ISRAEL merupakan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, menghormati hak sama rata dan mempertahankan kebebasan beragama, puji seorang anak Malaysia, Muhammed Yusoff Rawther.
Tulisan si pemuda Melayu yang berasal dari Pulau Pinang ini diterbitkan Israel National News bertajuk ‘Seorang Anak Malaysia, Berdiri Bersama Israel tular dalam kalangan netizen seluruh dunia khasnya penyokong Zionis.
Ramai pengguna media sosial terutama aktivis Yahudi memuji keberanian warga Malaysia ini sanggup berdiri teguh mempertahankan rejim Israel yang memerintah negara haram itu termasuk misi suci untuk menawan Baitulmaqdis.
Muhammed Yusoff dalam penulisannya yang sebelum ini pernah diterbitkan oleh sebuah portal propembangkang tempatan, bagaimanapun telah dipadamkan hanya beberapa jam selepas dikongsikan meluas kepada umum.
Dalam artikelnya itu, beliau membuat dakwaan konon rakyat Palestin adalah pengganas yang tidak ingin proses keamanan dan pada masa sama memberi gambaran tindakan Israel dalam mempertahankan hak kedaulatannya.
Ini termasuk penggunaan kereta kebal moden dan senjata berat canggih untuk bunuh penduduk awam Palestin buat tunjuk perasaan bantahan sambil beliau merujuk langkah biadab Israel itu sebagai pihak yang cinta keamanan.
“Media secara tipikal memberi gambaran bosan bahawa serangan ke atas Palestin adalah “kekecewaan terhadap ketiadaan perkembangan ke arah keamanan” seolah-olah keamanan pernah menjadi matlamat pihak pengganas.
“Pada masa yang sama mereka (media anti-Israel) memberi gambaran bahawa tindakan Israel mempertahankan kedaulatannya adalah konon satu bentuk serangan ke atas penduduk awam yang menyokong keamanan.”
Pada masa yang sama, Mohammed Yusoff juga menyatakan bahawa konon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang munafik semula jadi kerana bersikap untuk pilih kasih dalam isu konflik Palestin-Israel ini.
“Ahli-ahli politik Malaysia termasuk Najib, telah membuktikan kemunafikan semula jadi mereka dengan pilih kasih dalam isu ini,” tulisnya merujuk kelantangan pemimpin negara pertahan kesucian Baitulmaqdis milik umat Islam.
Menurut Muhammed Yusoff lagi, Baitulmuqaddis konon merupakan kawasan majoriti penduduk Yahudi sejak lebih 200 tahun lepas dan tuntutan bangsa Arab Palestin ke atas kawasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
“Baitulmaqdis pernah menjadi ibu negara kepada tiga pemerintahan, kesemuanya Yahudi sejak 3,000 tahun lalu dan telah memiliki majoriti penduduk Yahudi yang baru semenjak pemerintahan Uthmaniyah pada dekad 1800-an.
“Bangsa Arab Palestin tidak pernah memerintah mana-mana bahagian Baitulmaqdis, menjadikan dakwaan mereka ke atas bandar itu sesuatu tidak masuk akal,” tegas Muhammed Yusoff sekali gus menafikan fakta sejarah lama.
Beliau dengan nada angkuh juga mendakwa bahawa konon hak sama rata di Baitulmaqdis hanya dapat dilaksanakan setelah kawasan itu ditawan oleh rejim Zionis pada 1967 walhal semua maklum apa yang berlaku adalah sebaliknya.
“Hanya setelah Israel menyatukan bandar itu terdapat hak sama rata dan laluan kepada kawasan suci itu untuk penganut semua agama,” tulis Muhammed Yusoff bagi menghalalkan pendudukan haram peneroka Yahudi di situ.
Israel ujarnya ada tuntutan sah ke atas kawasan yang ditaklukinya pada 1967 kerana tempat itu konon diperoleh dalam keadaan mempertahankan kedaulatan Yahudi dan perkara ini selari dengan undang-undang antarabangsa.
“Israel mempunyai tuntutan tambahan yang sah ke atas tanah diperoleh selepas 1967 kerana tanah ini diperolehi dalam peperangan defensif, selari dengan undang-undang antarabangsa,” kata Muhammed Yusoff lagi.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa Israel sedang cuba sedaya upada untuk memperbaiki keadaan dan sebenarnya umat Palestin yang enggan hidup dalam keamanan serta tidak bersedia untuk bekerjasama di meja rundingan.
“Pada dasarnya, apa yang Israel boleh buat adalah untuk mengurus situasi, dan perkara telah dilaksanakan dengan sebaiknya oleh negara itu. Bangsa Arab Palestin sebaliknya tidak berminat untuk merealisasikan keamanan.
“Mereka juga tidak bersedia pun untuk bekerjasama di meja rundingan,” kata Muhammed Yusoff. Setakat ini belum dapat dipastikan kesahihan maklumat pemuda ini sama ada memang betul atau sengaja direka atas tujuan tertentu.
Namun, baru-baru ini netizen tempatan pernah dikejutkan dengan artikel disiarkan oleh portal antikerajaan yang memuji Israel dan mengutuk Palestin termasuk mendakwa konon Yahudi lebih berhak ke atas tanah didudukinya.
Tahun lalu, beberapa bekas tokoh Melayu DAP pernah mendakwa parti tersebut menerima dana rahsia daripada Israel untuk misi khas menggulingkan kerajaan BN yang diterajui UMNO pada pilihan raya umum akan datang.
Setakat ini, DAP tidak berani menyaman pihak terbabit di sebalik umum maklum, parti berkenaan didakwa pernah berhasrat membuka Kedutaan Israel di Malaysia jika berjaya menawan negara ini. – Agensi
* Video bawah sekadar hiasan…
Lihat sebelum ini..
14 comments:
Kita berharap semua umat Islam berhati-hati kerana sebilangan Yahudi dari India dan China menyamar sebagai orang India dan orang China berhijrah ke Malaya (Malaysia) di zaman penjajahan British sehingga sekarang dan merekalah yang menjadi musang berbulu ayam yang menyokong Israel dan menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.
Puak crypto Jews menyamar sebagai umat Islam dll sambil mengamalkan ajaran Judaism secara rahsia. Mereka adalah musuh dalam selumut yang berbahaya kepada agama Islam dan umat Islam.
Mereka menjadi ejen Israel memusnah negara Islam di Timur Tengah.
Oleh sebab itu kita tidak merasa hairan melihat sebilangan orang 'Islam' menyebarkan liberalisme dll dan menentang ajaran Islam.
Kepada ibnu hasyim tlg jgn jadii bangsat ok..suka² ko melabel org yg bertengtangan dgn hadi sebagaii kafir..kenapa plk ko ckp dap terima dana israel..?boleh bagi bukti tak..?bukankah dulu polis dah siasat hal nii dn terbukti ia satu fitnah..tak pula ibnu hasyim mempersoal kenapa najib lantik syarikat yahudi dlm syarikat penuh skandal 1mdb..?ibnu jgn jadii bangsat ok..👊👊
Memang kerajaan najib ni hipokrit. Buktinya, sudah ada SINOGOG ,KUIL BAGI UMAT YAHUDI, telah dibina di bukit jalil. Pihak mana yg telah beri kelulusan??. Yang nyata pihak Lobai memang bangang. Mudah jadi balaci untuk UMNO. Hehehekikikihahahakahkahkah.
Mana bukti Ibnu Hasyim melabel orang sebagai kafir ? Dakwaan kamu tanpa bukti adalah fitnah.
Mengapa parti kafir roket tidak saman orang-orang yang mendedahkan parti roket menerima dana Israel? Mengapa parti roket takut nak saman? Ada apa-apa rahsia yang mahu disembunyikan oleh roket?
Woi puaka ternakan sifu banglo terlajak murah .... mengapa kamu salahkan pihak lebai yang tidak berkaitan dengan parti sekular? Kamu sakit mental?
Pas+Ikatan+Gagasan Sejahtera=PIGs???
Dah byk kali dia kafirkn org yg tk sependapat dgn hadi..kalau ada komen yg kritik hadi pasti admin@ibnu akn jadii anon utk bela hadi..tgk entry2 bwh tuu..dgn teknolgi sekarang dgn mudah kita trace pemilik blog..selama nii hanya baca sekali sekala saja blog nii terutama bila ibnu buat entry pasal 18sx..tapii hari nii baru tergerakk nk komen..💻📲+🍌🍆
Jika kamu anon 6:11 pm masih menganggap dakwaan kamu tanpa bukti sebagai 'bukti', orang ramai akan ketawakan kamu.
Jika kamu bawa dakwaan kamu tanpa bukti ke mahkamah, kamu boleh dipenjarakan kerana membuat dakwaan palsu.
Sudahlah ibnu..jgn nk main wayang plk..insaflah tua dahh..janganjadibangsatibnu..🙈🙉🙊
Aku bukan ibnu maka kamu anon 6:38pm telah memfitnah ibnu.
Komen kamu yang memaki hamun orang yang tidak bersalah menunjukkan kamu mempunyai masalah moral yang teruk.
Sekali lagi aku minta kamu tunjukkan bukti yang boleh menyokong dakwaan karut kamu. Mana bukti?
Jaga2 ibnu...Ada yg memerhati.. 😦🌽🗿🔜
Wah macai kafir harbi 8:00pm cuba menggunakan ugutan untuk menghapuskan kebenaran. Amat memalukan !
Post a Comment