

3 comments:

Anonymous said...

Wah puak liberal dan puak kafir harbi memang suka membaca berita khalwat kerana selama ini puak-puak bodoh bertingkat inilah yang mempromosi kebebasan melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad di kalangan umat Islam.

Maka tidak hairanlah puak munafik dan kafir harbi ini bersekutu menentang semua undang-undang Syariah termasuk Hudud dan langkah memperkasakan dan memartabatkan mahkamah Syariah sebab musuh-musuh Islam mahu menyesatkan umat Islam.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.


Tafsir Al-Qur’an Surat Ali Imran Ayat 118: Jangan Mudah Percaya Dengan Orang Kafir(A-li'Imraan 3:118)


Anonymous said...

Anonymous 11:31 PM . Takkan kamu tak tahu Blogger kesayangan kamu ni suka cerita lucah dan foto bogel.Jangan salahkan orang lain pulak.

Anonymous said...

Nampaknya orang yang suka khalwat ni sah tidak dapat terbiah dari PAS,tetapi nak buat macam
mana ketika ini pemimpin PAS sibuk tambah bini dan bagi ceramah pada DAP dan Mat Sabu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails